Mac 31, 2009

Mongolia,Setev Shariibu,Gengis Khan,Anak Takde Mak,Kapal Selam,Komisyen,Arwah

Kepada sesiapa yang belum tahu,Najib telah mengharamkan pihak-pihak tertentu daripada berkempen dengan menggunakan topik mengenai Altantuya.Jadi,sebarang ceramah di Bukit Gantang tidak boleh langsung disebut mengenai Altantuya dan sebarang perkara pun mengenai C4,Kapal Selam dan apa-apa objek yang menghasilkan bunyi "KABOOM!"

Persoalannya,adakah Najib di atas undang-undang?Adakah Najib atau mana-mana pemimpin PEKEMBAR yang menentukan apa yang kita boleh cakap atau kita boleh dengar?Siapa mereka nak tahan kita bercakap mengenai apa-apa subjek sekalipun,kebebasan bersuara hak kita bukan?Bukankah jika wujud sesuatu isu,itu hak rakyat untuk berbincang mengenai perkara tersebut jika mereka mahu memperkatakan mengenainya?

Kenapa takut jika tak salah?Jika tiada siapa yang tekan peledak,masakan bom akan meletup?

Bila sudah jadi sebegini rupa,membuatkan aku nak menulis mengenai satu perkara yang aku baca dalam sebuah buku bertajuk "History of Relationship Between UMNO and PAS" (tajuk lebih kurang camtu,aku tak ingat) sebuah buku tulisan seorang lelaki dari Eropah (nama author aku tak ingat).Lelaki ni menetap di Malaysia pada tahun 1970 an untuk menyiapkan research dia dan hasil daripada kajian research ni,diterbitkan buku yang aku cakap tu pada tahun 1980.

Dalam buku tu ada menyebut mengenai tindakan kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 an yang dipimpin oleh daddy Najib iaitu Tun Razak.Pada tahun 1974,Malaysia bakal mengadakan pilihanraya untuk memilih semula kerajaan Malaysia waktu itu.Ikut Sejarah,Kerajaan Perikatan tak pernah kalah mana2 negeri tapi selepas kemunculan PAS,Kelantan dan Terengganu berjaya diambik alih.Mungkin kerana inginkan semula kemasukan Kelantan dan bimbang jika Terengganu kembali jatuh ke tangan PAS pada waktu itu (1974) Tun Razak telah mengeluarkan kenyataan umum berbunyi (aku translatekan maksud dia pakai ayat sendiri);

"Rakyat Kelantan dan Terengganu,jangan lawan kerajaan pusat.Jika anda menentang kami,saya akan pastikan hidup anda susah."

Kesan daripada itu,kita boleh nampak sampai sekarang,bukan?Jika kita belajar mengenai sejarah,semua bekas Perdana Menteri kita seolah-olah malaikat,tidak ada cacat cela.Cuba semak balik,siapa sebenarnya Tunku Abdul Rahman,Bapa Kemerdekaan kita yang dibanggakan,bagaimana perangainya? Tak mungkin suatu hari nanti cucu cicit kita juga bila membuka buku teks sejarah mereka (dalam bentuk digital dan berbahasa Inggeris) mereka akan membaca kisah-kisah Pak Lah dan Najib yang penuh dengan kejayaan dan berjiwa patriotik,sangat2 disanjungi rakyat jelata.

Aku tak pernah lalui zaman sebelum Mahathir (aku lahir hari Mahathir jadi PM) jadi aku tak boleh cakap apa yang jadi,membuatkan sekarang ni aku mencari balik buku2 politik lama di library untuk mendapatkan realiti bagaimana sebenarnya rupa bekas-bekas pemimpin2 Malaysia yang kita banggakan.Seolah-olah,terlalu banyak fabrikasi yang berlaku terhadap sejarah negara kita hanya untuk menjadikan mereka-mereka yang berkepentingan sewaktu itu nampak gah dan terhormat.

Pihak pembangkang pulak mungkin satu hari nanti akan dikutuk dan diherdik oleh anak cucu kita."Nik Aziz ni cilaka aa lawan kerajaan.Jahat betul dia!Apa yang dia nak sangat perjuangkan partis Islam dia ni?Dah la pakai serban,gila out dated!Tak shuffle aa camni." Membuatkan orang-orang Melayu terlalu mengagungkan seseorang yang kita sendiri tidak tahu patut atau tidak diagungkan.Bapa Kemerdekaan,Bapa Pembangunan?Pak Lah nanti Bapa apa pulak?Adakah satu hari nanti,era kepimpinan Pak Lah akan dipandang sebagai era perkembangan Islam?

Realitinya pada waktu itu dan akan datang?Wallahuallam.

Adakah dalam PEKEMBAR,selain pangkat dan duit yang diwarisi,adakah orang-orang PEKEMBAR juga mewarisi perangai2 buruk yang mereka tonjolkan sekarang?KABOOM!Untuk 5 hari akan datang;marilah kita berbincang mengenai kemayshuran Gengis Khan,seorang Maharaja Mongolia.

Orang Melayu sudah tidak bodoh lagi.
Yang masih bodoh hanyalah mereka yang masih sanggup jadi pak turut PEKEMBAR

Perempuan Dalam Hiburan Intelek

Aku tak nak tulis pasal politik sekarang ni sebab rasanya baik kita tunggu dan lihat aje drama yang berlaku sekarang ni.Jadi untuk meneruskan siri gambar gadis-gadis cun (seperti siri satu dulu) hari ni sebagai topik,aku ingin memperkenalkan anda kepada wanita-wanita cantik yang bersifat intelek yang aku suka,hahaha.

Kari Byron


Dia ni pengacara Mythbuster,rancangan favorite aku.Walaupun nampak ada sifat-sifat sedikit bimbo dalam dirinya,tapi aku sangat2 berharap dapat jumpa awek camni.

Jessica Chobot



Satu-satunya awek yang berani menjilat sebuah Sony PSP dan berjalan-jalan dibandar dengan memakai helmet Optimus Prime yang boleh menukarkan suara.Mungkin naluri aku memang suka gabungan Transformers dan seorang gadis.



Olivia Munn


Bekas pengacara rancangan Attack of The Show di G4 (Tech TV) satu masa dulu.


dan last sekali,
Jade Raymond

Aku tak tau nak cakap apa lagi pasal dia ni sebab kalau korang ikut penulisan aku dari dulu,aku memang ada letak gambar-gambar dia sebelum ni.Dia produser "Assasins Creed," sebuah game untuk konsol dan PC.Seorang bekas programmer untuk video game.


Mac 28, 2009

Memahami Krisis Ekonomi




"Datuk,jaga Datuk!Hidung Datuk nak tertanggal tu.."
"U punya pasal..I sanggup tanggalkan apa-apa pun..."

dan untuk benda serius hari ni.Sesiapa yang berminat nak paham mengenai krisis ekonomi dunia,boleh lah rujuk kepada video animasi kat bawah ni.



Mac 26, 2009

Kempen Beli Barangan Korea


Apa lagi rakyat Malaysia?Kita sepatutnya terus menggalakkan geng-geng tak suka kerajaan sekarang untuk :

1) Membeli VCD/DVD Winter Sonata
2) Membei kereta Hyundai dan KIA
3) Menyokong Park Ji Sung

Selalu kita nak boikot je,apa kata sekali-sekala kita sokong pulak.
Kartun berani Korea Times.
Kalau buat di Malaysia dah tentu kena ISA

Mac 25, 2009

Bahagian 05 "Mentaliti Dunia Kelas Ketiga"


Aku rasa,dari segi kapasiti mental,orang Thailand dan Indonesia jauh ke depan berbanding kita.Kita ambik benda paling mudah sekali kenapa aku katakan mentaliti orang Malaysia ni jauh ke belakang.Pemakaian helmet yang selamat oleh penunggang motorsikal.

Masa dulu2,helmet full face aku hanya aku gunakan bila aku balik kampung sebab nak jalan jauh 500km lebih.Jadi,untuk aku pergi kerja tiap-tiap hari,aku pakai helmet biasa aje la.Orang takde pun memandang aku dengan perasaan pelik.

Satu hari,helmet aku kena curik.Jadi,aku pun pegi la dekat kedai member aku pinjam helmet dia untuk membolehkan aku balik ke rumah.Nasib baik kat rumah aku ada helmet sebijik lagi,sebijik helmet full face.Semenjak hari tu aku start pakai helmet fullface aku ke mana-mana saja.

Bila aku jalan sambil pegang helmet aku ala-ala mat motor,ada la yang tanya,ko bawak motor besar ke?Aku jawab tak,aku bawak motor biasa je.Terus brader tu buat muka pelik kononnya aku tipu dia.Dah berapa puluh kali jadi camtu.

Pelik kan?Kenapa masyarakat kita memandang seseorang yang memakai helmet fullface ni kena bawak motor besar dan memandang hina dekat mat-mat motor kapcai yang nak pakai fullface?

Selepas hampir 3 tahun aku ubah pakai fullface,aku dah tak berani nak pakai helmet biasa.Rasa sangat2 terdedah,seolah-olah tak selamat langsung kawasan dagu aku.Bila aku pakai helmet biasa bawak motor, aku rasa takut sebab aku tau dagu aku tak diprotect,membuatkan aku terasa seperti berbogel.Aku pun cek la mana la tau aku terlupa pakai seluar ke,baju ke.Aku dah tak rasa selamat pakai helmet biasa...

Apa salahnya kita contohi jiran-jiran kita yang kebanyakan penunggang motorsikalnya memakai helmet fullface walaupun menunggang Honda EX5?Kan lagi selamat?Aku pernah jatuh tergolek-golek dekat Highway Karak dan helmet aku tu la yang menyelamatkan dagu aku daripada bercalar-balar atau mungkin juga patah.

Apa yang dimalukan?Pandangan orang ramai?Pedulikkan semua itu.Yang penting anda rasa selamat dan anda jauh lagi selamat.Pegilah ke kedai,beli sebijik helmet fullface dan pakai.Bukannya mahal sangat,paling murah RM120.Kalau nak sedap dan ringan,belilah macam aku punya,full fibreglass,Rm350 lebih.Kalau takut susah nak isap rokok,beli yang boleh flip up.Ni mahal lagi la,paling kurang RM350 ke atas.

Keuntungan memakai helmet fullface ni sangat-sangat lah besar jika anda seorang kaki motor.Cuba aje lah beli dan pakai dalam masa 2 minggu,pedulikan ketawa sinis mangkuk2 ayun yang gelak.Aku pasti,korang takkan nak pakai helmet biasa balik.Dah la helmet fullface membuatkan anda nampak jauh lebih hensem daripada rupa sebenar.Kalau kurang yakin dengan penampilan anda,pakai aje helmet tu ke mana-mana,insya Allah,gadis-gadis akan assume anda hensem.Cuba bayangkan,kalau Suria Perkasa Hitam dulu bawak motor pakai helmet separuh,tak ke nampak tak selamat nak kejar mengejar dengan raksasa Gorgom? (Kepada yang tau,mungkin anda bukan dilahirkan dalam zaman 80an)

Kerajaan pulak sepatutnya menggalakkan pemakaian helmet fullface ni,kalau nak lagi bagus,mewajibkan terus.Insya Allah tahap kemalangan maut penunggang motorsikal ni dapat dikurangkan,sekurang-kurangnya kalau insiden tu melibatkan bahagian kepala dan dagu,helmet fullface ni jauh lagi selamat dibandingkan dengan helmet2 setengah ni.

Bila aku bukak topik ni mesti akan ada yang berkata,"lagi senang la peragut nak meragut,susah aa nak cam muka lepas ni."

Siapa yang terfikir camtu,anda adalah seorang yang mempunyai mentaliti dunia ke tiga.Sila tingkatkan lagi tahap mental anda.

Bahagian 04 "Mentaliti Orang Utan"


Anda mesti biasa naik lif kan?

Bayangkan lif tu padat dan anda nak keluar lif tu bila pintu terbukak.Bila anda nak keluar dan pintu terbukak,anda di block oleh orang-orang yang berkerumun nak masuk ke dalam lif?

Benda ni aku memang perasan betol berlaku kat Alamanda yang dipenuhi oleh golongan-golongan Melayu.Seolah-olah tak menyempat langsung nak masuk dalam lif.Macam mana lif tu nak kosong kalau orang dalam tu tak boleh nak keluar?Apply kan benda sama masa nak naik LRT.Berebut-rebut nak masuk dulu dan orang yang kat dalam dah stuck susah nak keluar.

Itulah mentaliti orang utan Malaysia."Yang penting aku,aku dan aku."

Problem paling besar adalah bila kita ambik cerita lif tadi tu dan apply dekat cara kita memandu.

Aku borak dengan ofismate aku,seorang warganegara Mauritus (tak silap aku) dan problem dia adalah everything here is very slow.Contoh yang aku nampak dan aku dah kena,bila aku pegi UK,aku naik eskalator macam biasalah sama kat Malaysia.Tiba-tiba belakang aku ada orang marah.Rupa-rupanya di sana,diorang mengamalkan kalau nak naik eskalator slow2,berdiri sebelah kiri.Lane kanan untuk orang yang nak mendaki eskalator tu.

Bila difikirkan,betulah apa yang diorang amalkan.Kalau anda rushing dan ada orang blok laluan anda,apa anda rasa?Di Malaysia pulak,bila ada orang rushing macam tu,kita pulak marah kononnya macam lah sibuk sangat.

Lagi satu contoh mentaliti orang kita yang menjadi satu topik hangat management Tesco dari UK adalah mengenai masalah troli-troli yang hilang merata-rata.Kalau anda nak tahu,Tesco Puchong pada asalnya mengamalkan kebebasan kepada anda untuk menggunakan troli ke mana sahaja,maksudnya kalau anda pakai troli dan kereta anda jauh di luar kawasan pasaraya,anda boleh usung troli tu ke kereta anda.
Dengan harapan,anda akan memulangkan troli tu ke tempat-tempatnya semula.

Benda ni berjaya di lakukan di negara-negara maju sebab mereka tau appreciate kemudahan yang ada.Kita?Management dia pun komplen la sebab ada banyak troli hilang dan dah tambah kerja nak merayau sekitar kawasan Puchong tu mencari troli

Last-last,dia inform kitorang dia terpaksa implement kan gate untuk blok troli-troli ni di bawa keluar.Jadi,salahkan diri anda sendiri.(Aku bukan kerja situ,tapi aku selalu dijemput pergi Open Day dia dulu untuk mintak feedback customer)

Selagi mentaliti kita masih di tahap orang utan,sampai bila-bila pun kita masih dianggap duduk atas pokok oleh dunia luar.Cuma realitinya,kita duduk dekat rumah yang lawa tapi sebenarnya kita hanya layak duduk atas pokok dengan perangai-perangai macam ni.

Ada lagi contoh-contoh perangai orang Malaysia yang anda rasa sesuai dibincangkan?Sila letakkan komen ya?Aku baru letak sikit je ni.

Bahagian 03 - "Keperluan Asas Seseorang Rakyat"


Semalam, aku berborak dengan seorang kawan aku dekat Yahoo Messenger dan secara tak sengaja dia menceritakan mengenai perihal anak buah dia yang duduk di Jepun dan pulang di Malaysia untuk seketika.Bila dia ambik anak buah dia dari KLIA,anak buah dia mula bising-bising.Komen anak buah dia (yang aku rasa kecik lagi) lebih kurang camni;

"Kenapa Malaysia ni bising,kotor,busuk,tak macam Jepun?"

Keperluan asas seseorang dalam bentuk individu adalah keupayaan untuk bernafas,keperluan makanan dan minuman,keperluan perkumuhan,kebolehan untuk mengadaptasi diri dengan alam sekitar dan tidur.

Malaysia adalah sebuah negara yang kotor.Aku rasa semua orang bersetuju dengan benda tu.Kita ambik berat mengenai kebersihan rumah kita,kawasan rumah kita (dan ada juga yang tak peduli mengenai kebersihan rumah mereka sendiri) tapi kita tak ambik peduli pun mengenai kebersihan negara kita sendiri.Kalau dalam rumah kita ada tanggungjawab nak buang sampah dalam tong sampah,bila kita keluar,kita tak kisah nak buang plastik dari tingkap kereta ataupun meludah merata-rata atas lantai.

Kenapa tak meludah dekat karpet parsi anda dalam rumah?Biarkan saja dilantai seminggu dua.

Bila suasana persekitaran kita dah kotor kesan daripada amalan-amalan busuk yang kita amalkan,secara automatiknya bila kita bernafas kita menyedut udara yang kotor.Belum kira lagi jumlah kenderaan yang setiap hari masuk ke ibu negara,dengan lori yang asapnya maha hitam dan motor-motor yang berasap racun,membuatkan baju aku selalu berbau asap. (motor aku "endah alam sekitar")

Jikalau anda adalah pengunjung tetap Puduraya satu masa dulu macam aku masa sekolah dulu,tentu anda tau macam mana rupanya tempat tu.Bila nak dipindahkan ke satu lokasi yang lagi selesa,lagi bersih,lagi lapang,ramai orang bantah pulak?Bodoh ke apa?Macam mana masalah jalan sesak kat tengah-tengah KL tu nak setel kalau bas-bas ekspress still kena masuk ke dalam tengah bandar?Pentingkan diri sangat pengguna dan pengusaha bas ekspress.Hasilnya kita akan still stuck dengan Puduraya dan bas-bas ekspress yang menghasilkan bottleneck dekat jalan-jalan bandar.Stucklah kita dengan tempat yang sempit,kotor dan traffik jam yang merata-rata.

Bila tempat yang kotor dah menjadi satu budaya kita,kita tak ambik kisah sangat mengenai di mana kita makan.Aku memang dah boikot kedai mamak lepas aku nampak seorang mamak menguli roti menggunakan tangan yang disapu di mulut lepas dia batuk tanpa dia membasuh tangan.Aku nak tulis ni pun aku nak muntah.
Belum kira lagi kedai-kedai mamak yang didakwa (tak tau sama ada benar atau tidak,aku rasa ada logiknya) menguli doh roti canai dengan kaki.

Setakat letak gred kebersihan dekat kedai,A,B,C,D bukannya mengakibatkan tahap kebersihan tu berubah,kita yang kena prihatin benda-benda tu.Makan di luar membuatkan anda bergantung kepada tahap kebersihan orang lain dan jika anda tahu tahap kebersihan diri anda,bagaimana pula dengan tukang masak tu?

Yang teruknya,bila kita nak maintain tahap kebersihan sesuatu tempat, kita kena pulak bayar.Seolah-olah di Malaysia ni kalau nak benda elok,kita kena belanja lebih.Aku bercerita pasal tandas awam.Terlalu ramai pihak terutamanya tauke-tauke besar yang mengambil kesempatan atas keperluan asas anda iaitu sebuah tandas.Ada juga yang sanggup mengenakan cas sebanyak 50 sen hanya untuk anda masuk dan berurusan di dalam.Ada jugak yang lebih hebat lagi mengenakan cas Rm2 untuk masuk tandas.(bayar RM2 bukannya ada amoi yang uruskan semua untuk aku pun)

Mana rasionalnya?Untuk maintain kebersihan tandas tu seorang cleaner diletakkan di depan untuk mencuci dan mengutip yuran masuk,dan biasanya cleaner tu bukannya orang tempatan!Cost cutting dah berlaku kat situ.Dan aku tak nak lah pulak bercerita mengenai mangkuk-mangkuk yang tak reti nak pam lepas setelkan hal masing-masing.

Selalunya,yang aku nampak,tandas memang kena bayar dan tandas tu takde lah berbaloi untuk dibayar.Malaysia banyak benda camtu kan?Bayar tinggi tapi tak berbaloi pun sebenarnya.

Ada beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak-pihak tertentu:

1) Stesyen minyak Mobil mewajibkan tandas di cuci setiap sejam.Kalau anda tak puas hati,sila pegi dekat kaunter dan komplen dan yang menariknya,tandas dia free.Siap ada board tulis bila last tandas tu dicuci.Semua tempat,semua venue sepatutnya menyediakan perkhidamatan yang sama.

2) Kadang-kadang,bila aku jalan2 dan nak buang sampah,tong sampahnya takde.Cuba anda jalan disekeliling Bukit Bintang dan kira berapa jumlah tong sampah yang ada dan berapa jumlah manusia yang ada.Adakah bilangan tong sampah yang disediakan mencukupi untuk sebuah tempat yang dikelaskan sebagai golongan tumpuan pelancong?

3) Undang-undang tak implementkan sungguh-sungguh.Kata aritu siapa yang merokok kat kaki lima jalan kena saman?Mana penguatkuasaan benda tu?Singapore boleh buat walaupun mendapat tentangan awalnya,kenapa kita tak?

4) Tutup premis makanan yang tak mampu menjaga kebersihan di taraf A atau B.Masalahnya,keputusan ni datang daripada penilaian seseorang iaitu wakil Jabatan dan keputusan-keputusan itu boleh dijual beli.Kita boleh wujudkan satu hotline YANG BERFUNGSI untuk buat aduan mengenai kedai makan.3 kali dapat aduan,hantar orang Jabatan pegi check.Dapat aduan lagi sekali lepas tu,terus tarik lesen.Jangan bagi peluang.

Aku rasa keperluan asas kita ni lebih baik dipenuhi oleh kita sendiri,maksud aku,kalau anda was-was nak makan di luar,masak sendiri.Lebih murah dan kita tau apa yang dah masuk ke dalam makanan ni.Tahap kebersihan Malaysia ni sangat-sangat menyedihkan.Tengok aje kaki lima Kuala Lumpur.Apa yang kita banggakan sangat dengan bandar kita yang mencapai tahap bandaraya kalau tahap yang dicapai hanyalah dalam bentuk angka dan nombor.

Apa kata kita mulakan hari ini,berhenti meludah merata-rata,berhenti buang sampah merata-rata dan jadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih bersih berbanding sekarang.Kenapa disalahkan golongan-golongan yang comparekan kemudahan negara kita dengan negara maju?

Kalau mau jadi negara maju,kenapa takut nak compare diri dengan negara maju?

Mac 24, 2009

Bahagian 02 "Ke Mana Pembangunan Kehidupan Islam Di Bawah Najib Nanti?"


Asas Pertama Semua Keperluan Kita,Agama.

Bila kita Melayu di Malaysia secara automatiknya kita adalah seorang Muslim.Seorang Islam.Aku tak nak tulis dari segi agama,dari segi dalil dan hadis sebab aku tak pandai.Aku hanya nak tulis benda ni dari segi mana yang betul dan mana yang salah.Sebab aku rasa Islam pun banyak mengajar umat dia pakai common sense.Maksud common sense aku tu ,contohnya; adalah bila kita nampak seorang perempuan Yahudi atau Israel kena rogol dengan lelaki Palestine,nak biar ke nak tolong perempuan tu jika anda seorang Islam?

Kes terbaru bila seorang pelawak ni dilihat berpelukan dan berciuman dengan kekasihnya.Bila ditanya alasan kenapa,cakapnya mudah,"Saya cium dia bukan sebab nafsu,saya cium dia sebab nak bagi galakan dekat dia.Salah ke?"Salah bang oi!Sini bukan Hollywood!

Ataupun beberapa suara rungutan perempuan Islam yang marah bila ada pihak memperjuangkan pemakaian tudung patut diwajibkan,dengan alasan mereka itu hak peribadi seseorang.Ini benar-benar terjadi bukan?Adakah itu satu pilihan?Tidak,itu bukan pilihan anda dan anda tiada hak untuk menayangkan rambut anda kepada mata-mata bukan muhrim.Itu hukum.Panas ke rimas ke jangan dipersoalkan.

Kita dengar mengenai gerakan Freemason dan aku dah post pasal The Window 10/40 satu masa dulu. Kita sepatutnya preparekan orang-orang Islam ni supaya takde keinginan masuk Kristian tapi kita tak buat,kita biasanya marah, bantah macam mana kita nak pun tapi selagi orang Islam tu sendiri ramai yang agamanya Islam tapi hidupnya berunsurkan kebaratan,akan makin menular lah gerakan yang aku sebutkan.

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan,kebaratan,kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang.Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan barat diorang.

Satu masa dulu,satu langkah drastik oleh JAKIM adalah mengharamkan penyertaan gadis-gadis Melayu Islam memasuki pertandingan ratu-ratu cantik.Tapi tengoklah gambar-gambar yang ada tu,kenapa boleh pulak ni?Sudahlah berpakaian tak cukup,habis dibukak baju memperagakan baju dalam.Kenapa dibenarkan?Adakah bila kita ingin memenuhi permintaan market,benda yang haram camni terpaksa kita tutup sebelah mata dan biarkan aje berlaku?Mana pihak-pihak yang bertanggungjawab ni?

Dunia hiburan,bila bukak TV tah dah berapa banyak rancangan hiburan dengan perempuan menari seumpama ingin mengajak lelaki "mengerjakannya beramai-ramai" dan lelaki pulak menari ala-ala sotong kurita.Tengok filem,lelaki perempuan berpeluk sakan bersentuh tangan dada ,punggung dan selebihnya.Apa ni?Kenapa makin lama secara seni visualnya kita makin menyerupai orang-orang Kristian?

Aku ada ditanya oleh seorang officemate aku,"U Malay kan?U Muslim ke?" Aku jawab mesti la,aku Melayu,memang aku Muslim la.Dia reply balik,"Oh,just asking.Nowadays not all Malays are Muslim."Selamba je dia kata,seolah-olah Islam itu hanyalah satu gaya hidup biasa.Aku terpaksa mengakui,ya,benda tu berlaku.Ramai Melayu Islamnya hanya pada kulit dan nama nya,tapi hidupnya selah-olah filem Hollywood.

Walaupun anda tak solat,walaupun anda tak puasa,walaupun anda tak bayar zakat tapi at least takutlah Tuhan anda.Walaupun anda dah berdosa sebab tak buat apa yang wajib tapi sekurang-kurangnya yang mana haram tu janganlah dibuat.Ini contoh common sense dalam Islam.Jangan diamalkan pemikiran,"Aku minum arak sebab aku memang dah berdosa pun tinggal solat"

Islam Hadhari sudah gagal dan aku sangat2 yakin,Najib tidak akan berani pun mencuba mengeluarkan sesuatu cadangan yang berkaitan dengan Islam,kerana Najib dan Islam pada zahir yang aku nampak setakat ini,terlalu susah untuk dikaitkan kedua-duanya.

Benar bukan?

Ke mana hala tuju pembangunan sahsiah berbentuk keagamaan jika susah benar untuk membayangkan Ketua Negara mengimamkan solat Jumaat di Putrajaya? Bakal Perdana Menteri Malaysia adalah seorang yang sangat tidak kena untuk bercakap mengenai Islam dan dia akan menjadi orang paling penting negara kita,pemimpin kita,sebuah negara yang majoriti rakyat nya Islam.Adakah bila kita ingin maju,kita mesti bersedia menerima pengaruh barat?Adakah kemajuan datang dalam satu pakej yang sudah siap dengan syarat longgarkan hidup Islam,baru kita maju?

Adakah bila mahu maju,kita patut lupakan kita Melayu,kita Islam?

Bacalah mengenai The Window 10/40 ni.Memang menggerunkan.Jadi,adakah kita bersedia,bukan untuk menentang,tapi untuk mempertahankan Islam dalam diri kita sebelum kita bergerak lebih maju ke depan?

Mac 23, 2009

Bahagian 01 "Minda dan Jiwa Melayu"

Malaysia,sebuah negara membangun ingin menjadi negara maju dalam tempoh 11 tahun lagi.Kita masih punya 11 tahun lagi sahaja sebelum menjelang 2020.Sebelum kita berasa gembira dan berbangga dengan khayalan sebuah negara maju pada 2020,cuba tanya diri anda;adakah sebuah negara maju hanya dinilai dalam bentuk kekayaan dan kemewahan fizikal?

Adakah kita yang mempunyai bekas bangunan tertinggi di dunia,sebuah litar lumba terbaik dunia dan berjaya menjadi salah sebuah negara pengeluar automobil dunia,cukup untuk membuatkan pemimpin-pemimpin negara kita mengaku dengan bangga,Malaysia sebuah negara maju.

Ataupun istilah negara maju hanya sebuah istilah kosong yang diperkatakan oleh pemimpin negara kita,hebat di luar dan sebenarnya kosong di dalam,tiada isi,kurang hatinya?

Adakah Wawasan 2020 masih lagi diperjuangkan oleh pemimpin2 PEKEMBAR selepas diwarisi daripada visi gagah Mahathir Mohamad?Adakah Wawasan 2020 akan menjadi realiti yang berkualiti atau sekadar satu ungkapan kata kosong sekadar lepas untuk membuatkan rakyat berasa megah?

Cuba kita tanya diri kita,tanya pada pemimpin2 kita sekarang,adakah Wawasan 2020 masih lagi relevan?

Apa yang aku cuba bincangkan di sini dan hari-hari akan datang adalah mengenai impian Malaysia bergelar sebuah negara maju berpandukan kepada Teori Hirarki Keperluan Maslow (Maslow's Hierarchy of Needs) dan mengambil peringkat2 keperluan yang ada dan membandingkan dengan realiti kehidupan di Malaysia.

Hirarki Keperluan Maslow mempunyai 5 peringkat dan setiap peringkat mempunyai jenis-jenis keperluan seseorang individu bermula daripada keperluan asas hinggalah kepada keperluan individualistik seseorang.


Peringkat 1 - Keperluan Asas (Physiological)
Peringkat 2 - Keperluan Keselamatan (Safety Needs)
Peringkat 3 - Keperluan Emosi (Emotional Needs)
Peringkat 4 - Keperluan Perasaan Individu (Esteem Needs)
Peringkat 5 - Keperluan Kesedaran Individu (Self Actualization Needs)

Hirarki ni tidaklah boleh digunapakai seluruhnya,maksud aku,ada waktunya bergantung kepada keperluan sosial seseorang,peringkat2 teori ni akan berubah tapi secara generalnya,kalau anda faham mengenai hirarki ni,kita akan nampak secara kesimpulannya;

Keperluan seseorang akan makin lama makin membesar bergantung kepada cara hidup dan keperluan hidupnya.Bila sudah dipenuhi keperluan asas dan keperluan orang disekelilingnya,secara automatik,manusia akan berusaha memenuhi keperluan individualistik,kemahuan emosi individu untuk membuatkan dirinya rasa penting dan berharga"

Apa yang akan aku cuba ulas di sini adalah mengenai perbezaan keperluan antara seorang individu di sebuah negara maju dan seseorang individu di negara membangun dan adakah rakyat Malaysia terutamanya bersedia untuk menjadi sebuah negara maju ataupun hanya akan mempercayai negara kita maju walhal taraf keperluan kita tidak langsung sampai ke satu tahap yang membanggakan yang sepatutnya layak untuk duduk di sebuah negara maju.

Adakah kita sudah bersedia?Mungkin.Adakah infrastruktur kerajaan dan negara kita sudah bersedia?Entahlah.Dari segi permintaan kita,bagaimana kita berfikir,meminta,menentang,menerima,membuka hati kita,adakah 11 tahun cukup untuk kita berubah menjadi seseorang yang lebih progressif dan mampu keluar dari kepompong "Melayu" yang sudah lama kita diami selama ini.

Adakah kita berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju?Atau sekadar harga barang yang meningkat membuktikan negara kita makin maju?

Pertama sekali,amat penting diperjelaskan di sini terlebih dahulu.

1) Aku bukan orang bijak pandai.
2) Aku nilai benda-benda kehidupan pakai common sense.
3) Aku menulis pandangan aku.Kalau anda ada pandangan bercanggah,sila komen.Aku suka dapat komen yang berguna.
4) Aku tak join mana-mana parti politik
5) Aku sokong mana yang baik untuk kita semua.
6) Aku suka sebuah kerajaan yang bersifat sosialis.
7) Aku rasa politik di Malaysia terlalu ramai yang menggunakan protokol-protokol yang halal untuk membuat sesuatu yang haram.
8) Aku rakyat Malaysia yang sayangkan negara dia tapi sentiasa rasa bermacam benda yang tak kena pada sistem pembangunan sosial negara kita.
9) Aku tak peduli politician nak kumpul kekayaan asalkan dia dah buat tanggungjawab dia dan dapat hak dia dari rakyat untuk menyenangkan hidup dia.
10) Aku PALING TAK SUKA SEKALI bila orang-orang tertentu merasakan diri mereka berhak untuk memerintah.Itu semua kuasa rakyat.Biar rakyat yang tentukan.

Okeh,itu aje.

Jadi,untuk beberapa hari akan datang,aku akan menulis benda serius.Takde gelak-gelak,takde porno dan aku akan cuba elakkan daripada kutuk mengutuk kecuali terpaksa.Akan ada orang kata aku tak reti bersyukurlah,tak cukup ke apa yang aku dapat,aku tak kisah,cuma fikirlah dan tanamlah dalam diri anda,

Kita sepatutnya dapat lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang
dan
Mereka yang berkuasa tidak ada kuasa ke atas anda selagi anda ikut undang-undang
dan
Bumi Malaysia bukan Kerajaan punya
dan
Jangan dihormati pemimpin durjana.Jangan jadi hipokrit depan mereka salam bercium tangan;kalau tak suka buat muka tak suka.Mereka bertanggungjawab untuk mengambil berat jika rakyat tak suka mereka.Itu amanah kita dekat mereka.Langgar amanah,apa hak pemimpin nak marah rakyatnya?

Sebelum aku masuk mood serius ni,sebagai santapan terakhir,aku letak gambar ni sebagai penutup kepada pembaca-pembaca yang terjumpa blog ni sebab mencari porno,sekadar membuatkan pencarian anda tak sia-sia.


Aku tak nak cakap dia siapa.Mungkin pelanduk dua serupa mungkin memang pelanduk satu rupa.

Interview Khas Bersama Datuk Shah Rukh Khan

New Delhi,22 Mac - Datuk Shah Rukh Khan hari ini menyifatkan tindakan Jawatankuasa Disiplin UMNO ke atas Datuk Ali Rustam adalah satu tindakan yang berkesan dan perlu diambil,demi kepetingan masyarakat Melayu.

"Tindakan itu betul walaupun perit diterima,saya berterima kasih padanya kerana menjadikan saya orang penting kepada masyarakat Melayu," ujarnya sebagai pembuka kata.

"Walaupun saya masih baru dalam dunia politik Malaysia,tapi saya percaya,itu semua baik untuk masa depan negara kita,"ucapnya ketika diajukan soalan oleh pihak wartawan.

"Memandangkan Datuk Ali Rustam sudah terbukti makan rasuah,apa yang perlu disangsikan lagi? Adakah perlu wujud golongan-golongan daripada Pakatan yang ingin mempertikaikan keputusan itu?Cukuplah dengan sandiwara politik Anwar Ibrahim itu, siapa dia pada Malaysia? He is nobody! Tak perlulah saya menghunus keris saya,saya rasa tak patut kita sampai ke tahap itu," ujarnya lagi.

"Kita sepatutnya cuba hidup dalam suasana harmoni dan saling bantu membantu.Kenapa terlalu ramai golongan yang menentang kerajaan?Adakah mereka terlupa jasa kerajaan kita sekarang membina negara dalam 50 tahun lalu?Kesinambungan itu perlu diteruskan."

Tambahnya lagi,rakyat perlu bijak memilih dan tidaklah patut percaya dengan dakyah-dakyah pembangkang."Itu semua karut!Kita orang Islam,kita perlu ingat apa hukum-hukum dan landasan kita!"tambahnya bersemangat.

Wartawan cuba mempersoalkan mengenai babak-babak lakonan Datuk Shah Rukh Khan yang seolah-olah melanggar hukum-hukum agama yang disebutkannya,malang sekali Datuk Shah Rukh Khan menafikannya dengan jawapan "Tidak relevan.I am just acting,normally my character's not a Muslim guy."

Bila diajukan soalan mengenai ura-ura Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,"Kamu rakyat! Kami menteri! Jangan ditipu dengan cerita-cerita karut pembangkang!Cukup,jangan buat spekulasi lagi.Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin berkaliber dan bakal menjadi Perdana Menteri terbaik kepada kita,"jelasnya sedikit tegas.

Akhirnya pihak wartawan yang sudah tidak mampu berdiam diri terpaksa mengingatkan Datuk Shah Rukh Khan yang walaupun dia bergelar Datuk, dia bukanlah seorang Menteri apatah lagi seorang Melayu dan walaupun sehebat mana dia mengampu bakal Perdana Menteri,dia bukanlah relevan kepada masyarakat Malaysia,respons nya;

"Please, I am a Datuk now and my Datuk title must mean I have authority over the Malaysian,don't worry,you are pardon. Ada satu kompilasi album saya baru keluar,The Best of Datuk Shah Rukh Khan,belilah yang original; semua lagu popular saya ada dalam kompilasi tu.Pastikan ada perkataan "Datuk" di depan cover album." (Delhifake News)

P.s - memang betul ada kompilasi "The Best of Datuk Shah Rukh Khan " baru keluar dan janganlah percaya interview ni.

Mac 20, 2009

Flashback May 2008 : Kerajaan Kita Bodoh Sombong


Sesebuah kerajaan yang dipilih dalam sistem demokrasi adalah dipilih oleh rakyat.Sepatutnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda utama mereka.Kerana rakyat memilih mereka dan amanah yang diberikan kepada mereka adalah amanah yang datang dari rakyat sendiri.

Sudah beberapa lama rakyat Malaysia sudah semakin berani menentang kerana kerajaan makin lama makin korup,seolah2 sudah tidak memandang lagi perasaan rakyat.Ini boleh dibuktikan dengan wujudnya kes-kes yang berat sebelah dan sering berpihak kepada pihak-pihak tertentu tanpa mengambil kira golongan majoriti,iaitu rakyat Malaysia sendiri.

Terlalu banyak kes-kes yang berlaku yang menunjukkan kerajaan Malaysia sebenarnya langsung tidak peduli dengan penderitaan rakyat,kecuali di waktu-waktu tertentu seperti waktu pilihanraya umum atau kecil hampir tiba.Hanya pada waktu itulah kita boleh nampak ada perubahan dekat kawasan tempat tinggal kita,tiba-tiba jalan berlubang ditampal,banyak bantuan dihulurkan dan banyak masalah cuba diselesaikan.

Kerajaan Malaysia sekarang ini hanya bertindak mengambil hati rakyat bila mereka memerlukan rakyat.Hanya pada waktu berkempen lah kita nampak wakil-wakil rakyat datang menjenguk ke rumah dan ada di kawasan DUN atau Parlimen masing-masing.Selesai saja pilihanraya dan undi semua sudah habis dikira,hilang lah wajah2 mereka ni.Tunggulah kita semua lagi 5 tahun sebelum dapat merasa kembali nikmat kebajikan daripada kutipan2 cukai yang banyak dikenakan kepada kita semua.Hipokrit bukan kerajaan kita ni?

Sudah terlalu terang lagi bersuluh dan tak perlulah aku perkatakan lagi,sistem Kerajaan kita sepatutnya di baik pulih atau dalam erti kata lain di overhaul terus.Tidak nampak ada tanda-tanda perubahan yang akan dilakukan dalam PEKEMBAR selain daripada terus-menerus berusaha jatuh menjatuhkan ahli-ahli sesama sendiri.Kutuk,caci,hina,itulah skillset PEKEMBAR yang paling hebat.Rakyat?Cukuplah sekadar bertemu seketika sewaktu demam pilihanraya untuk meraih sokongan.

Hampir sudah setahun tragedi berdarah ni berlaku.Mungkin kepada yang bergantung dengan TV masih dungu dan tertipu dengan apa yang terjadi sebenarnya di Bukit Mahkota.

Aku ingin mengingatkan kepada anda semua di sini mengenai kes penduduk Bukit Mahkota satu masa dulu.Walaupun kes tu dah selesai,yang menyedihkan terlalu panjang masa yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk bertindak.Dari apa yang berlaku,ini menunjukkan kerajaan kita sebenarnya tak peduli langsung mengenai nasib rakyatnya.Ramai yang terpaksa menahan sakit dihentak dengan helmet atau kayu semata-mata untuk berjuang memastikan kebajikan penduduk Bukit Mahkota diperjuangkan.Pada waktu itu,nampak jelas sekali orang Melayu,orang Cina dan orang India sama-sama bersatu menentang golongan Melayu berkuasa yang kononnya "golongan bangsawan."

Apa yang kerajaan lakukan ketika itu?Membiarkan saja rakyat terus menderita semata-mata kerana menjaga "hati dan kebajikan" syarikat tol Grand Saga yang sudah pastilah untung besar dan tentunya juga mendapat bayaran konsesi.

Jangan digelar golongan-golongan Menteri dalam PEKEMBAR ini Pejuang Melayu kerana hanya luaran mereka Melayu,baju mereka baju melayu,kepala bersongkok,pinggang bersamping dan keris dihunus.Hidup penuh arak,penuh perempuan,hati hanya rasa mahu hidup senang lenang dan duit mampu ditabur satu ladang.

Mahu bukti kerajaan kita zalim?
Bacalah dan ingat peristiwa Bukit Mahkota.Satu bukti keangkuhan kerajaan Barisan Nasional.

Cursing Malay Flashback
Bukit Mahkota Part 01
Bukit Mahkota Part 02
Bukit Mahkota Part 03
Bukit Mahkota Part 04
Bukit Mahkota Part 05
Bukit Mahkota Part 06

Mahu belajar Sejarah,ini Sejarah sebenarnya.Sebuah kerajaan yang baik perlu memastikan apa yang ditulis kat Brader dalam gambar di atas terlaksana.Mungkin ada yang tertanya kenapa aku naikkan balik isu ni,kan?Dah hampir setahun benda ni jadi,ada ke kita nampak apa-apa pengajaran yang dipelajari daripada peristiwa ni?

Lagi gambar berdarah di Photo Sg.Long (18SG) sebagai mengingatkan kita kembali kenapa kerajaan,media dan polis sekarang tak boleh dipercayai.Kepada yang masih buta,celikkan mata anda.Lihat realiti.Ini realiti bagaiman Kerajaan Malaysia menjaga kebajikan rakyatnya.

P.S - Dah lama aku tak keluar berjalan-jalan melihat sendiri peristiwa-peristiwa macam ni.Terasa penat nak pegi,mungkin diri ni sudah makin berat dan lembap,hahaha.

Mac 19, 2009

Apa Kelas Kutuk Belakang-Belakang?Santaukan Saja!


Hahahahaha.Tergelak aku baca cerita mengenai penemuan kertas dan kayu dalam ofis Pak Lah.Ada aje benda2 sensasi lagi menyensasikan yang sentiasa berlaku dalam dunia politik Malaysia ni.Menarik betul cerita pasal Malaysia ni dan ada aje benda2 baru dijumpai.Yang lagi menariknya,benda2 tu akan dihantar ke Unit Forensik untuk dibuat uji kaji.Kalaulah terjumpa kesan cap jari Najib ke Khairy ke Rosmah ke kat situ,makin kelakar la situasi politik kita.

Bercerita pasal santau ni,aku selalu teringat perkara-perkara yang pernah aku nampak depan mata aku pasal santau ni.Cerita2 ni mungkin menakutkan,jadi kepada yang lemah semangat dan paranoid benda2 camni,jangan la teruskan membaca.

Ada satu kali,aku balik kampung aku.Mak Su aku duk cerita pasal seorang Pakcik ni (sedara angkat kitorang) yang sakit tenat.Dah bawak ke hospital,doktor kata sakit tua,tapi tak dapat nak pin point apa sakit dia.Jadi,sebab kepercayaan masyarakat kita yang masih percaya amalan perubatan mistik ni dan untuk sekurang-kurangnya mendapat sesuatu petunjuk mengenai sakit tu,seorang pawang pun dijemput.

Aku sampai la ke rumah Pakcik tu dan aku tengok ramai dah orang berkumpul,tengah tunggu pawang tu.Bila pawang tu sampai,dia pun rilek je la,tengok Pakcik tu sekejap,kemudian dia pusing2 keliling rumah,nak usha2 surrounding.Lepas tu dia masuk balik,dia pun pesan dekat semua,"Lepas ni saya akan mula menurun,kalau boleh jangan sesiapa ganggu saya,jangan sesiapa sentuh saya.Jangan takut,jangan risau.Insya Allah kita dapat jumpa punca sebenar nya sekejap lagi."

Pawang tu pun duduk bersila baca ayat2 dengan pembantu dia duduk depan dia.Lama dia duduk senyap je,dalam 5 minit.Tiba-tiba suasana berubah,aku boleh rasa surrounding jadi sunyi dan sedikit dingin.Pembantu dia pun pesan kat tetamu,"mintak tolong senyap,jangan halang Tok lepas ni."

Tiba-tiba pawang tu bersuara dengan satu suara lain yang agak garau dan bahasa yang aku tak paham.Dia pun berdialog la dengan pembantu dia tu,dalam seminit dua,pembantu tu macam menerangkan apa jadi kat situ dan pawang tu angguk2 tanda paham.

Laju pawang tu terus bangun!

Dia pusing2 keliling rumah beberapa kali.Pusing2 pastu dia berenti kat satu spot,betul2 depan pintu rumah,jari dia keras tunjuk atas tanah.Pembantu dia pun pesan kat orang kampung,ambik cangkul,korek situ.Korek lah diorang kat spot tu sambil pawang tu diri aje kat tepi tengok.Cangkul2 nampak lah ada benda kaler putih tertanam kat situ.

"Okeh,berenti..,"bagitau pembantu dia.Dia mencangkung dan tenung benda tu kejap pastu dia kutip benda tu dari dalam lubang.Dalam tangan dia ada satu benda berbungkus sebesar bola ping-pong dengan kain putih yang dah agak pudar."Kita tunggu kejap ye?"pesan pembantu dia kat tetamu.

Kitorang pun tunggu kejap sementara pawang tu "kembali"dalam badan dia.Bila dia dah sedar dan minum air,dia mintak benda tu.Pawang tu bukak lah kain putih tu,lalu kelihatan la ada sebijik batu berwarna perak pudar yang dah diukir dengan huruf-huruf dalam bahasa yang aku tak recognize bila aku tengok benda tu dekat-dekat.

"Inilah dia bendanya yang menggangu tuan rumah ni.Siapa yang tanam dan kenapa dia tanam,saya tak boleh nak cakap,biarlah yang itu kita uruskan kemudian dengan tuan rumah,"kata pawang tu.Lalu kitorang pun bersurai la.Aku ngan family aku pun balik la jalan kaki ke rumah sebab rumah kitorang sebenarnya terletak kat tanah lot sebelah rumah Pakcik tu,memang dekat je,dengan perasaan sedikit takut,menggeletar dan berasa sedikit lega sebab at least kita ada petunjuk.

Pakcik tu pun beransur sihat,tetapi akibat daripada penangan "ilmu" tu, badan dia dah bertukar sangat uzur.,takleh nak bagun,tapi dah boleh la bersuara.Dia dapat la teruskan hidup dia sekejap dan tak lama lepas tu,dia pun pulang ke Rahmatullah.

Amalan mistik ni memang sangat menakutkan.Bila kita nampak depan mata apa yang jadi,memang susah nak percaya benda2 ni wujud tapi terpaksa jugak kita akui,memang wujud amalan2 camni.Pada pendapat aku,sains dan teknologi yang melampau-lampau hebatnya pun tak mungkin dapat menyelesaikan hal-hal sebegini.Mungkin ahli2 sains akan kata semua benda ada "cause and effects" kerana itu base belief mereka.Tapi,kita percaya Syaitan tu wujud bukan?Cubalah buktikan kewujudan syaitan melalui sains?

Bila aku dah alami sendiri perubatan secara tradisional ni,aku selalu terfikir,jika satu hari nanti,bila Malaysia sudah bertambah maju dan kita bergantung sepenuhnya dengan sains perubatan,siapa yang akan meneruskan teknik2 perubatan tradisional kita untuk melawan amalan santau dan ilmu hitam macam ni?

Kalau anda tak percaya sekalipun santau itu wujud,apa penjelasan anda jika anda nampak sendiri ada jarum dan kaca ditarik keluar dari perut seseorang oleh Ustaz Harun Din,menggunakan telur ayam yang digolek-golek atas perut anda?

Yang pasti,aku jamin bulan depan punya jualan majalah Mastika dan tabloid-tabloid hiburan mesti banyak yang cerita pasal ilmu-ilmu hitam dan kesannya dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Politik zaman sekarang dan ilmu hitam ni memang nampak cam adik beradik kan?Dengki sana,dengki sini.Bezanya,tak main dah santau2,hantar aje jail,belasah bagi sakit.Tak nak bagi individu tertentu naik?Gunakan kuasa anda dan "santau" individu itu menggunakan "black magic" anda untuk menghasilkan "black eye!"

Mintak maaf Pak Lah.
Barulah aku paham kenapa ko selalu mengantuk.Rupanya dibuat orang.

Mac 18, 2009

"Bro,Blue Screen Dalam Windows Tu Camne Rupenye?"


Dalam beberapa minggu lepas,aku dapat call dari member aku,bertanyakan sama ada aku free ke tak esoknya,mintak tolong aku buat training pasal basic hardware maintenance dan troubleshooting.Bayaran dia ok la,untuk kerja 3 jam lebih kurang.Kena bagi training dan bagitau tips2 camne nak maintain PC ni.

Problem dia,aku kena bagi training tu dekat sebuah Jabatan kerajaan di Putrajaya.Yang lagi problemnya,training tu adalah untuk Technical Team untuk PC maintenance Jabatan tu.Agak gelabah aku sebenarnya,sebab nak mengajar orang yang jauh lagi tere dari aku.Aku buat benda ni pun sebagai hobi je,sebab aku suka bukak barang2 PC aku dan pasang balik saja suka-suka,belajar-belajar sendiri.

Sampai kat sana,tengok ada lah dalam 15 orang dalam kelas tu.Tiap2 orang ada sebijik PC dan masalah dia,nak buat PC troubleshoot,kena la bukak PC tu tapi takleh.Jadi,terpakse la aku sediakan slide malam sebelum tu,just untuk tunjuk gambar.Bila masuk,aku pun cakap lah lebih kurang 2 3 patah perkataan.Pastu aku tanya diorang,"Ada sesiapa boleh bagitau apa komponen paling penting,kritikal untuk sebuah PC tu berfungsi?"Ada la sorang dua yang jawab,prosesor,ram,hard disk dsb.

Lepas tu bila diorang tanya aku,"Kenapa PC kitorang makin lama makin slow?" Aku jadi cam kaku.

Bukan sebab aku tak reti nak jawab,cuma aku tak expect soalan tu datang dari diorang,Bahagian Teknikal Komputer sebuah Jabatan Kerajaan,yang rasanya kebanyakannya berkelulusan Sains Komputer dan ditauliahkan sebagai Juruteknik Komputer dalam sistem penjawatan kerajaan.

Jadi,aku tanya diorang balik,"Kalau tengok kat taskbar tu,kan ada banyak icon2 kecik.Tu program yang runnning dan program2 tu kebanyakannya tak necessary.Camne nak buang?"

Semua diam.Ada sorang angkat tangan dan jawab,"Saya tekan Ctrl Alt Delete pastu saye kill tiap2 satu program."

"Okeh,betol.Tapi tu temporary,camne nak matikan permanently?"

Semua diam.Dalam hati aku,argh,ini basic gile.Takkan le Bahagian Teknikal takkan tak tahu benda yang sebasic-basic ini dalam OS Windows yang sangat2 user friendly?

Jadi,aku bagitau la sket kat sini camne nak pastikan PC anda sentiasa berada dalam keadaan tip top.

1) Buang program tak perlu
Pegi kat Start Menu - Run - taip kat situ "Msconfig" pegi dekat tab Startup dan uncheck semua program yang running kat situ kecuali "anti virus" anda.

2) Update driver.Update driver.Update driver.

Dalam PC,bila ada bug/ralat,biasanya driver update boleh setelkan.Hardware2 yang kritikal dan patut 2 bulan sekali diupdate drivernya adalah : Grafik kad/grafik cip,motherboard chipset driver,sound card/sound chip driver.Diorang tak tahu langsung macam mana nak update driver ni,kecuali seorang.

3) Luangkan masa untuk Defrag hard disk.

Kalau hard disk yang terlalu lama tak di defrag kan,akan mengakibatkan terlalu lama masa yang diambil untuk defrag.Defrag ni akan susun balik file2 yang berterabur dalam hard disk supaya dia dekat balik dengan jarum pembaca hard disk anda,bila jarum tu laju baca data,hard disk anda akan jadi lagi laju.

Nak defrag,right click dekat icon hard disk dekat "My Computer" - Properties - Tools - Defragmantation - Pilih hard disk - Tekan "Analyze" - Kalau dia kata "You should defrag" tekan "Defrag" dan gi lah tido ke main game ke main bola ke.

Amalkan benda ni 3 bulan sekali,minimum.

3) INSTALL DAN UPDATE ANTI VIRUS ANDA!

Ni aku cukup hangin!

Ramai sangat orang yang kata "Saya dah install anti virus,tapi apsal boleh kene gak virus?" lepas tu terus keluar cerita2 kononnya anti virus ni tak bagus lah,tu tak baguslah.Sebab setiap hari ada aje virus yang baru,tiap2 minggu anti virus anda tu akan jadi obsolete.

Jadi,bukak anti virus anda,carik dan klik la butang Update.Tak lama pun (kecuali jika anda memang dah lama gila tak update) Ini akan mengupdatekan definition file anti virus tu supaya dia boleh detect virus2 yang latest,kalau tak update,dia takkan jumpa.Kalau ada duit,pakai la Karspersky Internet Security,murah aje.Nak free,pakai aje AVG Free Anti Virus.

4) Install Spyware/Cookies Scanner!
Selain dari virus,bila kita browse dekat internet tanpa kita sedari ada banyak file yang masuk dalam PC kita ni,memang takleh nak kontrol.Ada yang berguna,banyak yang tak guna!Jadi,installah Ad Scanner.Biarkan dia scan cookies,spyware dan bermacam-macam lagi.Spyware ni sebenarnya agak malicious,contohnya dia boleh transmit dan receive data yang kita tak perasan pun,mengakibatkan bandwidth/kelajuan internet akan jadi slow sebab spyware dah makan sket speed.

Browse la mengenai Spybot SnD atau Lavasoft Ad-Aware.

5) Clearkan Cache Internet Browser Anda!

Bila kita browse internet,banyak file2 yang masuk dan disimpan dalam PC kita.File2 ni kebanyakannya temporary file dan makin lama dia akan makin pile up dalam hard disk kalau kita tak set limit saiz dia (Kalau FIrefox,limit dia 50mb)

Jadi,untuk membuang "sampah-sampah" ini:

Pakai Firefox : Pegi dekat "Tools" - Clear Private Data - Pilih aje semua tu dan buang kalau nak senang

Pakai Internet Explorer : Pegi dekat "Tools" - "Internet Options" - bawah tab "General" carik "Browsing History" - tekan "Delete" dan pilih tekan semua butang delete kat belah kanan tu sekali setiap satu.

Secara automatiknya,anda akan mendapat sedikit space hard disk dan membuang semua "cookies-cookies" dan mungkin juga trojan/spyware yang menyelinap masuk ke dalam hard disk anda.Tapi ingat,lepas ni kalau nak browsing,kena taip balik address tu sekali at least sebab History dah hilang.

Jadi,sekurang-kurangnya,PC anda akan clear daripada anasir-anasir bangang.

Jaga PC ni macam jaga kereta jugak,kita kena selalu maintain dia kalau nak dia smooth.Jangan expect masa memula beli PC laju je,dia akan maintain laju camtu je.Boleh kata itulah expectation daripada Bahagian Teknikal Komputer Jabatan Kerajaan di atas.

Bila aku tanya kenapa tak buat maintenance sendiri,pernah ke bukak PC,semua jawab tak pernah,kecuali seorang.Lepas tu diorang kata,"buat apa nak buat maintenance sendiri,after sales support ada?Pakai la,dah bayar.Lepas 3 tahun dan habis warranti,dapat PC baru ,memang dah dalam peruntukan belanjawan kitorang."

Apa point ada Bahagian Teknikal kalau camtu,?Kalau secara praktikalnya,bila PC jabatan tu slow,diorang call after sales service?Itu bukan masalah hardware.Itu masalah PC makin lama makin slow.

Itu semua personal maintenance.
Kena buat sendiri.Tak masuk dalam warranti.

Itu baru satu department yang kecik,dalam satu Jabatan Kerajaan yang besar,tak tau apa sendiri kerja diorang.Cuba kita up-kan lagi level ke taraf manager,ketua-ketua jabatan,menteri jabatan,menteri2 kabinet dan seterusnya...kalau ada dalam kalangan diorang yang tak reti buat kerja sendiri dan dalam 10 orang,satu aje bole pakai (macam cerita aku di atas ni) apa jadi dengan Malaysia?

Mac 17, 2009

Dimensi Antitesis : Najib Perdana Menteri Terbaik Malaysia

Katakanlah,segala perjuangan menentang Najib ni sebenarnya adalah salah.
Jika sudah takdir Tuhan,Najib memang jadi PM Malaysia dan di bawah pimpinannya,Malaysia bertambah makmur,makin maju dan semakin lama rakyat jadi makin senang.

Harga barang-barang turun,harga minyak turun,Proton makin maju dan murah,harga rumah turun dan taraf hidup rakyat Malaysia makin meningkat.Ekonomi makin maju,industri luar kembali melabur dalam Malaysia.Peluang pekerjaan makin banyak,pendatang asing sudah makin berkurangan dan sistem pengangkutan awam makin bertambah baik.

Tetapi,walaupun dengan perkembangan positif Malaysia itu,banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.

Mungkin Altantuya memang sepatutnya menjadi mangsa kerana diiktiraf ancaman negara.Jika Altantuya tidak di"jimatkan," ini mungkin akan menjadi satu ancaman yang sangat besar kepada negara kita,mungkin mengakibatkan negara kita mengalami kejatuhan mendadak akibat daripada skandal yang mungkin berlaku.

Bagaimana pula dengan orang-orang yang sedaya upaya menentang Najib daripada jadi PM?Adakah mereka akan terpaksa mengakui Najib seorang pemimpin yang hebat lagi bijaksana kerana berjaya memakmurkan Malaysia sambil mengelakkan krisis yang maha dahsyat?

Jadi,katakanlah....1 hb April 2012,3 tahun selepas Najib mengambil alih kuasa,Malaysia makin baik kepada rakyatnya dan Najib membuktikan dia sebenarnya seorang pemimpin yang berkaliber tetapi terpaksa bertindak sedemikian rupa semata-mata untuk keselamatan Malaysia,rupa-rupanya tahanan ISA memang patut dipenjarakan dan Rosmah Mansor sebenarnya adalah wanita yang sangat penyayang kepada rakyat Malaysia...dan Anwar Ibrahim terbukti sebenarnya hanya seorang yang punya janji2 manis berhaluan sosialis,agen Amerika dan hanya mahu jadi seorang Perdana Menteri...

Adakah kita rakyat Malaysia yang berhaluan kiri,terpaksa menelan ludah sendiri kembali,menanggung malu mengakui,Najib PM yang baik dan sebenarnya sesuai untuk kemajuan negara kita?

Bagaimana jika kita sebenarnya,menentang sesuatu yang salah?Bagaimana perasaan anda jika dalam diri Najib dan Rosmah sebenarnya ,lebih banyak positif dari negatifnya?

Ingat,semua ini hanya satu antitesis kepada apa yang ramai perjuangkan selama ini,termasuklah aku.Cuba bukak fikiran anda tu sebentar,hanya fikir,katakanlah...semua benda baik di atas terjadi...anda pulak,rasa bagaimana?

Mahukah dipangkah dacing jika terbukti dacing kembali bersinar dan sama rata timbangannya pada 2013?

(Artikel ini tidak ditaja oleh Kementerian Kewangan atau Jabatan Perdana Menteri.)

Mac 16, 2009

Luahan Hati Seorang Kaki Ragut

Gua cakap lu,Kerajaan gua memang samdol.Ada ke patut sebab wujudnya orang-orang macam gua ni,last-last semua mat motor sangkut.Ada ke patut?Abis tu gua punya member2 yang mane tak meragut tu nanti,kalau la akta tu jadi,camne derang nak gi keje bro?

Gua memang kaki ragut.Memang kerja gua,nak buat camne bai?Gua nak korek blok,gua nak masuk piston besar,gua nak masuk ekzos YYPang.Gua joki,lu tengok la rambut gua,atas pendek,belakang panjang,ada ekor,baru rempit.Gua meragut bukan nya suka-suka.Gua meragut sebab gua nak pastikan gua menang bila race.Bila gua dapat cucuk angin motor TZM ke dengan gua motor,lu tau tak macam mana perasaan dia?Lu pernah ke buat member2 lu rasa hepi camtu?

Gua bukannya suka-suka ragut.Gua tengok target dulu.Biasa gua perati memane minah ke makcik yang jalan berlenggang macam bapak dia punya jalan.Pegang beg tangan pun macam pegang ikan nak siang,ala geli-geli busuk air ikan.Perempuan sekarang,bro,lu paham2 la,kat dapur ramai macam tunggul.

Lu ingat senang nak meragut?Susah bai.Lu kena usha line dulu,tengok clear ke tak.Motor gua kena la laju,baru bole lari.Tengok dulu kalau ada minah leka,rilek je jalan menonong,itu la ikan gua.Dapat satu handbag,biasa ada berapa je dalam tu.Banyak make up je.Gua bagi budak2 pempuan yang duk datang lepak ngan geng-geng gua.Suka diorang dapat make up branded ni,bang.

Cuba bayangkan,kalau la diorang tu jalan jauh sket dari bahu jalan.Susah la gua nak meragut camtu.Ni jalan betol-betol tepi jalan,memang senang la gua lalu tepi,hulur tangan,gerak.Meh gua lukis kan lu,kalau gomen kita yang cilanat tu buat tiang kecik2 kat tepi jalan,paksa orang jalan kat tengah sket,tak ke hilang sumber pendapatan gua?Buat tiang kecik2 baru berapa?Peruntukan banyak,takkan le tiang pun takleh buat.Bukan kena tinggi pun tiang.Meh gua lukis camne yang gua gambarkan dalam kepala hotak gua.

Gambarajah 1: Lukisan saudara "X" untuk menunjukkan tiang-tiang pencegah orang daripada lalu betul2 di bahu jalan

Lagi satu,yang mangkuk2 ayun ni pun.Kempen keselamatan jalan raya dah bagitau,bila jalan kaki,jalan la melawan arus jalan.Baru la nampak depan.Nampak kereta menghala,motor gua hala diorang.At least bila gua dah lalu tepi nak meragut bag ke,diorang dah prepare dulu sebab dah nampak gua dari jauh.

Lu pikir la bro,ada ke patut sebab orang-orang macam gua ni,mat-mat motor yang sopan2 tu takleh nak masuk bandar?Tak ke bodoh dan bengapnya akta tu?Apa orang putih kata,over reaction.

Takkan sebab nyamuk sekor,habis terbakar rumah semua sekali?Memang le mat motor ramai perangai cam gampang,tapi tak semua cam gampang.Jangan le nak pekena mat-mat motor yang carik rezeki pakai motor ni.Naik motor EX5 minyak baru RM2 sehari.Naik LRT?Naik bas?Mesti lebih bro,bodoh2 double belanja.

Musti diorang fikir mat-mat motor ni penduduk kelas ke 3,bro.Mat motor diorang nak pulak kaji tanak bagi masuk.Bapak ayam ngan pelacur lu biar aje kat Bukit Bintang tu.Mat motor lu nak tahan?Mat motor tak menyumbang kat ekonomi macam rumah-rumah pelacur tu?

Adil ke?
(Respon seorang kaki ragut kepada berita ini)

dan sebagai hiburan hari ini,diharapkan video ini dapat
melegekan stress bekerja atau belajar anda.



macam mana la satu masa dulu masa dekat Pusat Islam,aku boleh kagum dan respek dengan dia ni.Membuatkan rasa respek aku dekat
Jamal Abdillah lagi bertambah-tambah.

Cukai-Cukai Noda Yang Kita Hisap dan Kita Togak

Anda ada beli rokok baru-baru ni?(Kalau anda perokok la..)

Aku tak tau brand lain dan ada ke tidak tapi kalau beli brand Marlboro,yang baru ni ada diletakkan gambar2 mengerikan atas kotak rokok tu.Yang aku beli ada gambar tekak berlubang siap ada ketumbuhan apa tah.Yang lain aku peratikan ada gambar paru-paru,gambar jantung dan gambar mulut.

(Sambil aku menaip ni,aku pun menyalakan sebatang Marlboro..)

Aku siap borak dengan tokei kedai Cina tu,"Wah,ini baru ka?"

"Ya,ya,ini baru punya packaging,"jawab dia.

"Isk,takut aa tengok ini,"kata aku sambil tunjukkan dia gambar tekak tu.

"Diorang letak gambar ka,letak warning ka tadak guna jugak.Kalau mau suruh orang stop beli,jangan jual saja,"membebel dia sorang-sorang."Ini pasal untung,banyak tax still kasi jual,mereka tau orang akan still beli punya."

(Aku termenung sekejap lalu menyedut rokok,sejuk2 ni memang rasa sedap betul,layan je rasa dia..)

Aku selalu hairan.Sebab kerajaan kita seolah-olah bersusah payah betul nak suruh orang jangan merokok,membuatkan aku rasa kerajaan kita seolah-olah support orang yang minum arak.Ye lah,cukai rokok dinaikkan masa budget tahun lepas,arak tidak.

Takde pun gambar atau notis atas tin arak ke,botol wiski ke,botol scotch ke yang tulis "Minuman Ini Haram Untuk Orang Islam" ataupun rangka undang-undang payahkan orang Islam nak beli arak.Letak poster besar dekat bahagian alkohol kat pasaraya,"Setiap titisan minuman dalam bahagian ini mengakibatkan 40 hari amalan anda tidak diterima.."

Kalaulah bacaan sumpah para menteri ada mengandungi "Saya tidak akan minum arak jika saya seorang yang beragama Islam,jika saya ditangkap berbuat demikian,saya hilang kelayakan sebagai seorang Menteri di Malaysia dan saya patut dilucutkan jawatan"

Ok apa buat cam gitu?Kita kan "negara Islam?"Jadi menteri-menteri (especially Perdana Menteri) kenalah ikut hukum.Tak ikut hukum,tak ikut agama,hilang kuasa.

Kita pulak?

"ARGHH BABI AA KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAK!KERAJAAN HARAM JADAH!....Bro,Jack Daniel sebotol!Kita minum malam ni nak lupakan masalah minyak!Sebotol baru RM300 lebih!Wahahahahha!"

(Oh,sedapnya hisap rokok...Aku dah tukar semua rokok aku masuk kat kotak rokok lama,jadi takde la takut sangat rasanya)

Mac 14, 2009

Doraemon dan Mesin Merentas Masa



HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAH......LINK

Inilah Rumah Saya dan Inilah Realiti Malaysia

Tahniah kepada student ni.Membuktikan pelajar susah pun mampu berjaya.Inilah rumah pelajar terbaik SPM 2008.

Anak kepada seorang nelayan yang bapanya menyewa rumah ini dengan bayaran RM90 sebulan.

Terlalu ramai keluarga Malaysia yang terpaksa hidup sebegini tanpa ada bantuan.Ini adalah basic needs kepada sesebuah keluarga,sebijik rumah.Bukannya bapa dia orang Indonesia ataupun Myanmar yang duduk merempat.

Cuba bayangkan jika dia ingin ke Universiti nanti,memerlukan belanja yang beribu-ribu,beli buku,beli komputer,mungkin dia akan bernasib baik sebab dia Insya Allah akan dapat tawaran biasiswa tapi pelajar-pelajar yang juga susah dan juga dapat keputusan yang baik,bagaimana pula nasib mereka?

Sebab aku dapat berita ni dari Utusan jadi aku tak tau la tujuan berita ni untuk menyedarkan masyarakat secara ikhlas ataupun sekadar nak memberikan imej buruk kepada Kerajaan Negeri.Macam TV3 yang menukar nama sekolah tempat dia belajar ke nama sekolah lain,mungkin kerana malu nak admit student terbaik Malaysia datang dari sebuah sekolah yang ditubuhkan hasil projek Kerajaan PAS Negeri Kelantan.



Atau mungkin TV3 tersilap...
Entah la.Banyak sangat silapnya.Tapi kita bagi aje la benefit of a doubt.

Mac 12, 2009

Interview With The English Teacher (About PPSMI)


Tengahari tadi,aku pegi lunch dengan awek aku.Dia baru balik dari kursus guru-guru bahasa Inggeris dekat KL ni,kursus apa?Kursus untuk melatih guru-guru Sains dan Matematik untuk mengajar dalam BI.Maknanya,awek aku,seorang cikgu BI,kena melatih cikgu SnM dalam BI untuk PPSMI.

Perbualan kitorang lebih kurang camni (tapi aku sedapkan sikit dengan ayat-ayat romantik dan panggilan I&U):


Aku : (Tengah makan bihun goreng ada ayam goreng) Slurp,slurp,sedapnya bihun.Sayang tak makan ke?

Ayang : Tak.U tau ke PPSMI memang akan dijalankan?Tunggu masa nak announce je ni.Jabatan semua memang dah tengah ready aje.(tetibe muka hangin,mungkin dia jeles tengok aku makan ayam,dia takleh makan ayam,nanti allergic)

Aku : (Apsal tetibe cerita pasal PPSMI lak ni?)Mana tau?

Ayang : Tadi,kooordinator kursus announce.Siap pesan kat semua cikgu,"Biarkan dia semua bergolek atas jalan ke,,merusuh ke,berperang ke,yang penting tugas kita jalan ikut arahan"

Aku : Bior benor dia cakap camtu.Cikgu-cikgu takde ke cakap apa-apa?

Ayang : Takde,semua senyap aje.Menurut perintah.

Aku : Sayang,U rasa PPSMI ni berkesan ke?

Ayang : Tah la baby,kalau ikut statistik,sekolah-sekolah kat bandar result dia memang maintain,cuma sekolah2 luar bandar dengan sekolah jenis kebangsaan yang makin teruk.Result memang menjunam jatuh hancur.Memang budak2 tak paham.

Aku : Apa yang kerajaan buat?Untuk support PPSMI ni?

Ayang : KPLI dah dijadikan full english masa belajar.Lepas tu cikgu-cikgu SnM dihantar kursus lebih kurang sebulan untuk memantapkan lagi English diorang.

Aku : Pada pendapat U lah,berkesan ke PPSMI ni?

Ayang : Mcm I yang kerja kat kampung ni,I nampak budak2 memang makin takut.Nak tanya soalan tak berani,nak cakap pun tak berani.Jadi bila diorang tak paham,diorang diam je.

Aku : Cikgu-cikgu suka ke mengajar dalam BI ni?

Ayang : Kalau ikut majoriti nya tak suka.Ye la,kita dah biasa dengan bahasa pengantara kita.Jadi,bila tetiba nak berubah,memang rasa pelik la,benda jadi makin susah.Ramai cikgu bantah sebenarnya,tapi sebab terpaksa buat,kitorang buat aje la.U nak tahu tak satu benda?

Aku : Ye sayang,apa-apa yang U cakap I akan dengar dan I memang nak tau.

Ayang : Setiap guru SnM ni akan dihantar sekali seumur hidup untuk ambik exam yang dipanggil Proficiency Test.I pernah jadi fasilitator untuk kursus nak ambik exam ni sekali dulu,ingat tak yang I pernah pegi Melaka 3 minggu tu?U nak tau apa yang mengejutkan?

Aku : Apa dia baby?

Ayang : Proficiency Test ni sebenarnya adalah test untuk menguji tahap kemampuan English cikgu-cikgu SnM ni.Yang menyedihkan,soalannya sebenarnya datang daripada test English budak darjah 6,kirenye soalan level UPSR.

Aku : ...And?

Ayang : Ramai cikgu SnM ni tak boleh nak jawab,bayangkan soalan tu level darjah 6.It's shocking!(Sambil tangan buat gaya kena kejutan elektrik,Bzzz,Bzzz)

Aku : Apa jadi dengan Cikgu yang fail test tu?

Ayang : Diorang akan ada chances la ambik balik test tu.Tapi bila sampai berapa kali fail jugak,maknanya diorang akan hilang kelayakan mengajar SnM.

Aku : Walaupun diorang ada Degree in Chemical Engineering ataupun Degree in Hardcore Mathematics?

Ayang : Yups.Diorang akan dianggap tak layak mengajar dan akan dibagi subjek-subjek lain sebagai ganti.Dekat sekolah I,result SPM cikgu-cikgu ni pun kebanyakannya English dapat 9,8...camne la dengan kursus sebulan nak repair benda yang dah berapa tahun tak berapa cerdik.

Aku : Sayang la,sebab qualification dah ada tapi sebab tak bagus English,habis.Makin kurang la golongan cikgu yang berkualiti mengajar SnM ni nanti.

Aku pun menghirup milo ais aku dengan tenang,sambil otak berpusing berfikir.Mata aku dengan pantas melihat sekumpulan gadis-gadis melayu yang berpakaian ketat menampakkan tubuh badan.Awek aku perasan jadi aku terpaksa meneruskan perbualan....

Aku : Jadi,sayang,pada U,are we ready for PPSMI?

Ayang : Nope.Cikgu memang tak ready dan tak suka mengajar dalam English kalau ikut respons masa kursus. Ramai membangkang tapi tak berani nak berusara,maklumlah,pekerja Kerajaan.

Aku : Jadi,PPSMI memang akan diteruskan?

Ayang : Ya,kalau ikut kata-kata orang Bahagian Pendidikan,PPSMI akan diteruskan.Tapi tak sure,tunggu masa je kot nak announce,decision dah dibuat rasanya,nampak gaya macam diteruskan.Kursus I baru balik ni pun,kan pasal penerangan macam mana peranan guru2 English untuk membantu menjayakan PPSMI?Jadi,nampaknya,PPSMI ni memang akan maintain.

Aku : Baguslah.Boleh kita namakan anak kita nanti Kate Beckinsale binti Mantot.Takdelah masyarakat memandang serong dekat kita nanti.

Ayang : U pandai kan?SPM Gred 1 kan?

Aku : Ak aah.(Muka bangga)

Ayang : Apa dia perkumuhan dalam Bahasa Inggeris?

Aku : ....err.....er......digestion?

Ayang : Itu pencernaan,mangkuk!U stupid adorable big man!Kalau U pun tak tau apa lagi budak-budak sekolah rendah.

P.S - Jadi,soalan kuiz untuk hari ni,tanpa bukak internet buat research,apa dia "perkumuhan" dalam Bahasa Inggeris?

Aku tau apa aku tulis ni nampak macam tak serius tapi yg penting point dia...dan perbualan ni bukan rekaan aa.Memang situasi PPSMI ni kepada seorang guru membuatkan guru-guru berasa tertekan.,guru Sains dan Matematik ke mahupun guru Bahasa Inggeris.

Itu lah yang aku dapat tangkap dari muka awek aku tengahari tadi.Dia tertekan sbb dia tengah sambung master,dia still mengajar full time kat sekolah..dan dia akan kena pegi mengajar cikgu-cikgu SnM ni tanpa dapat apa-apa imbuhan kecuali claim duit minyak.


Dan aku tidaklah seromantik dialog yang aku tulis tu.

Kepala Keliru,Otak Kosong

Kepala otak aku blur skrg ni.

Aku takleh tido sbb baru lepas tengok bola.Dah la bola main extra time sampai penalti,hampir2 sakit jantung jugak la,jadi jantung aku takleh nak rilek2 dari tadi.

Nasib baik menang.Tengok bola memberikan kesan psikologi yang sangat besar kepada karier aku.Ada member aku yang sampai demam kalau team kalah,mintak MC tak gi keje.Housemate aku,mintak cuti semata-mata nak tgk bola pagi2.

Membuatkan aku selalu rasa nak berenti tengok bola.Dah ada banyak dah masalah sosial seperti gelfren yang terlalu ramai sampai takde satu pun yang boleh dipilih dan masalah2 sosial lain.Camne la rasanya terlibat dengan dunia happening ni aa?Pegi disko,minum arak,makan pil,beromen sana-sini...nampak mcm best.

Kenapa la aku minat bola dan tak minat pegi disko mcm anak Najib Tun Razak,best hape peluk2 pempuan,lawa lak tu.Yang peliknya,anak si Najib ni hensem sangat ke?Muka cam tapir je.Ke pempuan sekarang ni ramai sangat yang jual badan nak cepat kaya?Link

Yang aku hangin ada pulak cerita keluar pasal gambar anak Anwar Ibrahim dengan geng2 dia,kononnya dia punya member teruk dan geng2 dia gay.Kepala jubor ko cakap student aku gay.Link kat sini - Blog Mangkuk Takde Idea.Tengok sekejap2 dah la.Takyah nak promote blog dia.

Aku nak start rumours palsu jugak la satu hari nanti.Sori aku merapu,aku excited sket sbb menang bola walaupun nasib baik.Malam ni aku update benda serius.

Mac 11, 2009

Argh!Tensennya!


Meh sini aku bagitau satu benda dan kalau korang rasa nak kata aku tak betul,kutuk lah.Tapi,kalau korang rasa apa yang aku suarakan ni tak sesuai untuk korang,maknanya..korang suka over pay semua benda.Point aku,produk Malaysia sepatutnya dijual lagi murah di Malaysia.

Ada orang panggil aku bongok sebab aku bukak cerita pasal cukai2 kenderaan.Takpela,ikut ko.Kalo cukai dikurangkan,adakah ko akan bersedih?Suka bayar cukai sangat bayarlah.Ada pembaca yang meletakkan komen mengenai pelancaran Myvi di UK.Hanya ada dua spec di sana,1.3SXi untuk manual dan 1.3Ezi untuk auto.Harga £6,599 untuk manual dan £7,299 untuk auto.

Kita convertkan,jadi RM kita dapat RM33,825.32 dan RM37,413.39 (aku ikut rate hari ni,1 pound=RM5.11) Ini harga di UK,bukan negara asal pengeluar kereta Myvi ni. Harga kereta yang sama di Malaysia dengan spec yang sama ialah RM46,200.00 untuk manual dan RM49,200.00 untuk auto.

Nampak tak apa aku cuba tunjukkan sini?
TOLONG LA NAMPAK.

Barang kita,tapi harga terpaksa ikut pasaran luar.Jual kat tanah sendiri,takde orang kontrol,jadi cekik pembeli tempatan cukup-cukup.Kalau nilai pound naik jadi 1 pound=RM6 pun,still lagi murah harganya di luar compare dengan harga di negara pengeluar sendiri.

Dan rakyat Malaysia akan terus membeli,sebab terpaksa,memang kena pakai kereta.Nah link kalau tak percaya.APA KEJADAH WEBSITE PERODUA UK NI BURUK YA AMAT?NAK MENIAGA KE TAK NAK?

Mac 10, 2009

Baca,Lihat dan Kira Sendiri,Kemudian Nilaikan

Ini berdasarkan rekod tahun 2006.Aku tak dapat info latest.

Apa yang aku letakkan kat bawah ni adalah list harga kereta CBU dalam bentuk CIF (Cost,Insurance and Freight) maknanya harga kereta semasa tiba di pelabuhan Malaysia.Yang dimerahkan sama ada kereta popular di Malaysia atau kereta idaman aku.

Perlu diingatkan di sini harga kereta ni belum masuk delivery cost ke authorised dealer,untung authorised dealer,delivery cost ke sub-dealer,untung untuk sub-dealer,road tax,insurance,komisyen salesman dan yang paling penting sekali,cukai import,cukai eksais,cukai kastam dan cukai jualan yang dikenakan bebannya kepada pengguna,yakni pembeli kereta tersebut.(Kalau aku ada tertinggal apa-apa,bagitau aaa..)









Apa maksud CKD?
CKD bermaksud Completely Knocked Down - Kereta akan masuk dalam bentuk parts dan akan dipasang balik dalam Malaysia.Tax yang dikenakan lebih rendah.

Apa maksud CBU?
CBU bermaksud Completely Built-Up - Kereta yang masuk adalah fully imported,sudah dipasang siap di negara pengeluar dan datang ke Malaysia hanya tunggu nak jalan.Cukai dikenakan lagi tinggi,mungkin kerana mahu membalancekan peluang mengutip cukai yang telah hilang akibat daripada pemasangan di luar negara.

Jadual Cukai-Cukai CKD (Kiri) dan CBU (Kanan) Malaysia Untuk Tahun 2006



Jadi,harga CIF dekat atas ni adalah harga kereta CBU sebijik2 yang datang daripada manufacturer luar negara.Maksudnya,kalau kita ambik Suzuki Swift 1.5A,harga daripada manufacturer termasuk kos penghantaran ke Malaysia adalahRm29,057.

Yang menghairankan aku,Proton Saga 1.3 yang tidak memerlukan kos penghantaran yang besar sebab memang dah dalam negara,model basic paling murah Rm32 ribu lebih,bukan on the road (tak silap aku) dan cukai yang dikenakan sangat2 lah rendah compare dengan pengeluar kereta lain.Dari segi kualiti,aku tak nak cakap banyak.

Persoalannya,kenapa macam itu?

Aku pernah dapat komen,ko tak bangga ke Malaysia ada kereta sendiri?Ya.Aku bangga.Tapi masalahnya,adakah patut rakyat Malaysia dibebankan dengan cukai-cukai sebegini rupa hanya untuk memastikan Proton terus hidup?Seolah-olah Proton sebenarnya tak mampu nak menghasilkan kereta berkualiti dan affordable,yang mampu dijual kepada RAKYAT MALAYSIA dengan harga lebih murah berbanding pengeluar lain.Apa benefit Proton kepada rakyat Malaysia secara directnya?Mungkin akan ada yang cerita pasal ekonomi berkembang lah,ekonomi berjalan lah...tapi adakah benda2 ekonomi tu mempengaruhi poket anda secara direct?Bukankah anda masih berhutang 7 tahun,9 tahun semata-mata untuk membeli kereta?Jangan cakap Proton muda lagi dan sebagainya.Tengok KIA,mereka mula buat kereta tahun 1986,sebaya dengan Proton.

Persoalan paling penting,adakah harga kereta Proton akan turun menjelang tahun 2020 akibat daripada pengurangan kos research dan development serta proses-proses cost efficiency lain atau terus naik mencanak melepasi roket yang dinaiki Sheikh Muzaffar satu masa dulu?

Nak sangat pemikiran bertaraf maju?Orang luar takkan buat macam apa kita buat pasal pembelian kereta.Takde orang luar yang sanggup berhutang lama-lama semata-mata nak membeli kereta sebab kereta bukan perlu jadi satu bentuk tanggungan hutang bulan2,kereta sudah menjadi satu basic needs kepada yang berkeluarga.Ia sudah jadi satu necessity kepada kita kerana lemahnya sistem pengangkutan awam kita.

Ingin jadi negara maju?Aku ke London,orang kata "kenapa nak pakai kereta kat London?Rugi.Buang duit.Baik naik bas dan tube je.Lagi berbaloi" Itu pemikiran orang yang duduk di negara maju.Mereka mampu beli kereta cash dengan 3 bulan gaji tapi rasa naik kereta tak best.Kita?

Bukak fikiran anda.Belajar mintak apa yang baik pada anda.Hanya orang bodoh aje yang setuju kena tax dan bising bila ada orang kutuk Proton.Memang mereka patut dikritik oleh anda.Anda yang support mereka selama ni.Kes MV Augusta dah senyap kan?Duit pembayar cukai la yang bayar pembelian tu.Beli RM370 juta,jual balik RM5.Lagi mahal sebungkus nasik berlaukkan ayam madu.

Hahaha,camne ekonomi nak maju?Bisnes tahap cipan.