Ini adalah coretan aku pada 21 Disember 2010 ;
Hari Ahad hari tu,aku balik KL dari Kedah....naik bas.Aku bertolak petang Ahad,sampai Bukit Jalil pagi Isnin.Jalan sangat sesak.....
Kalau korang pembaca dari dulu mesti korang ada baca pasal aku cerita "aku tak trust orang lain pegang nyawa aku kecuali orang yang aku kenal." Itu sebabnya aku agak berat nak balik naik bas ni.Tapi takpelah...dah kena naik aku naik aje la sebab agak tak cost effective utk aku drive sorang2 balik Kedah, ikut highway RM300 pegi balik.Ikut jalan lama RM120 pegi balik...terima kasih Kerajaan sebab buat tol.
Naik bas aje hati aku rasa tak tenteram.Mungkin sebab rutin harian aku yang aku tak dapat buat atas bas tu.....pakai tali pinggang.
Dulu, aku malas gak nak pakai tali pinggang bila naik kereta tapi bila dah ada kereta sendiri dan tengah drive ada lampu warning seat belt berkelip2 setiap masa (membuatkan aku rasa annoyed) aku pun start la pakai tali pinggang. Makin lama benda tu dah jadi macam satu benda penting pada aku tiap2 kali naik kereta jadi bila aku naik bas...aku rasa tak selamat bila tak ada tali pinggang. Driver yang bawak tu dah la kaki cucuk angin dan sekejap2 dia brake kuat-kuat.Jalan agak jam hari Ahad hari tu,aku rasa sebab banyak kenderaan nak ke Kepala Batas sebab ada konvensyen Pakatan Rakyat.Penang..jam teruk.Stuck kat Penang agak lama sambil sekali sekala terhuyung hayang ke depan sebab driver bas yang brake macam cilaka.
Dalam kepala aku dah terbayang dah kes-kes bas ekspress eksiden yang makin kerap jadinya.Dalam imaginasi aku,aku duk berfikir,kalau bas ni melambung,kat mana tempat paling selamat untuk aku berpaut.Semua fikiran tu datang sebab aku takde tali pinggang.
Mungkin bagi orang yang tak pakai tali pinggang masa memandu,dia takkan rasa kebagusan dia.Samalah jugak macam aku masa dulu2 pakai helmet biasa aje naik motor...lepas helmet aku kena curik (aku balik dari Cyberjaya ke rumah tak pakai helmet..SYAITAN PUNYA PENCURI, nasib baik aku tak kena tahan) aku terpaksa pakai helmet kedua aku,sebijik helmet full face.Mula-mula memang rasa segan gak la nak pakai,tapi lama-lama aku rasa biasa aje.Kemudian pada satu hari,aku keluar gi kedai pakai helmet member aku yang half cut aje helmet dia...pergh..aku rasa seolah-olah kepala aku sangat2 terdedah.Macam tak pakai apa-apa.Semenjak dari hari tu barulah aku belajar appreciate helmet full face aku betul-betul.Lepas2 tu,aku bawak motor,tak berani aku nak pakai helmet biasa.
Bila sesuatu benda tu dah jadi rutin,once kita tak dapat buat benda tu,mesti kita akan rasa macam something missing. Sama macam kalau kau keluar rumah,mesti kau akan bawak benda mcm wallet, kunci,r okok, lighter..tapi bila satu benda tu tak ada..ada rasa pelik tak? Sebab tu bila aku naik bas hari tu,aku rasa seolah-olah ada satu benda yang tak lengkap.Tali pinggang yang akan hold aku dekat seat aku dan mengelakkan aku daripada tercampak keluar.
Kerajaan nampak berdolak-dalih dalam soal keselamatan bas ekspress ni tapi aku bertanyalah kepada kerajaan (untuk kali kedua)...
"Jika kereta yang bawak 5 orang perlu seat belt...kenapa bas yang bawak 32 orang tak perlu?"
Dah berapa kali kejadian sama berulang, sampai bila nak belajar? Cukai kenderaan punya la tinggi! Safety features tak nak pulak disubsidikan! Bas ekspress pun makin lama makin uzur, apa cerita ni? Dua hari lepas dalam TV, ada perbincangan media dengan pihak JPJ pasal penguatkuasaan undang2 tali pinggang dalam bas. Jawapan JPJ...semua bas kita masih bas lama.
Nak jadi negara maju, kena la cergas sikit. Dah 5 tahun, tak ada apa2 perubahan pun. Takkan nak kena tunggu Menteri tercampak dari bas baru nak bergerak? Orang naik pengangkutan awam untuk save duit. Tapi takkanla sebab save duit, tak nak save nyawa?
Jika kerajaan ni bagus, minggu depan tolong usul dan laksanakan akta tali pinggang dalam bas! Tolong lah efisien. Takkanlah pembangkang nak bangkang benda elok kan? Selagi tak ada tali pinggang dalam bas ekspress, semua kenderaan rasmi Kerajaan tak boleh ada bumbung, amacam?
GST LAJU AJE DIA NAK BUAT SIAP IKLAN MACAM-MACAM DAN CLAIM RAKYAT DAH TERIMA GST.
Pandai kau lah rakyat terima GST.
Cukai sekarang ni pun aku tak nak bayar.

...............

10 ulasan:
gst punya iklan memang lawak habis. entah apa2
aku curi lagi sekali ayat kau mantot..kali ni yang ber -bold- tu..jangan risau aku letak nama kau kat ujung sebagai kredit..
maaf yg pertama aku x bagitau. mohon jangan marah..
Aku pun fikir benda sama
Pernah sekali aku balik johor dapat seat paling belakang sekali, paling tinggi sekali
Kalau orang beromen dalam bas pun boleh nampak le
Bila bas mula exit highway pagoh, lalu pulak jalan lama, feh! melambung tak payah cakap lebih laa..
Masa tu aku dah terfikir, kalau bas ni melambung, aku rasa aku meninggal dulu kot.
Kesian awek yg duduk sebelah seat aku...terlambung-lambung dia
kau harapkan org malaya naik bas pakai seatbelt? hehehe bawak kereta sendiri pun malas pakai, jgn harap laa. lampu isyaratpun malas nak guna, dah pukul 8pm pun lampu masih taknak buka, bila hujan memandu sambil pasang hazard light, memandu sambil guna hp/texting dan blah bluh blah.
bro, welcome to the third world mentality.
Positive
scary terlebih bila nak naik bas sekarang ni.
Pak menteri x naik bas....pandai ckp je...da mati beramai2 pn xde sape kesah nk kuatkuasakan...baik kerajaan atau pengendali bas.....pasangla seatbelt lilit 1 bdn...bas kokak ni tetap diberi peluang utk bergerak walaupun dah lebih usia ditetapkan....alasan utk bantu industri....bullshit la woiiiii
Nah, baca ni kenapa bas sebenarnya tak perlukan tali pinggang keledar:
http://publictransport.about.com/od/Transit_Safety/a/Why-Don-T-Buses-Have-Seatbelts.htm
err.bang..
kau baca ke tak apa yang kau pastekan?
dia cerita pasal bas sekolah dalam bandar yang mempunyai speed limit 35mph atau lebih kurang 65km/j.oleh kerana majoriti bas sekolah akan mematuhi had laju tersebut, risiko pelajar tercampak akan berkurangan membolehkan ketiadaan tali pinggang dibolehkan...
dalam bas ekspress yang bergerak 110km/j atau lebih, mana lagi selamat, ada tali pinggang atau tak ada tali pinggang?
jawapan dia mudah aje. mana lagi baik, ada atau tak ada?
Ding sang tolong jangan copy paste sahaja..guna otak
Catat Ulasan