Ogos 21, 2010

Cerpen Tiada Moral : Ahmad dan Wang RM50 Miliknya

Ahmad sedang bergegas ke sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seremban.Bos nya,merangkap Pengarah syarikat Encik Amin sedang menghadiri satu meeting projek juta-juta bersama beberapa orang tokoh dan orang-orang penting Malaysia.Encik Amin pulak sangat genius,dia boleh pulak tertinggal thumbdrive yang diperlukan untuk presentation waktu meeting itu.

Mungkin kerana bosan di ofis akibat tidak ada apa-apa kerja,setiausaha Encik Amin iaitu Suzana atau nama panggilan manja nya Sue ingin turut serta sambil melihat keindahan jalan raya Kuala Lumpur.

"Laju jugak kau bawak Mad,"kata Sue dengan muka ketakutan."Rilek,rilek,aku dah biasa,"jawab Ahmad.

"Toot toot too,"henfon Ahmad,Nokia 3210 berbunyi.Ahmad menjeling telefonnya,"Aiseh,bos sudah call.." Sue merenung muka Ahmad,"Takpe,meh aku jawab.Kau konstret driving."

"Eh,takpe,takpe,aku jawab,aku selamba aje drive sebelah tangan.Otak aku mampu memproses dua pemikiran berasingan dalam satu masa." Ahmad pun memicit butang "Jawab" dan kedengaran lah suara Encik Amin sedang memaki hamun bertanya "KAU KAT MANA?APASAL LAMBAT SANGAT?KAU BAWAK KERETA KE BAWAK KURA-KURA?"

"Rilek bos.Saya dah dekat dah ni.5 minit lagi sampai!"jawab Ahmad.Sue hanya mendengar cebisan2 makian Encik Amin daripada bunyi2 yang kedengaran sipi2.Ahmad pun membelok ke Jalan Chan Sow Lin dan tiba-tiba ada road block di depannya."Aiseh polis!Pakai seatbelt!Bos,nanti saya call balik!Road block!"Ahmad meletak telefon.Sue tenang saja,seat belt dah pun diikat kemas ke pinggangnya yang seksi dan diidamkan ramai lelaki tua dan gatal.

Ahmad kelam kabut memakai tali pinggang dan berenti betul2 depan seorang polis trafik."Cik,mintak maaf la Cik,tali pinggang ni jam..." rayu Ahmad."Mana boleh Encik,tali pinggang tu wajib dipakai.Dah la tadi saya nampak encik tengah cakap telefon,kan?" Ahmad kelu sekejap."Tadi tu bos saya call cik,takkan tak nak jawab kot?" rayu Ahmad.

Polis itu diam sambil merenung Ahmad."Camne nak setel ni Cik?Tali pinggang tak pakai,memandu sambil cakap telefon?Banyak kena saman ni Encik.."

"Aa..saya ada sikit je ni Cik,cukup la kot.Takyah la saman2 ni.." kata Ahmad sambil menyelitkan wang RM50 dicelah2 buku saman polis tu."Encik,jangan buat lagi ya?Boleh jalan.Assalamualaikum,"kata polis itu.Ahmad pun meneruskan perjalannya.

"CILAKA PUNYA POLIS MAKAN RASUAH!BURN 50 DUIT AKU!"jerit Ahmad langsung tidak sedar dia sebenarnya adalah punca kecelakaan.

16 ulasan:

AlexiaAqram berkata...

yang bagi rasuah tu patutnya kena pelempang.

Ann berkata...

ahmad yg xsedar diri....

YobSumo berkata...

ahmad patut tersedar.

MyUsedJDMparts/CorneaMelayu berkata...

elok sepak dua dua...

J. Love berkata...

ahmad memang salah. tu tak nafi. tapi soalan dari polis tu "camne nak setel ni cik?" pun dah paham sangat dia nak habuan or else, saman.

dua dua pun dua kali lima.

don.anaz berkata...

yeah..pengalaman ribu2 rakyat Mesia..!

Tanpa Nama berkata...

ape susah..kalau die tanye cmne nk settle report la polis ni mkn rasuah..jgn kite bg.

AiTotYati berkata...

ayat "camne nak setel ni?"
aku pun pernah ditanya begitu.

bila aku kata, "takpelah mmg saya salah"
kuda putih kata,"banyak ni kena saman"

aku jawab, "saya pasrah je"


akibatnya aku dapat 2saman.

lantaklah.

yang penting riba tu haram (^_^)

Linglung berkata...

tengkorak dia lah tanya mcmana nak setel..menyampah gua nak jawab soalan tu..nak sng setel, lu berenti keje la sng pakcik polis oii

Teletubis berkata...

senang nak jadi kaya..jadi polis corrupt..sehari pow 2-3 org,dah 1-2 ratus dapat..

Entri Cilanat!!!

Cilanat!!!Beli Buah Berangan,Dapat Buah Dada...

Lann Shaukani berkata...

Kehkehkeh! Dua dua celaka.

Kap berkata...

ahmad lain ok.
baik perangai.

raina berkata...

bukan semua Ahmad suka bagi rasuah
bukan semua polis suka amek rasuah

brat2104 berkata...

setju dgn raina..

aremierulez/Amirul berkata...

RM50? kawan bapak aku hulur RM5 pun dapat lepas dah

zan berkata...

Kalau aku..

Cuba "nyanyi2" sket depan polis tu..sambil buat muka kesian...

Agak2 tak lut, tarik rokok, bakar dan cakap.."saman je la bang..nak buat camne"