Oktober 23, 2010

Seksi Sikit Apa Salahnya.Dah Tunjuk Betis Kasi La Bukak Peha Pulak!Baru Liberal!


Ramai benar yang tanya aku pasal Islamic Fashion Festival tu.Terharu aku ada orang nak tau pandangan aku.Ada la aku rasa macam selebriti kejap,ala-ala Azwan Ali.Ramai yang mengutuk event ni.Tadi lepas semayang Jumaat ada perhimpunan aman bantah benda ni.Jadi,sebab ramai mengutuk,aku nak try nak membela Rosmah.Sekali-sekala!Mana tau dapat benefit ke tender ke.

First sekali,kalau korang membaca pasal Islamic Fashion Festival tu,korang tentu tau yang benda tu diadakan dari tahun 2006.Pengasas dia bukan Rosmah.Pengasas dia pelakon Ali Setan, Shah Rezza nama glemer,kalau dalam Ali Setan dia geng Azmil Mustapha yang paling hensem dan yang paling kuat loghat Kelantan dia.Kalau tengok balik mana-mana baju yang dah pun diperagakan tahun2 sebelum ni,sopan aje aku tengok gambar dia.Ingat!Rosmah menyibuk aje dalam festival ni.Dia tumpang sekaki idea orang lain. Kenapa baru nak bising sekarang?Benda ni dari 2006.Aku rasa ramai yang bising sebab tiba-tiba Rosmah nampak involve benar.

Yang kedua...banyak fashion show dia diadakan sebelum ni dan ikut statistik macam kat Monte Carlo hari tu,80% daripada penonton adalah bukan Islam.(aku tak ingat mana aku baca tapi korang carik la )Apa benefit dia dekat dunia Islam?Bila kita try jual cara pakaian orang Islam dekat orang bukan Muslim,harap2 makin ramai la yang berpakaian lebih sopan.Kalau sebelum tu pakai bra dan skirt labuh,lepas tengok fashion show tu dia nak pakai baju yang bertutup sket.Mana tau?Tak mustahil apa!

Ketiga,benefit dia adalah kalau selama ni orang kita berangan nak beli baju Donna Karan,Gucci,Ralph Lauren...kita boleh jugak mampu buat orang putih berangan nak pakai baju Leman Hashim atau Halimah Abu Rashdan (aku tak tau nama pereka tempatan,aku taruk aje la nama generik).Takkanlah marketable name dari Malaysia kat dunia ni hanyalah sekadar Jimmy Choo atau Michelle Yeoh?

Keempat,target market dia aku tak rasa orang Islam.Dia nak jual fesyen tu dekat orang luar,

................

Tahun2 sebelum ni sopan aje fesyen dia aku tengok yang dekat Jakarta tu.Tapi aku paham la apa yang diorang marah.Fesyen2 yang diperagakan tu tak Islamik mana.Nak buat macam mana kalau kau tengok konsultan fesyen dia pun...harap maaflah....cuba tengok gambar diorang kat bawah korang boleh tangkap maksud aku.

Gambar dia lah jugak yang paling besar sekali....

Jadi,pada aku,apa yang silapnya diorang ni adalah diorang menggunakan nama "Islamic.." dan sebagai orang Islam kita dah punyai persepsi sendiri mcm mana rupanya fesyen Islamik tu.Tapi orang putih tak paham.Pada aku,bila fesyen dia camtu,Islam tu hanyalah sekadar label,branding,marketing assets. Tak nak buat orang marah?Ada 3 cara.Pilihlah mana2 yang rasa suitable.

1. Tukar nama festival tu jadi "Modest Fashion Festival"
2. Tukar konsultan fesyen dia.
3. Jangan ajak Rosmah datang.

Punyalah banyak masa terluang aku,aku siap buat poster promotekan.Kalau korang tak puas hati sangat,baca sendiri.Gi tengok dulu lepas tu nak mengamuk,mengamuk la puas2.Nak baring atas jalan ke,panjat tiang lampu ke,gi la buat.

PS - Baju yang ada tulis "Muhammad" tu memang tak patut.Orang Cameroon yang buat.Banyak2 gambar yang diorang letak fesyen tak betul tu,orang luar buat.Yang kat bawah ni,aku ambik dari KL Fashion Week...Islamic/Muslim fashion.Sapa designer?Orang Malaysia,pempuan Melayu.


Tak salah nak mencantikkan pemakaian pempuan Islam ni tapi caranya kena betul la kan?

42 ulasan:

AlexiaAqram berkata...

'Jangan ajak rosmah datang'

ini yang sewajibnya.

tak mati lah kalau tak berfesyen. apa pasal ntah banyak org gila berfesyen. menyirap betul aku.

Lina Rahim berkata...

Dato' K ke yang dalam gambar The Style Council tu? Patutlah!

miya berkata...

fesyen islam style rosmah....

bass berkata...

well said

Cidak berkata...

serlutt.

Zinedine Zaiddin berkata...

Gambar last tu mcm baju renang aje..HAHAHA. Islamic fesyen kejadahnya.

f_aRa_aINa989 berkata...

fesyen "islam" lah sangatttt....benci!!

Azrul Hisham berkata...

lawa pulak tengok poster kat atas tu.. :)

opisboi berkata...

puak2 haramjadah

nurul lalala berkata...

setuju3...mmg da lama da pon fesyen show ni. and dari dulu pon mmg xbrape nak islam sgt gaya dia. tp tetiba je tahun ni kecoh..mungkin sbb ada rosmah kot..hehehe


visit my blog-->
http://luvknewrule.blogspot.com/

Khairi berkata...

okey la tu hahaha.

agama lain mana ada, Islamik aje ada keh keh keh.

fesyen bodoh2 mcm ni mana ada kat pasaraya, ini semua kategori fesyen untuk malam anugerah. anugerah tilawah Quran dak la, anugerah muzik pastinya. haa... set-set artis mmg sesuai pakai fesyen mcm tu. agar nampak islamik sikit.

zila bakarin aku rasa mmg sesuai sgt. drp duk berkemban tu.


taktau dah la nak ckp mcm mana. haru.

mie berkata...

sume pakaian festival fesyen islam ni takde satu yg bertudung.

dada dan betis terdedah.

islam cara upco, sharizat dan bik mama.

FiqaSaleh berkata...

org barat makin bengong ttg islam ni.. :p

azni_1405 berkata...

sekarang ni bukan pasal nak suruh org luo bli baju fesyen macam bertutup sket..

tapi, bila dah guna nama islamik tu..
indirectly, non muslim pk, pakaian muslimah adalah yg begitu..

akhirnya..non muslim salah fham pulak dengan agama kita..

susah bila org yg xde ilmu pasal sesuatu bidg, tp nak menyibuk. kalau ye pon, mesti la guide dr org yg lbh tau..ni tak, main tibai aje.

The Poyo Me berkata...

@zinedine: ak rs gambar tu fashion show untuk pakaian renang muslimah la. btul!
and to all, ak tengok the bigger picture. this is the baby steps for us untuk membuatkan dunia non-muslim terima dunia muslim balik.

awal2 syarat penyertaan of cozz lah kena longgar. kasi pakai abaya longgar. tudung selendang ala2 siti. tapi, lepas tu next year ketatkan sikit syarat. then year after year makin lama makin bertutup.lama kelamaan orang dah boleh accept dah pakaian muslimah ni sebagai pakaian normal dan bukan pakaian 'kolot dan restriktif' macam kebanyakan orang non-muslim fikir.

kita sini kutuk habis fashion week. tau tak negara islam lain puji habis pendekatan kita ni? ak follow fashion muslimah dan blogger2 diorg walaupun ak xde la sefesyen mana.

Non Penang berkata...

Teman tak payah tanya kome agama apa, sesiapa saja yang rasional dan ada sikit asas Islam tau fesyen itu Islam atau tidak. Pertunjukkan tu tak salah sebab penasihat dia semuanya Bangang lagi Tongong !

Cik Agogo berkata...

ooo...

nadrah zainuddin berkata...

couldnt agree more. haha. semua sebab rosmah ada. and sebab nama show tu jugak. kalau dah tau mmg ada baju seksi seksi macam tu, they shoudlnt have named the show like that lah kann. benda simple. budak budak pun boleh pikir.
kalau tak tgk fashion show tu, tgk the way muslim women nowadays dress up pun dah tak ikut cara yang disarankan. yang tu tak nak bising? :)

Tanpa Nama berkata...

Kecik kecik tak belajar agama. Bila besar jadi perosak agama.

KAPALA LUTUT berkata...

otak simpan kat lutut.. bkn kepala (tu yg x tutup kepala)..

yang penting dia tutup lutut... kepala lutut...aurat gak tu :p

Tanpa Nama berkata...

ana sebagai wakil fullamak ameno amat setuju dgn fandangan enta. tahun depan ana cadangkan ukhti rosz mengadakan festival g string

syeit al babi

Ann berkata...

media massa diamkan jer bnda ni eh..nk tgk jugak isu ni kuar kt tv

macamcilanat berkata...

aku nak like poster ko tu je, bole x? hahaha. macam cilanat. terbaek la bro!

Edward berkata...

aku da tgk streaming festival ni

bagos la mantot sokong rosmah...aku pon sokong...lagi sokong kalau rosmah yg jadi model....dia pengasas tapi dia pakai tak mcm yg festival ni tonjolkan...

ptut dia organizer dia la yg promote style2 baju dlm festival ni. dok ye?

(maybe time dia bersama abe najib je kot)

Edward berkata...

kalau sesape ad gambo rosmah masa dia muda2 dlu share la link...mana taw...waktu muda dia pkai baju camtu kan. ;))

Tanpa Nama berkata...

org morocco pun buat IFF....pakaian jubah yang ramai org pakai skrg. tp tetap first lady and artis2 barat beli...walau baju tuh TEBAL DAN MENUTUP AURAT. Morocco pun target market drg bkn org islam semata2...tapi tetap dia tak change by-product drg-in fact-introduce d real culture kat morocco.IFF sblm ni x der macam ni. pernah tgk gamba2 dekat page wardina contohnya/wanita hari ini. so masa pelakon ali setan tuh tak der pun fesyen2 camgini. gamba yang last tuh pakaian renang muslimah. bukan pakaian harian. kebiasaan orang pakai masa berenang di tempat tertutup-walau semua perempuan. lain2 tempat itu masing2 punya iman laa.---Z----

pokcik berkata...

"dari kita sibuk marah anak orang, lebih baik kita marah anak kita sendiri dulu"

Tanpa Nama berkata...

baby step??..nnt dorg (non-muslim) lg keliru....arituu tunjuk pakai gini, pastu gtu plk.... ingt ttup aurat nih ibarat "saya belum bersedia,belum terbuka hati,belum dapat seru...dsb) ker??...nk tunjuk, biar y tepat.nih nnt bg info salah...

jadualketat berkata...

yg melenting pun tak sempurna tutupnya.camano tu?

apat berkata...

mantot...idea brader ni bernas...patut link kt blog najib bg der sedaq skit

redbean berkata...

bersungguh gila ko bt research..haha
ak pn rse nk bce lebey lnjut sal bnde ni

PutraRocker berkata...

bodoh!!hahaahah

cephalexin berkata...

bodoh punya pemikiran

fndrocka berkata...

Setuju jugak dgn cadangan-cadangan kau tu.ramai yg betcakap pasal.Rosma.je..bukan ckp isu yg sebenar.fesyen modest camni patut diperluaskan lg..utk fight fesyen extreme sexy.

aimi nadiah berkata...

jgn smpai fesyen "membunuh" tatatertib kita..

Rosliza Roslan berkata...

betol betol betol

Tanpa Nama berkata...

bodoh la la sgt ko... klu dh x tutup aurat tuh... maner boleh!!! salah besar.

a mi parecer berkata...

yang last sekali tu burqini
burqa+bikini
pakaian renang utk muslimah
research kau tak lengkap!

zaty hanyut berkata...

malunya aku dengan agama lain, abd one more thing,kenapa kita nak kena respek si PM Najib tu kalau dia sendiri pun tak boleh nak tegur bini dia sendiri pasal benda ni yang dah sah2 salah di sisi agama, pemimpin apa macam ni, agama kureng tapi nak nak pimpin orang.. sighh

Tanpa Nama berkata...

tak payah la tambah saham dosa kutuk fesyen tu tak islamic KALAU AWAK SENDIRI BELUM BERTUDUNG. betulkan diri sendiri dulu.

nis berkata...

saya hargai pendapat saudara. tapi pandangan saya yang sudah bermastautin dinegara orang selame lebih 5 tahun, saya rasa, ramai yang marah sebab penggunaan 'ISLAMIC fashion show'. kenapa kita tidak bayangkan fashion show ini sebagai 'ambassador' kepada dunia luar mengenai ISLAM itu sendiri. jika di biarkan, akan timbul pula isu 'macam ni rupanya islam, bukan tutup segala yang perlu sebagaimana diajar dalam quran dan sunnah. kerana bagi saya -islam is a way to live, bukan sekadar agama. juga, bila sudah menerima islam, tiada tolak ansur dalam soal haram halal yang sudah nyata dan jelas. jika bukan sekarang kita letakkan garis panduan yang jelas untuk negara luar dan rakyat negara sendiri, mahu tunggu sampai bila?

*pandangan saya*

Hani. S berkata...

Secara jujur aku ni pun bukanla orang yang bertaqwa sangat. Tapi cuma memberi teguran sesama muslim, andainya kita tidak punya pengetahuan agama yang dalam janganlah dengan semudahnya memberi pendapat tentang sesuatu yang berkaitan agama. Kerana secara tidak langsung kita akan memberi refleksi bukan sahaja kepada diri kita tapi juga agama kita, Islam. Seolah2 menyampaikan sesuatu maklumat yang salah tentang agama, lebih2 lagi apabila pendapat kita disalurkan ke media(internet juga dikira) Andai kita sedar diri kita jahil, adalah lebih baik kita berdiam diri dari menunjukkan kejahilan. Hakikat yang menjadi permasalahan utama dalam pertunjukan fesyen ini adalah, konsep fesyen ini yang sungguh bertentangan dengan syariat Islam, sedangkan Islam itu sememangnya indah. Tidak kira jika niatnya adalah untuk mencari pasaran non-muslim atau siapa syariat tetap syariat, niat tidak menghalalkan cara.