Oktober 29, 2010

"Cikgu,Cikgu,Kenapa Reptilia Digelar Berdarah Sejuk?Darah Dia Sejuk Macam Air Teh Ais Ke?"

Sekarang ni wujud banyak benar pusat tuisyen yang memenuhi permintaan ibu bapa.Aku tak berapa nampak kenapa perlunya pusat tuisyen ni kecuali jika sesetengah golongan ibu bapa merasakan apa yang dipelajari oleh anak2 di sekolah tak mencukupi,tak fokus atau ibu bapa tak cukup masa (atau tak cukup hebat) untuk membantu anak-anak.Aku merasakan tuisyen tak compulsory.

Kebanyakan iklan pusat tuisyen yang aku nampak sekarang ni penuh dengan tagline menarik pelanggan..selalunya korang boleh nampak;"PASTI A!" "BELAJAR SEHINGGA DAPAT A!" "KONFEM A!" tapi ada satu iklan yang sangat2 menarik perhatian aku dengan tagline dia;

"PUSAT TUISYEN CIKGU MARTINA - 
SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100% - PASTI A"

.......................

Mari aku bertanya satu benda; apa point anda hantar anak anda pegi tuisyen sebenarnya?

Adakah untuk buat dia paham benda yang dia tak mampu paham kat sekolah atau untuk buatkan dia dapat A?Satu benda yang aku paham,student yang dapat A tidak semestinya faham apa yang dia lakukan dan student yang grednya tidak baik bukan bermakna student itu tidak baik. Aplikasi knowledge itu lebih penting.Ramai orang Melayu hantar anak pegi tuisyen dengan harapan nak anak dapat A.Diorang tak peduli pun jika anak dia paham atau tidak sebab itu Pusat Tuisyen Cikgu Martina berani meletakkan tagline "Soalan Ramalan 100% Tepat" sebab diorang tau apa benda yang paling mak bapak pentingkan dalam kelas tuisyen.

Jadi aku tanya lagi sekali,kenapa hantar anak ke tempat Tuisyen yang hanya nak mengajar anak anda supaya pandai dalam soalan ramalan?Soalan ramalan takkan membuat anak anda belajar.Soalan ramalan hanya akan membuatkan anak anda prektis satu rutin yang sama sampai dia hafal.Keyword dia...HAFAL.
Hafal dan belajar adalah dua benda yang berbeza.

Kita belajar dengan menghafal.Ibu bapa juga menggalakkan anak mereka menghafal.Pusat tuisyen juga sekarang ni mengajar dengan menghafal..IPT pun samalah.Apa point budak2 hafal nama2 tokoh dalam subjek Sejarah kalau diorang sendiri tak faham susur galur Sejarah yang dihafalnya?Semuanya berpunca daripada permintaan.Sebab sistem education Malaysia menghargai orang2 yang menghafal kerana kita mahukan orang yang teorinya mantap.

Sayangnya,kita orang Melayu suka sistem sebegitu.Kita suka benda teori,rutin,lazim.Kita tak suka sesuatu yang diluar jangkaan,sesuatu yang membuatkan otak tu berfungsi lebih.Sebab itu ramai mak bapak berebut2 hantar anak ke tempat tuisyen yang berani jamin "SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100%" sebab itu benda yang paling ingin dikecapi mak bapak dan murid....A!

Nak tengok dengan lebih ekstrim?

Pendidikan Islam ada surah2 hafazan yang perlu dihafal semua murid.Adakah ada kajian yang menunjukkan adakah budak2 hafal dan faham ayat hafazan tu atau majoritinya sekadar hafal membuta tuli?Aku hafal!Lancar!Kau tanya aku apa maksud ayat yang aku baca?Satu benda pun aku tak tau.Aku hanya reti bacakan untuk anda.

Sistem pendidikan kita adalah berasaskan formula.Bila apa-apa benda pun dijadikan formula,benda tu akan jadi sesuatu yang perlu dihafal.Tapi bagaimana pulak dengan nasib budak2 yang tak berapa hebat memori dia?Adakah dengan mempunyai memori yang baik sahaja student dikategorikan good student?

Semua terkejar "gred A".MLM pun dah ada "Skor A". "A" merata-rata.Lagi banyak "A" lagi pandai,takde "A" dianggap lemah.Kenapa pendidikan kita semakin lama semakin mengecilkan skop pemikiran murid-murid dengan sesuatu benda crap yang dipanggil "Soalan Ramalan?" Semua orang suka soalan ramalan.Murid2 suka soalan ramalan kerana soalan ramalan mampu memendekkan time belajar diorang.Ibu bapa pun suka sebab anak-anak tak kacau diorang banyak.Cikgu-cikgu pun suka sebab revision cepat habis.Pusat2 tuisyen pun suka sebab daripada kena ajar 10 bab sepanjang penggal,diorang boleh ajar 5 bab aje,save time save cost.

Time periksa keluar soalan lain.Menangis budak2 tu.Menangis mak bapak.

Soalan ramalan adalah satu bentuk shortcut yang bahaya dalam proses pembelajaran.Sayangnya,masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menilai kemampuan otak seseorang melalui jumlah A yang dipungut.Sebab itu ramai ibu bapa mahukan shortcut itu untuk memastikan anak mereka punya berbelas A sehingga mereka terlupa yang pegi tuisyen sebenarnya adalah untuk mendalamkan kefahaman,bukan untuk memastikan anak tau apa nak dijawab.

Ramai benar yang tersilap tujuan mereka menghantar anak ke sekolah.Murid ke sekolah untuk belajar dan faham,bukannya untuk mengejar gred A.Once mereka belajar dan faham...gred A akan datang secara semulajadi sebagai reward dan ganjaran.Gred A tidak sepatutnya menjadi fokus paling penting dalam proses pembelajaran murid-murid sekolah.Memajukan diri dan minda.Itu adalah benda paling penting dalam proses pendidikan.

SPM hebat,ada Degree,ada Master,ada PHD...tapi bila disuruh angguk,dia angguk,bila disuruh geleng,dia geleng walaupun dia tak nak.Siapa yang pandai sebenarnya?Apa yang dibanggakan bila result periksa bagus tapi tak punya pemikiran sendiri?

44 ulasan:

zaki berkata...

yes, aku first. artikel yang bagus mantot

Rahika Wahidah berkata...

i could not agree more, en mantot. NAk salahkan sistem pendidikan negara yang ada sekarang seratus peratus pun x boleh jugak. Kebanyakkan ibu bapa nak anak mereka dapat sebanyak mana A yang boleh, agar anak mereka dapat ambil kursus2x yang popular macam medic, engineering sebab gaji mahal. Hmmmm,sy cadangkan encik mantot dna pembaca yang lain menonton filem 3 idiots, ada kritikan yg sama.

Inche gabbana berkata...

baru tadi borak ngan mak aku, cakap daq2 skang ni takde life. balik sekolah kena g kelas piano/taekwando/bahasa cina/ntah pape lagi. Malam kena gi tuisyen lagi. Pastu kelas ngaji lagi. Sian woo kat diorang..

Tanpa Nama berkata...

setuju!!

mis izza

Tanpa Nama berkata...

well said well said...selain kepala politik ko; ko kengkadang ok la sikit...hahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

budak-budak suka tusyen (tuisyen? tiusyen?...pardon my spelling) sebab itulah masanya dorang boleh melepak dengan kawan-kawan. Parents suka tusyen sebab tak perlu jaga anak.

Itu pemikiran aku yang sungguh sempit.

Lecturer aku pernah cakap, sistem persekolahan kita adalah female-driven. Most methods used cater to female needs (lebih kepada menghafal) hence, guys lagi banyak masuk poly, KK, technical and vocational college.

Bukan tak bagus tapi masyarakat kita begitu. Nampak satu benda je. Semua nak yang itu. Semua nak anak berjaya sebagai doktor, engineer (maaf, stereotyping). kerja lain pandang rendah.

Aslina berkata...

aku tak pernah pegi tuisyen dulu sebab aku menghargai life aku yang banyak masa lapang lepas balik skolah.

haha... best wooo...

dan memang betul, kalo belajar + paham betul2 apa yg kita belajar yg paling basic, bagi la masalah complicated cemana pun... sebelah mata je bleh setel...

kalo hapal?

apa dapat?

twist sikit dah merapu ke laut.

macam sepupu aku. skang dia dah mula sedar dan belajar secara sepenuh hati. pegi mampus dengan menghafal katanya.

Norain Ishak berkata...

tiba2 teringat cerita 3 idiots..sama lah dengan apa yang terjadi skang ni..

Tanpa Nama berkata...

Btul2.. tu blum kira msuk U lg, blaja bussiness study, kuar U jd cikgu tadika..
Ramai sgt la yg menyimpang ngan ape yg dia blaja tu..
Ape gunenye periksa ni sbnarnye..?
x fokus!

nadiayaya berkata...

Tp x dinafikan soalan2 exam ni akan repeat blk soalan2 yg thn2 sudah.
Aku ingat lg masa aku form 5 dlu aku menang pertandingan melukis sempena minggu kemerdekaan kat sekolah. Aku diberikan buku bbentuk kuiz sejarah SPM. Masa exam tu, paper sejarah kuar soalan sebijik mcm buku aku dpt tu!! Tapi malangnya aku x buat pun latihan buku kuiz tu, aku tgk je.

TakTahu berkata...

kalau tengok cite 3 idiots tu baru tau yang mane penting. hafal ke faham. tapi aku rase malaysia tak la seteruk india.

ZR berkata...

mengapakah saya bersependapt seperti anda??? kkdg takut dgn ibu bapa skrg nie... apabila menghantar anak2 umut 3 thn ke tadika....& takut juga... apabila ada ibubapa menghantar anak2 darjah 1 tuisyen....sgt takut.... & kahsian kpd anak2...

Solahuddeen berkata...

mari ramai2 tekan butang reset. kasi reset sume ni.








(kalau buleh....)

[Nizt89] berkata...

SANGAT SETUJU!
sistem pendidikan kat malaysia kena tukar cara, buat peperiksaan teori semua tu dalam 10% je maybe, the rest 90% of their marks comes from application of the knowledge that they learned.

Application is the most important, test diorg sbnrnya faham tak cmne nak gunakan ilmu tu, bukan cuma hafal utk dptkan A yang tak membuktikan skill n kefahaman diorg dalam benda tu.

ministry kena instillkan pendidikan yang buat student faham n apply instead of memorizing and answer.

-_-" bila dah masuk keja semua nnt, ada ke org2 semua tanya kita teori2 yang kita belajar? org akan tgk SKILL n KEMAHIRAN kita dalam APPLYING and not testing tanya teori2.

bukan teori tak penting, but sistem pendidikan ni kena belajar tukar pemikiran menghafal n dptkan A. Grade isnt everything. SKILL is.

Tanpa Nama berkata...

memang betol la ceramah motivasi kat skolah2, to get an A, buat soalan ramalan/soalan tahun lepas. gerenti A.
tusyen tu buang masa je pun. i value my teachers a lot and i use them a lot. serius, tusyen tu xda faedah.

de_nataLie berkata...

well..its mind control..mind control....

Ann berkata...

ak pun tak brp setuju ngn tusyen ni

mase ak form3, mak ayah aku byk kali pujuk aku spy pi tusyen...ak berdegil xnk...

cukup2 lah apa yg ak blaja kt sklh..

Encik Jep berkata...

dulu gua sama kawan gua daftar jugak masuk tuisyen. tapi tak pernah jejak langsung.

keh keh keh~

miya berkata...

Harus dapat A? kalau pelajaran melambak A tapi mentaliti E buat apa?
Kesian budak2...

Tapi aku pernah jugak ngajar tusyen, memang ada budak2 yg sangat lemah. Perlukan bimbingan. Terpulang kepada guru/guru tusyen untuk guna teknik terbaik. Xdapat A pun ok, asalkan ada kemajuan.

Lina Rahim berkata...

itu semua berlaku kerana setiap orang berlumba dan mengejar untuk mencapai kedudukan tinggi dalam sosial dan mendapat 'ruang' dan 'tempat' dalam masyarakat..ruang dan tempat dan kedudukan hanya boleh dicapai melalui duit, nak dapat duit melalui kerjaya hebat seperti doktor, engineer, lawyer, arkitek, tapi bukan cikgu sbb gaji cikgu kecik. Kalau kita dengar ibu bapa yang baru dapat anak mesti acah anak macam ni, "cayang nanti da besar jadi apa? jadi doktor..", kalau orang tanya mak bapak pencen anak kerja apa, dengan bangganya mak bapak tu cakap, "anak saya doktor..", lagi hebat kalau baru kahwin/nak kahwin, orang tanya laki kau kerja apa, "dia kerja kat Shell, engineer.."(sambil tayang beg Gucci.. bila saya jawab "suami saya cikgu.." dan orang akan mencebik dan jawab "oohh...'(dengan nada look down)

redgiantlipstick berkata...

ade org berbangge dapat hantar anak ke kelas tuisyen. setiap hari mencanang2 kelas tuisyen anak2nye kepade sedare2 yg tk mampu menghantar anak2nye kekelas tuisyen. adekah kelas tuisyen ni dah jadik lifestyle? cm setengah2 org yg minum kopi starbuck sbb nak nampak bergaye?

redgiantlipstick berkata...

ade org berbangge dapat hantar anak ke kelas tuisyen. setiap hari mencanang2 kelas tuisyen anak2nye kepade sedare2 yg tk mampu menghantar anak2nye kekelas tuisyen. adekah kelas tuisyen ni dah jadik lifestyle? cm setengah2 org yg minum kopi starbuck sbb nak nampak bergaye?

Tanpa Nama berkata...

atas alasan ni la, aku tak rasa teruk sangat kalau dapat C- time exam kat U. aku study bidang A belum tentu keluar U aku praktikkan. belajar, belajar gak. exam, exam gak. dah exam susah nak mampus haram aku nak dapat A.

Tanpa Nama berkata...

that's the ugly truth. mentality masyarakat driven by edu system yg too exam-oriented. ngaji 6 thn psl methodolgy best2 pon xtau nk gne hat mne sbb in d end bz penuhkn otak students ngn skema jawapan je. heh

rozy asra berkata...

bagi budak2 sekolah, pusat tuisyen tempat untuk dapat soalan bocor
tempat dating.
tempat untuk marketkan diri.
tempat untuk kenal2 dengan budak2 sekolah lain.
tempat untuk lepak2.
tempat untuk chill malam2.

hahaha kesian cikgu sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Can't stop wondering, mungkin SENGAJA diadakan sistem pendidikan sedemikian rupa spy hasilnya semua orang akan hanya mendengar kata sahaja & jadik pak turut. Asalnya British yang buat sistem mcm ni, supaya walaupun kita 'merdeka' tapi of course minda tak merdeka dan tak lari ke mana pon. Tapi lama-lama, tak payah depa arah, kita sendiri buat sistem mcm ni hehe . Don't you think so?

Othman Juliana berkata...

sekarang, aku bagi tuisyen one-on-one dengan salah satu student aku. atas permintaan parents. dan selepas beberapa kali tuisyenkan student ni, memang nampak keperluan tuisyen ni untuk dia. sebab dia perlukan bimbingan sepenuh hati bila mengajar-kalau tak, student ni akan ke laut. dalam kelas susah nak concentrate macam tu sebab kita ada ramai students.

bab hafal, sebab sistem pendidikan kita mmg exam oriented. satu yang menarik kat new zealand-sistem pendidikan depa takde silibus yang perlu dikejar/dihabiskan. they learn about life.

kon berkata...

ak dl kalau x pegi tuisyen...mmg xdpt masuk universiti...mentang2 la ak ni lembab skit nk faham subjek sains (fizik,kimia,addmath,biologi), cikgu yg kat sekolah ajar mcm xikhlas je...bila tanye lebih2 marah...

nasibla cikgu tuisyen ak dl sgt2 bagus dan memberi focus pada ak...ak sgt2 terima kasih pada diorang sbb menyebabkan ak berada di menara gading...compare to cikgu sekolah yg hanya masuk kelas pastu keluar...kekadang x masuk langsung...hampeh...

oh ya...ak sekolah harian biasa sahaja...satu culture shock yang ak hadapi bila lanjutkan diri belajar di ipta adalah bilangan pelajar dari sekolah harian yang dapat masuk ipta sgt la rendah...dlm kursus ak dl...x sampai 10 org dr sekolah harian ade dalam kelas tu...yg lain semua sekolah asrama penuh...jealous betul ak dgn budak sekolah asrama penuh dl...hahaha...

masa ak habis spm...budak melayu yg dapat masuk matrik dr sekolah ak..hanya 2 org je...tu pn kawan ak dr kelas yg sama...huhu...

loveindark berkata...

saya sangat setuju dengan entry ni.. pendidikan di malaysia sangat exam-oriented..
kalo exam.. especially spm.. dapat banyak A.. orang pandang.. dapat biasiswa JPA/MARA.. aku sekolah sains.. masa aku sekolah dulu aku rasa bilangan A tu sangat penting.. sebab.. kalo dapat banyak A.. parents aku x bising.. cikgu2 aku pon x bising jugak.. and plus.. masa zaman aku sekolah dulu.. kitorang di push tok dapat A oleh cikgu2 dalam setiap subjek.. mana2 yang lemah.. akan dimasukkan ke kelas khas supaya diorang akan jadi lebih mantap.. macam2 laa program dibuat.. tok pastikan yang kitorang dapat A.. past year.. tutorial.. suma WAJIB buat... baru aku sedar yang aku xde life mase sekolah dulu.. haha..

kenapa kitorang kene dapat A?? ade sbab taw.. selain tok kejayaan diri sendiri.. tok kejayaan sekolah jugak... sekolah saya nie.. berlumba2 ngan sekolah sains yang lain tok dapat ranking terbaik antara sekolah sains.. memang la.. cam x salah.. ada kebaikan.. tapi tak tau nape saya rasa dipergunakan tok kepentingan orang lain.. tok kepentingan sekolah.. tok nama baik sekolah.. nasib baik result saya ok.. tapi saya rasa benda nie sangat x patut... sebab.. belajar untuk dapat A.. bukan belajar untuk paham.. hurmm..

rekbing berkata...

spe2 nk penerangan lanjut ttg entri ni bole tgk filem "3 idiot"..sbijik cerita ttg masalah ni :)

Tanpa Nama berkata...

hahaha.serius. aku lemau jugak dengan sistem pendidikan yang lebih menggalakkan student menghafal.

memori aku lemah.

tapi aku dapat A sebab aku terer derive formula. tym pekse, masa aku byk bazer kat derivation.

haha. tapi,
terer kan aku? hahaha.

| c o r v u s | berkata...

manusia hanya pandai meneka, malas menafsir

Tanpa Nama berkata...

betol3! ade soalan sejarah harituh saye buat dalam buku latihan die tanye 'siapa nama raja ni sebelum die masuk islam?' ade ke tnye soklan cam tuh! xde relevan lgsg dlm pembelajaran! suke nak suroh dak2 hafal sejarah yg tah pape je. urgh!

macamcilanat berkata...

dah lama dah aku nak ckp psl ni. ni baru dpt. ha, first time aku sedar betapa teruknya sistem pendidikan di malaysia ni ialah masa aku tgh belajar dekat u dulu.

satu hari tu kitorg kena buat eksperimen dekat lab. kira hepi la sbb first time conduct eksperimen mcm gempak kan. bangga siot je.

aku ni kaki donlod cerita2 org putih. sekali tu aku tertengok cerita apa ntah, aku rasa macam bodoh gler kot. dlm cerita tu, budak2 org putih tu buat eksperimen yg sama aku buat tu. dorg baru peringkat elementary school kot.

ceh. skrg bila dah grad aku terima padahnya. susah gler ya Rabbi nak cari kerja! mula2 tu aku tak memilihpun. tapi bila org asyik sound "eh bukan dulu amik kos blablabla ke? nape keja mcm ni je?" dekat aku, dan sbb sara hidup kat kl ni yg tinggi gler mcm cilanat, so aku jadi sgt berharap nak dapat kerja dlm bidang aku tu.

tapi berjanggut aku tunggu encik mantot, sampai skrg xdapat2. sudahnya aku apply buat master tahun depan dkt oversea. slmt tinggal malaysiaku sayang!

atikah berkata...

salam
wow benda ni susah.
hafal memang penting.
on the literal basis la
kalu nak pegi kepada analisis, application sume tu..
students yang kena usaha sendiri, cikgu cuma buleh assist je.
malangnya students kita sendiri pon tak nampak apa point dorg g skolah..
macam mana nk pegi ke tahap yang lebih tinggi

p/s sape kata sejarah perlu hafal?
sejarah cuma sebab dan akibat
kalau paham rantaian tu, hafalan tak diperlukan (objektif belajar sejarah bkn tuk ingt tahun...)

Unknown berkata...

mantot, aku tak bersetuju dengan entry kau kali ni. sebab? aku lebih faham apa yang aku belajar kat tusyen dari di sekolah.

infact, boleh dikatakan aku skor spm last time pun sebab aku FAHAM ape yang cikgu tusyen ajar dari cikgu kat sekolah ajar.

nak tau ape cikgu add math form 5 aku cakap? "lantak kamu la faham ke tak, janji saya dah ajar". wtf la wei. kimia pun satu hal, cikgu kat sekolah yang ajar teori salah. kelakar kan? cikgu sejarah sekolah plak? tak pernah nak terangkan pasal sejarah, alik2 suruh ktrg fotostat nota sebabun then tampal dalam buku and expect kitorang nak faham benda tu? seriusly, cikgu sejarah tusyen aku memang terbaek, tak payah nak rujuk notes da boleh terangkan kat kitorang.

for godsakken, aku bersyukur aku belajar kat tusyen.

Radin Fadli berkata...

Semata nk dpt A atau nk suruh orang faham konsep dan ilmu...?

d_uzid berkata...

sistem disfungsi

Tanpa Nama berkata...

Agree...klau aku jd pemerintah,aku prefer rakyat yg setia mcm haiwan peliharaan. Klau rakyat kuat memberontak (bijak2 smua) payah aku nak kekalkan kedudukan. Sekolah & Universiti kat M'sia ni da mcm kilang yg productnye lembu2 yg hanya tahu anggu2 geleng2 ikut telunjuk.
Drp,
Mangsa Sistem Pendidikan Negara

Master Yoda berkata...

Den sorg cikgu tuisyen...(hahaha)

Klu bebdk nak khidmat den tuk diorg blaja (means nak grab ilmu tu dan utk peningkatan prestatsi subjek yg diorg blaja), den ok je

Tuk dpt A, tu diorg nye effort...

Skag ni bebdk manja sgt..Sume nak spoon feeding, usaha lebih sket tak mau...Percayalah!!!

Den berckp berdasarkan pengalaman den...

Nizam berkata...

first time komen kat sini. aku dah 5 tahun dok belajar kat jepun. kat sinih lagi la teruk budaya belajo diorang. setakat hafal menghafal tuh mmg budak2 jepun nih paling pakar la. aku byk pass exam pun dok tgk toyol haha (tak boleh blah aku nak menghafal dlm bahase jepun).

tapi diorg nih dok hafal hafal pun bile tanye diorg boleh jer diorg dok explain. haa nih yg tak puas hati nih.

so bagi aku hafal tuh pun mmg la kene dan kalau boleh tambah extra effort utk paham. bile dah hafal lagi sng nak paham kot.

ok mantot yang pasti aku suke ngan hasil2 nukilan ko kat blog nih. teruskan usaha ko!!

salam

zakzak berkata...

aku tak rasa budaya ni cuma terbatas kat orang Melayu jek.
As long you are a Malaysian, studying in Malaysia, under the same educational philosophy, chances are high that you'll become more or less exam oriented.

yang kat Jepun tu, budaya kreatif memang dah diajar dari kecil. tu la yang diorang maju walaupun ada sistem penghafalan juga.

Farah berkata...

Saya setuju dgn 2 pendapat anonymous di atas. Yep, mungkin kerajaan mmg SUKA sistem exam - A ialah A, Q ialah Q. Skrg, kerja di sektor awam, diberi arahan pun mcm lembu. Ikut arahan ni, ikut bulat2 prosidur ni. Pedulik hapa psl produktiviti & kreativiti. Ketua & menteri suka polisi2 bodoh ni.

Tanpa Nama berkata...

mmg la exam-oriented ni most likely slh.. tp bile korg jd ceo of a company hiring a worker.. how do we know somebody smarts enough to work with us?? ape korgnye indicator?? kalau die x dpt straight a.. ko ckp pandai.. k fine tu sbb maybe ko da lame hidop or kenal die.. tp skrg kalau strangers yg ko x kenal langsung?? reputasi en?? reputasi die background die.. capability die buat kerja.. most parent nk A tuh sbb nk scholarship.. yg indeed tgk whether the student leh catch up and compete dgn org laen..A tuh indicate that org tuh catch up dgn subjek... ok kalau sume xnk exam.. then.. cmne kite tntukan org yg mmg kite x penah jumpe tuh pandai?? one more thing.. kalau student tu x dpt A.. ad due makna: 1 die pandai.. tp malas belajar.. or 2. die mmg xleh nk catch up.. or maybe 3. da xde rezeki or luck.. but yg 1&2 ko rase ko nk amek die keje?? satu pemalas.. bleh buat keje?? satu mmg xleh buat ape ko perlu??.. pada ak.. yg kene berubah kita.. it doesnt matter.. kalau xde exam.. agak2 brape ramai yg willing to study up to 2-3 am? or even spend 1 hour of reading academic books?? of course TV.. internet.. YOUTUBE.. FACEBOOK.. en2?? kita yg perlu berubah.. kite xleh la study sbb exam.. CONCEPT kita pasal exam ni yg slh.. biar kite kejar A but at the same time let the real A++ in the brain stuck till the end of our life.. kalau bukan exam.. can you suggest how we people knows someones performance in an instant..??