November 24, 2010

Film Review : 2 Alam

"Mati tetap mati,hidup Insya Allah.."

Selepas selesai sahaja menonton filem 2 Alam,pancaindera aku seolah-olah terbuka.Aku dapat rasakan wujud jalur-jalur cahaya disekeliling aku.Apakah cahaya itu?Pada hemat aku itu adalah cahaya zaman kegemilangan industri perfileman Melayu yang kembali akan bersinar.Ingat ayat aku itu sambil membaca ulasan ini.

Aku menonton di salah sebuah pawagam yang terletak di pinggir kota KL.Walaupun jumlah penonton di pawagam tidak penuh,ini aku sudah jangkakan kerana aku pergi menonton wayang ini sewaktu waktu kerja.11 pagi hari Rabu....hanya mereka yang kaki ponteng macam aku ada dalam situ.Alhamdulillah lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk bekerja.Sewaktu aku membeli tiket,gadis manis dikaunter itu mengatakan sesuatu kepada aku..."panggung kosong ni bang.Jangan pandang belakang..."

Aku pelik memikirkan kata-kata gadis itu tapi aku gagahkan juga berjalan ke pawagam nombor 3.Duduk saja aku di situ,aku lihat di belakang aku kosong sebaris.Depan aku aku 3 baris yang penuh dan kiri ku ada sepasang kekasih duduk berdua-duaan.Di mana tangan mereka?Dalam kotak popcorn.

2 Alam adalah sebuah cerita supernatural yang tidak biasa.2 Alam adalah sebuah filem supernatural yang memang supernatural.Jangan takut jika aku katakan,sewaktu aku sedang menonton filem ini,aku dapat rasakan ada benda menendang kerusi aku.Bila aku toleh,aku lihat tiada siapa di situ.Barulah aku teringat pesan gadis di kaunter tadi.Filem ini memang puaka!

Setengah jam filem itu berlalu begitu saja dengann shot-shot yang menarik dan dialog2 yang disampaikan penuh penghayatan oleh Aaron Aziz dan Suhailah Salam.Walaupun ada beberapa adegan kurang enak dan tidak sesuai dengan budaya Melayu yang dipertontonkan,jalan cerita nya terkesan,kadang2 membuat aku,seorang pengkritik filem wannabee kaget kerana belum pernah filem Melayu mampu menampilkan aksi yang digambarkan dalam filem 2 Alam.

Apabila filem ini sudah hampir tiba ke penghujungnya,salah seorang penonton wanita yang berada di dalam panggung menggelupur pengsan.Aku kurang pasti kenapa tetapi yang anehnya walaupun kami nampak dia sedang menggelupur,kami terus memakukan mata ke skrin kerana semua ingin tahu kesudahan karya ini.Aku tidak pasti berapa lama wanita itu berkeadaan begitu tetapi alhamdulillah selang beberapa detik,wanita itu pulih.Sambil berbaring di atas lantai panggung,dia terus menonton, agaknya kerana tak mahu terlepas adegan akhir filem itu.

Selesai tayangan,aku bangun dari kerusi.Terus aku rasakan ada kesan gigitan pada betis aku.Aku angkat seluar dan nampak ada kesan gigitan manusia dengan air liur terpalit di situ.Sakit.Aku gagahkan juga bangun dan berjalan keluar.Aku lihat ada seorang suami yang terpaksa dipapah isterinya.Berbuih2 mulut dia dan harap maaflah,aku bukan berniat mengaibkan sesiapa tetapi jelas benar ada tompokan air hancing di seluar suaminya.

Aku menoleh ke belakang.Barulah aku sedari ada seorang lelaki masih lagi duduk dikerusinya,kaku,tidak bermaya.Nampak dari jauh datang petugas2 TGV masuk bersama seorang yang siap berserban seperti seorang Ustaz.Apa yang terjadi?Aku dah tak ambil peduli sebab bisa gigitan dikaki aku terasa benar.Tapi lama kelamaan sakit itu hilang apabila aku makin jauh dengan poster filem 2 Alam.Bila aku berdiri di sebelahnya,sakit itu datang kembali.

2 Alam bukan hanya sebuah filem.Ia adalah fenomena yang mampu menjangkiti individu atau suasana yang dipengaruhinya.2 Alam bukan sekadar satu cereka yang asyik,2 Alam adalah satu pengembaraan yang akan menguji sejauh mana penontonnya dengan alam mereka.Jika orang barat asyik dengan teknologi 3D yang membolehkan gambar kelihatan seolah-olah disentuh,2 Alam bukan setakat boleh disentuh oleh anda tetapi filem ini juga mampu menyentuh anda,baik secara fizikal,mental dan kerohanian anda.Jika sebelum ini banyak filem Melayu menakutkan imaginasi anda supaya anda dengan ayat jangan pandang belakang,2 Alam membuatkan anda tak ingin pandang belakang langsung secara sebenarnya di alam nyata.

Syabas kepada dR.Rozmey kerana membuktikan anak Kedah bukan sekadar mampu buat porno tepi jalan atau di Kompleks Peruda,anak Kedah juga mampu menjadikan menonton filem satu pengalaman yang menakutkan jiwa dan raga.RM40 juta?Tak mustahil.Cuma diingatkan,jangan pergi menonton seorang.Ingat!Jangan tonton filem ini seorang diri.Bawak dua tiga orang.Kalau tak macam mana kutipan filem ni nak cecah RM40 juta kalau anda pergi menonton seorang diri?

77 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini review filem ke review panggung?

nn berkata...

hahaha. apakah review ini? apakah???

Khairul berkata...

Rating? 0/10?

Hellioz berkata...

review panggung la kowt...

EEan berkata...

confius jgk ni.. hahaha.
biase orang kutuk.. ni menyokong..
tapi, mcm ade nada perli lah!!
hehe

Db Cooper berkata...

nie nak promote ataupun cite sebenar bro? susah gua nak pecaya.

Alexia Aqram berkata...

mantot, kalau kau takut benda tu ikut sampai balik rumah. aku ada kenal pakcik boleh buat air dan bagi pendinding ayat 44. kontek aku nanti. hidup...insyallah.

;P

PELiK berkata...

sarcasm atau betul2 dari hati yg ikhlas??

ejaMaria berkata...

jujur?...ikhlas???
benar tak tipu ni???... ke abg mantot yg buat wayang ni... :)

nurul qaseh berkata...

erk..!review filem dgn mggunakan ayt2 yg power..huhu!pndai mantot mnyindir..cayalah!keep it up!

juwei berkata...

hahahaha

faraulah berkata...

Abes jer baca review ni....terus rasa nak p beli tiket....hahahaha

kerabatASTANA berkata...

smaaaaaarrrt!!aku pon nak g tengok jugak r macam ni!
*brapa abg rozmey bayar ko nie mantot? perg--kaya r mantot pasnie.. hahahhaha

el heart berkata...

aku sedikit lost la kt sini.ko sure ke ko tngok cerita ni smpai abis atau ko tenggelam dlm khayalan sndiri.apakah ini review ikhlas atau sinikal??

gabangaban berkata...

PEHH!!!
melampau sial...semue org condemn
ko steady kate best...terbaek aa bro...
mmg hard porn gile kesah ko nie..
p/s:bace halfway....sori kalo salah paham lak,,hahahhaaha

miya berkata...

review dua2.... kan 2 alam. adehh. lpas ni nak g tengok gak lah ni

entri baru:

sejadah corak kepala babi

ada yang kurang ni...

Tanpa Nama berkata...

LOL!!! I like ur sense of sarcasm...

http://dkmk1987.blogspot.com/

Will berkata...

Aku tau kenape perempuan tu menggelupur...hahaha...

Punk Princess berkata...

main2 ar mantot neh..aku tgk poster tu kat wayang pun dah rasa nak tergelak sbb rambut dr. rozmey kacak sgt..hahahahaha...

slay berkata...

haha kritikan terbaik abad ni! :D

rating : -10/10?

p/s : apsal ramai yg tak faham apa yg cuba kau sampaikan ek? -_-"

Tanpa Nama berkata...

haha.. ades.. ni ade isi tersirat dari ape yg tersurat. hahahaha.

-mohd Anos-

MuJE berkata...

haha... ni ddR bayar bape ribu suh wat review ni? tetibe rase nak g tengok plak 2 alam ni. at least dpt gak jadi part of 40 juta target die tu...lol

syazana berkata...

sinis betul hahaha..

Lagenda berkata...

peh!
aku baca review ko dah cukup buat bilik aku jadi macam tanah perkuburan pada 12 malam bulan purnama jumaat 13hb.
tu belum tgk poster lagi.

Edward Haste berkata...

kah kah kah kah..... aku nak g tgk gak....takda masa lagi

alkapon berkata...

bro, xtakut dosa ke tipu?

ZieSakura berkata...

ni mcm bukan review cerita, ni review suasana..alahai..

Rogayah Suparman berkata...

nanti mesti dr rozmey comment entri ni..ngeee

N@d0x $i k0d0x berkata...

owh phenomena yang mampu menggegarkan ko tot...hahhahaha...i like the way u lie hahahan

N@d0x $i k0d0x berkata...

owh phenomena yang mampu menggegarkan ko tot...hahhahaha...i like the way u lie hahahan

Tanpa Nama berkata...

saya mesti pilih!

Khairy berkata...

nape aku rasa macam tipu je ni...ni macam review apa yang ada kat panggung je...

Valossa Vicious berkata...

Aku Confucius... Tapi sarcasm dapat didetect disitu.

Kalau kutipan dia sampai 40 juta aku bet letak gambar dia jadi blog header.

austenite berkata...

Mantot, selepas aku baca review kau, pancaindera aku sudah terbuka, bukan seolah2, tapi memang terbuka...aku dapat rasakan jalur2 cahaya melintas di hadapan, belakang dan atas kepala aku...
sampaikan aku x sanggup nak hbskan review kau ni...

So, review aku untuk review kau ni aku buat keputusan untuk membeli sebanyak 18 tiket untuk aku sorang...aku akan sokong filem melayu yang paling hebat ini..walaupun aku x nak pg tgk, tp aku akan beli tiket ni..

kawan2, sokonglah dr..belilah tiket 2 alam banyk2 walaupun anda x g tgk...
aku dapat bygkan aura yg semacam akan dapat anda rasai apabila pg mmbeli tiket 2 alam....

Kalau tak macam mana kutipan filem ni nak cecah RM40 juta kalau anda hanya beli 1 tiket sahaja?

Aslina berkata...

huhuhh... aku takleh tengok la camni...

mental aku tak cukup kuat dowhh... nanti kene histeria kat dalam panggung tu sape nak jawap ye tak?

hahaha... btw, nice review bro!!

Tanpa Nama berkata...

fuh. ada orang makin kaya la lepas ni.

encik mantot apa lagi, belanjalah followers, kaki2 komen dan readers tegar anda di sini nih. :p

ayeen:) berkata...

ahahahahahha..superb la review ni..bikin bontot panas kalau ta pegi tgk..

makcik eton berkata...

makcik dah tengok pun citer nie,10 minit leh lagi makcik tahan,lepas pada tu terberak makcik dibuatnya....emmm nasib badan, mungkin tak sesuai kot citer ni ngan makcik...ni mesti kesan sampingan...

Edward Haste berkata...

tot pegi tgk la tu...klu tak takkan dia nak ckp ad adegan yg kureng sesuai. ap la. okie la tue review mcm ni...buat mantot kena gigit. ;)) sapa nak geget peha aku plak?

2 kerandut berkata...

saya dah tengok...15minit lepas tu...badan dah start mengigil, rasa nak muntah pun ada. Kepala berpinar. Lepas tu tapak kaki mula kebas dan pundi kencing berdenyut. Perut memulas...dada rasa penuh mcm kena sengat nyilunya. Air mazi mula trkeluar sikit...

ayam siam berkata...

kepada yg mengalami masalah lemah syahwat.....sila lah makan sup cendawan cap DDR

Tanpa Nama berkata...

Mulai 1 November ( tahun berapa tak diberitahu plak dah ) tiket-tiket untuk menonton filem 2 Alam akan dijual melalui pakej :

1. 1 tiket untuk 1 komen kat forum ni

2. 2 tiket untuk belian JM5

3. Beli tunai ( berapa tiket pun boleh )

Untuk keterangan lanjut sila lihat METRO / KOSMO. Kalau berita ni salah maka salahlah info yang saya beri ini.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

2 kerandut...

aku kuar je panggung,terus mati pucuk,skang ni tengah repair kat pak taib cheras...


kahkhakahakahakah....

fakeplasticlife berkata...

arghhh...
tak paham..

compliment or sinikal?

Tanpa Nama berkata...

sejak ble ddR anak kedah?
setau aku die anak kelate..

mie berkata...

geli siot dr rozmey ..

nadz ruslan berkata...

lol, review panggung

d_uzid berkata...

"... tompokan air hancing di seluar suaminya."


damn!!! ;p

Fizah Ibrahim berkata...

haha pemerlian yang mmg hebat ah.. =D lawak gile baca

Lun berkata...

rasanya dua alam boleh kalahkan Harry potter

Sca Ndx berkata...

review serius ke main-main? confius sial.

Osman Kabilah berkata...

Den dah tengok dan cito duo alam. torimo kaseh la doktor rozmey, abes jo cito duo alam ni, den toruih boli 85 kotak jusmate5... tando sokongan la katokan.. memang boto.. torkoncing2 den maso nonton filem ni.. abes menggigil2 satu badan.. pastu, den mulo raso polik.. dongar bunyik rotak2... uumakaiihh.. screen bosar dah nak tumbang.. pocah panggung la katokan.. gilo eyhhh..

tonton la duo alam. memang borkosan dan sonang cakap, gompak gilo !!!

sam berkata...

the power of a blogger... jimbait aaa tot...

Dr. Rozmey berkata...

Terima kasih kerana memberikan review yang hebat kepada filem saya.

nadiayaya berkata...

Kena pg tgk sendiri baru blh paham apa maksud review ni Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

bro tot, dr rozmey itu org klantan lah...cuma dia meniaga kt jitra...org klantan mmg pelik2..kahkahkah

5h!n0 berkata...

sarcasm at its best..
nway rase2 nk try jugak la pengalaman ko abg mantot..hehe.

Hellioz berkata...

apehal dengan semua org punya komen ni?

lu org semua TL;DR ke ape?
gyahahahahahah

timkai ar...

raianuar berkata...

Panggung ni kat bkt tinggi klang ke?pnh gak dulu kn hentak2 kerusi dari belakang and tepi kat hall mana tah tak ingt..p ramai2 dgn member lak tu kn kacau ngan menda2 halus ni..

Pisyek K berkata...

kah3...

yem berkata...

jusmate5 aritu dah abes ke tot

Apis berkata...

metafora sungguh ayat mantot. hahaha..

syazalina ridzuan berkata...

ok... sgt percaye... (-_-)"

alan hussin berkata...

thnx bro sbb ngan review lu..gua terbuka hati untuk mnyumbang kan wang ringgit kepada DDR.. *sigh

*DDR pulangkan...pulanggkannn RM7 hakuu~(nada pontianak sundelmalam)

efa berkata...

siyesly incek Mantot. these people still aint get ur sense of sarcasm. Haha. Cool en3 btw. =D

Burungman berkata...

kawan aku tengok cerita tu sambil tidur. hebat kan

kamarul berkata...

dari apa yg orang ramai perkatakan, banyak yg -ve, ceq pun blm tgk lg... takut rugi je tgk nnt :(

blog Zyan berkata...

haha.. aku ada sorang kawan yang berkeras nak tengok jugak filem ni sebab dia yakin filem ni bagus...

bila dia pergi dia kata sunyi jer..wakakaka!!

Tanpa Nama berkata...

gilo...

Osman Kabilah berkata...

den kombali lagi... meh jomput datang umah den.. ado open house.. den bolanjo minam jusmate5 ramai2.. togok la sampai buncet porut !

LoveShak berkata...

wahahaha..nice troll. Kalau aku ada sekali, ko akan lihat mulutku berbuih2, telinga bernanah dan hidung berdarah.

eswandyasre berkata...

Aku tengok dah.tembel biji mata aku.Bisol punggung aku.Tahniah DDR !
manipulasi tendangan maut

rudy berkata...

sarcastic macam speech " anugerah tuhan" wan azizah .. hahahahahahahaha

Fine Jewelry and Fashion berkata...

"Nampak dari jauh datang petugas2 TGV masuk bersama seorang yang siap berserban seperti seorang Ustaz"


ntah celah dari mana ustaz nie datang datang pun aku x tau....nmpak sgt review perli....hadoii...hahaha.....

joe berkata...

40 jota? cemane nak kompol tu, adakah dengan mentarbiah orang2 kampung supaya g tgk cerita yg...yg............................

Tanpa Nama berkata...

hahaha... aku rase 2 alam ni sgt membosankan sampai membuatkan ko tertidur kowt..

tu yg mimpi bende2 pelek tuu..

hihihi...

AkuMuzikFilem berkata...

anak kedah ke anak kelantan?