Ogos 09, 2010

Pengguna Genius : Doktor Kucing Ku Suka Miao-Miao Dengan Ku

Minggu lepas saya bawak kucing saya pegi klinik haiwan di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Kucing saya kena infection dekat kulit dia. Jadi dah jumpa doktor dia bagi la ubat antifungal dengan syampu. Ubat tu untuk seminggu, lepas tu kena 'rehat' seminggu, lepas tu sambung lagi seminggu. Tu kira method of treatment dia la. Dia tulis dekat botol ubat tu tarikh dia 10/7/ - 16/7. Untuk hari Sabtu 10/7 tu doktor dah bagi time dekat klinik, jadi saya bawak balik la ubat untuk 6 hari seterusnya. Saya bayar RM55 untuk ubat dan consultation.

Pada hari Rabu 14/7 saya bagi ubat kat kucing saya tapi saya tengok ubat tu macam dan nak habis sangat-sangat. Memang tak cukup untuk sehari pun lagi. Sebab klinik tu dekat je, saya ingat nak singgah la waktu balik kerja suruh dia tambah ubat tu sebab mungkin dia tersilap sukat ke apa ke time dia bagi tu.

Sampa di klinik, saya explain la dekat pekerja belakang counter. Dia masuk lepas tu bawak keluar satu botol baru dan suruh saya bayar RM30. Saya kata saya nak suruh dia top up je. Maka dari sini bermulalah perbalahan. Dia kata diorang tak pernah silap sukat ubat, bagi lebih ada la. Lepas tu kata mungkin saya yang silap sukat waktu bagi ubat. Time ni memang dah marah dah. Silap saya sekarang diorang dah ambik botol tu jadi tak ada bukti ubat tu tak cukup. Lepas saya argue dekat situ dia kata kena jumpa doktor. Bila saya kata nak jumpa doktor dengan kerek nya penolong tu kata doktor busy. Saya tanya lambat ke sebab time tu dah nak maghrib jadi saya nak cepat dia kata "kalau nak cepat memang tak boleh la, doktor tengah busy".

Jadi saya kata saya balik dulu, nanti saya datang balik. Botol ubat tu ada dengan diorang. Malam tu saya datang balik, penolong tu still kata diorang bagi ubat cukup. Bila tanya doktor kata apa, dia kata doktor pun kata diorang tak pernah silap sukat ubat. Lepas tu dia keluarkan botol ubat saya dan tunjuk kat saya. Diorang tambah ubat!!! Dia kata ni botol saya kan, ubat dia cukup je. Marah nye!!! Nak tipu pun beragak la! Lepas tu saya kata nak jumpa doktor jugak. Doktor dia pulak perli-perli kata saya tertumpah kan la, apa la. Lepas tu dia kata "Ok la, kita tambah ubat la". So saya ingat dah settle la.

Jadi keluar balik kat kaunter depan tu, dia bagi 'botol lama' dengan botol baru. Botol baru tu memang lebih banyak ubat dari yang lama. Apakah??? Tapi lepas tu suruh saya bayar lagi RM15. Saya tanya la kenapa, dia kata memang doktor suruh. Time ni saya dah malas nak layan saya bayar dan blah je.

Saya tak paham kenapa diorang tak boleh mintak maaf lepas tu tambah je ubat tu. Susah sangat ke nak kata mungkin tersilap sukat. Tak boleh buat silap lansung ke??? Kenapa ada orang buat business macam ni ye?

Reza,
Bangi

Komen - Aku takde komen.Aku kurang arif mengenai doktor haiwan cuma aku sangat berminat nak tengok orang bawak lipas ke,katak ke,cicak ke,pegi klinik haiwan dan cakap kat doktor tu "Apa sakit pet saya doktor?Dia dari semalam tak lalu makan"


Aku nak tau berapa doktor haiwan akan cas untuk consultation camtu.

17 ulasan:

nurul lalala berkata...

vet mmg mahal..kucing aku pon de infection gak kat kulit dia. skang ni ngah gigih kumpul duit.nak bwk jumpe vet..sayu x dgr??huhuhu

Cik Agogo berkata...

huh? mcm nak try bawak anak katak yang kucing aku selalu gonggong masuk dalam umah je pegi vet lepas baca ayat ko italic tuh...

katak tu menderita kot kene gigit dengan kucing2 aku yang 2 ekor tu...

milo boyd berkata...

lipas saya nama joni.

Faizah Roslaini berkata...

Lipas saya ada dua - satu nama Kafka, satu lagi Gregory

Myth berkata...

dah nnama klinik haiwan...

raina berkata...

aku tadak kucing, sebab aku geli binatang

beria sungguh orang yang bela2 binatang pastu siap bawak pi clinic..ahli shorga betoi!

pesanan, lain kali rakam video!

Scott Republic berkata...

Aku tak penah bawa kucin2 aku gi vet...tapi aku gi bawak kat jabatan veterinar malaysia yang casnya jauh lebih murah...anak kucen aku yang seko tu memang kena bawa ke veterinar sbb penyakit kulit dia makin siyes...lagipun dorang tak suntik pelalian lagi

Along berkata...

Aku tau klinik kucing tu..besar gambar kucing dia kat depan. Suka menipu ke pekerja dia? Alahai...awak tu dah la kedai specialist...memang harapkan org yg bela kucing je la mai...ni lagi buat pe'el ngan customer.

de_nataLie berkata...

hehehe..alaa,bese la 2..org business mmg nk untung, mne de nk rugi..

apat berkata...

kalo bwk lipas,cicak g jmpe doc..mau die bg consultampargipipi terus kot

Bingai @ Bangang berkata...

Bila ada pet tu kene belajar sikit-sikit tentang perubatan. Aku tak da pet lain selain dari kucing jadi aku tau gaklah sikit-sikit ilmu yang diajar oleh ibu aku. (Dan banyak kali bidankan kucing bersalin termasuk yang beranak songsang. ish ish ish)

1. Penyakit Kulit - Sapukan dengan minyak yang digunakan selepas menggoreng ikan. Jangan minyak panas! hehehe... bila aku fikir balik logik sebenarnya bukan minyak itu yang menyembuhkan penyakit kulit tetapi airlior kucing itu sendiri. Bila dia bau ikan goreng dia akan terus menjilat tempat tersebut. Kalau kurap di telinga dia akan meletakkan airliornya di tangan dan kemudian menyapu pada telinganya semula supaya minyak tersebut melekat pada tangannya yang akan dijilat semula.

2. Kalau perut dia meragam, demam atau sakit badan bagi dia makan akar bayam rumput (Pokok Ubat Kucing) yang biasa tumbuh ditepi-tepi jalan. Dia akan mengunyah akar tersebut dan membasahkannya dengan airlior. Selepas itu dia akan berguling-guling di atas akar tersebut untuk menyapu airlior yang telah bercampur dengan getah akar pokok tadi. AMARAN! Jangan kurung dalam rumah sebab selepas dia kunyah akar pokok itu dia akan mengalami ciritbirit bila ubat tersebut mula mencuci perutnya.

Jangan terlalu bergantung dengan vet kerana seperti doktor biasa, ubat yang diberikan masih berasaskan bahan kimia. Kadangkala tindak balas bahan kimia tersebut bercampur dengan makan terakhir yang dimakan boleh menghasilkan racun dalam amaun yang kecil. Pastikan doktor bertanya apakah makan yang diberikan kepada pet anda sebelum dia memberikan ubat.

Aku Yang Bingai
Bila Pemimpin Mula Berubah di Tendang Terajang

mamdoh berkata...

.: i liiiiiiiiiiiiiiiiike~~ bawak ulat mulong tny knp ula mulong ku gumuk2 gila~~ kuang3~~ :.

shikuzika berkata...

@Along
eh bukannn... bukan kedai tu. ni kedai lagi satu tu... dekat dgn Shell. Service dia ok je sebelum ni, dah ramai kucing sy bwk g situ, tp sbb hal kecik je, dh habis spoil reputation diorg. Padahal diorg kena tambah ubat je. Ni siap perli kata sy tumpahkan ubat tu la, sy silap sukat la... kenapa tak kata sy makan ubat tu terus?

Zaidong berkata...

em..tak sure dgn klinik vet sek.7 tu..tapi branch dia yg kat putrajaya tu problem gak dia punyer pembantu kedai.indon tu..sengal.

Tanpa Nama berkata...

ah. saya pon tak minat sgt lah kalau nk seek for consultation kat pet shop sek 7 tu. siply kalau beli mknn kucing sebb variety sket. and yes pembantu kedai die memang ehem sket ye. kucing saya demam kena rm70 suntik and antibiotik. padahal kalau g kat sek 3. 50 siap deworm de flea n glucos. haiya.

azura aziz berkata...

Vet saya di wangsa maju tu tak la murah atau pun mahal sgt. bergantung pada penyakit kucing saya. Kucing saya ada 3 ekor. yang sekor tu sllu kena jaundice sbb liver dia tak berapa bagus, the other one sllu sembelit and yg last sekali ni ada sinus, ellergic to detergents and low immune system. Dlm 3 bulan duit vet boleh mencecah dlm 200-300 and kadang2 tu rm1000 hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Bagus korang dapat pahala JAGA kucing. Tapi ingat hubungan dengan manusia pun kena JAGA juga. Kalu depa silap sukat, redha-kan je la. Insyaallah dapat pahala free.