Oktober 22, 2010

Penting Ke Pendidikan Seni,Muzik dan Jasmani?

Buat pengetahuan semua,sistem pendidikan sekolah rendah akan dirombak (sedang dirombak?) dan apa yang aku paham dari apa yang isteri aku terangkan kat aku,selepas ni akan kurangnya penekanan dan slot waktu yang diberikan kepada Pendidikan Seni,Muzik dan Pendidikan Jasmani.Pendidikan Seni dan Muzik akan digabungkan menjadi satu subjek yang aku tak tau nama dia lagi.

Budak-budak zaman aku,mesti antara benda yang korang paling ingat adalah kenangan main rekorder ataupun menyanyi beramai-ramai lagu "Bapakku Pulang Dari Kota" ataupun lagu "Anak Itik Tok Wi." Aku suka kelas Muzik dan kelas Seni tapi aku tak suka kelas PJ sebab kena main hoki atau bola.Main hoki adalah benda yang paling boring dalam dunia pada aku.Bila aku pindah sekolah waktu aku darjah 6,barulah aku suka kelas PJ sebab main bola baling atau bola tampar.Layan!

Aku bukan seorang yang athletic...mungkin sebab tu aku suka Muzik dan Seni ni.Sapa2 yang ambik SPM tahun 98 dan ambik Seni mesti teringat kenangan design kotak kasut jenama "Pantas!" Tu lah benda pertama yang aku rasa aku design,bukan lukis semata-mata.First time aku buat logo kasut ada kepak (gila cliche) dan waktu sekolah lah first time jugak apa yang aku lukis dan reka dijadikan benda yang wujud dalam bentuk t-shirt.Ok apa,senior aku carik aku suruh aku design baju sukan rumah (padahal aku tiru sebijik2 design mana-mana tshirt surfing yang tengah menjadi "hot stuff" dan "trend" waktu tu)

Pendidikan Seni dan Muzik adalah subjek yang dipinggirkan.Cikgu Muzik aku masuk kelas pun sekali-sekala aje masa sekolah menengah.Mungkin sekolah pun tak peduli sangat ada kelas ke tidak sebab expectation diorang,budak-budak Sains Tulen tak peduli pasal benda-benda art ni.Cikgu Seni aku dulu aku rasa dia makan gaji buta sebab dia hanya muncul awal sem dan kemudian dia hilang.Aku agak kecewa bila aku tau syllabus Muzik dan Seni tak banyak berubah dari dulu sampai sekarang.Tak salah rasanya kalau sekolah ajar budak-budak menyanyi betul-betul ikut note,main gitar,main dram dari kecik.Barulah talent tu betul-betul berkembang.Tapi aku paham la kenapa takde,sebab tak ramai cikgu yang mampu cover syllabus pengajaran camtu.

Mungkin sebab kurangnya penekanan dalam benda2 ni dari peringkat awal,kebanyakan artis kita hanya mampu menyanyikan lagu ciptaan orang lain.Lagu,Eddie Hamid,lirik Eddie Hamid,nyanyian kumpulan Arrow!Talent2 dunia seni tak berapa berkembang.Pelakon?Sapa2 pun boleh jadi pelakon asal muka hensem dan tengah popular.Lakonan macam batang pokok.Ok aje,asal lawa dan hensem.Kalau berani daring seksi sket lagi lah pengarah suka,lagilah banyak drama dia berlakon.Nak tau artis mana yang aku maksudkan?Bukak majalah Mangga,BACA!

Tapi,sekarang ni nampak lah perubahan.Kita ada Aizat,seorang penyanyi yang orang pandang sebelah mata aje masa AF sebab dia gemuk.Tapi bila dia kurus baru lah orang tersedar sebenarnya mamat ni lagu dia boleh tahan dan dia tulis sendiri pulak tu.Yuna dengan suara dia yang seksi yang first time aku dengar lagu dia aku ingat minah seksi mana yang menyanyi.Terkejut besar bila aku tengok gambar dia.Adalah lagi dua tiga artis yang nampak mampu jadi pelapis yang baik cuma kita tak nampak lagi adakah diorang akan mampu matured seiring dengan lagu diorang,sehingga menjadi artis yang evergreen lagu dan imejnya.

Orang Melayu yang veteran ramai tak suka anak-anak main muzik atau cuba melibatkan diri dengan benda seni ni.Mak aku pun camtu,tapi lama-lama dia dapat accept,itupun lepas beberapa tahun dia gunting aku punya kad membership Studio Jamming Black Widow.Aku beli gitar pun menggeletar aku nak bagitau dulu.Aku boleh nampak kenapa orang Cina ramai hantar anak diorang gi belajar muzik.Ofis mate aku,seorang perempuan Cina yang dah berumur,hantar anak dia gi kelas ballet.Budah darjah 5 pegi kelas ballet.

Study memang kena study,tapi ada masanya artistic side dalam diri seseorang tu perlu disentuh.Once kita bekukan diri dari selami artistic side kita,kita jadi robot.Mungkin kita jadi robot yang pandai,intelek,genius tapi kita keras.Lifeless.Belajar benda berkaitan seni ni mampu membuatkan seseorang tu ada disiplin.Paling kurang pun faedah dia at least daripada anak kau merayau merata-rata lagi baik anak kau duduk dan prektis macam mana nak main basic chord C Am F G dekat gitar.Disiplin dalam latihan!Tapi orang Melayu selalu rasa mana-mana budak sekolah yang reti main gitar tu budak jahat.Entahlah apasal.

Kalau aku punya anak dan anak aku dah besar,aku akan bagi dia pilihan.Aku hulur kat dia bola dan sebijik gitar.Tengok mana yang dia ambik.Kalau dia ambik gitar,aku akan suruh lah isteri aku pasang semua lagu Jimi Hendrix yang dia ada dan suruh dia dengar teknik-teknik gitar Tom Morello. Kalau dia pilih bola...aku suruh dia gi duduk England,main bola betol-betol boleh ganti tempat Wayne Rooney dalam team Man U.Boleh aku bersara awal dan goyang kaki kutip duit ribuan pound hari-hari.

Apa-apa hal pun,minggu ini adalah minggu terbaik untuk mengenali penyokong Man U mana yang hipokrit.Sapa-sapa yang tak paham,ignorekan aje la paragraph last aku ni.

51 ulasan:

aHLing berkata...

kesimpulannya, apa pun elok seimbang. asyik suruh anak ngadap buku, theory; nnt dari masuk oxford, jadi ho pulak (-_-)"

blaja tinggi2, tapi social skill, OUT.
hobi2 mcm tu la build character ^^

Obefiend Weiland berkata...

this is probably gonna piss off some people but im gonna say it aloud

to most malay muslim seni dan muzik itu syaitan. kalau suka seni sama macam suka syaitan. masa aku disekolah aku juara pendidikan seni. wakil sekolah pergi mana mana dalam pertandingan melukis

tapi ayah aku?

aku menang banyak mana pun award dia kata melukis tu dosa. mencabar zat tuhan bila lukis manusia

kalau aku yang ada natural bakat melukis pun kena debik dengan bapak sendiri apa chance orang biasa? i mean seriously why is art so demonised by this god damn religion

tanpa seni manusia is useless

nuff said

AlexiaAqram berkata...

entri ini aku sokong benar. sebab, aku rasa bersyukur mak bapak aku dah hantarkan aku pergi kelas muzik masa kecil dulu. nak harapkan sekolah rendah dan menengah? apa pun tarak. kesannya, aku ada juga kerja sampingan yang halal iaitu bermain untuk ensemble band. dari aku mati kutu takdak buat apa lepas kerja dan ujung minggu, baik aku swing-swing dengan band performance, dapat gak cari duit lebih.

ingat tu adik2. muzik yang kena jalan betul. boleh beri manfaat pada kita di hari tua.

karatz berkata...

time aku dulu aku teringat sorg member aku mmg terer melukis.salu dia lukis katun2 dlm komik wira2.dan dia mmg terer dlm semua jenis subjek.selalu first dlm kelas.aku salu angan2 nk jadi terer melukis mcm dia.haha

parents mana2 pun kurang nk layan benda2 natural talent mcm ni.lagi bagus dorg target anak2 dia jadi engineer or doktor.

yang aku nampak,remaja selalu survive benda2 mcm ni hasil dr kesungguhan dorang sendiri.sbb bakat ngn minat dah ada dr awal walaupun tak ditonjolkan.

mitchy berkata...

baguih la seni..dapat seimbangkan fungsi otak kanan & kiri...release tension...

zaty hanyut berkata...

like it.. :)

sangRIMAU berkata...

aku x sokong.

aku sokong kalau 3 aktiviti ni diadakan dkt sekolah.

memanah.

menunggang kuda.

berenang.

haha. sunnah nabi. :)

tak tahu la. tapi maybe ada khasiat dia kut.

apa aku merepek nie.

Che Ahmad Che Ali berkata...

yup,agree.sure sunnah the best utk manusia kan. sbb tuh nabi buat itu.

neard berkata...

Salah manusia kat malaysia, bukan salah agama.

Atau baik salahkan diri sendiri.Daripada asyik sakit hati dengan orang lain(yang maybe salah) sampai mati namun tak pernah ada usaha untuk ubah benda tu.

We're just still not clear of the reason behind the arts.A futile action(for fun) or creativity. Developing better brain, or to diminish its potential

Solahuddeen berkata...

bro sangRIMAU
aku setuju.
kenape skool tanak buat memanah naek kude berenang?
ofkos mahal sumer tu. kerajaan tak mampu. (tapi nak bine menara warisan)
tp sumer aktiviti tu ader kat universiti. cume tunggang kude je tade. dengan masuknye aku kat U. aku dapat peluang berenang, haha. just nak share.

makcikorange. berkata...

okaayyy, aku bersekolah rendah di sekolah jenis kebangsaan CINA.

nak tau macam mana kelas muzik n seni kat sekolah cina? peh. sangat seronok. setiap minggu kelas muzik dan seni, cikgu akan masuk secara constant. cikgu tak masuk kalau dorang ada mesyuarat atau hal hal penting yang laen, so basicall, memang aku tiap tiap minggu akan ada waktu PJ dan seni kat sekolah.

cikgu cina yang mengajar seni dan muzik ni aku rasa bukan bidang dorang pun, sebab dari aku darjah 1 sampai 6, ada cikgu PJ dan seni aku yang ajar BM, BC, M3 pun ada. tapi dorang bagus, even bukan major dorang pun, pada aku, dorang jalankan tanggungjawab dorang dengan bagus. bayangkan la kalau tiap tiap minggu aku pasti akan ada homework seni, FEEL weh. lama lama aku jadi minat.
kelas seni n PJ yang ktrg satu kelas tak sabar nak masuk tiap tiap minggu. sampai satu tahap sebab ktrg satu kelas suka sangat maen basketball, cikgu Pj ktrg guna kelas BC untuk bawa ktrg pergi PJ.

oh ya. ape yang aku nampak, budak budak cina ni ramai yang dari kecil dah amik kelas gitar, piano, ballet ape semua. sumpah aku jeles tengok dorang. tapi aku bersyukur jugak sebab aku dapat jugak masuk kelas sempoa walaupun aku tak dapat masuk kelas muzik. HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

main alat muzik bertali haram.. :P

ateeka amer berkata...

walaupun aku suka seni, aku benci melukis. tangan aku takleh melukis. muzik best apa. pj? lagilaa heaven.

weed and bandages berkata...

aku cikgu seni yang aktif dan pantang kalau orang cakap seni tak penting atau cikgu seni tak ajar betul atau tak cool.

malaysia memang unik. orang luar seni muzik jasmani paling depa tekankan, orang kita dok nak skor A dalam subjek yang lain.

kreativiti tak mau diasah langsung!

malaysia mmg unik ah!

Tanpa Nama berkata...

@Obefiend Weiland

lukis bg aku takda apa la..cuma kalau kau dah start bg nama, bg watak,buat patung pvc untuk profit,seterusnya memeberi anggapan pada budak2 kecil menganggap dia wujud..tu dosa..tp kalau yg islam tu dah melukis dan amik bhg-an art tu dia kena selalu letak dalam hati, benda tu hanya rekaan dan takkan sehebat mana berbanding yang tuhan ciptakan.rendah diri adalah key untuk keluar dari dosa.

apa yang boleh aku cakap tentang agama Islam adalah...sabarlah...ni tempat humbanan...tak byk choice.

PutraRocker berkata...

ape mcm bro o_O

PutraRocker berkata...

hidop bior sedap

adikku syg berkata...

salam..wanna share a story..

adik saya yang berusia 13thn sgt minat muzik..sampai masuk kelab pancaragam and dpt main drum besar..

satu hari masa hari jadinya, ayah bg supprise kata ayah masukkan die kelas muzik..belajar gitar dan piano..dengan syarat tak boleh lupa study..and bila adik kata nak jd ahli muzik, ayah tak kisah tapi eventho camtu, ayah suruh jgn jadikan kerjaya ahli muzik sbg main thing..means, evetho my dad tak kisah pasal seni2, still die teringin gak anak dia jd doc or engineer or pape la..

humm makes me wonder..but im sure my dad did it for the best..esp tgk industri tanah air yg cm lampu liplapliplap dn artis2 yg, err, u know, mgkn apa yg ayah sy takutkan tu betul..but still, proud to have a understanding father..

damme damiah berkata...

time sekolah suka waktu seni sebab boleh melukis. lagi-lagi kalau tema bebas. suka PJ sebab boleh tidur, cikgu tak masuk kelas (takde/terlalu kurang cikgu yang trained untuk jadi instructor jadi main hantar je cikgu BM/BI/Sains yang takde kaitan....)

Tak suka muzik sebab tone deaf :D

Still, sayanglah kalau buang/disumbatkan jadi satu mata pelajaran. Itu masa untuk unwind dalam sesi sekolah yang biasanya "kering" asyik dengar cikgu bercakap.

Faizah Roslaini berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Faizah Roslaini berkata...

kalau tak silap aku dah beratus research dan paper yang membuktikan faedah art dan music kepada perkembangan anak-anak.

Lihat cth di Jepun, walaupun diaorg banyak porno, tapi orang2 dia kreatif dan innovatif, merekacipta dan mengkaji sehingga mampu buat profit drpd jual produk dan menang hadiah Nobel atas sumbangan mereka kepada kemanusiaan.

Jepun ajar anak2 dia muzik dan pandaikan anak2 dia melukis, imaginasi anak2 dia terangsang dan berkembang. Ini bagus utk Sains. Sekurang2nya Einstein juga bersetuju.

Kesedaran Sains mereka tinggi, walaupun di kalangan rakyat biasa seperti pemandu teksi atau bas.

Memang kita tak perlu ikut negara lain, tapi aku tak pasti entah apa basisnya diorang nak rombak sampai macam gitu sekali. Ada bukti research apa? Study apa??

On the other hand sedih pun ada. I remembered having so much fun at art classes but now I'm not sure whether my children could experience the same.

GigiWangi berkata...

aku suka subjek seni, muzik dan pjk. tapi tak berpeluang nak belajar.

bagi aku, cikgu2 yang ajar subjek ni aku paling kesian, sebab subjek2 ini tak berapa penting dan tak ambil markah, jadi, mana2 cikgu bm ke, math ke, sains ke yang tak habis silibus,mereka nak ambil alih kelas ni.....habis nak buat macam mana?

aku ingat lagi masa aku sekolah dulu, subjek pjk lah yang ditunggu-tunggu, tapi bila cikgu math nak ambil alih, trus mood down weh. belajar jeeeee, tension kot. masa pjk je lah aku boleh lepaskan segalanya.

Muhammad Adlail Noorazam berkata...

memang mak bapak susah nak terima kita bila dah masuk bidang seni ni. lagi2 macam aku ni datang dari keluarga yang agak susah. diorang mesti target anak dia mampu jadi doktor dan seumpamaannya untuk menukar nasib keluarga. lagi2 aku ni sulong kepada 10 adik beradik bai. lagi la tinggi harapan kan? tapi nak buat macamane,aku da memang minat seni dari kecik.
bila aku nak masuk u pn diorg macam sarankan aku amik artitek la bagai. tapi aku lebih minat graphic design. nampak la mcm diorang lain sikit lepas tau aku nk amik benda2 seni macam ni. nenek aku lagi la,tnya benda ni bole sara hidup ke. fuuhhhh.
akhirnya diorang paham la perangai aku macamane. kalu benda tuh aku minat,aku akan belajar bersungguh2 kat situ.

*panjang plak aku tulis,just nk kongsi.

Edward berkata...

obifiend: btol apa pandangan ko tu.


just aku tak fhm...nak rombak2 tapi "kita" yang hasil dari pembelajaran yg sebelum2 ni fail kah?

ayah aku cakap..."ulama2 dlu main musik sebelum dorg mentelaah dan berkarya (as in tulis literature dorg) cuma orang sekarang main musik bukan untuk ketenangan dan inspirasi. ayah aku ckp bkn dia tanak gtaw pasal ulama2 ni main musik cuma takot orang salah guna dan putar belit kefahaman."

ulama2 dlu pon banyak simpan hadis dan tak sebarkan sebab dorg dah nampak. masa depan ni org suka guna hadis dan sunnah ntok kepentingan diri sendiri. sebab tu bila mati ja ulama tu. dorg bawa hadis2 bersama dorg so orang zaman sekarang tak salah guna.

betapa jauhnya fikiran ulama tu. tapi terbukti zaman skrg.

tapi apa2 pon harap2 la subjek baru tu bantu anak2 kecil skrg belajar jadi pandai dan ada nilai2 murni dlm "art" dorg tu. ;)

pasal main alat bertali haram tu. sebenarnya ada banyak percanggahan. sebab zaman nabi tadak tali nilon dan steel string. tapi yang pasti mmg sahih la ulama2 dlu main musik sebab statement ayah aku ni boleh pakai. cuma alat musik mcmana tu kita tak dapat nak pastikan sebab ayah aku tak reveal.

tapi klu tgk video tentang yusof islam@cat steven...dia mmg kaji pasal agama islam. dia tinggal gitar semasa memeluk islam dan sambung balik main bila dia dapat tau ulama2 islam bawak guitar ke tempat jajahan dorg. klu minat google la interviu yusof islam ni.

cuma skrg aku tak berapa suka maher zain. org minat sbb musik dia sedap dan dia kacak bkn msg yg cuba dia sampai kan. kenapa dengar sebab musik dia dah ala2 rnb dan gubahan dia sedap? dan bkn suka sbb dia pnya msg. ini pandangan aku situasi di malaysia.

http://www.youtube.com/watch?v=-L-GOHa5-YQ

ini yusof islam pnya style. kenapa tak ramai org suka skrg? tapi msg yusof islam lagi jelas. (musik?)

tapi org suka yang ini?

http://www.youtube.com/watch?v=KfXIF2Mm2Kc

aku rasa beza sbb ...maybe cat steven ni sbb dia mengalami pengalaman bersama Allah tu sniri. dan maher zain ni dia mmg islam...itu aku tatau la.

tapi tgk la video yg aku bagi. dan fkir. apa beza dorg.

aku minta maaf klu aku buat sesiapa tersinggung sebab tak suka maher zain. hahahah. tak setuju ckp ja. aku terima pendapat org.

Tanpa Nama berkata...

aku ragu2 dengan najib ni satu perkara jer...dier kate pakai duit PNB kan? tapi apsal dier bentang dalam BELANJAWAN 2011?haaa keraguan disitu!!!!nak tipu pon agak2 la kan?

Tanpa Nama berkata...

isu Menara warisan @ menara puaka..

aku ragu2 dengan najib ni satu perkara jer...dier kate pakai duit PNB kan? tapi apsal dier bentang dalam BELANJAWAN 2011?haaa keraguan disitu!!!!nak tipu pon agak2 la kan?

Edward berkata...

to obifiend: pasal art. sebenarnya. zaman nabi. ada org buat bantal tapi ada jahitan binatang atas sarung bantal tu. nabi buang dia tanak.

sebab art tu bila kita lukis anjing ka..kuda ka...sama mcm buat patung. disamakan. art tak salah cuma kita kena hinakan art tu dan art tu takleh mulia. ini kena la baca kitab. aku tulis pon tak berguna sebab hujah dia panjang

in fact art is beautiful almost everything in islam is art. islam tak hinakan art. cuma ada sesetengah benda dalam art tu islam tolak. seperti Nude (yg org bogel french pnya). art2 as in patung berhala..or lukisan2 yg berasaskan berhala.

bayangkan ko lukis kuda dan gantung depan ruang tamu ...beza tak ko ada patung kuda dlm rumah mcm org india rajen buat..gajah ka...so nabi tak bagi buat camtu. klu ada art kuda..jgn gantung2...kena letak dia level yg hina. takle lah nak gantung2. lukis tak kesah. boleh ja

tapi islam promote motive yang bunga2 or vector art ke. something yang tak menjurus kepada entiti tertentu seperti binatang atau individu sebab kita tak sembah benda tu. act of hanging pictures of "things" pon kira mcm memuliakan gak la benda tu kan? klu tak mulia takkan nak gantung tinggi2. kan?


klu salah sila tunjukkan. ;)

Khairi berkata...

apa apa benda pun kalau lebih2 jadi tak elok, art ka, sex ka, makan ka, mancing ka, apa la korang ni benda basic je ni aku nak habaq pun malas.

nak main musik main la. nak lukis patung lukih la. jgn duk puja sudah. ini time maghrib pun goreng smoke on the water ape cerita.

fanatik pd agama pun lebih2 tak elok. Quran punye tebal punye byk point dan hujah awat nak buat hiasan ka? ya, nak trigger otak kita untuk pk. ini telan aje mahunya pk malas. itu yg susah nak dgr nasihat tu.

otak lembab, quran pun takda guna bhai. beli beskal, kaki kudung, amacam?

Khairi berkata...

aku lupa plak tajuk utama posting ni pastu komen aku mcm lari tajuk ja sori na.

seni dan muzik itu penting. tu ja mau ckp.

Edward berkata...

to khairi: sebab tu ayat 1st turun dlm quran. BACALAH...bkn TENGOKLAH@TULISLAH

tapi klu style reply komen yg anon tak bermoral dan tak masok akal. maybe dia hanya tau TULISLAH...pndai tulis ja. baca tanak...

pasal yg fanatik agama. bagi aku org islam lah fanatik agama. semayang 5kali sehari. zakat kena kuar. kena gi haji kalau mampu. puasa kena 30hari. cna org islam tak fanatik ? kekekekekekeke...

agama lain ada ka extreme smpai camtu skali? sami pon tak wajib puasa 30 hari woo...

rompa berkata...

Ilmu agama aku langsung tak tinggi..yg aku tau kite leh je main musik ke, melukis ke, main game ke..tp yg penting jgn la lalai n leka..masuk waktu, semayang la..yg jd haram sbb time maghrib still goreng smoke on the water n puff smoke on the water..tak gitu en Khairi??

aku pun blaja main gitar sendiri..sampai skang langsung tak terer..stakat nak main untuk hiburkan hati tu leh la..drpd aku isap rokok, baik aku main gitar..hahahaha!!kena!!kena!!hahahahaha!!!

p/s-aku main gitar kat skolah..jahat ke aku??

akusengal berkata...

yg dok gantung gambor orgbesar2 alam e.g. gmbr sultan2,pm2,menteri dalam umah tu cmane ye?aku salah topik ke?kalu salah delete je la...cume bile ko berckp pasal art ni,gmbr2 tu pn part of it kan?aku buat ID,kengkadang client aku xkasik hias umah die dgn gmbr2 org,even gmbr family sendiri...huh,aku rase mmg aku lari topik...

tp bagi aku art&music tetap dihati...xde salah satu dari due ni aku rase cam xhidop kot...

Khairi berkata...

to edward: otak kau sami tak fanatik. nak beromen pun tak boleh, inikan nak kahwin. tuhan dia kasi telur dua bijik tu untuk buat hiasan barangkali.

agagagagaa...

Cik Agogo berkata...

seni, muzik ngan pjk memang best.

dah ko tepu apa kepala ngadap buku je... ngadap cikgu bebel depan kelas... masuk tinge kanan, kuar tinge kiri...

time subjek2 tu laa waktu untuk release tension... lepaskan apa yang serabut...

patutnye kan... subjek2 tu pun kene bagi penekanan jugak tau... bukan cikgu subjek lain ngajar subjek tu... dah dier kejar silibus, subjek tu pun burn...

sebab takde sangat slot lepas geram mcm subjek2 tu la kot macam2 mende pelik2 budak2 skang buat untuk "melepaskan" tekanan belajar.

mana tahan beb kalo kene paksa belajar untuk dapat A sokmo...

killthepervert berkata...

@edward - bacalah yg turun dari alquran ade byk maksud...sile jgn direct interpret...keh3

@khairi - sami/paderi/nun org plg rugi dlam dunia..

Khairi berkata...

rompa, rokok tu bagi aku sama aje dengan gula.


rokok - tumor, rongak, paru2 lemah, mati pucuk..

gula - diabetes, rongak, jantung lemah, mati pucuk...


bezanya? takdak beza haih!

aku ckp dah tadi, yg penting, apa2 benda pun, control - optimum - jgn lebih-lebih2. ini bangun tido pap terus sumbat rokok apa cerita? tak isap rokok kincing tak keluar apa cerita? hahaha.

isap pada2 la, jadi perokok profesional, sebatang sehari, kalau ada budak2 ka pompuan ka, jgn isap rokok.

woi aku tuggu menteri perdagangan letak gambar budak gemuk kat kulit twisties baru ngam hahahaha.

munirah ruslan berkata...

bagi aku art and life is compatible, cume dekat malaysia sciences byk ditekankan, kononnya peluang kerja lebih banyak tapi its a shit load, gomen has shaped us all.

viewing art and music through religion concept, one should know the limit. even kalau ko scientist, doctors or what not, there is always be a limitation. jangan anggap agama sebagai penghalang because it should be our guideline.

Edward berkata...

killthepervert:haha. mmg bacalah yg dlm alquran tu byk maksud dan bkn aku direct interpreted cuma seruan tu..BACALAH. dan bukan TULISLAH...itu jea.

ty sebab tego. aku cuba untuk tak reka cerita atau tokok tambah benda dan smpaikan sebagaimana aku dengar atau baca.

Edward berkata...

@khairil: pasal rokok dan gula yg ko cuba nak samakan tu kan. ayah aku penah ckp gak. even prof aku pon ckp gak pasal rokok tu.

cuma gula klu kita mkn tak lebih2 ikot kuantiti yang disyorkan tak membawa mudarat dari awal. ada kebaikan selain memberi glucose dlm darah.

tapi merokok. kalau kita kontrol mcm mana pon. even elak orang pon. dia mudarat diri kita lambat laun. tiada kebaikan di situ.

semua tu dgn izin Allah. tapi klu benda tu tadak kebaikan watpa nak amik kan?

itu pilihan sendiri lah. just prof aku ckp dkt indon ulama2 dan tok2 syeikh pon layan ja rokok keretek.

syisha pon datang dari arab.

itu ja aku nk cakap. aku tak bangkang. btol la. mkn gula byk bawak penyakit. tapi isap rokok sikit2 ada untung? hehe.

Edward berkata...

@akusengal:aku da ckp point aku. jgn muliakan gambar tu. tak kisah nak gantung2 gambar. tapi tgk la gantung kat mana.

sesetengah agama sangkut dpn pintu gamba tuhan dorg. or betul2 depan pintu masok. jgn la tiru yg mcm tu. nak gantung gamba family oke ja. korang tak puja. btol tak?

tapi nampak tak elok la klu masok2 rumah ada gamba kuda ka gantung dpn pintu masok. mcm org hindu.

cuma klu ada gamba pembesar kita gantung dpn2 rumah. itu tepuk la dada tanya selera sniri. yg bagi rezeki tu sape. PM ke? nape nak letak gambo pembesar dlm rumah plak? kan?

itu kena pkir2 la sniri..jom la baca banyak2 lagi. hehe

karatz berkata...

pasal rokok dan gula.haha.aku isap rokok.dan kata kata ko edward sedikit buat aku rasa kena tempias.haha.its ok.br aku tepikir betul apa yg ko ckp.

Ann berkata...

ak tak minat muzik tp aku minat lukisan.....tmsuk batik. aku slalu masuk competition dr sklh rendah smp msuk skolh mnengah..

bila aku pindah sekolah SBP, aku agak kecewa sbb takde kelas seni..last2 minat ak tersungkur cmtu jer...takde ruang untuk melukis kat asrama.

Mantot berkata...

aku dulu sbp ada seni,skrg ni tatau lak ada lagi ke tak.

redbean berkata...

ayat last lu mmg style!!!
-sekian-

Tanpa Nama berkata...

Mantap...isu hangat. Seni & muzik penting,tp kaedah perlaksanaan di sesetgh skolah mcm HARAM. Subjek mmg menarik,tp tiada jaminan dlm industri seni & sukan di M'sia. Even universiti pun gagal menentukan hala-tuju bg pelajar2 yg berbakat...balik2 pencapaian akademik yg ditekankan. Give-up,putus asa,putus harapan, PUNAH!
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

budak hijau berkata...

kelas seni aku kat bus stop je...duk melepak+belajar..hidup bersama jadi lagu harian..paling senang kot...org2 tua kat mesia ckap benda seni2 tk pekdah..orang2 tua kat us ckap internet jalan dr setan...
Orang2 tua berakalkan akal lama..hidup dorang bersempadan..org muda mcm kamu,kamu dan kamu..buat je apa nk buat..berseni ke,bermuzik ke..asalkan bpandukan alquran..alquran kn releven sepanjang zaman..
dan ayah KAMU memang hebat..boleh kenalan..
Aku pn tone deaf..suka gak muzik2 ni,hasilnya boleh maen godfather tema lg baek dr slash*blush...jgnlh amik jalan laen hnya sbb sukar nk lalu jalan ini

Runey dh tkde kat m.u...rugi lh tokey2 yg jual fake m.u stuff..

Khairi berkata...

edwards,

judi tu haram sbb keburukan dia jauh lebih banyak dari kebaikan. sama juga macam arak.

tapi, cuba tengok rokok. ada sama lagu tu dak?

aku tak isap rokok, tapi aku suka blog ni jd aku nak bekap mantot ja sbb mantot isap rokok. smlm colleague aku nak pi solat jumaat cerita kat aku 'aku ada baca blog ni bagus bla bla bla', 'blog apa' aku tanya, 'cursing malay'...

cis.

rokok ni, aku rasa, kebaikan dia agak byk, untuk injek nikotin kat darah ke otak, buat kau steady bwk kereta mlm2. penumpang pun selamat.

keburukan plak, kalau kita tak merokok tempat awam, jatuh keburukan itu atas diri sendiri.

cuba ckp, kalau kita pekena rokok dua tiga pam di perhentian dekat grik, untuk make sure penumpang kita selamat sampai, besar manakah pahalanya itu?

rokok sedap beb, mudarat dia kita boleh kire cancel out. buat apa jaga kesihatan sbb nak idup 200 thn kalau ini tak bley itu tak bley baik mati aje.

Edward berkata...

@khairi: haha. yg haram tu mmg la haram. jgn samakan yg halal dgn syubhah.

gula = halal. rokok = syubhah.

judi= haram. arak = haram.

lain tu khairi. pasal hidup mati tuhan tentukan. tapi kita nak sihat sebab nak buat banyak benda lah. selsema sikit pon dah tak fokus pastu kena rehat banyak.

klu nak buat itu ini kita kena sihat. setuju?

milo boyd berkata...

indeed.. :)

Kap berkata...

pada hemah aku, perkara pertama mak abah perlu tahu adalah fungsi otak kanan dan kiri.

Tanpa Nama berkata...

laa nih ke yg dinamakan rombakan? aku yeye ingat budak-budak ni akan diajar lebih mengenai perkara-perkara praktikal, asah soft skills dll. rupanya lagi dikurangkan skop? and just tambah subjek sejarah utk sekolah rendah? otak kiri-otak kanan mmg kena seimbang..kalau tak cmne nak jadik hebat? lps tuh dok salahkan kenapa rakyat msia or spefically org melayu tak boleh berjaya..come on...