Ogos 10, 2010

Menentang Girl Power Bahagian 01 - Suami Anda Masih Suami Anda

Aku diajukan satu soalan oleh kawan aku yang dah berkahwin agak lama dan ada anak seorang."Tot,camne perasaan kau marah kat awek dengan marah kat bini?Ada lain tak?Aku kadang-kadang ada gak rasa nak lempang bini aku bila dia melawan cakap aku..sebelum kawin takde pun aku rasa camtu.Kau camne?"

Secara ikhlas dan terus terang,aku pun menjawab,"Lepas kahwin ni kalau marah kat bini darah yang menyirap tu agak lain,dia punya mendidih tu lain."

Member aku mempunyai masalah di mana kehidupan dia agak terlalu dikontrol oleh isterinya membuatkan kadang-kadang dia rasa terlalu diikat sehinggakan banyak keputusan hal rumahtangga ditentukan oleh isteri. Mana nak duduk,mana nak menetap,rumah nak beli kat mana,nama anak,apa nak makan,keluar makan mana,makan apa...semua tu ditetapkan oleh isteri.

Dan,isteri tu jadi makin kuat apabila keluarga belah isteri tu tu pun menyokong anak mereka membuatkan menantu mereka ni agak tertekan.Seorang suami yang tertekan macam tu kebarangkalian dia untuk makan luar atau kahwin lain adalah sangat besar,kerana...jika seorang lelaki yang sudah bergelar suami,hilang kuasanya sebagai seorang suami,dia akan menegur isteri dia atau lebih kejam lagi, memberontak.Kecuali dia dayus.

Dan member aku ni pun agak kuat memberontak.Mungkin kerana hidup dia terlalu teruk dikawal dia buatlah macam-macam.Come on la,nak ajak isteri keluar jalan2 pun susah.

Aku rasa,perasaan paling teruk yang boleh dirasai oleh seseorang lelaki adalah apabila isteri tu melawan cakap dia.Apa yang lagi teruk dari tu?Seorang isteri yang menggantikan tugas suaminya dalam membuat keputusan dan si suami tu terpaksa berdiam diri kerana tak nak isteri berkecil hati.Ramai kaum isteri menggunakan taktik kecil hati dan merajuk untuk mendapatkan kemahuan mereka.Adakah diorang tak sedar sebenarnya mereka memperkecilkan tugas sebenar seorang suami yang dia setuju nak kahwini sebelum tu?

Raya dah dekat.Mesti akan ada kisah-kisah suami isteri bergaduh sebab berebut nak balik kampung masing-masing.Persoalannya, kenapa sampai bergaduh?Kahwin nak,kenapa tak nak patuh pulak?

31 ulasan:

kyo_9 berkata...

petanda kiamat kecil nih..
ish3..

Hidemichi berkata...

bak kata org "x sedar dek untung!"

wd.bandages berkata...

wahlauwehhhhhh.. hahahaha..

zaman demand. lempang ja.

eRaY berkata...

pada pandangan eray, LELAKI adalah watak utama dalam satu family.
jika die gagal melaksanakan wataknya, maka pincanglah kehidupan husband & wife tuh. jika die superb menjayakan wataknya, insyaallah aman bahagialah keluarganya.

JePh berkata...

ni kena kasi member aku baca ni. dia pun sama mcm member lu. bini kontrol merata2. padahal cinta dari zaman sekolah,bila kawin..tak sampai 5 bulan,dh tunjuk belang. siap jumpa kaunseling pejabat agama bagai..haha!

err,..ayat last tu mcm tuju kt bini lu je..hehe,

gua agak je.

anyway..selamat berpose mantot!

AliceAqram berkata...

queen control.

Mantot berkata...

takde kaitan langsung dengan bini aku.ada member aku,balik kampung asing-asing,dia balik kampung dia,bini dia balik kampung dia sebab bini dia tak nak ikut balik.

sampai rumah,mak dia tanya "Mana menantu mak?"

Dia sengih2 aje

genius_foxy berkata...

macam mana pulak kalau isteri tu yang pikul tanggungjawab mcm suami? kerja cari nafkah..sara keluarga. die berhak buat keputusan kan?

daisy berkata...

bila dah kahwin baru nampak perangai sebenar

Mantot berkata...

Kalau suami lalai,isteri ada hak dia tapi sepanjang yang aku baca,seburuk2 dan semalas2 mana pun suami anda,tanggungjawab still ada dekat suami.seburuk2 mana lelaki tu pun,dia masih suami dan tanggungjawab tu still ada pada dia.kalau dia tak pikul tanggungjawab tu,dia salah.jatuh bangun sesuatu keluarga terletak pada suami.

Walaupun isteri tu pikul tanggungjawab suami,suami still suami.

Sama jugak macam aku dengar ceramah dulu...keluarga isteri datang melawat rumah,isteri tanya suami dia,boleh ke bagi diorang masuk?

Kalau suami kata takleh,salah si isteri kalau dibenarkan masuk jugak.Tapi,kejam la kalau buat camtu.Tak bertimbang rasa lak kan?

Hakikatnya,suami boleh buat camtu.

Sebaik2 macam mana pun isteri,isteri tak boleh ambik dan ganti tanggungjawab suami,kecuali sebab2 tertentu ..suami sakit ke,suami koma ke.

Sebab tu lepas akad nikah ada baca lafaz taklik.Aku kena baca depan bini aku.."Kalau aku tinggal dia,tak bantu dia,sekian,sekian,sekian lagi.." macam2 lagi la dalam tu..itu pulak disebutkan oleh suami (aku) sebagai bahagian hak isteri.

Nerzhul berkata...

bagila suami jalankan tanggungjawab suami.

milo boyd berkata...

tuh pasal aa nak kawin mende yg paling penting tolak ansur and kene tgk gak babe situation macam mana. kadang2 bile kasi freedom..suami salah guna. then dah hilang trust kat situ. bnyk gak kes camtuh. menda rumah tangga nih aku rasa sangat peribadi..nak komen lebih2 bukan korang yg duduk sebumbung. cam kawan2 aku slalu ngadu hal rumah tangga kat aku (cam aku dah kawin je)..memang paling kuat aku bleh dgr je aa..nak kasi nasihat? aiyoo...takmau terjebak!

saya.suka.saiko.la berkata...

xberani nak kate pape sebab takot kite pon macam tu jugak. =.="

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saya ada satu cerita yang saya ingin kongsikan di sini. Saya berharap agar sudi menyiarkannya supaya menjadi pengajaran kepada syarikat2 gergasi jangan ingat boleh ‘lepas’ macam tu saja lepas dah kaut untung. Almaklumlah, suara rakyat marhaen ni bukan nak didengar sangat lepas da dapat duit…

Ceritanya adalah mengenai konvokesyen sebuah kolej swasta di bawah naungan Sime Darby Healthcare yang kita tahu siapa Sime Darby ini. Kolej ini adalah kolej kejururawatan. Ceritanya, adik ipar saya adalah salah seorang dari mereka2 yg konvo pada hari itu. Konvo tersebut adalah pada 2 Ogos yang lepas iaitu hari Isnin. Mungkin saya tidak perlu ‘membebel’ banyak sangat yang tak kena dengan konvo ini seperti mengapa ia dilakukan pada hari isnin? Dan hal2 yang remeh yang lain. Konvo ini adalah yang pertama oleh kolej tersebut. Tapi harus diingat Sime Darby adalah satu nama yang konon-kononnya begitu gah, harus ada sikap professional begitu dalam menganjurkan majlis.

Kehadiran ‘graduan-graduan’ tersebut adalah dalam 300 mungkin 400 orang dalam pengamatan saya. Rata-rata adalah orang Melayu tetapi ada juga India dan Cina. Adik ipar saya sebenarnya telahpun tamat pengajiannya sekitar 3 tahun yang lepas! Saya tak pasti jika ada yang lagi lama dari itu tetapi amatlah untung kepada segelintir yang benar-benar baru tamat pengajian. Terasa ‘keghairahannya’. Adik ipar saya sekadar mahukan ‘formaliti’ dalam adat org belajar. Ramai rakannya yang lain tidak menyertai konvo ini kerana mahal dan sudah terlalu lama.

Oh ya, ia diadakan di Sime Darby Convention Centre di Mont Kiara. Gah bukan? Sebaik sampai di bangunan tersebut saya tidak terlihat langsung sebarang kain rentang ‘tahniah graduan’ seperti mana kelaziman konvo-konvo IPT yang lain. Saya ada singgah dan menjenguk sebentar ruang dewan tersebut. Tempat duduk Canselor dan tempat duduk vip di atas pentas adalah menggunakan sofa biasa yang kita lihat seperti di ruang menunggu pejabat. Tetapi tidak mengapalah.

Setelah itu saya tinggalkan adik ipar, ibu dan bapa mertua saya. Saya dan isteri serta atok kami ke Ikea jalan-jalan sementara konvo tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Majlis tersebut selesai sekitar pukul 5 petang. Mertua saya keluar dari dewan tersebut dengan muka yang masam mencuka. Katanya sangat lapar. Kemudian diceritakan mereka bahawa, ingatkan dapat makan ala-ala buffet kalaupun tidak seperti hotel tetapi apa yang dihidang dengan harga RM70 seorang (RM140 untuk kedua ibubapa) ialah nasi ayam sahaja!bayangkan nasi ayam berharga RM70 seorang!!!

Itupun ‘berakhir dengan tragedi’ dimana nasi ayam yang disediakan adalah tidak mencukupi langsung! Dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak dapat ‘merasa’ nasi ayam RM70 tersebut. Pihak penganjur yang mengelabah akhirnya menyediakan makanan tambahan kepada nasi ayam tadi iaitu nasik goreng yang hangit! Bayangkan betapa rendahnya maruah ibu bapa yang telah hadir dengan layanan sedemikian rupa dan datang dari jauh malahan saya difahamkan ada yang datang dari Kelantan dan ada yang datang seawal pukul 7pagi!!

Akhirnya setelah tidak dapat menahan kemarahan lagi seorang ibu kepada graduan ini datang ke meja pengurusan dan menghempas nasi goreng tersebut dengan berkata ‘is this what you call fried rice??? I pay for RM 70 and this is all I get???’… begitulah kemaharan ibu tersebut. Bayangkan betapa laparnya mereka datang seawal pagi untuk berlapar sehingga ke petang. Apa yang dipertikaikan ialah duit telah dikutip awal-awal lagi, seorang pelajar perlu membayar RM400++ termasuk RM140 untuk makan ibu bapa. Jadi kenapa pula tidak cukup makanan? Malahan mereka makan pun berdiri atau ‘pandai-pandaila’ cari port sendiri! Tiada meja bankuet ataupun meja makan biasa-biasa untuk mereka. (Bayangkan RM 140 X 300 orang = RM 42,000.00!!!)

Sebelum bermula acara sidang konvokesyen lagi ibu bapa disuruhnya beratur macam budak-budak nak masuk dewan sedangkan bukan mereka yang perlu diatur dengan teliti sangat tempat duduk untuk terima ijazah!

Semasa sidang konvo diadakan pula rata-rata ibu bapa graduan tersebut meluat juga dengan gelagat juruacara majlis yang beria-ria sangat hendak memperkenalkan Pengerusi Sime Darby Healthcare tersebut dengan semua kelulusan yang dimiliki oleh beliau. Setelah itu, ucapan yang diberikan juga adalah dalam bahasa Inggeris yang mana rata-rata ibu bapa yang hadir adalah dari ceruk kampung. Tidakkah Tan Sri tersebut sedar khalayak yang hadir? Ini bukanlah acara korporat. Apa salahnya berbahasa Melayu? Saya juga diberitahu apabila Tan Sri ini membuat jenaka konon-kononnya untuk menceriakan orang ramai tidak mendapat sambutan hangat gara-gara ibu bapa yang tidak faham apa yang diperkatakan!

Tanpa Nama berkata...

Ucapan tersebut juga sangatlah memualkan semua hadirin kerana sibuk hendak menceritakan perihal sarjana dan kejayaan peribadi sendiri selain kejayaan Sime Darby… Tahulah beliau sudah berjaya dan menjadi bos dan yang graduan hanya sekadar diploma sedangkan di majlis konvokesyen ini siapa yang sebenarnya patut diraikan???

Ramai ibu bapa yang memandang sinis apabila Tan Sri Pengerusi Sime Darby Healthcare tersebut memberikan pujian melangit kepada pengurusan dengan layanan baik yang diberikan tetapi ibu bapa mengatakan dibelakang ‘memangla baik pada kau saja…’ bayangkan perasaan ibu bapa ketika itu. Selepas beberapa acara ada pula pengumuman dari pengaracara majlis jamuan ‘hi tea’ ada disediakan di kanopi yang didirikan, masalahnya…pelajar dan ibu bapa sudah jemu dan ‘bengang’ dengan kejadian nasi ayam, nasi goreng tadi dan manalah ada pula kanopi yang dimaksudkan dalam dewan pula tu! Dan akhirnya mereka hanya balik kecewa dan sakit hati cara mereka dilayan.

Bukanlah mereka ini tidak bersyukur dengan diploma dan ilmu yang diberikan. Tetapi mereka juga membayar dengan apa yang diperlukan untuk merasa nikmat kejayaan tersebut. Biarlah wang mereka berbaloi juga dengan apa yang dibelanjakan. RM400++ bukanlah satu jumlah yang sikit bagi pemegang diploma ini. Banyak yang boleh dibelanjakan mereka dengan jumlah ini. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak para graduan dan ibu bapa ini lebih ‘profesional’ gayanya dengan tidak membuat bising atau kekecohan sepanjang upacara konvo tersebut. Ia ‘nampak’ seperti lancar dan tiada apa-apa yang berlaku.

Lebih mengecewakan lagi adalah setelah tamat pengajian bertahun-tahun dan tamat konvokesyen ini pun mereka hanya menerima ‘ijazah kosong’. Mereka perlu pergi ke kolej asal pula untuk menuntut scroll mereka sedangkan boleh sahaja pihak pengurusan bawa ke majlis tersebut dan beri kepada mereka. Membuang masa lagi bekas pelajar ini. Tidak mengapalah kot…asalkan tidak membuang masa Tan Sri-Tan Sri di Sime Darby itu sudahlah. Rakyat marhaen memang dilayan sebegitu rupa.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuani, setelah membuat aduan tersebut, sehingga kini aduan adik ipar saya tidak dilayan langsung oleh pihak pengurusan.

Apa yang cuba saya perkatakan ialah dengan isu-isu semasa dan sebuah syarikat GLC ini, dengan kerugian dialaminya takkanlah sampai nak ‘pau’ duit orang kampung dengan sebegini rupa…sehinggakan terdengar suara sinis ‘patutla Sime Darby rugi juta-juta…’ dan akhirnya dengan siapa yang akan dikaitkan? dengan kerajaan juga! Sikap angkuh sebeginilah yang akhirnya akan menyebabkan banyak orang kampung benci dan meluat kerana mereka sendiri yang merasakan sudah ‘terkena’…apatah lagi dalam kes sebegini pada pendapat saya ia mencerminkan sikap sebenar syarikat korporat biarpun GLC yang hanya mementingkan keuntungan dalam setiap cara tanpa memperdulikan orang lain dan dalam kes ini ia mendapat ‘sentuhan secara langsung’ dari yang paling tinggi sehingga ke paling bawah dalam melayan orang-orang biasa.

Mungkin sesuatu dapat kita fikirkan pengajaran dari kisah ini. Adik ipar saya yang sekarang menjadi jururawat (bukan dengan Sime Darby) berkata ‘’Nasib baiklah Sime Darby tidak jadi membeli IJN dulu…jikalau tidak entah apa nasib rakyat negara ni…’’ dan saya sekarang memang terasa benarnya kata-kata adik ipar saya. Kini…jika saya dan keluarga berjalan-jalan dan ternampak nasi ayam dengan harga yang tidak berpatutan kami hanya akan berseloroh ‘’Ohhh…inilah Nasi Ayam Sime Darby..’’.

Renung – renungkan.

Tanpa Nama berkata...

ISTERI-ISTERI yang suka melawan suami dan kontrol suami tak tentu pasal, mesti kurang atau jahil dalam agama.
Mereka ini selalunya tak akan cuba belajar tentang tanggungjawab seorang isteri, sebab kalau dah belajar dan tahu...nanti nak kena buat ikut suruhan agama pulak.
Ramai wanita yang begini menganggap tuntutan agama adalah membebankan mereka. Lebih teruk lagi mereka anggap Allah tidak adil kepada kaum wanita. MasyaAllah.....

Cik Agogo berkata...

pada aku lahh... walau tinggi mana pun pangkat ke apa jadah yang sorang pompuan tu dapat... tapi apape pun dia tetap kene patuh pada seorang suami, kalo dia ada suami...

bukan susah sangat pun nak turut kata suami selagi tak melanggar tatasusila agama segala... kan???

maschio nero berkata...

syg bini

Tanpa Nama berkata...

tot..awek purple ni mmg lawa dan mengancam. hopefully masih suci aku nak tackle..

de_nataLie berkata...

yup..true colour has been revealed..

dayat berkata...

ko intebiu aku je tot..
aku dedah kan je semua...


pokok pangkal die..
ialah...

TAAT
taat pada ape..
lu pk la sendiri!!

f.uck pempuan..go to hell!!

genius_foxy berkata...

err..en.dayat. mak ko bukan perempuan ke?

AliceAqram berkata...

bila gaji perempuan lagi besar dari gaji lelaki.

tambah2 lagi lah queen control.

Tanpa Nama berkata...

lelaki harus bertindak sbg ketua

raina berkata...

GIRL POWER!!

ala..jgn la berkira sgt psal kuasa laki bini neh..janji saling hormat menghormati..perkataan TAAT tu tgk relevennya jugak..

bini yang baek untuk laki yang baek..

jujur aku kurang taat dengan laki aku pasai aku cengey..tapi aku hormat dia dan dia hormat aku..

sebab dari rahim aku ni lahir anak dia yang akan mendoakan dia bila dia dah padam masuk dalam kubur nanti..

doa aku nanti x sampai kat dia,

doa kawan2 kedai kopi dia x sampai kat dia,

doa boss dia pun x sampai kat dia..

tambahan pula doa pompuan simpanan..


so renung-renunglah...suami jgn kerek sgt..

shimusuru berkata...

gambar awek mane ko upload ni tot? cun tu.. kim salam la kat die... hahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

suami suma nk isteri patuh....tapi sunnah nabi yang peluk isteri anak sehari 7 kali berape kerat sgt yg ikot...

hanis a.k.a dek-an berkata...

aik???tu gmba kwn sy??

Tanpa Nama berkata...

Eh, ada plak gambo junior aku kat MSU:

ShEis' Qin