Ogos 03, 2010

KAU PANGGIL AKU PAKCIK!?

Lepas berkahwin,perhentian RnR dah jadi rumah ke empat aku.Isteri aku suka betul berenti situ.Lagilah aku tak paham bila dia suka betul kopi ais Dunkin Donut yang pada aku takde la sesedap mana.Dah la RM4.20 satu...aku yang kedekut ni selalulah membantah kalau dia nak beli tapi sebab isteri aku nak jugak,biarlah.Lagipun selalunya dia belikan aku satu.Heheheh

Jadi hari tu,aku gi la surau kat situ nak semayang on the way nak ke KL.Sampai aje kat koridor menghala ke surau ada la budak pempuan dua orang mintak derma."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim,"pinta diorang."Sekejap ye anak-anak,pakcik semayang kejap.." kata aku sambil dalam hati memikirkan "adakah aku seorang pakcik sekarang ni?"

Aku pun setel urusan dan jalan la balik ke arah budak dua orang tadi."Dari mana ni?"tanya aku."Kitorang dari Madrasah kat Kedah,"jawab budak tu."Kedah kat mana?" Budak tu terkaku kejap.Lepas tu dia diam."Takpelah.Pakcik sedekah aje lah.Kalendar tu simpan,"kata aku.

Jadi aku dan isteri aku pun meneruskan perjalanan ke Perak.Selesai urusan kat Perak pantas kembali balik ke Negeri Sembilan.Lalu highway lagi,berenti RnR lagi.Gi semayang zohor,jumpa dengan dua orang budak lain mintak derma untuk madrasah sambil pegang kalendar dan penanda buku yang sama dengan budak2 yang aku jumpa awal pagi tu."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim.." Sahlah..aku dah level pakcik.Takpe,takpe.

"Adik ni madrasah kat mana?Camne boleh ada kat sini?"tanya aku.

"Kitorang dari Madrasah kat Port Dickson,"jawab budak tu ikhlas nampaknya."Ohoho,Port Dickson ye?Takpelah,pakcik dah bagi kat diorang yang jaga belah sana tu sambil aku tunjuk RnR Seremban menghala ke KL."

"Tapi apa salahnya pakcik bagi jugak derma kat kami.." dia buat muka kesian.
Lu panggil gua pakcik lu nak buat muka kesian dengan gua...

"Dik,dik,nak tanya sikit,apasal budak2 yang mintak derma kat belah sana kata Madrasah ni kat Kedah,adik pulak kat Port Dickson?" tanya aku.

"Oh...saya orang Kedah pakcik!"
Tiba-tiba pulak dia jadi orang Kedah.

PS - Aku tau nak berderma ni kena ikhlas,macam orang Melayu selalu kata bagi aje la asal niat kita betul...tapi,sebab aku orang Kedah dan kat Kedah memang banyak kes-kes tipu "derma pembinaan madrasah" ni...aku akan terus skeptikal.Apatah lagi bila nak bina Madrasah kat Kedah tapi mintak derma kat Seremban.Berapa kos nak pegi balik tu?Lepas la kot beberapa bijik batu bata dan sekampit simen.Langsung tak financially viable.

Aku tak tau budak tu menipu ke tidak cuma aku tau diorang menipu,bila diorang panggil aku pakcik.Sebab kalau diorang panggil aku abang,mesti isteri aku jeles.Bagus budak-budak ni.Pandai hormat orang tua.

20 ulasan:

LS berkata...

Ah, kita semua sudah tua bro Mantot. Even gua pun dah dipanggil pakcik ni.

mummy_icha berkata...

tkpela...up sikit status tu :-D

Tanpa Nama berkata...

tu sebenarnya nak tarik perhatian ko tu...bagi cair sebab nanti senang die cairkan duit ko tu bro..heee..aku pun penah kena kat johor..citysquare..giler pandai budak minta sedekah ni..dah datang..pastu datang yg lain..aku kata.xde2..aku dah bagi yg tadi punye..hahaha..

ZefFrost berkata...

Hahaha... Kawan aku yang umur 20 pun pernah kena panggil pak cik kat situ.

Nurul Lalala berkata...

skang ni mmg byk sindiket camtu..mmg kebanyakannya menipu.kwn ayh sy ckp budak2 tu slalunye under pusat perubatan al-mansor.tp skang al-mansor da tkr nme coz dulu penah ade kes but not sure kes pe..

p/s: sy pon skang ni kalo nmpk budak2 tu sy wat xtau je. kdg2 sy beli mknan je. x kasi duit coz duit tu nt bknnye dorang yg dpt pon..pihak pengurusan yg amik

Lina Rahim berkata...

hm..saya pernah 2kali jumpa budak yang sama pada 2 minggu yang berlainan di Nilai & Senawang. pernah buat entry pasal ni.ayah saya tak berapa setuju sebab mereka minta derma time orang tengah makan, time orang nak solat dan time orang draw duit dari ATM. dan mereka kata mereka madrasah dari Kedah, tapi ada kem ibadah kat Port Dickson. lepas tu pula, diorang ni minta derma dari pagi seawal 8am hingga 10pm. memang lah niat nak bersedekah, tapi entahlah, diorang jual minyak angin RM20! dulu RM10, sekrang RM20..semoga Tuhan lebih mengetahui niat kita dan niat (bos-bos) mereka. Wallahua'alm

afiqsiddhartha berkata...

entahlah pakcik. Aku rasa aku jenis mudah kesian. Lantak la mereka ni tak jujur, aku akan derma jugak. Lagi2 makcik2 yang bawa anak kecik. Mudah je poket ni dikosongkan. Dengan disertakan cogan kata, budi baik dibalas baik.

Tanpa Nama berkata...

www.protasco.com.my/completed-major-projects.html

ashraf berkata...

hahah nice one!

nerdy nadea berkata...

mantot, aku penah tanya budak2 yg mintak derma ni dr sekolah mana..depa jwb dari sekolah tahfiz. nak minta derma untuk bina sekolah. then aku suh la diorang baca surah-surah dari al-quran..terus diorang tiba-tiba kata diorang ni tolong orang nak buat sekolah je. bukan pelajar.

aku suh baca al-fatihah. haram jadah tak tahu. terkedu diorang. aku terus blah x kasi derma pon. surah al-fatihah pon tak tahu. baju jubah berkopiah dah macam imam muda aku tengok..

berlaku kat jb.

mantul berkata...

perubahan selepas kahwin = pakcik tuuu!!! hahhahhahah..okla,hormat kat warga t**!

Tanpa Nama berkata...

sbb tu saya xsuka derma kalau budak2 yg datang mntak. salu dorang tu dlm sindiket. pernah tgk dgn mata sniri. lepas tu terus xpecaya dh..

satu lagi kalau jenis derma yang ada "harga"..kena bli buku Yasin rm10. kalau nak bagi seringgit, xnak terima.

suma tu guna nama agama, derma masjid la, buku yasin la..aihh

"pakcik" umur 20 berkata...

haha... da rmai yg mengalami pengalaman sebegitu rupanya... same cam ak gak r....
ooit zeff, cam ak kenal je membe hg yg umor 20 tu...haha

brat2104 berkata...

oh.. aku masih dipanggil akak.. (aku xkan nyahut kalau panggil makcik!) hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kat Petronas Kamunting pun selalu ada jugak ni. Satu hari tu apabila kali kedua aku diapproach oleh gadis yg sama utk meminta derma, otak kotor aku mulalah fikir yg bukan2 hehee...

beL cLoud9 berkata...

kat mana2 pon banyak.even kat kedai mamak.naik rimas.padahal patot dorang kat sekolah waktu siang.xkan la imam madrasah suh dorang mintak sedekah xyah masuk kelas.

sian budak2 skang, macam2 masalah dorang hadap. naseb baikla ko pakcik.aku pon mungkin makcik.kalo pon kakak or abang, kita kena bersyukor sb dunia budak2 kita mengajar kita menjadi baik. sedangkan dorang??

syukor sb we're better than them.mungkinla kan.

Along berkata...

ada sapa nak panngil aku makcik? Ada? ADA????

silap la kalau bebudak tu panggil aku makcik. Walaupun memang status aku dah makcik, tapi aku tetap vogue. Tolong sket.

Aku dulu derma gak, tapi sekarang dah takmo. Kat Kampung Medan tu, setahu aku dah 10 tahun depa dok kutip "derma" untuk "masjid" baru. Tapak pun x nampak lagi.

Blogger berkata...

kalau gua berdaya, nak je gua pulas telinga 'ustaz-ustaz' budak-budak ni. nak buat madrasah ke kilang ubat.

Tanpa Nama berkata...

pakcik = uncle..ok lah tu..kita ni bla budak2 panggil uncle ok lh pulak..pakcik tak nak.

susudalambotol berkata...

kalau dekat Ampang Jaya ni, lepas derang dah mintak derma, derang pergi makan McD. sabo jelah. aku pun makan kat gerai je. dia boleh makan Mcd.