April 25, 2014

Aku Percaya Dengan GST. Kau Pula Bagaimana?

Soalan 1:
Kenapa anda perlu menyokong pelaksanaan GST?

- GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu sahaja.

- Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST adalah lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan. Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

- Pengguna tanpa mengira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar itu terutamanya cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung di dalam harga bayaran. Apabila GST dilaksanakan beban cukai yang ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

- Pengguna juga harus faham bahawa GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas, pengangkutan awam, tol, pembelian dan penyewaan rumah kediaman, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran pasport dan lesen, penggunaan elektrik bagi 200 unit pertama bagi pengguna domestik dan pelbagai barangan asas dan perkhidmatan lain.

- GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan pendapatan. (Link)

Soalan 2:
Saya memerlukan penerangan yang lebih kukuh.

- GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih baik. Ia lebih telus, cekap, berkesan, berkawalan kendiri dan kurang birokrasi. GST akan menghapuskan cukai berganda di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.

- Lihat rajah di bawah untuk memahami faedah GST.


- Bagi perniagaan, kos dalam menjalankan perniagaan dapat dikurangkan kerana GST yang dikenakan ke atas input perniagaan mereka dapat dituntut semula. Sebagai contoh, di bawah sistem percukaian semasa, kebanyakan pengilang tidak dibenarkan menuntut semula cukai perkhidmatan ke atas telekomunikasi, perakaunan dan perkhidmatan guaman, dan cukai jualan ke atas input tidak langsung seperti peralatan pejabat dan perabot. Cukai-cukai ini adalah terselindung di dalam harga barang yang dijual. Oleh itu, kos untuk menjalankan perniagaan meningkat.

- Di bawah sistem GST, mana-mana GST yang dikenakan ke atas perolehan boleh dituntut semula dan tidak merupakan kos perniagaan. Dengan yang demikian, eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di pasaran global memandangkan tiada GST dikenakan ke atas pengeksportan barang dan perkhidmatan. Ini akan mengukuhkan sektor eksport yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. (link)

Soalan 3 :
Tidak adakah penerangan mengenai GST dalam bentuk visual ber audio?

- Ada.

- Anda boleh subscribe channel "GSTMalaysia" di Youtube untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai GST ini.


Soalan 4:
Terima kasih kerana memberikan pelbagai hujah yang menyokong pelaksanaan GST di Malaysia. Saya berminat untuk mengetahui mengenai hudud pula walaupun saya bukan Islam.

- Harap maaf, kami tidak ada apa2 maklumat atau portal yang boleh anda rujuki dari pihak kami. Anda boleh rujuk tulisan2 peribadi pakar agama kami, Utsaz Fathul Bari Mat Jahaya (link) atau hasil pandangan Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas ketua hakim Malaysia di sini.

Soalan 5 :
Jadi, tidak ada sebenarnya usaha kerajaan untuk cuba menerangkan faedah hudud kepada masyarakat Malaysia?

- Tiada, kerana kerajaan Malaysia percaya masyarakat kita masih lagi belum bersedia untuk tindakan itu. Lagipun, kami tidak mahu ramai Melayu kudung tangan.

Soalan 6 :
Bukankah itu sesuatu yang perlu ditambah baikkan?

- Tidak kerana masyarakat kita belum bersedia lagi.

Soalan 7 :
Walaupun saya seorang bukan Muslim, saya menyokong pelaksanaan hudud di Malaysia.

- Harap maaf. Perlembagaan negara kita yang dcipta oleh British sudah elok dan tidak boleh diubah-ubah lagi. Harap maklum. Saya ulangi, masyarakat kita belum bersedia lagi.

Soalan 8 :
GST pula kita sedia?

- Semua orang sudah sedia untuk GST. Tidakkah anda tahu, GST diamalkan di lebih 150 negara seluruh dunia?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hidup melayu :)

Tanpa Nama berkata...

soalan satu je dah menunjukkan org yg sokong tu bodoh...

economist mana yg ajar utk kembangkan ekonomi dengan cara hadkan pembelanjaan?

SST utk barang mewah shj tapi GST untuk semua barang kecuali yg disenaraikan..

kalau kadar 6% tu lebih rendah dan galakan utk hadkan pembelanjaan, celah mananya peningkatan pendapatan kerajaan tu?

Tanpa Nama berkata...

melesia negara sekular bkn negara islam hudud x sesuai..

Tanpa Nama berkata...

Baru semalam Pak Jib becakap pasal hudud . katanya, menolak hukum hudud tak sama dengan tidak melaksanakan hukum hudud . Hudud tidak dijalankan di Malaysia kerana banyak kekangan dan halangan .

- Ermmmmm whateva la . Taknak buat cakap la taknak buat . Kalau nak buat, dah lama la hukum hudud dijalankan di Malaysia -

Siti Alya berkata...

Apa2 pun saya tetap membantah GST! tgok data mcm cantek je kan..

Totol berkata...

Slm. Tak paham GST. Kita yg dah bayar cukai pendapatan ribu2 ni kena tanggung lagi 6% GST. Mmg cekik darah. Bangkang!

Tanpa Nama berkata...

Kualiti hidup jatuh.
Gaji tak seberapa pun boleh juga beli ni beli tu.
Sekarang anak, isteri nak apa apa, kena fikir dulu.
Tak pa saya dapat luangkan masa dengan keluarga.
Haih RM kurang buying power dah.
Menteri suruh ambik second job.

Terima kasih BN for dropping kualiti hidup saya.


Tanpa Nama berkata...

membeza bezakan yang mampu dgn x mampu...

Tanpa Nama berkata...

Gila babi punya sarcasm.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah agak butthurt..hahahaha..pasal artikel ak jib tu, menolak dan tidak melaksanakan tu bnda yg tidak sama tu aku blom bca..tp bg aku walaupun berbeza maksud, Consequence die sama..hudud xkn dijlnnkn

rantai berkata...

senarai semua cukai yang dikenakan ke atas barangan konsumer dan perkhidmatan .... istiharkan pemansuhan cukai-cukai tersebut ... kenakan GST .... harga barang-barang dan perkhidmatan SEPATUTNYA menjadi lebih rendah dari yang sekarang ini .... kalau tidak sah menipu....!!!!!

Rakyat yang rindukan tanah air berkata...

aku tak paham cmane orang masih sokong pemimpin kerajaan..pembangkang pun bukanla betul sangat tapi kalau tiap 5 taun kita tukar pemerintah, aku rase org yg memerintah akan cuba buat yang terbaik untuk stay memerintah..secara tak langsung dorang tak berani nak ayam2 kan rakyat..

kamon la penyokong barisan..bukak mata sikit..

Tanpa Nama berkata...

kadang kadang aku rasa tak perlu buang masa suruh penyokong barisan ni berpikir...ko terang la macam mana pun kebaikan tukar ganti kerajaan... mereka ni dalm otak cuma ada anwar gay, dap kapir harbi nak hapus melayu tunggangan pas, pas sesat tunggangan dap.. rasuah pemimpin , salah guna kuasa, korupsi takyah pikir. kos sara hidup makin menghimpit tak payah pikir, mca dgn gerakan ok maki agama islam terang terang takdahal asalkan mereka bn.. buang masa

Ramzi Ahmad berkata...

Mengurangkn perbelnjaan rkyt bkl menguncupkn ekonomi negara...GST itu

Tanpa Nama berkata...

kite ni merdeka dh ke belom? duk x boleh nk pinda perlembagaan nih... kata melayu x pandai marah... pepatah nk sseribu daya, xnk seribu dalih perlu difahami... bila nk tnggu sedia? smpai hari kiamat la jwbnyer... apabila terjadinya hari kiamat, baru lah manusia akan takut dan laksanakan hukum Allah...

Tanpa Nama berkata...

kite ni merdeka dh ke belom? duk x boleh nk pinda perlembagaan nih... kata melayu x pandai marah... pepatah nk sseribu daya, xnk seribu dalih perlu difahami... bila nk tnggu sedia? smpai hari kiamat la jwbnyer... apabila terjadinya hari kiamat, baru lah manusia akan takut dan laksanakan hukum Allah...