April 17, 2014

Sinonimnya Karpal Singh dan Hukum Hudud Islam

1. Karpal Singh sudah jadi mendiang.

2. Dengan tiba2 ada jugak mangkuk ayun yang kata itu semua sebab dia lawan hudud Allah.

3. Aku cukup tak paham kenapa orang Melayu ni marah sangat dia lawan hukum hudud Allah.

4. Khasnya orang BN la, sapa lagi....

5. Hari tu keluar cerita, DAP bantah hukum hudud dalam media mainstream kita...macam biasa, suratkhabar dan TV.

6. Dua hari lepas, keluar pulak cerita Lim Kit Siang sokong hudud!

7. Apa reaksinya? "Lim Kit Siang sokong hudud sebab kepentingan diri. Sebab politik. Sebab itu, sebab ini..." Siap interview lagi dan ditayangkan masa berita.

8. Kit Siang sokong hudud kau kutuk, Karpal Singh bantah hudud pun kau kutuk.

9. Apa tak ada akal ke nak berfikir ni?

10. Kau nak apa sebenarnya? Kalau kau suka benar hudud dilaksanakan, tak perlu pun tunggu Pembangkang usulkan. Kerajaan yang kau sokong mati2 an tu tak pulak kau tak nak tanya apasal dia tak buat2 lagi...takkan tak sedar...balik2 isu hudud mesti belah pembangkang yang kecoh. Cubalah sekali UMNO usulkan masa Perhimpunan Agung UMNO!

11. Yang malunya, kau sendiri pun tak tau apa pandangan Najib pasal hudud. Kah kah kah. Apa pandangan Najib pasal hudud ni? Cuba bagitau aku. Aku nak dengar. Aku nak tau dia bantah atau dia sokong. Aku nak jawapan straight to the point.

12. At least, si Karpal Singh ni berani la jugak mengaku dia bantah. Kah kah kah.

13. Karpal mati dan akan terus dikenang sebagai seorang yang "anti hudud."

14. Apa masalahnya? Aku tak nampak masalahnya di situ. Dia bukannya orang Islam. Dia nak anti apa2 pun pasal Islam suka hati dialah. Kenapa nak marah dia?

15. Marah lah diri sendiri.

16. Kau Muslim. Itu tanggungjawab kau terangkan dekat dia.

17. Jika orang bukan Islam tolak hudud, marah mereka bukan penyelesaiannya.

18. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah benda sebaliknya. Makin kuat mereka tolak hudud, makin lembut kita dengan mereka. Betul la kan?

19. Kau nak memperjuangkan agama jadi kau kena yakinkan dia. Nabi pun struggle nak yakinkan orang. Kita lagi la.

20. Kepada golongan pro Kerajaan, ini ada satu cabaran.

21. Aku cukup pelik kenapa tiap2 kali pasal hudud aje, nama yang naik Kit Siang, Karpal, Kit Siang, Karpal....itu aje la nama dia sebut.

22. Padahal nama2 yang patut naik adalah Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Khairy, Nong Chik, Azalina, Noh Omar....

22. Itu yang aku pelik betul.

23. Cerita aje pasal hudud, nama bukan Islam aje la yang bersuara.

24. Pemimpin2 Islam pulak tak ada yang bersuara. Seolah2 pasal hudud ni, pandangan dua orang ni aje la yang relevan. Sokong atau tidak belakang kira...

25. Kau tak pelik ke pasal tu?

26. Atau wartawan2 kita ni dah terima hakikat yang kerajaan BN sekarang ni memang takkan nak laksanakan hudud? Dah give up? Itu bukan perjuangan BN? BN dan hudud memang perlu dipisahkan?

27. Media kita suka cabar PAS dan Kerajaan Kelantan, "Laksanakanlah hudud tu kalau boleh. Aku nak tengok..cubalah. Dapatkan la sokongan bukan Islam...cubalah! Kerajaan Kelantan la kena try dulu!"

28. Cabarlah BN laksanakan hudud. Yang nak kena tunggu Kerajaan Kelantan tu apasal?

29. Inisiatif sepatutnya datang dari pihak pemerintah lah kan?

30. Takziah aku ucapkan kepada keluarga Karpal Singh. Kepada dua orang mangkuk ahli UMNO yang jadikan gambar mayat Karpal sebagai bahan lawak kerana dikatakan sebagai balasan menentang hukum hudud...aku doakan kau sedar yang "menentang hukum hudud" tidak ada bezanya dengan "tidak ada langsung tindakan nak jalankan hukum hudud."

31. Karpal Singh dan isu hukum hudud takleh nak dipisahkan.

32. Sayang sekali aku tak dapat nak kaitkan seorang pun nama pemimpin kerajaan sekarang dengan hudud....

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasi headshot sikit najib tu. Aku setuju dengan kau! org bukan islam je yg aku nmpk bila isu hudud dipertikaikan.. mana menteri2 kita yang islam? mana PM kita?

Kalau bab isu kalimah Allah.. segala tok nenek BN keluar. tapi bila isu hudud..hilangggg (nyorok dlm tandas kew?)

kalau x buat salah.. x perlu takut dgan hukum Allah..

Amy berkata...

Tulaa pasal..meroyan aje keje diaorang nii...dah namanya KARPAL SINGH bukannya KARPAL BIN ABDULLAH,
Dah sah-sah dia bukan Islam...kalau dia menolak hukum hudud, apsal nak bising...tanyalah pemimpin-pemimpin yg mengaku Islam...mengaku negara ni islam...merdeka dah lebih 50 tahunkan??kenapa tak tanya???

Tanpa Nama berkata...

Dah dia nak tolak hukum Hudud nak mempertikaikan buat apa.Dia bukan Islam pun.Mungkin dia tak faham.At least dia tak hipokrit macam politician lain.Kata memperjuankan Islam,tapi kau tengok sampai sekarang Hudud wujudke?Kenapa pub2 masih ada?Kenapa masih ada konsert?
Orang Melayu ni suka2 aje nak laknat orang.

badai berkata...

Media dan kerajaan memang dah satu hal. Tapi yang lagi sedih isu ni banyak dimainkan oleh taik2 politik yang terdiri dari rakyat2 melayu islam. Sedar tak diorang yang komen2 tu ada peratusan menyumbang pada hudud yang tak berjaya dijalankan ni? Isu hudud pun yang jelas pun tak boleh nak bersatu, tepuk dada tanya iman lah!

Noryn Danish Azuan berkata...

Tu la namnya melayu bodoh xde tamadun ...org melayu sndiri yg rosakkan imej melayi n islam

Tanpa Nama berkata...

Buka Perlembagaan Persekutuan Malaysia kenapa Kelatan tak boleh buat Hudud di sana. Ada sebab..

Tanpa Nama berkata...

ada sorg bekas pm kita smlm dlm berita tv kata hukum hudud tu x adil sbb klu cina mencuri dgn org islam mencuri, cina tu kene jel 2 thn jer sedangkan org islam tu kene potong tangan. leh lak dia ckp camtu, hukum hudud x adil? x payah pk pasal pencuri la, pk la pasal mangsa kecurian. tlglah, statement bangang camtu buat darah naik jer, huhu... lgpun hukum Allah adalah sebaik-baik hukum dan Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana!!!

Xana Razak berkata...

Aku rasa late Karpal anti hudud berdasarkan Perlembagaan Malaysia juga. Sebab Perlembagaan Malaysia kalau dikaji betul2 rasanya nak letak Malaysia sebagai negara sekular. He's not that bad. Banyak je kes dia tolong orang Islam menang kes yang berkaitan dengan hak sebagai rakyat Malaysia. Yang pasti dia berpegang teguh dgn perlembagaan.

Unknown berkata...

Kita sbg umat islam patut menonjolkan akhlak yg baik ckp dgn baik dan teruskan usaha agar org bukan islam faham, bukannye sampai salah faham.
www.ceritakaw.blogspot.com
Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw

Tanpa Nama berkata...

Buka Perlembagaan Persekutuan Malaysia kenapa Kelatan tak boleh buat Hudud di sana. Ada sebab.- undang2 manusia buat boleh amend bro..undang2 Allah..ko cubalah.