April 09, 2014

Lelaki Kaya Paling Slow Tersedar Diri Kena Scam Dalam Malaysia

KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.

"Menerusi e-mel, dia mengaku suka pada saya dan memberitahu ada menghantar jam dan buku sebagai tanda menghargai persahabatan yang mencecah sebulan.

"Tidak lama selepas itu, Alina menghantar satu lagi e-mel mengatakan dia ada memasukkan sejumlah wang dalam bungkusan itu tetapi tidak diisytiharkan menyebabkan ia ditahan pihak kastam," katanya.

Menurutnya, seorang lelaki kemudian menghubunginya mengaku sebagai ajen kurier tidak lama selepas dia memberikan nombor telefon kepada Alina untuk menyelesaikan masalah itu.

"Ejen kurier itu meminta saya membuat pembayaran RM3,800 bagi pelepasan kastam dan sijil bebas cukai.

"Atas alasan duit tidak isytiharkan, ada lelaki mengaku pegawai kastam menghubungi saya meminta bayaran RM50, 000. Saya memasukkan RM25, 000 masing-masing pada dua akaun nama tempatan yang berbeza untuk itu.

"Tidak lama selepas itu, saya diminta sekali lagi membuat pembayaran RM5, 000 kononnya untuk beli sijil antipenggubahan wang haram," katanya.

Pelik kerana kerap dihubungi beberapa individu tempatan yang mahu dia membuat pelbagai pembayaran, Azhar berkata, dia mula mencurigai Alina dan menulis e-mel meminta bertemu dan meminta semula wangnya.

"Dia bersetuju membayar semula semua wang saya dan meminta bertemu dengannya di sebuah hotel di sini, selepas mengaku sudah sampai di Malaysia.

"Bagaimanapun Alina tidak muncul, tetapi yang datang ialah dua lelaki warga Afrika yang mengaku sebagai rakannya. Mereka berjanji membayar semula kerugian saya.

"Pada masa sama, mereka membuat demonstrasi 'mencuci' kertas kosong menjadi wang menggunakan sejenis bahan kimia dan saya terpegun apabila melihat bagaimana kertas biasa bertukar menjadi wang," katanya.

Azhar berminat membeli cecair kimia itu dan dua lelaki terbabit memintanya RM5, 000 sebagai pendahuluan.

"Saya memasukkan pula wang RM38, 000 ke sebuah akaun bank," katanya.

Menurutnya, dia hanya tersedar diperdaya selepas bahan kimia yang dibelinya tidak dihantar pada September lalu.

..............

Cerita paling legenda pasal scam adalah cerita mengenai proses pembelian P-P-P-Powerbook!
Kisah ni memang legend.

17 ulasan:

Azrie berkata...

Double, Triple, Quadriple scam on a SINGLE person. How ****** can a person be?? Betul wujud ke kes ni ke ang buat cerita tot? mcm mlampau sgt ja.

Mantot berkata...

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/496416-alina-jelita-rupanya-jantan.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

plain83 berkata...

p-p-p-p power rangers... hahah

Unknown berkata...

desperate times call for desperate measures

Memula lapar pompuan, lepas tu lapar duit nak cover kerugian.

Tanpa Nama berkata...

Kau Bodoh Sgt la P.A.N.T.A.T....!!!!

Tanpa Nama berkata...

SPR TAK NAK CHECK KE MANA DIA DAPAT 100K SEBAGAI KAKITANGAN AWAM....BARU KERJA BRAPA TAHUN JE PON....

Tanpa Nama berkata...

dia menabung dari kecik...
mcm kak mah.. :p

Tanpa Nama berkata...

RM100k duit personal loan kottttttttt.... ..... ohh mcm ni la k/tangan awam..patutla..

firdaus.9898 berkata...

salam

aku terpikir part yang dia bank in duit kat akaun tempatan tu, dan transaction duit tu.

camana dia boleh tau akaun nama tempatan?

afrika boleh bukak akaun kat bank tempatan?

selamba je boleh buat transaction riban riban, bukan ke ada money laundering act skrg?

Tanpa Nama berkata...

The most stupid desperate loser, so far. LOL!

unstopbebal berkata...

Cukup untuk bayar engineering course

CD berkata...

Walaupun kisah ni mcm agak melampau, mesej tu yg penting!

Fara Abdul berkata...

bodoh bertingkat2. entahla.. sampai bila melayu senang kena tipu.

Irfa berkata...

umur baru 28, banyak betul duit dia
hihi

Tanpa Nama berkata...


http://www.islam.gov.my/e-hadith/lalat-dan-penyakit-rasulullah-dan-saintis

Tanpa Nama berkata...

tanggung hutang lah ko bro. bodoh melampau

Johan Marco berkata...

alahai bodoh nyerrrrr