Oktober 21, 2010

Kesetiaan Kepada Kerajaan

Aku semak-semak balik komen yang aku terima semalam.Tertarik aku membaca satu komen dari seseorang Anonymous (biasalah) yang menyebut lebih kurang macam ni

"Kau kutuk-kutuk kerajaan tapi bini kau kerja cikgu.Sedar la diri sikit oi!"

First sekali,aku jelaskan,satu masa dulu (lama dulu),aku pun beranggapan macam tu jugak.Kerja kerajaan,kena sokong kerajaan lah kan.Tapi sebenarnya,ramai yang dalam kerajaan,TERPAKSA sokong kerajaan.Nak recap balik apa yang mak aku pernah cerita,member dia kena transfer sekolah pedalaman sebab masa reformasi dia pegi KL sokong geng2 Anwar.

Aku pernah duduk dengan member aku yang kerja kat Putrajaya dan dia sound aku,"kau jangan ingat camtu.Walaupun aku kerja government tapi politik lain,perkhidmatan awam lain.Takleh nak samakan." Semenjak hari tu aku mula memandang penjawat awam dari satu segi perspektif lain.

Diorang terpaksa jadi pak turut.Aku tegaskan,TERPAKSA.

Waktu perhimpunan Bersih,memang ada pegawai2 awam yang muda2 ni diletakkan di antara ribuan penyokong perhimpunan tu sbb diorang nak tangkap pekerja gomen yang pegi ke situ.Sapa yang kena tangkap biasanya kenalah transfer takpun kena surat tunjuk sebab la kot.Tapi,kita tengok balik,kenapa perhimpunan Bersih tu diadakan.Salah ke seorang penjawat awam pegi menyokong benda tu?Yang Kementerian takut apsal?Biasanya orang yang takut ni orang yang ada buat silap kan?

"Kerajaan bayar gaji isteri kau hoi!" Iye,memang betul kerajaan yang bayar gaji dan diorang accept benda tu.Tapi perlu diingatkan jugak,siapa yang bayar gaji kerajaan?Penjawat awam sering terperangkap antara integriti atau kerjaya.Sepatutnya kebebasan untuk memilih siapa yang memerintah negara adalah terpulang kepada individu.Jika penjawat awam tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara,mana demokrasinya kat situ?Adakah sebagai seorang cikgu,isteri aku PERLU menyokong kerajaan?Adakah sebab dia penjawat awam dia perlu tunduk dan patuh kepada apa saja yang kerajaan lakukan?

Tak.Tak perlu.Kenapa aku pulak yang kena sedar diri takleh kutuk kerajaan?Kerajaan adalah pilihan rakyat jadi jika ada rakyat yang bekerja dalam sektor awam yang tak nak memilih kerajaan,itu adalah pilihan masing-masing.Itu hak individu.

Tapi bila majoriti penjawat awam dah takut nak pegi dengar ceramah Pembangkang sebab nanti ada kena tindakan disiplin,aku tanya balik,mana demokrasinya kat situ?It's a choice that shouldn't be forced.

Jadi,katakanlah,katakanlah....Kerajaan bertukar.Apa implikasinya dekat penjawat awam sekarang ni yang berlevel pegawai2 biasa atau kumpulan sokongan ni?TAK ADA!Diorang akan tetap kerja macam biasa sebab Kerajaan baru akan still perlukan khidmat diorang dalam mentadbir perkhidmatan awam.Cikgu-cikgu masih diperlukan untuk mengajar anak murid.Kecuali penjawat2 awam yang kat atas sekalilah,yakni,level2 menteri Kementerian.Yang tu kenalah ditukarkan.Normallah tu.Kabinet bertukar,menteri kat atas pun bertukarlah,kecuali dia Samy Vellu.

Aku ulanglah lagi sekali kepada mana-mana individu yang merasakan penjawat awam itu perlu menyokong Kerajaan.Bukak kepala otak kau.Kita kena belajar accept yang Kerajaan is just a Kerajaan,satu badan yang dilantik untuk memerintah oleh pemilihan secara demokrasi beradasarkan kepada pilihanraya.Jangan campurkan politik dan perkhidmatan awam.Itu adalah dua benda yang berbeza dan tidak sepatutnya ada sangkut paut langsung antara satu sama lain.Sayangnya,ini Malaysia,suka benar mempolitikkan semua benda.Ramai betul nak bekerja satu ofis dengan geng2 sefahaman pemikiran politik dia,kalau ada masuk sorang dua pakai kopiah mulalah meracau.Samalah jugak sebaliknya.Geng kopiah nampak geng pakai songkok tinggi masuk,mulalah mengamuk.Solat pun kena asing-asing surau,masjid.COME ON LA ORANG KEDAH!

Bila semua dah ada kepentingan politik dalam sektor awam ni,habis,semua benda dah hilang integriti dia.Macam mana nak jadi negara maju kalau rakyat nak ada akal dan pemikiran sendiri pun dihalang,ditekan,dilenyek,hantar pegi BTN sampai jadi macam baboon..Maju dari segi infrastruktur tapi dari pembangunan minda...kosong.

84 ulasan:

MATAHARI berkata...

like this post.

Johann yang berani berkata...

Kalo x mnjawab org2 bingai cam anonymous tu mmg smpai biler pn drg akan ttap sama. Bgus tndakan ko jwb org2 cenggini. Tah apsl rmai lg rkyat msia yg benak2 x phm lg ape yg rkyat perjuangkn. Mkn semut byk agknye!

Azrul Hisham berkata...

sokong pendapat bro... :)

Amy Z! berkata...

as a govt servent, i couldn't agree more.

syaiful13 berkata...

I totally agree..

That's a common misconception.. Satu lagi sape yg dapat biasiswa/bantuan/pinjaman/etc kerajaan kene sokong kerajaan... Ape jadahnye??

Duit pembayar cukai bukan utk bina menara 100 tgkat yg belum tentu pembayar cukai dapat naik..

SUPERMAN berkata...

kalau dah terlalu taksub dengan sesebuah parti, memang hanya akan nampak kebaikan parti tu je la.. parti lain semua jahat. kebaikan dah tak nampak.. jangan jadi manusia yang tidak tahu bersyukur..

mr edz berkata...

banyak blog aku nengok.. kalau penyokong najib mesti pakai nama anon.. tak la semua dalam 10 org tu 7 pengomeen pakai anon

Ann berkata...

sokong 100%!

azmie berkata...

suruh dia masuk darjah satu balik. mengaji rukun negara

abershavin berkata...

kita yang bayar gaji kerajaan

kiox berkata...

ade gk membe aku dulu, marah kaw2 bila aku kutuk govt. alasan dia, govt dh bg mcm2 kat kita,nape nk kutuk govt plak.

pelik.sempurna sgt ke govt tu smpai xleh nk kutuk@tegur.even nabi pun bleh ditegur.haih~

makcikorange. berkata...

bab BTN tu memang aku sokong sangat. sebab UiTM punya BTN pun memang tak boleh blah, nak brain wash budak budak dengan politik je keje dorang ni.

pheww.kenegaraan la sangat kan?

dizu al kilentani berkata...

-------------------------------------

bolehkah menjadi warganegara Malaysia jika tidak percaya kepada tuhan (ramai sgt freethinker skg kt msia)?

p/s:kepercayaan kepada tuhan

miya berkata...

SOKONG!!!!

karatz berkata...

yeah,aku selalu pikir kenapa nak kena bela sangat status''keje gomen maka kena setia pada gomen''
memanglah kita diajar kena bersyukur.tp tolongla pandang dengan dua bijik mata,dan sedikit kepala otak.bersyukur sebab yg keje gomen tu dah kira mcm ada banyak benefit nak survive hidup kat malyaysia ni.abes?yg tak keje gomen?yang keje sehari 12 jam gaji ciput mcm keje setengah jam tu?dan banyak lagi..mcm mn?

jgn asyik pikir perut kita kenyang je kita senyum ckp kerajaan best,psl org lain kita pegi mampos kan?bodoh punya pikiran.

apa otak org2 mcm anonymous ni dah berlumur tahi apa?Tuhan la bagi rezki.bkn kerajaan.kerajaan adalah perantara yang kita pilih utk memimpin dan menjaga kita.bukan pijak isi perut rakyat dan cekik leher sampai mati.

MOFASAD berkata...

gua setuju cakap lu

Tanpa Nama berkata...

just my opinion:

tak salah nak kutuk govt, but as govt servants one thing you have to understand is that you serve the government, that's your employer. sama macam company lain - kalau tak suka dengan company ko, ko kutuk la - letak la kat blog kutuk company ko terang2an, tapi lepas tu kalau ko kena saman, well pandai2la. but i think if you dont like the job, then you leave la, work in the private sector. lagi bebas kut. as simple as that.

but biasalah, keje gomen ni secure kan? manalah tau kalau pape jadi kat u, bini u boleh support u - sbb kalau dia keje tak bagus macam mana pun takpe, susah nak dibuang keje. itu salah satu kelemahan being a govt.

"It's a choice that shouldn't be forced." Who says you dont have a choice? Yes you do have a choice. that 1 DAY when you are given the opportunity to vote for your government - tu pun mana ada orang force, kalau u nak vote, vote lah, tak nak pun takpe. you have to choose wisely and live with it. the rest of other days, you have to serve the govt, kalau tak suka, then the next 4 years, vote la for someone else. kalau tak suka jugak, try be a politician. maybe you can make a change then.

but there are 'smart' people who don't even care about choosing the right leaders. tau komplen je. what to do.

oh that reminds me, now that your wife can get 90 days cuti for bersalin, wonder who is going to replace her for her classes, cikgu ganti yang tak berapa nak peduli/tak kenal the students perhaps?

oh right, who cares, as long as the govt pay our salary right? after all it is the tax payers money.

~dida~

Khairi berkata...

anon tu budak baru lepas dapat tawaran masuk poli kot. tu yg semangat nak reply tu.

ntah2 blom sunat.

salmanalfarisi berkata...

aku keje KERAjaan. aku bukan sesiapa dalam perkhidmatan. bila KERAjaan buat sesuatu dasar yang menghancur-ranapkan masyarakat, aku menentang dasar KERAjaan. sebagai contoh dasar PPSMI. tapi aku masih kerja untuk KERAjaan sebab rezeki aku di situ. apa yang baik KERAjaan buat, aku sokong. macam tak naik tol untuk 5 tahun. tapi sakit hati masih ada sebab tol tak diturunkan. tapi aku keje KERAjaan. adakah aku dikira tak bersyukur?

salmanalfarisi berkata...

haa... bab cuti 90 hari tu tak berapa betul la bro... dulu 5 kali bersalin dapat cuti maksimum 300 hari (60 hari bagi setiap kelahiran). tapi bila Najib umum 90 hari, tapi maksimum cuti still 300 hari, maknanya hanya 3 anak dapat dilahirkan sepanjang tempoh tu. so, mana dasar kependudukan negara? bullshit la Najibs ni. pusing sana pusing sini. ingat org takde otak ke??
lagi 1, mansuh duti atas barang pelancongan seperti seluar dalam dan minyak wangi. WTF?? ko ingat org kampung yang susah nak beli spender ke beras??

Otak ada tapi pakai la wahai KERAjaan...

Mantot berkata...

aku tau pasal cuti bersalin tu.aku dah discuss dgn isteri aku.sama aje sebenarnya cuma ada option nak ambik cuti lebih 90 hari.lebih 300 hari dia start potong gaji.

takde perubahan pun.mungkin diorang tak nak orang ramai anak kot dalam sektor awam ni.

SyeeraKhalid berkata...

STUDENT UITM KENE SOKONG KERAJAAN SEBAB YURAN MURAH..????? X PAHAM..APE KENE MENGENE

PELiK berkata...

dulu masa aku dapat biasiswa nk masuk u dan aku x sokong kerajaan, family aku yg org kuat ni marah2.kate x tau bersyukur la bla3

eh kamon la! tu semua tanggungjawab kerajaan nk sediakan kemudahan untuk rakyat dia.kena kenang jasa kerajaan sbb bg aku cmtu? well apsal tak kenang jasa penjajah yg bg kite kemajuan lebih awal?

dalam konteks keluarga Islam, bile parents ungkit balik semua tanggungjawab yg dia dh buat untuk anak dia, pahala dia akn hilang. Agak2 kalo kerajaan camne lak?

(ni Ustaz kat surau depan rumah cakap kat aku)

Tanpa Nama berkata...

patutnyer..dah xder org yg pikir mcm tuh..betulah la tu..its our choice..xkisah ler ko kijer gomen ataupun swasta..bdk rumah aku pun..org gomen..kondem gak gomen..xsmestinyer..keje gomen nk sokong gomen..sokong lebih2 pun..korang still dpt rm500..xlebih dari tuh..mentaliti yg harus di ubah..jadi..ubah la cepat2..

-natrah-

Yat berkata...

kalau tak sokong govt. nak sokong sapa?? Cuba tengok pa dah jadi kat Pulau Pinang, bangsa melayu ditindas.

Mantot berkata...

bukan dr dulu mmg Penang MCA pegang ke?

Tanpa Nama berkata...

melayu ditindas di PP?

or melayu ditipu UMNO PP 53 tahun??

Tanpa Nama berkata...

kita tak nafikan, lebih 50 tahun umno/bn memerintah, banyak yg kerajaan dah buat untuk majukan negara.

Tapi, kita tahu ke sebaliknya kalau bukan bn yg memerintah, negara ni masih pakai basikal lagikah? masih pakai pelita minyak lagikah? masih tak kenal komputer lagikah?

atau mungkin jauh lebih maju lagi…

maaf cakaplah, kalau kerajaan rasa membantu rakyat adalah sebagai “hutang” yg perlu rakyat bayar, takda maknanya rakyat bernaung di bawah kerajaan yg ada sekarang.

rakyat dan kerajaan masing2 ada tanggungjawab sendiri pada Ugama dan negara, bukan melaksanakan tugas sebagai memberi hutang pd pihak yg satu lagi.

Pemimpin yg memimpin negara, bila sanggup jadi pemimpin,, kenalah tahu tanggungjawab sebagai pemimpin.

Berlaku adillah dan sentiasa letakkan nawaitu Lillahi TA’ALA. bukan sebab nak undi, bukan sebab nak untung masuk kocek sendiri, sebab nak pangkat org sanjung, sebab nak kaya bla bla bla.

Tolonglah, jangan suka sgt cakap segala apa yg rakyat dapat sekarang ni adalah “hutang budi” rakyat pada kerajaan. itu tanggungjawab namanya..

Akmal berkata...

"anon tu budak baru lepas dapat tawaran masuk poli kot. tu yg semangat nak reply tu."

stereo nmpk?

buruh berkata...

Pulau Pinang sebelum ni Gerakan pegang, bukan MCA.
Pulau Pinang tak sampai sepenggal pembangkang amik, dah cakap Melayu ditindas. Yang sebelum ni 53 tahun BN, tak ditindas ke?
Kalo tak puas hati, pilihanraya lepas ni tukarlah balik. Sebelum tu bandingkan la ape Gerakan buat /DAP buat.

Penjawat awam mesti bekerja untuk Kerajaan. tak kisah la sape pegang, BN ke Pembangkang ke.

Memang kerajaan bayar gaji penjawat awam, tapi bukan BN.BN mentadbir(manage)duit² yang dah dibayar oleh pembayar cukai(kita. Tapi yang orang selalu nampak BN yang bayar gaji, BN yang bina jalan, BN yang buat hospital. tapi bukan duit BN, duit kita.

*Dalam rukun negara takde pun "kesetiaan kepada BN."

Punk Princess berkata...

aku xtau nak komen psl nie..tp ramai gak ar mcm sentap kalau bab2 keje gomen mesti sokong kerajaan..
adess..aku xsokong sape2..umur dah layak mengundi tp aku tetap xmengundi..

gabbana berkata...

eh, kalau gomen bayar gaji kita then maksudnya kita kena sokong gomen, maksudnya gomen bayar rasuah la en..?

maksudnya, ramai la daripada kita yg hari-hari makan rasuah..?? maksudnya gomen kita ni kerjanya suap org rasuah je la en..??

wahahaha.. ;D

bawai berkata...

alahai simple je encik anon.

kerajaan bayar gaji pada penjawat2 awam sume dari mana datangnye duit tu? turun dari langit ke?

cetek akal

sekain (sengaja)

Tanpa Nama berkata...

Bab kerja kerajaan kena sokong kerajaan ni aku hiba dengar ucapan Nik Aziz, masa dalam dewan rakyat negeri kelantan rasanya.. masa lepas ecer (klau tak salah eja), ada orang umno kat malu sebab Tok Guru sarcastic mengata pak lah.. Tok Guru terus jawab.. "nak cakap hal malu dia lagi lama tanggun malu" dia tambah lagi "ramai yang datang bagitahu kat dia, ada yang kena buang kerja sebab tak sokong kerajaan" lebih kuranglah..

Tok Guru kata dia malu, bagi aku sebab, imagine orang kena buang kerja sebab menyokong dia, apa perasaan dia menghadap muka orang yang kena pecat tu, dah tentu Tok Guru rasa malu, rasa bersalah.

Bagi aku isu ni tak perlu timbul.. biarlah kerja apa pun.. nk sokong sapa-sapa tu hak individu.

Sorry terpaksa anonymous, aku kerja kerajaan.

adikeica berkata...

UK maju sebab kerajaan dia sering melakukan yg terbaik sebab takut tukar kerajaan sebab rakyat mmg benar2 ada kuasa memilih..

if u r not good, then step down from the position~

Tanpa Nama berkata...

Jawapan tepat dari saya ialah

Saya keja kerajaan, tak kira sapa pun jadi kerajaan saya tetap keja dengan kerajaan.

Kalau BN memerintah, saya keja ngan kerajaan BN, kalau PKR, PKR la..

siapa pun memerintah, kita pikul amanah dan tanggungjawab. kerajaan yang dipilih rakyat itu mendapat mandat, parti apa pun yang dipilih rakyat, kena tunaikan amanah rakyat.

abeh tu bila PKR/PAS memerintah, takkan saya kena letak jawatan dan pegi keja tempat yang kerajaan BN je memerintah...

keja gomen atau tidak, semua orang ada hak untuk pilih siapa layak memimpin, dan biasanya orang yg keja gomen sendiri tau bagaimana senario politik dalam kerajaan sendiri, terutama di kementerian, yg mana ada menteri, timb menteri, setiausaha politik. mereka ini bukan penjawat awam, mereka ada dilantik berada dalam kabinet. dan sebagai ahli politik mereka ada rakyat yang mereka kena jaga..

opsss panjang lak..

zaman2 transfer2 ni era tun. M after pak lah, tak der dah kes-kes transfer ni... jarang berlaku, and era Najib pun tak dengar sangat..

cik kak gomen

berblog itu berdosa berkata...

kesimpulan: perangai dengan otak cam sampah baik diam.

politik bersih. confirm masuk syurga.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..aku pernah gak kena mcm tu..makcik tu sound: cikgu tau ke sapa yg buat skolah ni? apsal cikgu tak sokong parti keris tumpul
aku jawab: indon bina pakai duit cukai kita...

Master Yoda berkata...

"kalau dah terlalu taksub dengan sesebuah parti, memang hanya akan nampak kebaikan parti tu je la.. parti lain semua jahat. kebaikan dah tak nampak.. jangan jadi manusia yang tidak tahu bersyukur.."

this is typical answer...very typical answer drpd sesetgh golongan...


bersyukur tetap bersyukur, tapi kalau nak mengangguk sedangkan mende tu leh lagi diupgrade jadi lagi elok, ape slahnye KOMEN...
wadafak

damiah malas nak login berkata...

terima kasih. kena basuh fikiran ramai orang yang berotak cetek.

pemerintah pun pekerja juga. ia satu circle. semua orang berkhidmat, hasilnya kembali pada masyarakat.

Othman Juliana berkata...

aku ingat kawan aku ni time kitorg study dulu (time reformasi tengah hangat), dia kaw-kaw kutuk kawan-kawan yang lain yang dok sokong reform ni. siap sound, "menggong gila korang ni, korang sedar tak siapa yang bagi loan korang study kat U tu kalau bkn kerajaan BN??? sikit tak berterima kasih!!"..

**patut la dia bleh masuk matrik gak walaupun SPM dapat pangkat 3!!!!

reds4life berkata...

sampai skrang masih ada yg komen mcm tu..xphm aku...pemikiran zaman datuk aku...aku xkisah kalau atuk aku pk mcmm tu sbb dulu diorang x sekolah...

nie kompom budak2 nie...kalau x pun dah masuk geng pemuda umno nie..

Fitrix berkata...

Nice said Mantot,nice said.A big round of applause from me.

There is someone on Facebook who has the same kind of mentality of "kerja kerajaan kena sokong kerajaan".Hope he will read this post.Maybe I should try to link him to this entry?

Tanpa Nama berkata...

mentaliti org yg menyalahkan goverment memang selalu sempit...government sekarang tak mewakili satu lagi dah...dah berkroni-kroni tanpa adanya ketua yg boleh mengawal semua.terutamanya BN sarawak...tu bukan BN lagi dah...tu dah jadi kumpulan mafia ke ape tak tau la...

apat berkata...

aku rakyat malaysia tertekan..arrrghhhh

deris berkata...

aku sampai bila-bila tak rasa aku patut terhutang budi kat gomen sebab depa naik rakyat yang pilih. Patut depa tu yg patut terhutang budi kat rakyat. Org kat atas tu lupa sapa KULI sapa dlm hal ni.

zamtercinta berkata...

penjawat awan adalah "URUSAN SRI PADUKA BAGINDA".

p/s : mantot..tolong kempen supaya org mendaftar undi.

opicity berkata...

kerajaan jage kebajikan kite sume tu, trime kasih, dah mmg keje dia, setel

tp kerajaan bwat mnde xbtol, kite komen, xkan xboleh kot??? sbb kite syg kerajaan r kite komen ape yg xbtol, komen dan bangkang dgn harapan supaye kerajaan kesyangan kite dpt ubah pe yg xbtol tu

tapi bile kite komen kite lak kene tindakan, pe cite??

pstu kite dok elok2 serve dia sbgai penjawat awam, then dia lak hide all da truth dr kite, pstu sekat kebebasan nk g perhimpunan bersih sume, pe cite??

btol kate mantot, kalo dia xde bwat slh, xyah nk cuak r, biar jela nk bwat ape pn, rakyat bkn buta xbole nmpak sape yg btol, ni sah3 sbb dia bwat mnde xbtol, tu yg smngt nk halang nk campak sane sini sume

sape yg bwat keje xpatut sbnrnye?

oh, lg 1 nk btolkan, xsokong kerajaan xbermakne sokong pembangkang, pembangkang pn xsume btol n baek, dua2 lebey kurang, ape yg kite sokong kebenaran dgn keadilan jeh

AlexiaAqram berkata...

aku tak rasa yang 'di atas' tu saja seperti menteri dan pengarah akan bertukar. kat penang ni banyak ketua jabatan kena tukar lepas BN kalah. YDP Jabatan Agama Islam Penang dan beberapa kakitangannya pun kena transfer, ganti dengan orang PKR dan PAS. sampai TNC USM pun depa tuntut nak letak orang depa. nak bagi orang luar masuk campur pengurusan universiti. patut ka?

fuck lah DAP. dua kali lima macam BN

Sudin berkata...

abis tu nak biar orang orang tu jadik trojan horse dalam kerajaan negeri PP... bangang apa...

Bajet 2011 ke arah berpendapatan tinggi ke hapa tah.... pala buto pendapatan tinggi...ke arah kos sara hidup yang makin tinggi adala...

~ Mr Somebody ~ berkata...

klu salah, kita kutuk la!
yg jenis sokong memBABI-buta ni memang jenis kepala otak kat lutut
government bukan tuhan

mantot, ko tahu pasal islamic fashion yg rosmah buat?
post ar pasal tuh
geram gila aku baca
banyak dah orang duk forward kat facebook

Tanpa Nama berkata...

kepada PELIK...

...
dalam konteks keluarga Islam, bile parents ungkit balik semua tanggungjawab yg dia dh buat untuk anak dia, pahala dia akn hilang. Agak2 kalo kerajaan camne lak?

(ni Ustaz kat surau depan rumah cakap kat aku)
...

kalo betol le statement ang kat atas tuh, ramai kot ibu bapa yang hilang pahala...
majoriti akan ngungkit bila anak2 ade buat taik...

Edward berkata...

the people should not be afraid of the government but the government should be afraid of the people.

V for vendetta.


filem ni aku tgk tiap masa aku bosan..tak penah aku jemu...sebab filem ni sangat2 bagi impak dlm hidup aku.


bagi aku komen2 dari org yg ckp tapi tak selidik ni kena buat database lepastu kita buat classification dan kita try letak dlm 1 algorithm di mana nanti klu ad lagi post yang tak patut. trus naik tag *lame reply/ irrelevant comment please read with caution*


pasal yg DAP tukar2 mufti semua tu. bkn aku nak ckp. politik ni bkn dlm luar surau. org jabatan agama islam pon politik jugak. cuma perjuangan dan juga matlamat dorg tu lain. ;) tak semestinya tukar org tu nak bagi benda jadi buruk. tapi kita tunggu dan lihat jelah after this

Tanpa Nama berkata...

orang umno ni kebanyakkan bodoh bertingkat tak paham politik...agama tolak ketepi lagi bingai.... terlalu percaya media semasa bulat2.... masa aku duk penang dulu time gerakkan memerintah memang byk tanah org melayu diaorg ambil buat projek2 mewah pastu kaum kerabat diaorg yg beli.... org melayu nak beli ke rumah mahal2? kalau yg kaya pun hanya laa org umno..... umno la parti perosak bangsa kat pulau pinang.... sikit hari lagi umno penang tukar nama laa united mamak nation organ.....

pasal tukar mufti ke pegawai agama ke... memang elok di tukar pun....org umno yg duk dalam jawatan tu memang tak guna....mcm majlis agama islam selangor gak.... nama je islam...tapi berkiblatkan umno..... aku tak dapat bayangkan kalau umno tak dapat memerintah negara mungkin ramai ahli umno jatuh bangkrap sebab selama ni duk rompak duit rakyat je.....

tanpagraviti berkata...

"Kau kutuk-kutuk kerajaan tapi bini kau kerja cikgu.Sedar la diri sikit oi!"

Anonymous(or whatever your name is), series aku kesian kat ko. Komen nih menunjukkan tahap pemikiran ko yang rendah + tak mampu berfikir secara rasional.

Sopek berkata...

dah biase dah dengar hujah-hujah camni tot. gua counter senang je.

try tengok sejarah nabi musa a.s. dipelihara oleh firaun, dibesarkan oleh firaun tanpa melakukan apa-apa kerja (ni lagi teruk dari kerja dengan kerajaan, at least, kita kerja then dapat gaji).
kemudian, dapat wahyu, jadilah nabi musa itu orang yang paling kuat menentang firaun atas dasar untuk menegakkan hukum Allah. dan kerana penentangan nabi musa itu, matilah firaun.

skang ni ada sape2 yang berani nak kata nabi musa tu salah?

Tanpa Nama berkata...

Cepat la.. Mane lagi komen2 dr penyokong fanatik BN atau UMNO ni.. Sbb normally komen2 diorg macam hiburan bg Aku.. Especially when their comments are without any solid fact.. Hehehe

-sabariah-

Rynn berkata...

cayalah brother mantot.. saya dari dulu lagi pantang betol bile ada org mengungkit pasal ni.. dulu slalu gadoh ngn nenek sebab die kata tak kenang budi kerajaan kasi biasiswa sume..

and i said, kalo PAS yg memerintah kerajaan pun, sama jugak.. i'll still get the biasiswa.. ntah2 lebih banyak lagi.. haha..

Tanpa Nama berkata...

Dalam kita mengkritik... renung2kan lah.. Sabda Nabi SAW: “Seburuk-buruk pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu benci dan laknat mereka dan mereka benci dan laknat kamu. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bolehkah kami menentang mereka? Tidak, selama mana mereka mendirikan solat.” (riwayat Muslim)

renungkanlah.. sebagai umat akhir zaman.. umat nabi muhammad s.a.w

Sabda Nabi SAW lagi: “Akan datang selepasku, pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnah-sunnahku. Bersama-sama mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan dan bertubuh badankan insan. Hudzaifah bin al-Yaman bertanya: Apa yang perlu aku lakukan ketika itu? Sabda Nabi SAW: Kamu perlu dengar dan taat, walau mereka memukul belakangmu dan mengambil harta bendamu.” (Riwayat Muslim)

dan sekali lagi nabi kita mengingatkan kita..

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)

ditambah lagi..

Nabi SAW juga berpesan: “Janganlah kamu mencela pemerintahmu, mendustakan dan memarahi mereka. Sebaliknya bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya ketetapan Allah itu dekat.” (Riwayat Ibnu Abi 'Ashim).

kesimpulannya.. ang pikiaq la sendiri..

political dogz berkata...

"kita yang bayar gaji kerajaan"
wow..berapa sangat duit awak yang dah guna tok bayar gaji kerajaan tu? campur semua cukai tanah, pendapatan, pintu + lesen kete, moto semua entah brape sen sangat je yang awak sumbang tuk negara...cakap cam gah sangat..mweeee...kalau yang cakap camni lim goh tong aku caya lar..

XP

political dogz berkata...

"terima kasih. kena basuh fikiran ramai orang yang berotak cetek. "

hmmm..wah..dalamnyer pemikiran "mereka"...dalam lah sangat...yerlah..awak2 jelah yang boleh bepikir nya orang lain tak..serius lawak ko ni...

XP

bukan anjing politik berkata...

"Komen nih menunjukkan tahap pemikiran ko yang rendah + tak mampu berfikir secara rasional."

yelah..orang2 yang cam awak je yang rasional + boleh bepikir waras ++ pemikiran tinggi...kagum saya dibuatnya!

XP

bukan anjing politik berkata...

"eh, kalau gomen bayar gaji kita then maksudnya kita kena sokong gomen, maksudnya gomen bayar rasuah la en..?"

rasuah ngan gaji pun tak ghoti2 nak beza..kesian...semua dah kene mind kontrol dengan mata satu..orang camnike nak perintah negara?

XP

sangRIMAU berkata...

Sabda Rasulallah S.A.W:

"Allah suka melihat Hamba-Nya bersusah payah untuk mencari rezeki yg halal"

"Dari sekian banyak jenis dosa,ada dosa yg tidak dapat ditebus dgn solat,sedekah atau haji tapi ia dapat dikikis oleh susah payah mencari rezeki.

tak kisah lah mana parti pembangkang atau kerajaan.

asalkan kita buat ikhlas dan dan saluran yg halal. insyallah. :) kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

PutraRocker berkata...

kami rakyat KEDAH benci BN

Tanpa Nama berkata...

aku tak suka politik dan aku tak suka deal/berurusan dengan orang kerajaan sebab diorang banyak songeh dan masam2/tak suka senyum...
ok, aku faham mungkin sebab gaji diorang sikit...

Tanpa Nama berkata...

Hehehe... Hiburan from XP.. Tgk cara dia counter... Tu sebab la aku selalu gelak dgn org2 cam gini.. Hehehe

-sabariah-

Fitrix berkata...

@Sopek

Never thought about it before!Great counter point.May I have your permission to use it against "kerja kerajaan,sokong kerajaan" people?

Sopek berkata...

sila2. :)

nn berkata...

post ni tak kelakar macam selalu. tapi masih best. masih buat orang fikir :)

ijlal naim berkata...

inilah sedihnya keadaan politik di negara malaysia.. rakyat masih banyak x faham apakah itu konsep kenegaraan dan kerajaan.. apakah itu konsep parti politik dan kerajaan.. kerajaan hanyalah satu badan yg diamanahkan utk menjaga negara buat sementara waktu mereka mendapat mandat itu sahaja.. dan kerajaan dan parti politik adalah dua entiti berbeza.. patutlah umno guna duit kerajaan utk parti sebab diorg ingat duit kerajaan itu duit parti.. we need change!

mie berkata...

1.UMNO je yang mampu bawa melayu ke tahap puncak kegemilangan, terutamanya di pulau pinang,dulu,kini dan selamanya.
2.UMNO je yang bagi rezeki pd rakyat.
3.UMNO je yg perjuangkan kemerdekaan demi malaya.
4.UMNO je yang pandai perintah negara, kalau pembangkang perintah malaysia pasti bangkrap.
5.UMNO je yang memajukan negara dgn bangunan2 tinggi, bonus satu lg menara warisan 5 bilion demi rakyat.
6.UMNO BN je yang paling sempurna, tak layak dikritik sebab semua yg dibuat adalah betul dan soleh.

I LOLed..so funny..

Tanpa Nama berkata...

Aku seorang cikgu KPM.Tapi aku banyak sokong pembangkang daripada kerajaan.

Falsafah aku "SOKONG APA YANG ANDA PERCAYA" dan aku percaya dalam kerajaan skrg banyak korup.Tak ada sesiapa yang boleh tukar kepercayaan aku.Itulah kuasa individu.

Kalau tak ada kebebasan menyokong mana-mana parti, lebih baik tak payah mengundi. Aku tak pernah paksa pun anak murid aku nak makan mi ke nak makan koeteaw.

kerajaan saja yang bodoh. Buat hari mengundi konon..,tapi paksa orang mengundi kerajaan.

Edward berkata...

XP - kalau bijaksana sangat. tulis la blog satu pastu kasi link. kita pegi baca pandangan anda pulak. tak salah berkongsi. lagi2 klu org yg banyak ilmu.

bukan anjing politik? anda cuba define skit politik tu apa. saya budak ingin belajar. sila tunjuk ajar.

nationalistpunk berkata...

cibai sapa yang marah ko bro

duit bini ko tu kitaorg yang bayar.duit rakyat pembayar cukai. BUKAN kerajaan

orang kerajaan byk makan duit haram hasil songlap duit projek

kami yang seksa sbb kena bayar cukai mahal2

pukimak punya kerajaan,kata Islam.tau makan duit haram tu apa?

Tanpa Nama berkata...

bear in mind; parti yang memerintah sebenarnya BUKAN kerajaan. mereka cuma wakil yang mendapat undi dan sokongn majoriti. itu tak menunjukkan mereka adalah kerajaan secara harfiahnya. sebab tu lah, dekat kelantan, penang, BN adalah pembangkang. lainlah dekat putrajaya.

betullah kita patut sokong kerajaan, buat yang terbaik demi kerajaan, bukan PARTI YANG MEWAKILI KERAJAAN DENGAN UNDI MAJORITI YANG ADA.

so, if penjawat awam nak sokong atau bangkang parti, it's up to them because they are GOVERNMENT officer, not PARTY officer.

itu yang selalu orang terlepas pandang sebenarnya.

-adios-

maya berkata...

hi..

maybe org lupe nak bace macm mane kerajaan itu ditumbuhkan,ape intipati sesubuah kerajaan itu..basically ade 3- executive , judicial n legislative..exec = yg menteri2 tu bawah bende ni. judi = yg jadi hakim2 sume...legal = ni yg kerje utk gomen..(rasenye la) boleh semak balik dlm website mygov.my or ape2 webst yg kornag rase sahih...
takde kena mengena nye kalo keje kerajaan automatically kena sokong pihak tertentu..tp basically kalo keje ngan kerajaan, nak tak nak kena gak sokong...walaaupun tau, kadang2 keeputusan yg dibuat tu, utk kepentingan peribadi pihak tertentu,.org yg keje still kena kerja...xkan nak memberontak plak..
bile kakitangan kerajaan mntak bonus, org kat luar misti nak maki ckp org krajjn ni tau nak mtk bonus je..org keje kerajaan pun manusia gak..dah keje penat2...nak la gak bonus...dah la tak naik pangkat...cube tanye cikgu.berape puluh thn baru boleh naik pangkat..harapkan increment berape sen la sgt,,lagi satu, bukanye kerje kerajaan dpt beli sayur murha kat pasar pun...kalo dah rm2, 2 inggit gak harge die...takde nye save cos..ceh...
pendek cite- hanya org yg pernah berade di situasi ni je memahami mereka2 yg lain..
betul ckp tan py blog- mereka terpakse...kalo x dgr ckp, mmg nasib badan la..lain la kalo ade cable besar gabak ke kan..thats all..tqvm

bakaruddin abu berkata...

salam..

aku pn setuju ngan ape yg mantot ckp tu even aku ni penyokong kerajaan sejak aku kecik lg kot..
bg aku bgs ble ade org2 cm mantot sbb at least kte bleh nmpk lg jelas ape kelebihan or kekurangan kerajaan kte skang..
so, xyahla nk attack psl personal sbb korg just mendedahkan kebodohan korg sendiri..
come on org2 kerajaan..we can do better! haha~

Kap berkata...

isu dia sebenarnya ada yang beranggapan kerajaan adalah barisan nasional, vice versa.
kita tengok kalau pemerintah bertukar tangan.
adakah mereka yang mesti-ikut-perintah-kerajaan akan buat yang sama???
kita tungguuuu...

Tanpa Nama berkata...

Setiap makhluk kat dunia ni dijadikan dengan peranan masing2..manusia dengan peranannya sebagai khalifah..cacing peranan dia sebagai pengembur tanah..ikan2 kecil memakan parasit pada ikan2 besar..kumbang tahi membersihkan najis haiwan..babi hutan membuat denai dalam hutan..jadi..kalo setiap benda kita nak claim ni kite buat..org lain nk gune kena terima kasih kat kita...habis, kte semua kena terima kasih kat cacing sebab suburkan tanah?kite nak terima kasih kat babi hutan sebab buat denai dalam hutan?

sama la dengan gomen, dh tugas dia buat skolah, spital dan lain-lain kemudahan awam..xkan kte kena 'bayar' ape yg dia buat..bersyukur pada Tuhan la..Dia yang bagi rezki..

Tanpa Nama berkata...

kidd--sokong sangat perenggan yang ke 10.semua benda nak dipolitikkan sampai bermusuh dengan bangsa sendiri.

trust nobody coz luv is nothing berkata...

setuju sgt3!dalam kerajaan mmg sgt jelas berunsur politik bukan demi membantu rakyat sgt tp lebih utk menguatkan kuasa politik diorg. lg 1 pe y aku sgt menyampah dgn kerajaan (walaupun aku kerja nga gov tp aku kontrak y jelas2 dlm kontrak dinyatakan aku bukanla penjawat awam)adalah K.R.O.N.I. aku sgt fade up dgn menatang itu, cth aku bg skim PTD, kebanyakkan nya klu ko bukan anak kepada or anak saudara or cucu kepada or sedara kepada dato'/datuk/tan seri/datuk seri, ko jgn harap ko akan dpt menjawat jawatan tu dgm semudah2nya. 1 pengajaran y aku sgt tkilan, kwn aku anak seorg pengusaha ikan masin kecil2an kt kg y duk kt umah buruk, dia pandai,pointer ok,tp da berpuluh kali dia g PAC tp xlepas2 sb katenya kwn aku ni failed bab ujian fizikal tp aku seketul budak ppuan ni y parent dia somebody,kaya raya, pengsan time lari2 PAC tu tp dia lululs dgn bangga nya, sedangkan kwn kau ni cume muntah je.so mane keadilannya??? lg satu bab subsidi, mmg bunyi baikhati dan prihatin pada rakyat sbb bg subsidi tp aku sendiri y tlibat nga projek ni rs myampah n tkilan sb projek ni xkan diserahkan/dbuat kt lokasi tu atas alasan ketua kaw tu (kt sabah) pembakang!skrg ni projek ni utk bantu rakyat ke utk raih undi??setiap kali nk de pilihan raya maka bkejar2 la 'mereka' sume turun ke kawasan tu utk bg mcm2 subsidi, kena nk kena tgu pilihanraya br nk bg???1 more thinng is penyambung kontrak PRE/SPS spt y diumukan dlm bajet akan disambung setahun lg tp smp bulan 11 ni sume senyap 1 pekeleiling pun xkua nk ckp psl bende ni smp la ade y bsuara tny call sendiri bahagian bajet tu br la lps tu ade pekeliling keluar.itu pun xjelas, dlm circular tu ade tulis ' menggunakan peruntukkan sediada'. sebodoh2 aku aku fhm peruntukkan sediada tu bermaksud peruntukka thn semasa iaitu 2010, bila di tny diorg xbole jwb n diorg ckp klu kementerian ada penjimatan then suit tu akan diguna utk pemyambungan kontrak.nk je aku maki, abih buat pe nk present bajet ckp ade peruntukkan utk sambung??utk pastikan para PRE/SPS ni terus undi korg?????diorg buat circular tp xjelas.apakah diorg ni nk lepas tgn or diorg lg bodoh dr aku xtau nk jwb soala2 yang menerjah ke telinga diorg.skrg zaman da maju, jgn igt aku y x dianggap penjawat awam akan terus diam.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan dan pentadbiran adalah dua benda berbeza.Kami bekerja untuk rakyat dan kerajaan,bukannya parti.sila lekatkan dalam kepala.

hafezam mazuki berkata...

"Yang Menurut Perintah"
itula kami yg penjawat awam,

wpon kami di ambil bekerja oleh kerjaan, tp kami sebenarnya bekerja utk org awam, bukan utk kerajaan. menteri, ya, bekerja utk kerajaan. semua main/core client penjawat awam adalah org awam, bukan perdana menteri malaysia.
wpon kerajaan bertukar, kami still kat sini jugak. mungin dasar yg akan bertukar tapi kami still kat sini jugak.