April 29, 2014

Siapakah Lelaki Paling Berkuasa di Dunia?

Adakah jawapan untuk soalan dalam tajuk di atas adalah Barrack Obama dalam kepala kau? Tahniah. Anda telah berjaya di-brainwashed oleh propaganda.

Pastikan bila kau dah kahwin, ajar anak kau, the most powerful man on earth, adalah ayah dia.

Aku tidak pasti sama ada bangsa Melayu mengalami masalah "kagum dengan orang luar" kerana kita pernah dijajah atau kerana kita terlalu rasa rendah diri. Mungkin perasaan itu datang dari tradisi kita yang selama ini terlalu menghormati orang luar sehinggakan ramai antara kita, mampu memberikan layan yang lebih istimewa kepada orang luar dan mengabaikan orang-orang tempatan.

Contoh paling mudah adalah bila ada orang luar, khasnya orang Amerika/Eropah makan di kedai makan Melayu. Aku pasti pelayannya akan tersenyum dengan muka segan-segan mahu ambik pesanan. Dengan orang "biasa", dapat dilihat kadangkala pandang pun tidak.

Semalam berita memaparkan gelagat orang tempatan yang berpusu-pusu ke airport untuk melihat Air Force One bertolak ke Filipina. Bila ditanyakan wartawan, jawapan mengapa mereka sanggup berpanas dari pagi ke petang di luar pagar lapangan terbang, jawapannya boleh disimpulkan kepada ;

1. Saya nak tengok Air Force One
2. Presiden Amerika Syarikat datang adalah detik bersejarah
3. Ada seorang perempuan kata "saya nak jadi sebahagian dari detik bersejarah ini."

Ketika lawatan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia oleh Presiden Lyndon B Johnson atau nama manjanya, LBJ, pada tahun 1966, kita menamakan satu penempatan Felda menjadi Felda LBJ dan kini, Kampung LB Johnson. Jadi, aku agak gementar menantikan apa pula yang bakal di "Obama-kan" di Malaysia kerana legasi menyanjung orang luar secara berlebih-lebihan ni telah pun lama berlaku dalam masyarakat Malaysia ini.

Entahlah, pada aku, kita boleh hormat orang tetapi menyanjung, sampai menjadikan mereka sebahagian daripada legasi dan budaya adalah satu yang agak janggal untuk dilakukan. Jika kita lihat sendiri, kebanyakan masyarakat dan negara yang mempunyai tamadun dan nilai bangsa yang kuat, mereka jarang mengambil identiti orang asing untuk dijadikan simbol mereka. Mereka tak pinjam budaya barat malahan mereka cuba bangkit menentang barat.

Tetapi di Malaysia lain. Kita absorb budaya barat itu. Kita ambil dan kita jadikan ia "detik bersejarah." Pada pandangan aku, tak ada apa yang istimewanya lawatan Barrack Obama ke Malaysia ni kerana bukannya membawa apa-apa faedah pun sebenarnya kepada kita.

Dulu aku tertanya-tanya kenapa Pos Malaysia mengeluarkan setem khas Jubli Intan Ratu Elizabeth pada 2012. Kini, kepada yang belum sedia maklum, Pos Malaysia awal-awal lagi sudah mula mengedarkan sampul surat khas lawatan Barrack Obama, walaupun pada ketika itu Barrack Obama belum lagi mendarat di Malaysia. Untuk apa? Kenang-kenangan? Memori? Mengenang detik bersejarah? Bukti fizikal yang menunjukkan Malaysia masih lagi penuh dengan masyarakat yang bermentaliti dijajah?

Yang lebih menyedihkan aku, berita kita pun sama terpedaya dengan propaganda Amerika. Skrip berita negara menyebut Obama sebagai "Lelaki Paling Berkuasa di Dunia." Kau cuba bayangkan, adakah stesyen berita di China dan Russia akan menyebut perkara yang sama? Kau cuba fikir adakah negara-negara maju akan menyebut frasa yang sama?

Kita adalah negara yang kecil tapi kita tak perlu kecilkan pemikiran kita! "The Most Powerful Man on Earth" adalah bullshit paling laku untuk menjaja ketokohan Presiden Amerika. Haha. Tiap kali kau dengar ayat tu, kau akan terbayang Presiden Amerika kan? Mind perception control yang sangat efektif untuk menyebarkan pengaruh. Sedar tak sedar, dalam kepala kau tertanam yang itu realiti...padahal, hakikatnya, kau sendiri tau itu tidak betul. Tapi bila kau fikirkan balik, adakah frasa yang sama layak untuk digunakan untuk Bill Clinton atau George W.Bush sekarang ni?

Kita menyampah dengan perangai Amerika yang mahu jadi World Police tapi entah kenapalah, semua orang jadi tunduk dan menyerah bila Barrack Obama datang Malaysia. Anti Amerika, anti World Police, tapi gunakan khidmat World Police untuk selesaikan masalah.

Arghh. Mana jati diri kamu? Masyarakat kita selalu membuat orang luar rasa istimewa tapi entah kenapa, layanan sama tak mampu diberikan kepada orang dalam negara. Da Ini, adalah penyakit Melayu yang perlu diubah. Dari impression aku tengok Najib dan Obama bersama, kita dah nampak siapa yang takut siapa.

Come on. Aku memang selalu kutuk kau PM Najib tapi bila aku tengok kau menikus sebelah Obama, aku jadi seram. Itu takkan berlaku dengan Uncle Mahathir kita dulu sebab dia tau dia the best in what he did. Rakyat kutuk kau adalah benda biasa tapi bila ada pemimpin negara lain cuba ajar Najib macam mana nak memerintah, aku pun rasa panas hati dan nak jadi tukang backup Najib.

Siapa Obama nak jadi penasihat kepada negara kita? Lain kali kalau the so called "Most Powerful Man on Earth" berani campur tangan dalam politik tempatan, mintak tolong lah PM Najib, berani lah counter balik argument dia. TPPA sucks! Jangan sain. Kalau kau sain, kau memang akan menyusahkan generasi masa depan Malaysia kerana membiarkan orang luar dictate market dan regulations negara kita.

Bacaan lanjut
Barrack Obama is the man

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so was Uncle Mahathir the man then??

Tanpa Nama berkata...

Was.

Tanpa Nama berkata...

kalau sebut 'takde telur' aje sapa yang ko terpikir...kih kih kih mudah... Najib... ini inception yang najib sendiri buat untuk diri dia

Tanpa Nama berkata...

orang melayu memang berjiwa hamba... selagi melayu berjiwa hamba, selagi tu la jadik bangang sampai bila bila... sebab jiwa hamba la sanjung sangat obama, sebab tu la kalau dapat cium tangan pemimpin bukan main lagi gaya hepinye... sebab tu la sampai sekarang masih lagi wujud raja dan sultan walaupun takde fungsi dan membazir duit je...

sudah sudah la melayu jiwa hamba ni...ingat kita hamba cuma pada Allah je... yang lain tu sudah sudah lah...merdekakan jiwa tu dari perasaan hamba pada manusia

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian kita mmg mcm lalang, mudah terikut2 mcm tak ada jati diri..
Teringat waktu study kat UK dulu, bila borak dgn kawan2 dari Indonesia tiba2 bunyi sy bercakap berubah ala2 Indonesian.. Perkara ini ditegur senior sy dan menyatakan betapa kuat jati diri kawan2 Indonesia kerana mereka tak pernah cuba nak meniru percakapan orang Malaysia sebaliknya kekal dengan identiti mereka sungguhpun jumlah mereka sangatlah sedikit berbanding Malaysian..

Tanpa Nama berkata...

Anon 9:19:00PM

Btol tu. Aku pelik la knapa bila ada org Malaysia yg bercakap atau interview org Indon dorg pun terikut2 cakap Indon. Seriously that sounds very very erghh..Tapi yg sedihnya, bila org Semenanjung sendiri cuba ckp slang Indon dgn aku, pdhal aku org Sabah..hmm..ntah la..

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kita 'obama'kan gst. Jom ramai2 turun demo 1 mei :)

Tanpa Nama berkata...

contoh mudah terikut-ikut ni bila melayu berbual dengan kawan cina dan india, pasti kita akan bercakap dengan gaya cina dan india cakap bahasa melayu.

sekarang ni makin parah bila dengan orang bangla pun kita ikut gaya bangla cakap bahasa melayu.

sebenarnya tak perlu untuk kita 'adjust' gaya percakapan bila berbual dengan mereka.

Siti Syawal berkata...

thorbaik...

Tanpa Nama berkata...

Mengagungkan budaya Arab dogol OK ke?

Tanpa Nama berkata...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/04/an-analysis-of-theft-punishment-in.html

Tanpa Nama berkata...

mantot kat cyberjaya dah ada obama oval di bangunan magic