Ogos 31, 2010

Menentang Kapitalisme : Terima Kasih British,Our Savior,Our Hope,Veni Vidi Vici!


Sempena ulang tahun ke 53 kepulangan Tanah Melayu daripada tangan perampas iaitu Britain kepada kerajaan Tanah Melayu,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada:

1. Tunku Abdul Rahman
2. Tan Cheng Lock
3. Tun Sambanthan

kerana telah mengorbankan masa dan keringat mereka ke luar negara untuk mengadakan rundingan demi rundingan untuk mendapatkan kembali Tanah Melayu.Tanpa jasa dan pengorbanan mereka sudah pastilah kita masih lagi di bawah jajahan British.Aku juga berbesar hati kerana dengan kepakaran pemimpin2 lama kita dalam bermesyuarat,semua hak2 dan hasil tanah bumi Tanah Melayu telah berjaya diselamatkan.

Terima kasih juga kepada Kerajaan British kerana telah memulangkan semula Tanah Melayu kepada tuan punya nya.Tanpa penjajahan British sudah pastilah Malaysia tidak akan dapat diwujudkan.

Bergembiralah semua rakyat Malaysia.

Raikanlah detik gemilang ini.Sambutlah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 secara besar-besaran kerana kita semua wajib bergembira atas jasa baik pihak British yang sudi memulangkan semula tanah yang telah mereka rampas.

Selamat Menyambut Hari Kebebasan ke 53!

Sebelum anda keluar clubbing dan bersuka ria,fahamlah dahulu,apa benda sebenar yang anda sedang raikan itu.

Seorang pencuri curik kereta anda kemudian beberapa tahun kemudian setelah puas dia berjalan merata2 dengan kereta anda dan tak pernah servis pun,dengan tiba-tiba pencuri itu memulangkan kereta anda itupun lepas anda terkantoi dia tengah drive dan anda merayu2 mintak balik kereta anda.Adakah anda berasa gembira tatkala anda mendapat semula kereta anda itu?

32 ulasan:

mcjust.lol berkata...

penjelasan yang terang dan nyata!

tabibpower berkata...

aku gembira, kalau kereta tu je aku ada..

saya.suka.saiko.la berkata...

synical amat!

Tanpa Nama berkata...

british time tu mmg nak kasi merdeka pun kat negara2 jajahan dia...
tp apa yg Tunku deal kan kat london kita pun xtau...

org kafir bang...
kalu dia nak pulangkan blk tanah melayu kat kita...sanggup ka dia nak kasi kat orang yg perjuangkan islam?

Hidemichi berkata...

ponder upon last paragraph and Anonymous (August 31, 2010 12:47:00 AM GMT+08:00) punya comment. You guys got a point!

Days berkata...

aku lagi suke part curik kereta tu.pencuri tu dah puas ati.baru pulang balik.kete dh lunyai kot weyh heheheh

Tanpa Nama berkata...

Hanya dupes je yang percaya negara kita ni dah merdeka. Mana ada penjajah yang senang2 nak serahkan tanah jajahan dia. Penjajah ni perangai dia sama je dari dulu sampai sekarang.

Sebelum dia blah dia akan tinggalkan boneka2 dia untuk teruskan dasar pemerintahan dia. Tengoklah di iraq dan afghanistan. Hanya pihak2 yang pro penjajah dan sanggup jadi hamba suruhan mereka je yang akan jadi pemerintah.

Anon gak berkata...

Aku tak setuju kalu org kata Tunku dan UM** yang perjuangkan kemerdekaan negara...beliau just berunding dgn penjajah utk dapatkan kemerdekaan tanpa tumpahkan walau setitik peluh dan darah sekalipun...berapa banyak orang UM** yang mati dibunuh gara2 berjuang menuntut kemerdekaan? Aku setuju dgn mr Anon August 31, 2010 12:47:00 AM, kita x penah tau apa yg Tunku deal dgn British kat London dl..

Rakyat lah pejuang kemerdekaan sebenar yg bermati-matian demi kemerdekaan...Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Abd Rahman Limbong, dll termasuk para penyokong mereka...Agak2 kalu rakyat tak bangun menentang dan menekan penjajah, senang2 je ke British nak bagi kemerdekaan kat Tanah Melayu?

zam berkata...

kita merdeka, merdekakah kita.
asal ayam dari telur, atau asal telur dari ayam?

kta dh merdeka dh pun.. bersyukur la walau apa pun caranya.. bukan bole undur atau tukar sejarah pun. kta generasi muda seharusnya memikirkan masa depan. kalo org dahulu ada buat silap.. ktala yg kena betulkan..

aku suka jer dgr brit rock..haha.

AlexiaAqram berkata...

mantot.

kau lupa ada tiga lagi watak yang memerdekakan tanah melayu pada masa itu.

sampai hati kau.

mana sultan johor? sekutu kuat dengan queen elizabeth. takde sultan johor, queen elizabeth nak pandang muka tengku pun tak ingin kau tau tak?

mana sultan selangor? penyumbang terbesar untuk pegangkutan kapal laut untuk para rombongan.

mana sultan perak? si bijaksana dalam penggubalan undang-undang.

peranan sultan banyak orang tak ambil tahu, tak appreciate. padahal tunku abdul rahman bergantung harap pada sultan yg merupakan ketua negeri2 tanah melayu.

seriously, kalau aku nak mati berperang. atas sebab tiga sahaja. for allah, king and land. takde langsung sebab perdana menteri, anwar ibrahim ataupun nik aziz. buang masa je.

raise you flag. happy merdeka!

mie berkata...

merdekakah kita disaat hak2 rakyat dipertikaikan, harta kekayaan rakyat dibolot semahunya oleh sang penguasa?

sampai bila nak biarkan sejarah palsu tajaan penjajah terus menipu bangsa kita? sanggup ke kita tgk anak cucu kita jahil sejarah sebenar negara dan bangsa , syok sendiri dgn sejarah yg belum tentu betulnya di saat bangsa lain di dunia mengenal sejarah bangsa mereka dgn baik?

benar kita tak mungkin dpt mengundur waktu, tapi sejarah mampu diubah kembali dgn pembetulan fakta dan revisi buku2 sejarah di sekolah2 yg banyak menyembunyikan fakta dan sejarah sebenar bangsa kita...

Pert Doherty berkata...

Adakah benar-benar kita merdeka??

Atau kita deal utk ikut cakap diorang sampai ke hari ini?

Saya tak athu sangat pasal sejarah ni.. (secara detail, just tahu hanya yang ada dalam buku teks sejarah)..

Tapi stil saya nak terima kasih kat mere-mereka itu.. yang telah benar-benar berjuang.. (jika dan hanya jika mereka benar-benar berjuang)
31 Ogos 1957: Tanah Melayu dijajah

Tanpa Nama berkata...

53 tahun umur negara kita. dah kena bawak bertobat macam orang selalu buat kot...

brat2104 berkata...

kita dah merdeka eh? lorr.. nape kita kena join komanwel ek? nape kita hntr tentera utk berkawal kat istana buckingham?nape kita xleh nk buat perlembagaan ikut dasar kita?

tu lom citer, nape pape pon kita kena ikut acuan sane?

aish.. aku xtere sejarah

thyYunx berkata...

merdeka duniawi sahaja..
belum tentu merdeka ukhrawi..
negara pun..
name je merdeka..
tapi sumpah..
para2 pemerintah sekarang tak tmupah seperti kanak2 riang yang sedang merebutkan sesuatu.
malu!
baikalh..
kejar kemerdekaan akhirat..
sesungguhnya..
kite xtahu..
pe y tlh dttpkan u kte d akhrt nti

Gen Fujita berkata...

Hmmm, kalau dah diracuni dengan politik, entry ni pun dilihatnya bermotif politik. Walhal saya pasti tuan empunya blog bertujuan baik utk mengingatkan mereka yang "terlupa" dan tenggelam dengan gaya hidup bebas melampau ala barat dan runtuh akhlak. Instead of melilau tak tentu hala, just stick to the topic. Tahniah kepada tuan empunya blog.

The Poyo Me berkata...

haih...banyak pulak komen politik yg sedikit lari topik.ni saya nak tanya...

dah pasang bendera ke belum?

wd.bandages berkata...

aku puji entri ini. paling aku suka hat perkara yang hang nak cuba sampaikan paling bawah.

kreatif ok!

Lann Shaukani berkata...

merdeka hanya pada nama.

Tanpa Nama berkata...

oleh sbb aku ni belajau sejarah yg ntah ape2 ntah drpd buku teks kat sekolah dulu...ermmmm, tak hingin aku nak gantung bendera sana sini....apetah lg lekat kat keta, moto dan beskal cam budak2 melayu buat.....

Tanpa Nama berkata...

Ada orang igt orang tertentu aje yg perjuangkan kemerdekaan...ada yg ckp kena tambah orang tu, orang nih...padahal sebenarnya aku yakin suma orang pada masa tu mahukan kemerdekaan...orang nak cakap Merdeka tu propaganda...i can live with that...nak kata Tunku menipu...aku tak kisah...aku happy negara dah 53 tahun merdeka...aku gembira UMNO banyak buat silap..sbb diorang manusia...aku gembira PAS pn ada buat silap (kurang dari UMNO buat silap kot)...sbb diorang pn manusia..suma orang ada buat silap...kalo rasa ape yg dalam TV tu salah...dan kita tak dpt betulkan fakta dalam TV, kita cuba betulkan org2 di sekeliling kita...(dan juga pembaca blog2 kita)...cuma kdg2...sebagai manusia..ape yg kita anggap betul...salah di mata org lain...

Tanpa Nama berkata...

Mantap! Totally agree dgn Anon(September 1, 2010 8:37:00 AM GMT+08:00). Dari kesilapan lah kita belajar utk bangkit...Merdeka minda adalah merdeka bg pemilik kemerdekaan. Klau stiap unit pemikiran/mentality rakyat mampu merdeka, maka merdeka lah kita.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

It4Ch1 berkata...

masa British pulangkan tu depa dah perah abes dah. apa daaa

Siberkop berkata...

Lagu dengan bendera pun kita tiru org punya.

Hmm.

E.I berkata...

merdekaaaaa~~~~!!!!

Myth berkata...

and see how the our orang2 tua curse us when we disbelief the independence day.

Ok, sumbangan pejuang2 dulu memang sgt duhargai, dan dikagumi. Tapi, naik kapal minta merdeka dr penjajah?

Hah!

The history will always been told by the same way

Tanpa Nama berkata...

mentaliti generasi sekarang dan yang dahulu, nampak sangat berbeza - yang faham, yang tak faham, yang tak nak faham and yang buat-buat tak faham.

rasanya perlu juga tanya diri sendiri, kalau sekarang kita masih dibawah penjajah dan kita di tempat mereka, mana jalan yang dipilih - bermatian nak berlawan dengan penjajah? biarkan semua bermandi darah? pegang senapang pun tak pernah, seni pertahan diri satu pun tak tahu, bagaimana la nak bertarung? harapkan mati syahid memperjuangkan agama dan negara je? kalau la dikira mati syahid kan, tu pun Tuhan je yang tahu, macam mana kita ni yang jahil nak confirmkan.

Or, pergi berunding dengan pihak penjajah, so that tak payah la rakyat bermati-matian, hilang keluarga, hilang harta? oh silap, tak semua orang berfikir utk selamatkan orang lain, biasanya orang selamtkan diri sendiri je.

kalau tiba-tiba negara kita diserang, bersedia ke kita ni semua ke medan perang? tinggal anak bini laki family and do what you're supposed to do? berdiri di baris hadapan dan berjuang? suruh la muda-mudi sekarang ni masuk rotu ke, wataniah ke, mungkin tough sikit nak berlawan.

somehow i doubt it. kalau sekarang pun tak kisah, kenapa pula bila dah jadi macam tu nak kisah? kalau sebelum ni tak pernah berbangga dengan negara sendiri, kenapa pulak nak fight utk negara ni? kan?

silap-silap haribulan, pergi berhijrah ke negara lain, dan agungkan negara orang, yang mana diri sendiri bukan warganegara pun. lepas tu bila nak mati sibuk la nak balik mati kat tanahair sendiri.

hahaha. lawak kan?

Tanpa Nama berkata...

Indeed...totally agree with Anon(September 1, 2010 3:10:00 PM GMT+08:00). Great minds think alike.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

de_nataLie berkata...

haa...more over, sejarah yg kte blaja kt sekolah 2 dah diputar belitkan...sedarlah~

Tanpa Nama berkata...

sejarah yg sbnr dibuat mngikut acuan british, itu la hakikatnya. Berunding @ Menumpahkna darah lbh bermaruah??? jika kita lihat pd hr ni, mcm Palestin skrg ni la kan, kenapa hamas dok sebok berjuang dgn mnumpahkn darah mereka sdngkn mrk blh sj berunding ngan pihakisrael ut memerdekakan mrk dr Israel (wpon hkikat itu adlh sblknya)??? sbb hamas memilih keadian & maruah brbnding Fatah @ PLO yg brpendirian sblknya.

Tanpa Nama berkata...

NO WONDER LAA INDON DOK KUTUK MALAYSIA, RAKYAT DIA PUN CAMTU!! CUBA TGK INDONESIA WLU TERUK2 PUN RAKYAT DIA TTAP BANGGA DGN NEGARA DIA..

Tanpa Nama berkata...

amerika kot yang merdeka dari british?