Oktober 12, 2010

Kisah Suami Isteri Tiada Teladan

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.

"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.

"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"

39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st!

norMAzuan MUstafa berkata...

saluteee....

dammm....hahahah

linda berkata...

grrr..terase..hahahha

reeza berkata...

tengkiu la mantot...bagi idea bernas ni. balik nnt aku nk try wat.

f.A.r.A.h berkata...

haha bagus gila. mmg annoying tp pengajaran. i like! :D

buruhKasar berkata...

dah start cerita masalah rumahtangga didalam blog ye tot?

© bLurr berkata...

hahaha terbaek punya laki!

Tanpa Nama berkata...

dalam kereta, melibatkan 2 nyawa. terselap sikit, dua2 nyawa melayang..

telur hangus, boleh masak lagi.
kulit telur terbancuh, boleh cungkil pakai garpu,
peti ais terbuka, boleh tutup balik.

Tanpa Nama berkata...

Halim kegirangan bila melihat milah menghidangkan begitu banyak laut di meja.
Namun kegembiraan itu brtukar hijau apabila meneliti setiap hidangan tersebut.
"Apahal awak masak semua separuh masak ni milah.telur dadar separuh masak,ayam gorang separuh masak..ade darah lagi ni."

milah dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton melodi,"macam tu lah perasaan saya bila mantot asyik buat post separuh jalan.Tension kan?"

Arggggh...........

Tanpa Nama berkata...

*lauk

Mantot berkata...

huh?
apa?
aku tak paham.

ejaMaria berkata...

errr... tak patut langsung lepas geram mcm tu... haih...

mamdoh berkata...

.: tiba2 je mamdoh rasa mmg begini cara Abu Nawas ajar isteri dia kalau bisheng2 masa driving, hehehe X-D jln cerita yg xsusah difikirkan~ hehehe :.

cikbedahlaser berkata...

hhahahahahaha...
pengajaran yg baik??
kami mengamalkan cara begini...
hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Halim kegirangan bila melihat milah menghidangkan begitu banyak laut di meja.
Namun kegembiraan itu brtukar hijau apabila meneliti setiap hidangan tersebut.
"Apahal awak masak semua separuh masak ni milah.telur dadar separuh masak,ayam gorang separuh masak..ade darah lagi ni."

milah dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton melodi,"macam tu lah perasaan saya bila mantot asyik buat post separuh jalan.Tension kan?"

Arggggh...........

October 12, 2010 10:01:00 AM GMT+08:00

anon kat atas tu fhm ke tidak entry ni?haha.nway best la entry ni.lelaki kunun mmg terer bwk kete,tpi pmpn lebih alert emergency yg kemungkinan akn berlaku.conth my kakak ipar asyik mrh abg jgn ikut kete dekat sgt.tp x dihiraukan.last2 amik kau tercium bontot kete depan.hahaha

Tanpa Nama berkata...

ler..mksd aku mane smbgan post lpas2!

Mantot berkata...

sabor le.aku sambung la bila aku ada idea.cerita tu aku akan main tibai aje.aku pun takde fikir rangka cerita dia sebenarnya.

ending dia pun aku tak tau apa.hahahaha

Shahira berkata...

hahaha aku pon annoying bace cerita ni tapi best hek hek hek.

l0veyd0veyd00 berkata...

sungguh bijak cara suami milah tu bagi pengajaran kat milah.

aNis LeMoN aBu berkata...

hahaha. patut la rasa cam nak tersentap sekejap tadi. memang menarik dan memang betul. tobat xnak jadi "milah" lagi. sian "halim" saya :)

eszol berkata...

niceeeeeeeeee

mmg kreatif!

suria berkata...

haha,really funny, that's a good one

Mr Somebody berkata...

aku mula2 baca cam nak sepak je muka halim tuh
tapi sampai ending dia
haha
terbaik la halim gitau camtuh
=P

PIDUT ASiS berkata...

memang terbaiklah...aku mula2 menyampah gile kat halim..bini nak masak,kacau la..tapi ending menjelaskan segalanya..hahaha

ateeka amer berkata...

annoying punya laki. hehe!

arynet berkata...

walaupun aku baca setiap post blog ni dan jarang komen, tapi aku rasa nak komen sangat.. haha.. terbaiklah.

eRaY berkata...

huh mane aci main balas dendam camtu. tapi aku suke citer nie.

brat2104 berkata...

huhu.. laki volunteer drive.. pompuan diminta masak..

pasni milah kena minta halim lak masak.. haha!! milah lak leh jadi supir..

nazalya berkata...

terbaek la.. hehehe..

Tanpa Nama berkata...

selalu nyer isteri mmg akan komen cara laki dia bawak keta walaupun dia bukan teror sgt pon bwk keta..heheheh...
-mis izza-

Tanpa Nama berkata...

byk tak paham entry...mantot lepas geram kat bini dia...sebab dia drive..hahahaha..

motor gak best.sampai rumah cepat. pukul enam balik, enam suku dah sampai dgn membonceng bini.

Mantot berkata...

hoi hoi..
mana ada aku lepas geram kat bini aku.

F Zee berkata...

OK BEST !

ederq berkata...

tapi rasanya aku yg tension bila aku drive, laki aku kt sebelah mesti ehhhh ehhhh carefulll.
cehhh

Sopek berkata...

kes yg slalu berlaku pd gua. cume pelakunya ialah mak gua. kalo kes ni cmne plak mantot? kang org kate derhaka plak.

J. Abdullah berkata...

ok ni kelakar.

Yat berkata...

terbaik!

Dodo Doris berkata...

agak lmbat aku nak pick up cte ni.aku bce ayat last halim tu wat kali ke 2.aku rase cam clake klaka.haha
pengajaran xbley bla.msti istri die xjadik msak trus pastu.haha.

Tanpa Nama berkata...

hehe..aku ada bc story nie dlm reader's digest..