Mei 02, 2014

Kerajaan Akan Perkenalkan Dasar Hujung Minggu Pejabat Mesti Tutup Bila Matahari Terbit Dari Barat

Membaca surat khabar hari ini, ada dinyatakan kerajaan akan mengambil langkah menggubal dan menambah baik akta dan undang2 berkaitan hak pekerja.

Oleh kerana kita tahu kerajaan kita adalah sebuah kerajaan yang bekerja cara "at the moment", jadi lebih selamat kalau aku assume ini semua hanyalah hot air propaganda kerajaan. Nak tau beberapa contoh lain? Tunggu hari guru nanti dan tengok berapa banyak janji2 kerajaan akan tabur kepada guru-guru untuk sedapkan hati guru-guru. Perlu diingatkan, ini semua aku reka sendiri dan aku tak rujuk mana2 buku pun jadi tak perlu kau bukak buku dan carik frasa "management using the system of at the moment concept."

Dalam bidang pengurusan pun sama. Banyak majikan dan pengurus yang lebih mengutamakan at the moment concept ni. Kalau kau nak kenal orang2 camni dalam hirarki pejabat kau, dia ni adalah orang yang ada pangkat yang akan buat apa saja keputusan yang sesuai untuk pada masa itu, tanpa memikirkan masa depan nanti. Dia plan untuk hari ni dan petang tu.

Banyak manager2 yang aku dah lalui yang lebih mengamalkan konsep ni dalam mentadbir sebab, aku tak tau lah kenapa, orang2 yang dilantik akan lebih mementingkan periuk nasik sendiri dan kedudukan sendiri terlebih dahulu. Tidak ramai orang yang nak buat sesuatu untuk long term gain, semuanya kejar short term gain.

Ramai yang takut mati dulu kot sebelum rasa benefit?
Entah lah.

Di Malaysia, benda yang paling merencatkan development negara kita sebenarnya adalah cara kita bekerja, Kita bekerja menggunakan Chinaman System. It's all about now and it's all about me. Kalau kau tak percaya benda tu kau cuba kerja dalam 4-5 tahun, kemudian kau tengok balik dah kat mana kau sekarang. Apa perubahan yang berlaku pada kau? Adakah kau dah improve? Improve tu bukan bermaksud dari segi gaji tapi dari segi human capabilities.

Kita, kerja untuk capital. Kebanyakan kita bekerja, target kita adalah gaji. Gaji, gaji, gaji, gaji. Skill development kita terencat. Tapi kita tau benda ni. Kita sedar. Kita bukan bodoh benar sampai tak sedar benda tu. Cuma, kita tak tau macam mana nak kembangkan lagi diri kita. Sebab kebanyakan antara kita, ditekan oleh the Chinaman System.

Pagi petang siang malam untuk kerja. Hari Rabu, wife aku pegi talk guru-guru, penceramah kata guru-guru sepatutnya pentingkan kepentingan tugas guru dulu sebelum kepentingan peribadi. Bullshit gila kau nak apply The Chinaman System kepada sistem pendidikan kita.

Bagaimana nak mengenal pasti sama ada kau adalah sebahagian daripada sistem Chinaman ini? Hidup kau untuk kerja, sehinggakan pada bila-bila masa pun jika kau diarahkan bertugas, kau akur, tanpa ada apa2 imbuhan tambahan. Paling senang, kau takut dengan  majikan kau jika kau tak dapat bekerja pada waktu yang kau tak sepatutnya bekerja.

Itu, adalah masalah mental yang dibawa oleh The Chinaman System.

Dari dulu, aku dah kata, masalah paling besar mengenai kualiti hidup di Malaysia adalah bila kerajaan membenarkan syarikat2 meletakkan frasa "Syarikat boleh meminta anda bekerja pada mana2 waktu yang diperlukan tanpa syarikat perlu membayar apa2 imbuhan melainkan atas budi bicara syarikat."

Ramai yang tak setuju dengan frasa tu tapi sebab nak kerja, ramai yang sign. Cek kontrak kau! Mesti ada.

Bila kerajaan dah benarkan syarikat2 ni letakkan syarat2 macam tu dalam kontrak, yang mangsanya nanti, adalah pekerja. Tengok lah betapa berat sebelahnya bargaining power pekerja dengan majikan, ramai pekerja yang kena tindas, takut nak mengadu sebab takut kehilangan kerja.

Dan di sinilah failure terbesar kerajaan Malaysia sekarang ni. Jika kita nak menuju menjadi negara maju, ada beberapa benda yang perlu diubah dan perlu diperkenalkan.

1. Pengenalan dasar tutup pejabat selepas 6 petang compulsory
2. Pengenalan dasar triple pay jika perlu bekerja overtime meliputi SEMUA LEVEL
3. Pengenalan dasar hari minggu adalah hari untuk keluarga atau skill enhancing time COMPULSORY
4. Pengenalan dasar severance package untuk semua khasnya pekerja swasta
5. Pengenalan dasar gaji minimum mengikut jam
6. Perubahan kepada akta untuk menghalang syarikat mengenakan syarat2 yang tidak munasabah dalam kontrak pekerja dan majikan

Nak jadi negara maju...kita kena let go The Chinaman System ni. Tapi yang menghairankan aku bila aku selalu menghadapi situasi camni;

"Seorang pekerja punyalah berapi nak mengubah apa saja yang dia rasakan tak betul dalam sistem management pejabat dia dengan bermacam idea dan dia juga sedar pelbagai improvement yang boleh dilaksanakan. Tapi bila dia telahpun dipromote ke atas, dia akhirnya jadi macam orang2 yang dia duk kutuk selama ni dan jadi tukang angguk dan tukang geleng."

Pelik bang. Apasal la benda tu terjadi kat majoriti orang2 yang dapat pegang kuasa? Takut? Dah kena pegang telur? Tau yang meredah lautan api akan membuat kulit terbakar? Tak ramai yang berani nak redah lautan api kot?

Itulah dia mangsa2 The Chinaman System, satu sistem yang sangat efektif untuk memastikan yang pekerja, terus patuh bekerja. 

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebab itu kita kena sokong TPPA kerana syarikat yang akan berniaga di negara ini adalah syarikat yang lebih beretika dan mampu memberi gaji dan manfaat yang lebih baik.

Penentang-penentang TPPA sebenarnya didalangi oleh syarikat-syarikat Chinaman tempatan yang sebenarnya tidak mampu untuk menjaga kebajikan pekerja.

Apabila TPPA dimeterai, lanskap yang selama ini menekan pekerja bakal berubah, Insyaallah.

arif berkata...

Ak sbgai rakyat yg bekerja, tiada jalur lebar pantas dan tidak dpt tgk tv kerana di monopoli senetron dan drama2 sampah yg membuat anak bini aku lalai serta akhbar3 yg tidak dpt menarik minat utk ak mmbca stlah melihat frontpage yg bangang.. Persoalannya.. Ak x pnh didedahkan dgn TPPA.. Apa tu? Kedua.. Apa cara yg terbaik utk aku yg diantra pulohan ribu org ceruk kmpung yg x dpt saluran yg dpercayai kesahihan satu2 maklumat itu.. ?

Tanpa Nama berkata...

dah la macam2 la ko mantot. chinaman la apa la... tak suka dgn sistem kerja ko, berenti je la bukak bisnes sendiri cari duit sendiri. byk komplen pulak

Tanpa Nama berkata...

booo anonym 4:50:00 aku x ber etika sebab boo orang dan aku berani sebab identiti aku pon anonym je. boooo lagii

air gunung berkata...

Heheh.kamu anon 2 ekor kat atas lawaklaaa.kah kah kah kah.minda gorila..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aku xrasa pun chinaman system..sbb yg ajar aku keje balik lambat atau masuk keje pd sbtu ahad tanpa claim pun melayu jugak..dh disemai utk bekerja untuk kepuasan..bkn bekerja utk DUIT..2 yg bla 25hb mc..semuanya melayu..tp bla aku bekerja mcm ni semua org ckp aku kipas jepun..yg 2 pun melayu gak..tp bla kau amek tau semua isu dlm dept kau..n kau wat improvement..tp subordinate kau lepas tgn..n yg 2 pun melayu gak..hahahaha..jg bangla pun lg senang..hahahha..

Fara Abdul berkata...

Setuju. Hidup bkn utk berkerja je. Perkembanga diri xde, aktiviti hanya utk kerja dan kelangsungan hidup je. Adeh, hidup apa mcm ni?

Lagipun, kerja kuat sampai sakit bkn nya kompeni nk tolong. Sampai masa pekerja akan diberhentikan dan diganti dgn org lain.

Totol berkata...

Slm. Setuju tapi kita sendiri yg terima Chinaman mentaliti... over reliance pada kerja utk hidup. Tak yakin dengan Allah... rezeki dia bagi. Semua dah ditentukan rezeki masing2 jadi kalu rasa ditekan ... blah. Buat kerja lain else terus ditekan. Thats Chinaman mentaliti bukan Muslim mentaliti.

Tanpa Nama berkata...

Look. A simple phrase for this is "Kampeni aku own, aku punye suka la. And if you dont like it, just send yr resign letter." concept applied to people like you. Igt kampeni tu senang ke na bg ko duit bbyk. Aku senang je. Ko x suka ko blah. Ko suka ko kje.