April 30, 2014

Hantu Telekung Mengganas Lagi

Aku sedang layan drama komedi minggu lepas. Aku tak ingat sapa berlakon, aku tak ingat apa jalan cerita dan aku langsung tak ingat apa tajuk dia. Senang cerita, drama tu langsung tak memorable pada aku. Biasalah, drama melayu standard. Yang aku ingat ada Yana Shamsudin. Dia hot.

Ada scene di mana hero tengah ketakutan sebab dia tak pernah tidur kat kampung. Dia pun sebenarnya pulang ke kampung sebab ada kematian saudara jadi terpaksalah hero dan Yana Shamsudin bermalam kat kampung.

Tengah2 tidur (diorang tidur sebelah menyebelah, laki bini, apa salahnya...haha) ada bunyi. Hero melompat terjun dari katil mencari mana datangnya bunyi. Senyap2 dia melangkah keliling rumah carik apa yang berlaku.

Tang tang tang tang!
Ada hantu! Hero menjerit macam gadis ketakutan. AAAAAAA!

Oh, rupanya bukan hantu.

Rupanya itu makcik dia yang baru habis solat dan tengah berjalan nak tengok apasal si hero ni berjalan keliling rumah pagi-pagi buta.

Kalau kau perasan la, banyak drama tempatan yang disiarkan menggunakan setup yang sama untuk create suspense. Malam gelap. Sunyi. Watak utama terkejut sebab nampak perempuan berjubah putih baru abis solat.

Banyak gila scene camtu.....

Aku tak berapa setuju la menggunakan metafora perempuan bertelekung sebagai "hantu" walaupun benda tu hanyalah comedic relief. Sebab......Ada budak2 takut tengok perempuan bertelekung. Anak buah aku sampai mak aku takleh nak solat la dia menangis.

Mana datang perasaan takut tu? Aku syak dari drama la. Sebab kita duk jaja imej perempuan bertelekung sebagai imej menakutkan dalam drama. Padahal...apa yang kita sepatutnya buat, adalah promote imej positif wanita bertelekung, kan? Mungkin kerana itulah, orang Melayu sendiri pandang rendah golongan bertudung labuh ni? Kolot lah, tak bergaya lah, out dated lah, ada love bite lah.

Aku dah ingat siapa hero drama tu. Tomok. Tajuk drama tu "Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor." Memang sampah gila drama tu. Tapi Yana Samsudin memang hot. Kalau dapat kat aku, memang aku.............tak tidur sebulan dua.....kerja siang malam kumpul duit nak masuk meminang.

11 ulasan:

air gunung berkata...

Kah kah kah kah kah.tang baris akhir tu sakit perut aku.

suria lekatlekit berkata...

hahahaha.. aku tak sangka kau layan drama tu. aku masa kecik2 dulu dgn kengkawan pun pernah jadi hantu telekung sakat2 mat2 kaki lepak tepi jalan sampai tgh malam. ok.. kesimpulannya berjaya. Bab hantu telekung dalam drama2 melayu... aku setuju. tak patut dah drama sekarang mempratikkan scene camtu.. sebab lapuk sangat

NMA berkata...

tomok boleh lagi dimaafkan... kalau bobo aku tak tahu nak cakap apa... yana yg comel tu jugak yg jadi penyelamat...

Tanpa Nama berkata...

Yana Samsudin hot? Seriously??

Tanpa Nama berkata...

Here comes mantot with his nafsu. Oh yes, seriously mantot, yana hot? Tu taste kau? Oh my goodness

Tanpa Nama berkata...

Omg teruknya taste.

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha Yana samsuddin hot...apa kebenda hot..

Tanpa Nama berkata...

mana ada hot...teruk giler taste ko..hahaha

Tanpa Nama berkata...

yup, teruk nau2 taste kau weh. Dia buat nose job kut.

Unknown berkata...

adik aku takut kat org pakai purdah. Aku tak tau dari mana datang takut dia tuh.. Siapa yg menakut-nakutkan pon tak tau.. dramakah?

Tanpa Nama berkata...

Aku pun suka kat yana cunnye