Ogos 23, 2010

Menentang Kapitalisme : Peniaga Kecil-Kecilan Habis Dibaham Raksasa Hypermarket

Isteri aku adalah seorang gadis desa yang tak berapa mahu beli barang-barang dapur dekat hypermarket.Jadi hari tu aku gi dengan dia beli barang2 nak masak untuk bersahur.Komen dia masa beli barang hari tu,"ni apa bawang buruk benar ni?Apsal sayur dia macam layu aje?Takyah lah beli ikan tu,semua ikan lama.."Sepanjang hidup dia,oleh kerana dia duduk di kawasan luar bandar,jadi segala keperluan harian dapur di beli di pasar-pasar tani atau pasar malam.Aku terpaksa bersetuju dengan pandangan dia mengenai kualiti barang2 yang di jual di hypermarket jika dibandingkan dengan barangan-barangan yang dibeli direct oleh peniaga2 pasar tani.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia terlalu bergantung dengan hypermarket,membuatkan kualiti barangan yang mereka beli menurun.Kualiti barangan hypermarket...agak hampeh.

Cuba lihat sekeliling kawasan tempat anda tinggal,ada berapa hypermarket?Jika ada hypermarket,cuba kira berapa bilangan kedai runcit kecil-kecilan yang ada.Jika tiada hypermarket,sudah pastilah masyarakat di situ akan bergantung dengan kewujudan pasar tani dan pasar malam yang kebanyakan peniaganya adalah warga tempatan.

Hypermarket-hypermarket yang wujud bagai cendawan mencerminkan status sesebuah kawasan.Jika anda nak beli rumah,anda mesti akan usha sama ada tak hypermarket di sekitar kawasan rumah itu.Hypermarket sudah menjadi satu simbol sesebuah kawasan.Tetapi,kewujudan hypermarket sebenarnya banyak menutup peluang  orang tempatan berniaga.Tanpa kita sedari sebenarnya hypermarket menjadikan orang tempatan lebih miskin.

Nilai aliran duit kini dikawal oleh beberapa buah syarikat sahaja.Jika kita masuk ke hypermarket,kita akan dapat lihat terdapat pelbagai department yang menjual pelbagai jenis benda.One stop shopping centre.Semua benda ada.Nak beli sayur,nak beli buah,nak beli TV,nak beli pakaian,nak beli kasut,nak beli makanan...semua ada di situ.Tapi apa nasibnya kepada peniaga-peniaga Melayu yang berniaga sayuran di pasar tani?Atau peniaga Cina yang membuka kedai barangan elektrik di rumah2 kedai?Bisnes mereka kebanyakannya merosot dan lebih teruk lagi,banyak kedai-kedai terpaksa gulung tikar.

Apabila masyarakat Malaysia terlalu bergantung dengan hypermarket2,ini menyebabkan duit kita semua hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat itu.Tidak akan wujud lagi rakyat tempatan yang hidup senang kerana berniaga kerana semua aliran duit hanya akan pergi kepada pihak-pihak tertentu.

Yang lebih menyedihkan lagi,duit kita kebanyakannya diperolehi oleh syarikat-syarikat yang berasal daripada luar negara.Kerajaan selalu menyebut salah satu cara untuk memajukan ekonomi adalah dengan memastikan duit Malaysia tidak terbang ke luar negara tapi sayang...cakap tak serupa bikin.Mungkin faedah kutipan cukai yang diperolehi oleh Kerajaan daripada syarikat2 pengelola hypermarket ini lebih tinggi berbanding kutipan cukai yang dapat diambil daripada peniaga kecil-kecilan,tapi sebenarnya kita sedang melemahkan ekonomi orang kita sendiri apabila kita terlalu bergantung dengan hypermarket2 itu.

Setiap hari pasti ada berita "menggembirakan" apabila keluarnya pengumuman "Syarikat XYZ akan membuka hypermarket mereka di kawasan tempat tinggal anda." Majoriti kita pasti akan menyambut baik berita ini,kononnya nilai hartanah akan naik dan taraf kawasan anda akan jadi lebih popular.Walaupun kewujudan hypermarket ini menggembirakan anda,anda perlu sedar,anda sedang mengorbankan kualiti barangan harian anda dan syarikat2 besar ini mungkin akan memastikan matinya perniagaan rakyat di tempat anda.Sedarlah,tujuan hypermarket membuka cawangan di kawasan anda bukan untuk membantu anda....takde kaitan langsung dengan komuniti.It's all about business.

Kualiti atau kuantiti?Nampak hebat atau nampak sederhana?
Kita akan makin tersepit dan yang kaya akan jadi bertambah kaya.

Mungkin ramai yang akan membantah apa yang aku tulis ni,tapi cubalah ke pasar tani sekali sekala.Lihat perbezaannya.Beli ikan kat pasar tani,beli ikan kat hypermarket..rasa ikan tu bila siap dimasak konfem lain. Seperti kata isteri aku,"buat apa beli ikan yang dah berapa minggu duduk dalam peti kalau kita mampu beli ikan yang baru pagi tadi diambik kat jeti."

35 ulasan:

afiqsiddhartha berkata...

mantot, perlukah aku cari gadis desa supaya keseimbangan hidup aku lebih terjamin?

Mantot berkata...

perlu!
nak lagi cantik kau carik anak tok penghulu (mcm cerita melayu lama) mana tau kau dapat jadi Pengerusi JKKK Kampung@Ketua Kampung

Teletubis berkata...

aku pon nak kawin dengan gadis desa gak la...
hypermarket kaut untung,peniaga kecil-kecilan papa kedana..

Entri Cilanat!!!
Cilanat!!!Pesal Ko Follow Bontot Aku Ni??

Tanpa Nama berkata...

aku sokong kata isteri ko mantot..baik beli ikan yang baru angkat dari jeti..

tolong ushakan gadis desa kat aku jugak...

Post Terhangat...
Manusia Durjana

zalizalu berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zalizalu berkata...

QUOTE :
Mantot said...

perlu!
nak lagi cantik kau carik anak tok penghulu (mcm cerita melayu lama) mana tau kau dapat jadi Pengerusi JKKK Kampung@Ketua Kampung

*gila bersungguh2 mantot... zzzz

Mcjust berkata...

setuju ngan bini!!

the artist and i berkata...

saya setuju 40juta kali!

dah tak nampak pakcik atau apek bawak lori jual sayoq2 dah

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat dengan ko. aku yang baru start nak buka kedai ni jadi takut sebab benda ni. kawan ku pernah jugak tutup kedai sbb adanya supermarket berdekatan dengan kedai dia.

skema jagung berkata...

kapitalis iblis cekik darah golongan peniaga n pengguna.

akulafix berkata...

gua seratus peratus setujuuuuuu

Tanpa Nama berkata...

pasar tani dekat ngan rumah kitorg tu gila mahal beza 5-6 hengget dgn harga hypermarket.dah tu sesama melayu la yg nak dicekik darah.zaman eko-no-money camni, aku pilih yg harga berpatutan&mudah - sbb nak tolong diri sndiri dulu sblm fikir nk tolong org lain.selagi ikan belum b'tukar rasa jadi siput dan sbgainya, masih boleh terima akal, kira ok per...lain la kalau duit melambak, masa ada byk nak pusing2 carik pasar tani/segar etc.

Kap berkata...

waaa.
kalau gitu, aku kena cepat meminang gadis desa idaman aku ni, untuk selamatkan ekonomi negara dari kerakusan pemerintah haprak.

Tanpa Nama berkata...

aku tinggal kat aussie..kat cni kedai hypermarket bukak sampai pukul 5 petang saja n setiap ahad kedai hypermarket wajib tutup kedai..so dgn cara ni kedai2 kecik still bole carik mkn..apa kata mesia buat cam ni gak.

ejaMaria berkata...

oh... utk sayur + ikan + daging + ayam... saya lebih rela menjejak kaki ke pasar pagi... biarla tpt tu lecak dgn berbau pun tak pe... janji dpt ikan + sayur yg masih segar... hypermarket klu beli barang kering cam beras + minyak masak + sabun basuh bole la... sbb murah lagi berbanding kedai runcit...

sedang biasakan anak2 perempuan ikut Mama pergi pasar... biar jd sprt gadis desa walaupun membesar dibandar :)

Nerzhul berkata...

orang malaysia suka benda-benda dari luar negara datang tempat mereka. tak sedar sebenarnya menyusahkan diri sendiri akan datang.

Lina Rahim berkata...

memang barang2 basah di pasar yang buruk & lecak lebih segar berbanding barang2 basah di hypermarket. pernah terbeli santan basi di salah sebuah hypermarket terkemuka. lagipun, bila goreng ikan beli dari hypermarket ni, ikan dia hancur, kadang2 ikan pari tu bau hancing, meletup2 minyak bila goreng, menunjukkan tak elok dah. kalau beli barang basah pasar, comel je bentuk ikan lepas goreng. lagipun kat pasar lebih murah

Aslina berkata...

aku suka beli sayur2 kat pasar malam.

sebab...

bleh beli seminimum/maximum mungkin.

kalo kat hypermarket kat umah...

dah tentu aku kene gelak dengan tukang bungkus sayur tu...

ehh... suka hati la aku nak beli sayur tak sampai 20sen...

kecoh aa dierrr...

emak. bukan penari tiang berkata...

aku anak jkk tapi aku shopping kat tesco gak! senang dan mudah!

anaz berkata...

hypermarket tak hantar tong gas sampai depan pintu rumah.

zan berkata...

Anon 23/8..

Harga ikan & sayur kat hypermarket memang murah pasal dorang beli secara pukal. Konsep dia pulak selagi tak habis selagi tu dorang jual. Pasal tu dorang boleh jual harga murah.

Harga ikan & sayur kat pasar pagi / pasar tani pulak memang mahal sikit pasal semua barang "segar dari ladang" Peniaga pulak dapat stok cara runcit2 dan bukannya borong. Ada kes petani / nelayan sendiri yang jual hasil tangkapan / tuaian dorang.

Tapi kalau ko suka makan ikan rasa nak sama dengan siput, tak kisah la..

Obefiend Weiland berkata...

strange

ini kemajuan. ini kelebihan sistem kapitalisme. kalau konvinien dan murah masakan perlu bersusah.

penjual kereta meranapkan bisnes penjual basikal. mana keluhan anda tentang isu ni. tiada bukan?

live with it

hypermarket ialah evolusi cara berniaga yang bagus. konsep kedai depan rumah sudah outdated. either you evolve or face extinction

buat apa continually supporting an outmoded business model for the sake of "aku anti kapitalis"

you yourself is a capitalist! laughable this one son..

better rant next time,.

Tanpa Nama berkata...

Serba-Salah..

Tanpa Nama berkata...

Selfish...capitalist...bully...the strong will live & the weak shall die...we'll all die anyway...doesn't mean anything at all...till we're all really trap by the problem that cause from our act.
From,
Loyal Citizen Like a Pet.

eszol raar berkata...

peniaga kecil sekarang pon dah boleh label kapitalis cilik

sume cekik darah jugak

Tanpa Nama berkata...

Bg aku malaysia punya peniaga perlu buat makanan yang sedap dan pasarkan sebagaimana mcdonald yang ada air cond...besar... nampak bersih(kat luar la)...dan cop sesuatu kat signboard mcm 'PENIAGA MALAYSIA' dan 'HALAL' besar-besar...mesti org support.

Fontonk berkata...

Kapitalis kill

xordy berkata...

Call me ignorance. I'll buy where I can get my stuff cheap. Except fresh foods la.

Tanpa Nama berkata...

kedai runcit sorang tokey kaya,2,3 org kuli dpt 4,5 ratus sbln..hypermarket ramai director kaya,beratus kuli dpt 4,5 ratus..kerajaan nk bg rakyat keje maaa...bangla dan myammar pun bleh tumpang sekaki.he

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt ngan entri ni, dan jgn lupa dptkan ayaq kelapa masam di TESCO, yg kelapanya ntah di peram brpa lm smpai rs masam, nsb baik org yg blnj aku ^_^, dh la mhl plak tu

a mi parecer berkata...

ok, cerita ni menyebabkan aku teringat kepada cikgu Spanish aku, satu hari beliau suruh kami buat ayat pergi ke kedai membeli barang2 keperluan untuk memasak, jadi in Spanish kalau kita nak buat sandwich contohnya, kita kena pergi kedai menjual daging( carnicero), kedai jual roti( panadero), kedai jual sayur, cheese.. etc2!, so, ada seorang member aku ni buat ayat, translation( i went to buy meat, bread, cheese & lettuce), then cikgu aku marah,
'kenapa kamu beli di satu tempat je'
sekali dengan selambanya kawan aku cakap
'but in Tesco, easy'
then dia cakap , you Malaysian always Tesco!, tesco, tesco!, you are killing the small stores by doing this!, dia cakap hypermarket macam ni ada di bandar besar iaitu Madrid sahaja( tak tau la aku kalau dia tipu cos he's from Malaga), kalau nak bukak Hypermarket kat daerah lain, sangatlah susah, like kena berperang dengan penduduk tempatan.Sebab mereka sangat menjaga product tempatan and tak nak kapitalist ambik alih bisnes diorang( even diorang sekarang banyak hutang dengan EU)

Kita rakyat Malaysia pendek kata memang tak appreciate dengan apa yang kita ada, kita memberikan orang kekayaan kita tanpa sebarang kondisi, takda syarat wajib untuk barang tempatan, ada ke Hypermarket jual gula kabung, budu, cencaluk? Sebab kita lagi suka barang orang lain. Aku pon beli jugak dekat Hypermarket because dekat area rumah aku nak cari pasar memang susah, almost takada. Tapi kalau ada peluang membeli di Pasar memang aku akan beli, sebab even mahal sikit, semuanya segar.

Sama la juga Mc D, KFC, (obe selalu mention dia suka makan ni),pizza hut sampai cikgu aku jugak pernah sindir,
'kamu semua hipocrit kata makanan kebangsaan kamu nasik lemak, roti canai, dimsum, bukan makanan kebangsaan kamu KFC ke?

damn..

Tanpa Nama berkata...

aku dah jadi gadis desa sekarang. :p

admin@blogdiloz.com berkata...

great artikel.
realiti sekeliling.

tapi,bukankah hypermarket juga membuka peluang pekerjaan untuk anak tempatan?

bagaimana benda itu tidak mempengaruhi ekonomi?

CouLeur de Chiqu3 berkata...

bpk sy penah ckp psl nih..dn dia sgt jrg ke hyper2market.xpenh nmpak dia beli brg berkoyan2 dr hypermaket..klo ader pon 1,2 brg yg bapak sy rasa relevan utk beli...

and YES ! they killing a small local entrepreneur .!

Tanpa Nama berkata...

yang ni aku setuju. terang2 aku gadis bukan setakat desa tapi terus kampung yang memang dibenci oleh rata-rata org bandar, iaitu kelantan. terus2an aku xsuka beli brg di hypermart tambh yang melibatkan brg2 basah .ms blaja kt penang , member ajak beli ayam kat giant aku siap bley rs was2 tentang halal haram nihh sbb pekerja dia ramai org asing.dalam pasar ikan nampak segar je. sampai je umah memang ikan xberkualiti. yang dah lama.kat kelantan walau kami jakun dan sebagainya Alhmdulillah daging mentah halal mudah didapati dimana2 serta ikan ,ayam segala benda aku boleh beli main redah xyah pikir halal haram sbb aku yakin.