Oktober 14, 2010

Dalam Otak : Melayu dan Gelaran

Kenapa orang Melayu suka sangat gelaran ha?


Adakah satu masa nanti nama-nama orang Melayu akan jadi macam ni;Datuk Seri Mangkabumi Paduka Adinda Yang Hebat dan Handal Hisham bin Kadir (AMN,PJK,PPD,PTD,UPSR,PMR,SPM)?

Nama dia simple aje,Hisham bin Kadir!Sama lah jugak macam geng-geng Doktor atau Engineer yang tiap2 kali tulis nama sendiri tulis MD atau IR...WTF..untuk urusan professional ok la.Nak tulis email kat member2 pun kena taruk ke?

Hari tu aku lepak depan satu sekolah kat Lenggeng,Negeri Sembilan dan depan sekolah tu adalah banner2 politician nak buat rumah terbuka.Macam tu lah nama diorang yang tertera kat banner tu.Penting sangat ke darjat yang disampaikan bila ada title tu? Benda ni bukan saja jelas nampak dekat nama-nama Ahli Politik,nama-nama gelaran ni juga jelas digunapakai pada nama-nama "ikon" atau "idola" rakyat Malaysia.Contohnya;

Awie Wings
Amy Search
Hafiz AF
Shahir AF Ikon Remaja Perak
Sheikh Muzaffar Angkasawan Malaysia
Najib Altantuya :)

Tapi kita takkan jumpa ;

Kurt Nirvana
Eddie Pearl Jam
Chris Soundgarden

Tahlah.
Aku tak tau apasal.Mungkin orang Melayu ni suka sangat title yang membawa kepada kuasa branding dan marketable quality.In the future,mungkin tiap2 orang Melayu lahir-lahir aje terus ada title.Sebab berlambak2 sangat orang ada title ni.Tah layak ke tidak,wallahuallam.

41 ulasan:

nama.aku.lynn berkata...

stronglyyy agreee!
rsnya..tiap2 org mst ade pnye laaa nm gelarannn niii..wajibbb lahhh..=)

AlexiaAqram berkata...

najib mongolia.

bukan najib altantuya.

norshakeela berkata...

sebenarnya gelaran tu untuk menunjukkan tahap pencapaian dan kedudukan seseorang. Jadi perlulah diberi penghargaan.kalau pergi haji, taruk nama haji kat depan orang taula ooo dia ni dah pergi haji.kalau berjaya dalam pornografi letak pulak gelaran porn contohnya ariel peterporn.kesimpulannya, gelaran itu penting jugak.

Haw berkata...

gelaran ni penting laa.. klu tak camner aku nak kenal yg mana satu abang, pakcik, atok, nenek, mak, makwe.. hehe!

Tanpa Nama berkata...

Gelaran terbaru dari silat gayong:

Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agong Najib

Gen Fujita berkata...

the thing is, kalau orang nak bagi, ambik jelah. tapi kalau orang tak bagi, jangan pulak mengada-ngada nak mintak gelaran itu ini, pastu tak dapat merungut-rungut, pastu letak gelaran sendiri, pastu jaja keliling. lol.

kalau macam artis tu lain, sebab gelaran yang diberi lebih kepada bersifat "descriptive", bukan darjah atau pangkat. contoh macam Awie Wings, so orang mungkin kenal Wings, tapi tak kenal Awie, jadi kalau ditanya "Awie yang mana?", so taulah dia. gitulah ringkasnya.

ハン・ドリフター berkata...

tapi series, gelaran utk najib "Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agong" melampau2..
seolah2 mengagung2kan seseorang itu secara berlebihan..

zan berkata...

Gelaran yang tak bawa apa2 pangkat ni mungkin berleluasa di Malaysia untuk membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Oleh kerana kecenderungan rakyat Malaysia juga yang suka guna nama2 pendek walapun nama sebenar panjang sampai tak muat ruang nama dalam borang IPTA.

Tapi kalau kat luar negara, jarang pulak orang nak membahasakan Chris Cornell sebagai Chris atau Eddie Vedder sebagai Eddie. Akan tetap dipanggil nama panjang (kecuali ketika ditemuramah).

Tapi kalau letak gelaran pasal nakkan pangkat, memang jahanam la. Pasal tu ramai yang pergi Mekah semata-mata nak dapat title Tuan Haji...

tubelawak berkata...

yang berhormat obama..
datin seri arial sharon
dato paduka mahatma gandhi

fatin sulaiman berkata...

super setujuk dengan post ni.. malaysia ni suka sangat dengan gelaran sampai tak mustahil boleh dapatkan 'datuk' dengan hanya 40k. just imagine, barrack obama yg boleh dikatakan sebagai orang paling berkuasa di muka bumi ni pun org cuma pggl MR. OBAMA. tak sampai 10 saat pun nak nyebut, tapi kat malaysia ni, Yang Berbahagia Tuan Seri Dr. bla..bla..bla.. punya la panjang.. mati nnt suma masuh tempat yg sama jugakkk

Tanpa Nama berkata...

Pak Belalang - gelaran tu bapak kepada belalang...huhuhu
Director Ahmad Nesfu..
biasak la negara2 komanwel...ngikut british...sbb tu kt sana ada sir anthony hopkins (betul ke contoh aku nih...cam tak betul aje...)
tp kt sana kalo time tak official..tak tulis pn kot..entah la..
aku sokong ape mantot tulih...tp jgn la banding ngan amerika...kt sana bapak sndri pn pggl nama aje...
org lain aku tak kisah nak buang wings ke, ape ke..tp amy search kena ada search..sbb nnti aku terbayang amy mastura plak...

budak hijau berkata...

gelaran menunjukkan tahap kehebatan atau kelemahan seseorang....err aku yee the great..hehehe perasan!

akak berkata...

arwah abah aku x penah kesah pun psl IR nye....dlm urusan kerja, nak sign document n design je baru die pakai...
malah dah 2 kali dioffer utk terima anugerah dato, tp arwah taknak...x tau lah nape...

Tanpa Nama berkata...

kalau najib digelar "imam khalifah agung"

suami najib, rosmah mansur a.k.a bik mama digelar apa ek?

heheheheeheh

H Y D E berkata...

agree....!!

melayu...melayu~

adikeica berkata...

kat UK kitowang boleh panggil lecturers with names je..x perlu doc or proff

AlpocodelaCruz berkata...

Ape de hal sangat, ada gelaran, fulus lebatla bro, inikan sistem haprak malaysia dr dulu.

weed and bandages berkata...

puan seri mother teresa

nationalistpunk berkata...

mcm org yg ada gelaran sheikh/syed
pukimak berlagak
melayu2 dlu mana ada sgt gelaran2 ni
dtg org arab je start benda ni

sakura berkata...

najib altantuya? haha

Tanpa Nama berkata...

Aku bkn nk belagak laa... tapi aku ada 2 nama gelaran member2 aku salu panggil... nama aku karim..
kwn2 aku salu panggil aku 'karim the hemsem man' lg satu 'karim the cutest boy in town'..
korg jgn jeles korg takde nama gelaran espescially mantot..

Kap berkata...

keras.
macam kopi cap hang tuah.
betul betul kaw.

dizu al kilentani berkata...

muhammad kekasih allah ...

PELiK berkata...

kalau dekat UK, cuma ade "Sir"
(betulkan?)

kalau dekat Malaysia, ada Datuk Seri, Tan Sri, Datuk

aku tak persoalkan title tapi aku persoalkan layak ke yg pegang title tu?

kalo kat UK, yg dapat Sir tu yg penah buat negara UK bangga tapi kat sini? u r a politician then u get 'Datuk' right?

hang keeboan berkata...

hang toksah la jelez mantot..jum kita pakat ramai2 masuk silat.kurang2 dapat title warrior.. =)

Yang Mulia berkata...

Gelaran? pangkat? darjat? hehehe sekadar nak memanjangkan nama jaa.. takdak makna pun

oleh:
Yang Mulia Maha Tinggi Datuk Seri Mahligai Sakti Kencana Bumi Makan Kerak Nasi Prof. Dr. Azwani.

Tanpa Nama berkata...

dalam kad kahwin pun letak IR. aku dah lempang dah kawan aku tu. jangan risau.

Tanpa Nama berkata...

Ada sesape tau tak prosedur nak dpt datuk ke ape nih...kena request ke mmg ada org keep track rekod kita smpai diorang akan masuk list bila kita smpai tahap bole terima gelaran tu...tp slalu org ckp sape bagi derma banyak2 nnti dpt datuk tu...

P/S: dulu2 bapak aku ckp...kalo jmpa polis sure panggil diorang datuk..huhu...

Tanpa Nama berkata...

org malaysia brand conscious (ntah betui ka eja)...

semua pandang nama, x pandang dah org camno, tu je...

muhamad azmeer berkata...

A:ko ade bace tak blog Mantot?
B:Mantot yg mn?
A:Ala Mantot CursingMalay tue...
B:ooo, ckp la Mantot CursingMalay, klu Mantot je aku xtau.

Mr Somebody berkata...

Imam Khalifah Agung hotak hang
nak jadi Imam amende, bini sendiri pun xle nak suruh pakai tudung
boleh blah ar wei

Tanpa Nama berkata...

"Khalifah Agong Tanah Air Kita" (KATAK)

khas untuk ibrahim ali..

Edzahid berkata...

ala. zaman org dh boleh beli pangkat dan gelaran. ape heran? hoho~

Tanpa Nama berkata...

gelaran yang pelbagai dan berjela digemari oleh mereka yang RIAK@perasan.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR:

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dianugerahkan gelaran Ulul Amri Keempat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) pada perhimpunan pertubuhan itu di Kepala Batas, Pulau Pinang, 20 November ini.

NOTA:

AGAK2 MAT SEMBAB NIE TAHU KE NAK SILAT LINCAH?

redbean berkata...

kdg2 gelaran ni bkn utk org terkenal je..bg artis y meletakkan nama band di belakangnya, bole mmbantu sorang artis 2 drp xdikenali kpd seorang y dikenali ramai..sbg contoh, orang gelar Ali XPDC (guitarist), kalo xde XPDC, org xtau Ali y mna satu..ali setan ke,,,ade jgk baiknya...y pasal pangkat Datuk tu, no komen..hehe *aman*

ザ-sylver-shooter berkata...

member aku lahir2 dah dapat gelaran "Tuan"..

Tuan Aminurrashid Bin Tuan Zakaria


keh2

✿ n0ra ✿ berkata...

Abg Eddie!!! i love u.

Tanpa Nama berkata...

kid :

membezakan melayu dengan yang lain cuma title kot.haha.

Tanpa Nama berkata...

penat kot 6 tahun belajar medic..kalau xde gelaran doctor atau md camne..kesian kat kiterang..bkn gile kuasa la..

Bila Ku Kata Cinta... berkata...

sometimes..gelaran tu perlu

dah bersengkang mata siapkan pHD bertahun-tahun, takkan tak nak dpt title dr.?

dah berpuluh tahun berkhidmat..tak terasa ke nak dpt prof..prof madya?

bertunggang tebalik ngan design..dan segala macam..tak teringin ke SR...Ir..AR.. dipangkal nama?

sebetulnya..gelaran..title tu motivasi diri.
nak buat lebih baik..jadi lebih baik