Ogos 20, 2010

Cerita Ramadhan : Peristiwa Silam Yang Meningkatkan Keyakinan Diri

Ada satu masa dulu dalam tahun 1999,sewaktu aku kurus dan muda,aku baru balik dari kelas.Sebab aku lapar,aku gi food court nak makan.Dengan kepala berserabut penuh dengan benda2 yang dipanggil networking,aku pun jalan la ke arah food court sambil otak tengah ingat pasal programming,satu benda yang aku cukup tak suka,dengan lecturer dari India yang ayat English nya siap ada pelat Tamil sket2.

Waktu aku tu masih lagi mat rempit yang hanya mampu membawa sebiji EX5 jadi kat tangan aku mesti aku pegang helmet.Dari jauh kalau orang nampak aku mesti takut dengan baju serabai tak pernah bergosok dan seluar jeans yang mesti carik2 kat bahagian kaki sebab aku suka tempah jeans labuh2 biar jalan sapu lantai sekali,senang sket kerja makcik cleaner.

(Aku tempah jeans bukan sebab aku kaya,aku tempah sebab waktu tu pinggang aku kecil,jadi tidak ada jeans ready made yang mempunyai kepanjangan yang cukup untuk cover 45 inci panjang kaki aku.Kalau aku pakai seluar tu dan seluar tu tergantung,gadis2 pasti akan menjauhkan diri.)

Aku gi makan nasik lauk ayam.Dah kenyang dan aku nak jalan balik ke arah motor "superbike" aku,tiba-tiba ada seorang minah senior yang bergaya ala-ala ranggi tegur aku.Aku tak kenal dia pun tapi memang aku perasan dia dah tunggu aku habis makan agak lama kat situ (gadis hot tidak bertudung sangat mudah dihinggapi oleh mata aku)

"Hey!" kata dia.Aku pun jawab la balik "hei" jugak.

"Takde bang,saya ni sebenarnya nak carik talent untuk jadi model, kitorang ada fashion show nanti under faculty," kata dia.

"Huh?Model?Bior betol?" tanya aku."Iye!Ok apa,nanti kitorang guide la camne camne.." jawab dia.Aku pusing kepala aku tengok sekeliling mana lah tau aku sedang menjadi mangsa rancangan kamera tersembunyi.

"Tak nak lah.Terima kasih la.Saya tak reti catwalk.Bearwalk boleh la," jawab aku.Aku blah dari situ sambil memberikan satu senyuman paling manis dekat minah tu.Minah tu cuba jugak memujuk aku dari jauh siap buat2 gaya "please..please..." Ingat aku cair?Apa dia ingat semua orang kacak berangan nak jadi model?

Aku balik apartment cerita kat member,takde sorang pun percaya cerita aku.Jadi,aku cerita kat korang pulak.Nak percaya ke tak,suka hati.Yang aku tau,ada minah cun mintak aku jadi model fashion show.Aku yakin dengan pandangan mata minah tu jadi semenjak hari tu aku belajar satu benda yang aku tak pernah tau pasal diri aku sebelum tu...

"Aku hensem macam model."
Terima kasih.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku percaya mantot

Lina Rahim berkata...

ok lah percaya..:-)

nerdy nadea berkata...

hmm, ade sesape yang ade gambar mantot tak?

nak percaya, tak baik menipu..wakakaka..

anaz berkata...

Garu kepala..

anaz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Faiz Tapit berkata...

Apa dia ingat semua orang kacak berangan nak jadi model?

ayat cilake dowh.... hahahah

faheypairan berkata...

waaahh.....tahniahhhhhhhhhhhhhhh...!!
mantotttttttttttt....hensemmmm!!

(pujian dengan aksi berlebih2 sambil berlari)
(macam filem Stephen Chow)

I.Q.W.A berkata...

ha? hahahaha.. ok.. "aku hensem mcm model" siyes lawak

dark berkata...

hahhahahahahahahahaha....

caye la mantot!

pensel kayu berkata...

thanx bro sebab buat gua gelak lepas sahur dengan muka ketat..kah kah kah

Zonkers berkata...

model kasut jer tu kot mantot. hahahah

AIN berkata...

uh!caye jolah..=p

unknown berkata...

sokong zonkers. tak pun model utk iklan pinggang ramping tummy trim :p

pakd0 berkata...

aku caye cite ni walaup0n k0mpius..

LS berkata...

Keh keh keh!

Awek tuh dah perati ko dah lama ni bang Mantot. Sebab tu dia berani approach ko.

brat2104 berkata...

sian dia terpaksa carik laki hensem yg lain.. uhuh

milo boyd berkata...

kenape laa aku pi baca post nih...nyesal..

Nerzhul berkata...

model seluar ke? hahaha

Tanpa Nama berkata...

ngeh2.. ayat sengal...yup.mantot hensem.

cyruscope berkata...

aku tak pcaya selagi tak tgk gambar masa muda ko

Pieka berkata...

okay aku percaya ko ensen mantot ((:

Pieka berkata...

okay aku percaya ko ensen mantot ((:

emak. bukan penari tiang berkata...

aku percaya hang menipu!

mana ada model pinggang kecik sampai tadak saiz..atau mungkin model untuk poster iklan kerajaan malaysia - jauhi najis dadah! - dan hang kena duduk melengkung badan, x pakai baju sambil cocok lengan!

dan ciri-ciri itu membuat awek tu setuju hang la yang dicari-cari!

chesh! perasan!

Aslina berkata...

model = baju tak bergosok + jeans tempah carik2.

aku rasa aku paham yg minah tu nak experimentasi baju bergosok dan jeans elok2 dekat ko.

sebab tu dia mintak ko jadik model dia.

No name berkata...

dia nak cari model tuk bearwalk lar tue... byk size X++L hehe...

Siberkop berkata...

Jawapan aku, tak semestinya model tu kena hensem. Eksotik pun dahlah.

Tapi ko mmg hensem. Aku kenal ko.

shahrin yusof berkata...

percaya2 :D

Tanpa Nama berkata...

LOL,Haters will Hate

ikan kaloi berkata...

aku suka header baru kau....
patriotik smpena merdeka...

de_nataLie berkata...

haha..bearwalk je? wt moonwalk bru macho..MJ=mantot jackson

Tanpa Nama berkata...

jap jap lagilah baru percaya.

Kap berkata...

kalau kacak pun belum tentu dapat kahwin artis ;)

Tanpa Nama berkata...

tgk model gak...mana tahu fashion show warga emas ke...ahaks.

Tanpa Nama berkata...

motive gmbr justin bieber tu plak ape mantot?ko nak samakan diri ko yg lama tu mcm die ke? Jeans dah sama labuh..

Tanpa Nama berkata...

sorry tot...gua bkn tak nak percaya,tp gua tak sanggup nak percaya

kapultek berkata...

mantot memang hensem dari dulu...tu sebab kawan2 sumer tak dpt awek kalo jalan sebelah dia..

Fatma berkata...

mantot! nak tgk gambar plsssssss

-gadis kurang cun yg rasa diri cun