November 11, 2010

11 Steps to Geekiness : Bagaimana Nak Cuci Grafik Kad Anda


Dulu masa aku repair PC secara amatur,ramai komplen,apasal PC selalu hang?Banyak sebab sebenarnya.Jadi,kalau anda mengalami masalah,katakanlah main game aje PC hang,mungkin salah satu sebab dia adalah grafik kad overheat.Gambarajah di atas adalah sebijik grafik kad.Kad ini adalah kad bekap aku,agak kuno kalau compare dengan yang latest sekarang ni.


Habuk adalah sebab utama banyak PC overheat.Bila PC overheat,automatically PC akan hang atau shut down (skrg ni technology dah membolehkan PC shut down sendiri jika dia rasa nak terbakar).Lihat gambar di atas.Penuh habuk dalam kipas coolant dia,habuk2 ni akan menyebabkan pengaliran haba (angin panas) tersekat.


Untuk menservis sendiri grafik kad anda,alatan di atas diperlukan.Screw driver kecik,sebatang brush dan yang tiub kat tepi tu adalah thermal compund.Screw driver carik yang ngam2 saiz dengan skru sebab kita hanya akan deal dengan screw yang bersaiz agak kecik,jadi jangan guna screw driver besar.Ini boleh membuatkan kepala screw anda terkopak dan menyusahkan anda sebab anda tak dapat la nak pusing screw tu dengan elok.Berus tu pulak,pakai aje la berus yang bersih,kering dan lembut.Jangan pakai berus jamban.Berus gigi yang dah terpakai dan lembut boleh gak digunakan.

Thermal compound tu ada banyak jenis ikut jenis material compound tu.Yang aku punya ni brand Cooler Master,RM18 satu tiub.Ingat.....ubat gigi tidak boleh digunakan kerana ubat gigi akan mengeras secara cepat apabila terkena haba.Kad hijau tu akan digunakan bila kita apply thermal compound.


1. First step,cabut wayar kecik tu dari board.Kabel ni membekalkan power kepada kipas grafik kad tadi.

2. Terbalikkan grafik kad anda dan carik skru besar yang empat tu.Skru ni pegang komponen kipas anda kepada board kad tu.Bukak dan letak skru tu elok-elok.Pastikan jangan hilangkan spring tu sebab spring tu ada kat situ untuk safety agar anda tak skru terkuat sangat pada board tu.


3. Ceraikan kipas dengan board.Gambar di atas menunjukkan board (kiri) dan kipas (kanan) yang telah terpisah.Nampak ada macam double sided tape 4 tu?Itu nama dia thermal pad.Tugas benda tu adalah untuk alir haba dari chip RAM ke heatsink.Apa itu heatsink?Belah kanan tu adalah heatsink dia.Ada macam substance atas heatsink kaler kelabu tu?Itu adalah thermal compund.Liquid tu akan jadi heat conductor antara heatsink dengan Graphic Processing Unit (GPU),prosessor grafik kad anda.


4. Ambik heatsink anda dan tengok belakang dia ada screw.Bukak screw tu dan anda boleh bukak cover heatsink (kiri) dengan heatsink (kanan).Habuk dia agak tebal jadi kepada yang tak tahan habuk,sila pakai mask.


5. Bersihkan heatsink dan kipas menggunakan brush anda.Jangan terlalu kasar.Slow2,tenang dan rilek.


6. Jika jari anda terkena thermal compund,jangan jilat.Ambik tisu atau gi basuh.Ni special kes.Kalau anda tersentuh ke atau tercalit sampai hilang thermal compund atas heatsink dengan GPU,anda perlulah menggantikan semula thermal compund tu.


7. Untuk menggantikan thermal compund,ambik tisu,lap thermal compund dari GPU sampai kering.Kemudian lap juga thermal compund yang melekat pada GPU.Pastikan bersih.Bila anda lap thermal compund pada GPU,jangan kasar-kasar.Bila GPU dengan heatsink bersih,senang nak apply thermal compund baru.


8. Ambik tiub thermal compund dan picit sikit aje thermal compund atas heatsink.Kemudian ambik kad yang keras tapi bendable kemudian ratakan.Kalau boleh spend masa biar dia rata dan flat.Part ni penting sebab kalau ada gap atau tebal sangat applikasi compund,haba tak mengalir sempurna.


 9. Bila dah puas,ambik board dan align kan dengan lubang skru.Pasang balik.Reverse balik lah apa yang dibukak mula2 tadi.



10. Jangan lupa pasang balik power source untuk kipas heatsink tadi.Ni adalah satu benda yang penting.Tanpa kipas tu berpusing,haba akan berkumpul di GPU dan overheat akan berlaku.


11. Tahniah.Anda sudah berjaya membersihkan grafik kad anda yang sudah pastinya menyimpan pelbagai khazanah habuk yang bertahun lamanya.Anda bolehlah menggelarkan diri anda seorang geek.



Tips;
a. Jangan guna vakum untuk membersihkan apa2 barang komputer.
b. Jangan takut nak cuba.Selagi takde benda patah,Insya Allah tak rosak.
c. Kalau takut nak sentuh hardware,at least belajar macam mana nak format PC sendiri kalau ada problem.Caj format sekarang ni mengarut-ngarut.Format pun bukan macam dulu nak kena buat boot disk atau pakai DOS,skrg,masuk cd,klik2 sampai siap.
d. Kalau nak eksperimen,buatlah dengan hardware yang dah habis warranti.

24 ulasan:

Myth berkata...

nice info

KWC berkata...

pernah tukar hard disk sendiri. sampai bengkok pin hard disk tu. memang dh gabra la. cuba luruskan balik. den pasang dgn penuh kelembutan. nsib baik boleh pakai lagi. fuhhh! dah la orang punya laptop.

pernah baca pasal thermal compound tu. x berani lagi cuba sbb mcm kena precise giler nak apply benda tu.

Akmal berkata...

"Jika jari anda terkena thermal compund,jangan jilat"

haha aku suke ni mantot

IMApowah berkata...

aku dulu pakai quantum fireball..kene kilat, terbakar board dia. amek board lain..plug in, pasang ..terus ok. .hehe

eszol raar berkata...

ila leceh

selalu aku tiup2 je

ok je

LS berkata...

Tq bang mantot!

N@d0x $i k0d0x berkata...

tot...leh bagi tips untuk org yang frust menonggeng tak tot....aku baru putus cintan ni la tot....dah 3 tahun bercinte ale2 ptus sbb die melayan betine lain...aku ngah down la tot...dah r tgh final exam... =(b

Kujie berkata...

semua tak de - Screw driver tak de , brush tak de, thermal compund pun tak de.

Yang ada - tu dinosaur hijau kepala tersengguk tu saja. ( antara toys paling tahan dlm kotak Happy Meal )

Tanpa Nama berkata...

thanks untuk info, cadangan, buka la satu blog cara service hardware dan trouble shooting pc, apa pun info itu adalah berguna...

Mantot berkata...

satu ni pun aku separa mati carik idea,hehe.aku letak kat sini aje la sbb aku bukan rajin sgt nak godek PC aku hari2.

ni pun smlm aku buat,kebetulan mmg aku nak cuci grafik kad tu.

Nadox si Kadox,
Kau tgh exam,jgn la peduli sangat putus cinta ke putus tali perut ni.Tapi sebab aku baik hati tgk la malam ni mood aku mcm mana,kalau aku terasa nak tulis aku tulis lah.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kadg2 laptop aku berbunyi kat bahagian bawah?sebab overheat ke?ke sebab dah nak rosak?

-risau

Tanpa Nama berkata...

semua grafik kad sama gak ke?

low^moo berkata...

nice la ko nyer how-to mantot. mudah difahami, kelakar dan ade reminder pelik2 lagi. haha.

klau thermal compound terkena jari jangan jilat? hahaha.

dan reminder kt hujung tu sgt berguna. mmg slalu org takut nk godek2 mnde cmni. takut rosak. tp klau ade guide cmnih, konfiden dh rasenye.

ak pon nk godek la ginih. maen Call of Duty Black Ops sangkut2.

Mantot berkata...

sangkut tu bukan sebab heat..sangkut tu sbb PC kau tak power kot?

Aslina berkata...

err... alamak... aku selalu je gune mini vacuum/blower yang aku ske2 hati create konon untuk project aku tu untuk buang habuk2 kat blakang laptop aku ni ha...

memang takleh gune eh?

Mantot berkata...

blkg laptop takpe kot,jangan direct ke hardware,maksud aku hardware terdedah.takut elektrik statik short kan ko nye hardware aje.

tp skrg hardware komponen punye penebat dah ok.tak sesensitif dulu.takyah lah risau sangat.

kalo nak selamat ko beli compressed air satu tin,cuma limited la kuantiti dia.

NiSha berkata...

tip yg cool.. tp nak buraikn tu takut luper nak pasang balik la.. huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

keyboard macam tak sezaman jek ngan graphic card ang...
heh...

200km/j

Mantot berkata...

keybboard lama lagi tahan.aku beli yg wireless,tak sampai setahun signal merata2 lari.

keyboard putih microsoft tu mmg terbaik.aku pakai dr tahun 2002.cuma sayang dia putih..senang kotor

N@d0x $i k0d0x berkata...

oh tenkiu tot... :')

Tanpa Nama berkata...

ouh...
ingat ok wireless keyboard nih...
tu la...
pape wired gak terbaek...

200km/j

Faisal Nordin berkata...

bagus la buat tutorial macam ni. buat lagi bro..!

Tanpa Nama berkata...

erm kalau laptop nyer ley gak ker bersihkan grafik kad nye??
n adakah same step2 berikut??
laptop eden cepat panas la pastu kekadang tetiba je kluar screen biru n mati sendiri hahaha...

Serunai berkata...

aku guna cooler master nye thermal paste banyak masalah. Skrg aku guna tunix tx3.. btw, mmg nice entri.. rajin bergambar..he3