Ogos 06, 2010

Bahagian 3 - Kerja?Kau Jual Skill atau Masa Kau?

Aku cukup tak suka satu law pekerja kat Malaysia ni yang menyatakan;

"Jika seorang pekerja bergaji lebih RM1500,dia tidak layak dapat overtime claim."

Banyak syarikat-syarikat di Malaysia ni mempergunakan undang-undang ni untuk mengerah habis-habisan pekerja dengan alasan kena kejar deadline,pekerja perlu stay kat ofis sebab takut2 ada job masuk dan sebagainya.RM1500..bukannya eksekutif sangat pun nilai gaji tu kalau itu yang dikira sebagai "Gaji Eksekutif."

Ramai jugak rungutan-rungutan yang aku dengar daripada pekerja-pekerja government yang bergred 41 apabila diorang tak boleh claim tapi staff gred 27 boleh claim,jadi perbezaan total gaji+elaun tak banyak beza...dan biasanya pekerja bergred 41 ni pun kena buat overtime jugak,tapi overtime tak berbayar (ada sesetengah Kementerian aje yang bayar jugak overtime claim untuk gred gaji 41 ke atas tapi tak semua)

Lagilah teruk bila kita nak bercerita pasal syarikat swasta.Jadi,kalau benda2 camni,aku akan ikut back to basic.Aku ambik pengalaman aku lah ya.

Satu masa dulu aku kerja satu company,gaji aku RM2000.Tapi stat keje pukul 9,biasanya balik pukul 11 malam.Maknanya aku dah kerja 14 jam.Jadi,nak senang,kita ambik average aku kerja 12 jam sehari,5 hari seminggu.

Pengiraan dia;
RM2000/22 hari = RM90.90 sehari.
RM90/12 jam = RM7.50 sejam.

RM7.50 sejam dan itu tak termasuk lagi dengan aku kena kerja weekend dan lain-lain.Paling teruk satu masa tu,aku hanya cuti hari Ahad saja dalam sebulan.Jadi dalam sebulan aku dah kerja 26 hari.

RM2000/26 hari = RM76 sehari
RM76/12 jam = RM6.33 sejam

Selagi undang-undang kat Malaysia ni tak mengambil kira nasib pekerja dengan lebih serius,kualiti hidup orang-orang Malaysia akan makin parah.Biasanya syarikat-syarikat akan mengambil kesempatan dengan menulis dalam kontrak;"Jika anda diperlukan untuk bekerja di dalam tempoh luar waktu kerja,anda diperlukan datang untuk bekerja tanpa overtime claim."

Kerajaan haram tak membantu langsung nak improve situation ni.Nak buat camna?Benda dah sign kan?Biasanya waktu tu aku bekerja dalam sekitar 60 jam lebih seminggu.Undang-undang ada tapi undang-undang banyak betul loophole nya.Jadi pekerja2 senang benar dibuli kerana ramai majikan tahu,diorang ni nak bekerja.What's the point ada undang-undang "gaji Rm1500 tak dapat overtime" kalau banyak company tak boleh pun ikut law satu hari tempoh bekerja adalah 8 jam,seminggu 40 jam?

Mau spend masa dengan keluarga dan bergaji kurang?Atau mau spend masa di ofis tapi bergaji besar sket?Pilih!Cuba kira balik berapa sebenarnya anda dibayar.Mungkin gaji anda bunyinya besar tapi..sebenarnya kecik.

Masa atau duit?Ramai sangat orang sekarang pilih duit sebab tu kualiti hidup kita walaupun berharta tapi sebenarnya agak rosak dari segi kekuatan institusi berkeluarga.So,berapa value anda untuk bekerja sejam di tempat kerja anda?

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mantap mantot. followers dah 1000. kalau masuk pilihanraya kecil leh menang ni.

kitaro berkata...

aku ske entry ko kali ni...sbb aku pom rasa sama macam dalam entry ko tu...

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju. Thanks Mantot sbb post isu nih. Smua undang2 yg manusia buat ada loophole demi menjaga kepentingan pihak2 tertentu. Selagi X kena pd batang hidung sndiri...mmg Xde sape kisah. Klau yg amek kisah ni majority pun tp stakat mcm aku umpama haiwan peliharaan yg setia nih...mmg cakap pun X guna. Aku pilih bidang pendidikan sbb X sanggup korbankan family/personal life...aku prefer kerja flexible hour. Dan aku sgt sedar & ikhlas akan tanggungjwb sbg pendidik...X de sapa yg suka bila dipaksa. Kerja yg terpaksa mmg sukar jd ikhlas.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

Alexia Aqram berkata...

sila buat aduan pada cuepacs pasal benda ni. dulu kawan aku ada cerita pasal menatang ni. walaupun cuepacs tu untuk pembelaan kakitangan awam, tapi fungsi dia banyak jugak boleh nak pakai untuk union menentang penindasan terhadap working class. sekali cuepacs masuk campur, habis kilang kawan aku tu punya head admin kena tendang. overtime pun boleh claim dah.

sekian.

nurul berkata...

hahaha im ur big fan lah mantot..ko punye post sume mantop2..loike2..kalo ko bertanding utk wakil rakyat, satu kampung aku pksa org undi ko..hehehe=DD

Nerzhul berkata...

saya pilih masa.cuti dua hari sangat best. lagi best kalau jumaat cuti.

LS berkata...

Gua pilih utk gaji biasa2 je asalkan terjaga keluarga. *Bakal keluarga.*

Lina Rahim berkata...

tak tahu pun ada law macam tu..patut la saya gaji gred 41, tapi overtime tak dikira..

Lina Rahim berkata...

tak tahu pun ada law macam tu..patut la saya gaji gred 41, tapi overtime tak dikira..

shahrin yusof berkata...

betul2 mmg setuju...

pakd0 berkata...

aku yg kat telc0 ni tau ler azab xde 0vertime..
nk d0wn kan link kene buat lepas pukul 12mlm..
mase mane ade OT dah..
keje la sampai pagi..
satu dikriminasi nih!!
aku p0n xpuas hati.. entah law mane di0rang ced0k aku p0n xtau..

Siberkop berkata...

Orang Malaysia tak ramai yg suka nak complain mende2 camni. Mcm saya.

Tapi saya tak pernah kena mcm tu setakat ni, walaupun kesian gak kekadang kat org yg terkena.

Camne eh?

Unknown berkata...

Aku dalam kes nih tak tau nak cakap apa. Kerja aku terus terang cakap dari 9am dampai aku rasa cukup untuk hari nih. tapi selalu gak terbabas tidor sampai lewat lunch hour baru nak masuk kerja. sebab apa aku lewat bangun? sebab lewat tido. sebab apa lewat tido? sebab kerja. so bos pon tak bising kalau datang lambat.. purata waktu kerja memang lebih 8 jam. and gaji aku RM2k++. aku tak dapat OT. yang penting aku suka kerja sini. Dalam otak aku, kalau aku tak buat kerja aku, nanti kerja xsiap. bila kerja tak siap, klien tak bayar. bila klien tak bayar, kompeni takde duit. Bila kompeni takde duit, camna nak bayar gaji?

Tanpa Nama berkata...

memang la pegawai tak dapat claim OT, tapi senang gila babeng naik gred.. keja 4-5 taun tup-tup dah naik 48...kami yang anggota sokongan nih dok la hang 17 ka, 27 ka 1 ka selama 10taun pon blum tentu leh naik gred tau. dok harap ptk ja laa.. dah la nak sambung studi kena cuti tanpa gaji atau wat pjj. yang pegawai ni siap ada hadiah latihan lagiii.. tu blum persatuan ptd dengan ada kenderaan persatuan, siap bole main golf lagi u! elaun ja sebulan bersamaan dengan gaji anggota kumpulan sokongan nih.. hangpa kena sabaq sat ja.. kami ni selagi tak lulus ptk atau tak sambung studi jangan harap la nak naik gred.. tunggu la hang setahun naik gaji RM40.. tu pon kami tetap bersyukur dengan apa yang ada dan reja dengan bersungguh2 walopon dugaan banyak.. dah la cuti takat 20 hari ja.. suma tu perabih kat anak ja.. nak joli cuti?? kat raya ja la.. nak holi-holiday ni kena kumpui dulu cuti baru leh joli.. tu blum lagi kerenah ptd yang ada pa.. hangpa duit topup kerajaan yang bayaq. ujung bulan claim. tu pon ada ptd yang argue gaji awat gaji cc lebih tinggi dari hampa.. tau dak brapa lama cc tu punya servis n gaji mati dia?? ada pikiaq dak cemtu??? memandangkan aqu tak maki hang, aqu pakai anonymous

Ami Scott berkata...

Aku setuju kat Anon August 9, 2010 1:22:00 PM GMT+08:00....sebab aku kumpulan sokongan 1....gaji basic setelah 4 tahun keja dekat RM1800...bertaraf diploma,tapi nak claim OT, claim perjalanan, claim gi TCA hospital, claim pindah masuk umah baru....menda camtu memang payah sangat2 nak dapat.....aku ni kalu nak claim dorang suh amik off je...tapi bila aku asik off boss besar asik target aku bermasalah, dah la SKT aku rendah dorang bagi...so nak wat camne...kitorang ni kuli batak tau tak....di ulang lagi skali KULI BATAK...buat keje sia2...sama je keje swasta ke gomen....kebajikan pekerja kat negara kita ni ZERO.....hanya orang atasan je dapat merasa segala kebaikkan...fikir-fikirkan la

Tanpa Nama berkata...

setuju....

kdg2 yg gaji kurang dr 1.5k pon blh dpt lbh dr yg gaji 2k klo diorg OT abes2 an.

unfair.

Tanpa Nama berkata...

hamjadah...
baru arinie aku tau mantot..
patut la slama nie aku claim ot depa tamau bagik..
rupanya krajaan melesia yg mangkok badigol nie yg bt akta bodo bangang nie..

arrgghh...bodo punya law..sama bodo ngan org yg bt law nie..

zairy

Kak hana berkata...

napela dorang wat akta, yg menumpahkan setiap titik air mata rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Aiseh report je la kalau kena jadi kuli gila2.. opss lupa kita kat malaysia ceh... Terasa mcm kat negara org miskin lak

NurussalamAziz berkata...

Aku pernah kerja dengan mantot ni. Cuma dia berhenti awal sbb dapat keje kat Ling Kok Wing. Aku ingat lagi, sebab mantot laa kitaorang pernah dapat claim OT hujung minggu, kalau harapkan senior2 dalam tu, mmg tak dapat aaa. Tapi lastly, kompeni ni tutup sebab duit modal takde. Sifat kebanyakkan kompeni melayu, dapat duit enjoy pada diri sendiri..