April 10, 2014

Sampai Bila Penghidap Autisme Nak Dilayan Macam Budak-Budak?


Aku ingat lagi perasaan aku waktu aku mengadap dia dulu lepas dia register kelas aku. Semua budak lari dari dia. Takut ke, malu ke, aku tak tau la. More like memandang rendah barangkali.....Dari dia start belajar dengan aku sampai la dia grad, dia kata dia suka melukis. Dan dia suka Michael Jackson. Dua benda yang dia suka tu la dia buat betul2.

Mana lagi kau nak jumpa student yang tengah class dia bangun dan moon walk secara spontan, kan?Orang unik aje buat camtu.

Aku memang kagum dengan dia, aku lagi kagum dengan mak bapak dia. Kalau mak bapak orang lain, anak autisme ni, mesti diorang ramai yang putus harapan dan give up tak nak anak dia belajar dan terdedah dengan dunia luar. Ya lah, takut apa2 terjadi kat anak dia. Dia ni pulak, ada high possibility boleh mengamuk kalau dia stress dengan sesuatu. Takleh push-push dia. Kalau dia dah termasuk dalam "dunia" dia...jangan kacau.

Mak bapak dia ni gigih mintak tolong aku , "be patient, be patient, be patient."

Kadang2 rasa nak penumbuk dia memang ada. Buat apa nak tipu. Kau cakap dengan dia, dia menyanyi lagu cina. Kau terangkan sesuatu, rupa2 nya dia dah tidur. Tapi lama kelamaan bila kau dah paham macam mana nak attract attention dia, mengajar pelajar autisme adalah satu pengalaman yang sangat unik.

Sekarang ni, dah dua kali exhibition dia buat! Bapah ah, aku pun tak pernah ada exhibition sendiri. Ini yang membuatkan aku nak jadi exhibitionist ni!

Mak bapak, jika anak anda ada autisme, tolong jangan give up. Kau carik apa minat dia, kau pastikan kau terus push diri dia supaya bersaing macam biasa dengan orang lain kemudian kau hantar dia jumpa aku, aku boleh ajar dia buat animasi.

Tiap2 orang yang ada autisme ni ada talent dia.
Jangan sia2 kan.

Aku sarankan agar semua guru2 pendidikan khas diberi bonus 6 bulan setiap tahun.

ps - maaf lah kru MHI tapi aku rasa agak terkilan tengok kau treat dia macam budak2 tadika. Apa salahnya kau treat dia macam orang biasa? Umur dia 28 tahun tu. Kenapalah bila tau aje orang itu ada autism, automatik kita punya treatment kat dia lebih childish dan ayat2 yang kita guna macam kita sedang bercakap dengan budak2?

Kau takkan cakap camtu dengan lelaki yang berumur 28 tahun kan?

5 ulasan:

Madman berkata...

Deep

Tanpa Nama berkata...

beb,
mungkin diorang first time jumpa orang autism. macam kita jumpa orang buta/pekak la. mesti janggal dan cuba sedaya upaya nak diorang rasa comfortable kan?
sama la kot dengan kes ni. mungkin diorang duk baca/tengok youtube autism ni mcm mana.

Tanpa Nama berkata...

Autisme
A~anugerah
U~untuknya
T~teristimewa
I~insan
S~seperti
M~mereka.
E~engkau.....ape ade??

wan hasan wan abu bakar berkata...

Autisma is not contagious, ingnorance is. Sebab kita ni selalu ignore insan2 terpilih mcm ni. Lps diketengahkan, diwar2 kan hebatnya 'sixth sense' diaorang baru kita sedar... anugerah tuhan tidak ternilai. Beruntunglah parents yg ada anak2 autisme.

Tanpa Nama berkata...

Anak saudara saya severe autism. Parents dia kata dia orang ada tiket syurga sb ada ahli syurga. Layanan kepada anak ini juga sangat istimewa dari sekolah hinggalah ke perubatannya..alhamdulilah