April 14, 2014

Hati Jadi Lega Lepas Meluahkan Masalah Hidup Dalam Facebook Untuk Semua Orang Baca dan Diskusi

"Abang...tolong la saya sikit ni ha, kan anak kita nangis tu!" jerit Zainab dari dapur. Harun hanya mengetap bibir geram. Menyampah dia mendengar leteran isterinya sejak pagi. Suratkhabar ditangannya dihempaskan. Anak kecilnya yang berumur 3 tahun itu diangkat lalu dipujuk. Kakaknya hanya diam memerhati gelagat ayahnya.

Zainab mengomel sendirian. "Tak guna punya laki, mintak tolong sikit pun nak mengamuk. Mintak tolong sikit nak hempas2 barang. Apa aku ingat tak boleh hidup ke tak ada dia?" fikir Zainab dalam hati. "Makan nak special2, nak sedap. Apa dia ingat dia bos aku ke?"

Harun hanya memerhatikan saja Zainab yang baru saja meletakkan sarapan di atas meja. "Aiseh! Takkan nasik goreng kampung lagi hari ni? Semalam kan sarapan sama?" komen Harun. Zainab mencebikkan bibir.

"Awak ni, dah ada makanan, belajar-belajar la bersyukur.." nasihat Zainab pada suaminya. "Lagipun, bukan semua isteri rajin tau nak masak nasi goreng kampung ni. Renyah bahan-bahan dia," jawab Zainab.

"Hak eleh, setakat nasi goreng cap ayam camni, nak berlagak. Dah la masak pun lambat, hasilnya tawar, makan pun sebab kesian aje aku ni..." fikir Harun. Dah 9 tahun berkahwin ni, pada dia dah terlalu hambar perkahwinan mereka berdua ni. Asyik2 rutin yang sama setiap hari.

Anak yang dipangku dah terlelap, Harun meletakkan anaknya ke atas tilam yang dibentang ke lantai. Dia mula melangkah mencari laptopnya. Jarinya pantas menulis "facebook.com" dan akaunnya terpapar di skrin. Dalam keadaan marah dia mula menaip statusnya pada hari itu.

"Kadang-kadang ada hari bila aku mahu saja lari tinggalkan semua ni, cari hidup baru, cari dunia baru.." Butang "enter" pun ditekan. Harun menghela nafas lega. Sekurang2 nya deraan perasaannya sudah dikongsi untuk orang ramai.

Dalam sekelip mata, 2 "like" telah diperolehi. Kawan karibnya, Razak memberikan komen, "Orang rumah buat hal lagi bro?" Harun tak mampu membalas komen. Dia hanya memberikan simbol smiley sebagai respon. Zainab melangkah keluar membawa air teh. Cepat2 Harun keluar dari Facebook dan menutup laptopnya lalu melangkah ke meja makan. Anak sulungnya, Zalikha pun duduk sekali sambil Zainab mencedokkan nasi goreng kampung ke pinggan anaknya.

"Eh, untuk Ika aje ke awak cedokkan?" tegur Harun. Zainab hanya diam. Dia kemudian mencedokkan untuk suaminya. Dalam hatinya dia terus mengutuk suaminya itu kerana tak mampu bersabar sedikit pun. "Makan lah dulu, saya nak basuh pinggan.." beritahu Zainab.

Zainab melangkah ke dapur lalu mengambil telefonnya. Icon Facebook ditekan dan terpampanglah akaunnya. Jari Zainab mula menulis pantas.

"Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kesabaran Ya Allah. Berikan lah aku kecekalan untuk menghadapi hidup ini. Jika aku terpaksa melalui jalan yang kau redhai tetapi kau benci, Ya Allah Ya Tuhanku, berikan aku petunjuk, berikan aku hidayah...."

Zainab meletakkan telefonnya. Dengan tiba2 telefon bergetar. Ada pemberitahuan diterima. "Zai, are you in trouble again?" tanya Maria, rakan sekerjanya.

"It's nothing... :)" jawab Zainab di-postingnya.

"Be strong girl.." balas Maria lagi. Komen Maria tersebut mendapat beberapa "like." Zainab pun memeriksa siapa yang menyukai komen tersebut. Agak terharu apabila melihat rakan-rakannya dalam grup "Ibu Menyusu Yang Suka Mempamer Susu Mereka Dalam Fridge" di Facebook memberikan sokongan moral.

"Thanks! Already feeling good .." respon beliau.

"Zainab, ada lagi ke nasi ni? Adik tak makan lagi ni..." Kedengaran suara suaminya dari ruang makan. Zainab melangkah keluar.

"Ada lagi ni dalam kuali," jawab Zainab.

Televisyen memaparkan rancangan kuliah dengan jemputan seorang ustaz terkenal. "Zainab, tutup aje lah TV tu, buat habis karen aje.." pinta Harun. Zainab melangkah mencari alat kawalan TV.

"Ya tuan-tuan dan puan-puan, jika ada masalah dalam rumahtangga, bincang sesama anda, jangan la dok diam saja! Pergi jumpa kaunselor. Bincang dengan ibu bapa. Janganlah di tayang dekat umum, dalam Faceboo...TUP!"

Tak sempat Ustaz itu menghabiskan ayatnya, televisyen tersebut sudah dipadamkan Zainab.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Grup ibu menyusu tak bleh blah..kah5

Unknown berkata...

Ade eh nama grup mcm tu...ehehe...

Syu Haha berkata...

Indeed

Cipina berkata...

Situasi nama group tu cukup banyak dalam newsfeed hahaha adoi. Pang sebijik.

Tanpa Nama berkata...

klaka lak naMa group tu, tp nak kredit gak kat group tu, sbb depa lah aku bersemangat nyusukan anak aku full smpai 2 tahun, dpt pahala depa kongsi ilmu yang bermanfaat..

nazrul ali berkata...

paang!! sekali..

Tanpa Nama berkata...

Aik? Husband and wife tak add sesama sendiri ke kat fb...ke dah unfriend awal2? Mohon pencerahan... Haha

Tanpa Nama berkata...

Faham sgt cite ni. Tapi tiap kali aku rasa nk buat cmni, aku igt2 la jasa laki aku selama ni. X berbaloi satu dunia tau masalah rumah tngga. Xbyk yg doa. Byk yg xkisah... And worst, byk yg seronok korg ada masalah.. Haaa

Tanpa Nama berkata...

Siap block sesama sendiri kat facebook supaya pasangan tak boleh baca apa yang ditulis... macam pernah jumpa kes ni, hahahahaa

Tanpa Nama berkata...

aku paling menyampah bila tulis panjang2 dalam FB.."Ya Allah tolong la aku...tunjukkanla jalan padaku..bla bla bla". Tak boleh ke ko terus je doa pada Allah? Kena pakai medium FB plak ke? Bangang