Ogos 19, 2013

Setelah Lama Tak Berjumpa, Sepupuku Tiba-Tiba Jadi Hot Lalu Kuhulurkkan Tangan Bersalaman dan Ku Kucup Tangannya

Macam mana raya?
Ada rasa seronok?

Cuba imbau kembali time raya yang baru sudah ni. Ada tak waktunya kau berada dalam dilema? "Dilema apa kau maksudkan ni?" tanya kau. Aku selalu tulis pasal benda ni. Cuma dulu lepas aku tulis dulu, ramai kata aku tak sporting. Aku, masih lagi tiap2 kali raya, dalam dilema. Dilema bersalam dengan orang yang tak patut aku salam. Aku harap kau pun sama lepas ni.

Mungkin pada kau benda ni kecik, takde masalah, takde perlu dirisaukan. Even dalam agama sendiri dah kata, kalau terpaksa, sambut aje la salam...tapi, berapa lama lagi nak kena sambut? Kau ada menghadapi dilema tu? Aku rasa yang lelaki ni, lebih ramai menghadapi dilema macam mana nak salam dengan sepupu yang tiba2 jadi hot.

Takkanlah orang kita susah benar nak paham, sepupu laki dengan pempuan, takleh salam. Menantu dengan adik beradik mertua lain jantina takleh salam. Susah benar ke nak paham?Ataupun, dalam keadaan macam ni, ikatan kekeluargaan tu dah oevrwrite hukum yang sepatutnya digunapakai?

Ye lah, kadang2 ada sesetengah family sepupu sepapat ni diadah jadi rapat sangat sehinggakan dah jadi macam adik beradik. Jadi abang sepupu dah dianggap macam abang sendiri, mak bapak si gadis ni pulak yang mengarahkan anak gadis gi salam bukan mahram dia.

Kau ada alami dilema tu masa raya hari tu?

Kalau kau ada menghadapi dilema time nak bersalam-salaman ni, satu cara yang aku perasan berjaya setakat ni, adalah dengan tak hulur tangan dulu. Tak kiralah apa cara sekalipun. Kemudian kau tunduk hormat macam orang Jepun..sambil cakap "HAIT!"

Insya Allah raya tahun depan takde dah orang nak salam dengan kau.

Seriously, benda ni memang payah nak diperbetulkan. It will take time. Tapi kita harus start somewhere. Once kau dah terasa ada dilema dalam diri kau nak bersalam-salaman dengan sepupu2 kau tu adalah satu permulaan yang bagus. Pepatah orang Melayu mengatakan, yang tua ni banyak pengalamannya. Tapi dalam bab, aku rasa, kita tinggalkanlah budaya melayu ni yang merepek, kuno dan salah.

Kalau mak bapak kau tegur kau sebab tak bersalam-salaman ni...kau tegur diorang balik. Sebab kadang2, untuk certain situation, untuk buat benda betul, kita kena buat benda yang semua orang katakanlah salah. Tegur mak bapak kau kalau diorang tak sedar yang benda tu salah. Kemudian tegur lah lagi sapa2 lagi, atuk kau ke, nenek kau ke, makcik kau ke, kalau ada yang sound kau sebab tak nak salam "adik-beradik" kau.

Baru rock! Sebelum ada orang "ini semua benda kecik! Mantot, kau aje yang lebih2 pasal benda ni!" Aku nak jelaskan, kau salah. Yang ada rasa dilema, aku ucapkan, tahniah!

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa gambar macam tu? Nak muntah darah je rasa T_T Setuju pasal benda ni. Tak bersalam dgn ipar duai pun kena pandang slek, aduhh. Dosa la oi

Tanpa Nama berkata...

mantot..
kau memang memahami masalah aku terbesar di hari raya. sepatutnya bole kurangkan dosa sbb bermaafan tp dh jd terbalik plak.

from cikgu tingkatan

AzmanV2 berkata...

Do what my mom always do, wear gloves.

Lelaki pun patut implement pakai glove ni. ada yang tak reti bahasa jugak, tak payah nak bertekak.

Carlos Santiago berkata...

argghhhh.. gambar ko letak buat aku strok.

Unknown berkata...

sy pakai tudung labuh... ade gop kezen2 zauj hulur tgn.. adehhhh..

NenetPenne (NP) berkata...

hazabbb aku tengok gambar tu

aku kalau tak nak salam, aku angkat tangan jer pastu aku senyum..

Tanpa Nama berkata...

Takde dilema coz My Fmily Klo rya ikut cara Islm. Tkde Kunjung mengunjungi ..Sedre aku pun tkde,cmne nk berslm? KEH2..KWN2 aku pun dh mti..keh2..

Tanpa Nama berkata...

Takde dilema coz My Fmily Klo rya ikut cara Islm. Tkde Kunjung mengunjungi ..Sedre aku pun tkde,cmne nk berslm? KEH2..KWN2 aku pun dh mti..keh2..

onlajer berkata...

gua memang tak nak salam tapi dia orang yang gatal nak salam dengan gua

Azri berkata...

Azman V2 FYI....kalau beralas pun dikira haram.sebagai langkah berhati2.

Tun Bija Sura berkata...

TERIMA KASIH BANYAK TUAN...KERANA MENGETENGAHKAN PERKARA YG DIPANDANG REMEH OLEH ORANG MELAYU INI....!!!!! HUKUM HARAM TETAP HARAM....!!!!! "KATAKANLAH YANG HAQ...KERANA ALLAH S.W.T WALAUPUN ORANG MUNAFIK BANGANG MEMBENCI MU....." SEMOGA KITA SEMUA DIKUATKAN IMAN OLEH ALLAH S.W.T...!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku mulakan dengan tidak menghulurkan salam..

Alhamdullilah ok je mana kira bukan muhrim tu takyah salam.. apalgi budak perempuan.. sepupu sepapat ke apa..

Apapun moga Allah maafkan aku kalau ada jua yang tersalam sebab hanya menjaga hati.. tidak lebih dari itu.

insya'Allah semoga dikeringkan hati untuk tidak menerima salam dilain kali..

Tanpa Nama berkata...

Macamana cara 'menegur' datuk, nenek, ibu, bapak tanpa mereka kata ko anak derhaka krn ingkar dgn arahan mereka?

Tanpa Nama berkata...

bila nak buat open house mantot? blh kita bersalam-salaman nanti

Shahrul Yusof berkata...

Sekarang ni majoriti ramai yang dah faham bab mahram di antara sepupu sepapat. So, kalau side family aku kalau aku tak salam dengan cousin pompuan, normally parent diorang pun paham. Cuma dulu-dulu tu akan ada la mangkuk hayun yang suka sound kalau tak salam dengan cousin pompuan ni.

Tanpa Nama berkata...

jantan mana la pakai corset tu hohooho

Tanpa Nama berkata...

hahaha...sama dgn pengalaman aku beb. Aku ada saudara kat Pasir Mas. Perasaan itu pertama kali muncul semasa aku berumur 17 tahun.

Bila ziarah rumah dia untuk hari raya, KEBABOOM (explosion in my pants, sib baik ada samping)

Buatkan aku terpikir, tak pe kan kawin sepupu?

Tanpa Nama berkata...

paling gabra bila mak sedare suruh anak dia baru akil baligh, "salam gi...salam..." huwarghhhhhh!!

Tanpa Nama berkata...

Terdapat larangan dr Nabi untuk menundukkan/membongkokkan badan terhadap manusia.

Dari Anas Bin Malik, kami bertanya kpd nabi, wahai Rasulullah, apakah sebagian kami boleh membongkokkan badan kpd org yg dia temui? Rasulullah bersabda tidak boleh. Kami bertanya lg. Apakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu? Nabi bersabda tidak boleh. Yg benar hendaknya kalian berjabat tangan.
Hadis riwayat Ibnu Majah no 3702.

Klu dgn perempuan Xpyh slm n x pyh tunduk mcm Jepun Hait Hait tu. Ckp aje berdiri tgk.

Tanpa Nama berkata...

Sbb dilarang tunduk hormat:
1. Krn hal itu perbuatan org kafir kpd pembesar mereka.
2. Perbuatan tersebut menyerupai gerakan rukuk sdgkn rukuk hanyalah penghormatan dan pengagungan yg tidak boleh diberikan kecuali untuk Allah.

Rujuk Fatwa Lajnah Daimah jilid 26. Dtnda tgn oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz

X pyh tiru jepun hait hait tunduk. Salah d sisi agama.

Sekian

lkjhgfdsa berkata...

Aku dah dua tiga tahun ni memang takkan hulur tangan kat sesape yang aku takboleh salam.

Dan aku siap pakai tudung lagi bila balik kampung, atau bila sedare aku datang rumah.

Alhamdulillah, makcik ngan pakcik aku dah paham.

Tapi yang sepupu lelaki aku ni, haizz. Tak paham paham lagi. Even aku dah tolak pun diorang dengan selamba nya salam jugak.

wtf betul.

Tanpa Nama berkata...

mcm ni lah mantot,apa kata suruh jakim fatwakan benda ni haram bagi orang yg bukan mahram bersalam

plain83 berkata...

no problem psl ni di kalangan family n sedara mara aku, kitorng mmg particular bab salam2 ni, sapa yg dah capai akil baligh mmg diajar jangan dok pi sua tangan nak bersalam dgn bukan muhrim... kat tv kalo ada scene crita hari raya yg main hentam salam2 jantan betina, mmg kami akan kutuk ^^

Tanpa Nama berkata...

Oh aku pun ada masalah ni. =.='

Susah nak betulkan mindset orang Melayu.

Tanpa Nama berkata...

cara mak aku gunakan adalah pakai tudung labuh ataupun tudung yang pin depan, pastu salam berlapikkan tudung tu.tu kes pakcik2 belah bapak aku yg xpaham bahasa.hahaha.jangan tanya aku macam mana nak salam kalo pakai shawl.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama start tak salam tangan sepupu perempuan masa raya. Aku harap dorang faham la. Aku memang takkan hulur tangan, mana yang aku boleh save, aku save. Kadang ada jugakla terlanjur salam. Nak buat camna, dia dah hulur tangan, hihi.

Megah Angkasa

Tanpa Nama berkata...

yang sepupu2 dah bleh elak.. Yang tua2 ni.. adik beradik mentua berlain jantina ni.. mmg payah.. aku dah tak g salam hari ni. esok jumpe depa lak mai hulur.. salam la jugak.

Tanpa Nama berkata...

saya ada dilema,,bukan kat sepupu,,tp pak cik sepupu mak saya,,bila saya xhulur tangan kene marah,,,dilema nya :(

.......

wanitagagah berkata...

gedik nya semua. islamic konon. lain kali pakai jer sarung tangan

Tanpa Nama berkata...

Pakai sarung tangan pun ada pendapat bercangah kalau terpaksa maka pakai la sarung tangan kalau boleh elakan terus dari bersalaman yang bukan muhrim.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kalo natang pkai koset tu dtg open house aku,nescaya kaki aku la yg akn ku hulur bg mnymbut salamnya..