Oktober 31, 2012

Ah Jib Gor, You Have Disappoint Me Enough




Mikrofon dah dibagi, pentas dah pasang. Kenapa dia tak ambik peluang tu untuk address crowd dan terangkan kepada pendengar dia, "saya percaya hudud will benefit everyone of us, so don't be afraid. Trust me. I kept my promises! AH JIB GOR JANJI DITEPATI ! Saya Melayu, saya Islam..tapi percayalah, Ah Jib Gor akan laksanakan hudud tapi Ah Jib Gor akan jaga kebajikan semua orang bukan Islam. Jangan mencuri...nanti kena potong tangan! U nak romen..romen lah..tapi jangan romen orang Melayu bukan isteri suami kamu. Nanti saya rejam kamu! "

Peluang dah ada. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kuasa dah ada. Kalau orang Kristian ada visi nak Kristian-kan Malaysia..kenapa Melayu yang pegang kuasa tak nak Islam-kan Malaysia?

Pelik kan?

ps - Kalau kau ada kawan Cina, mintak tolong dengan dia..translatekan apa bunting tu tulis.

Oktober 30, 2012

Membeli Windows 8 Dengan Diskaun

Memang sebelum2 ni aku pakai Windows Pirate aje, tak pernah aku teringin nak beli yang ori. Tapi once aku beli laptop dan pakai Windows 7 Original... aku terasa yang pirate ni tah hapa-hapa sebenarnya. Mungkin kepada orang yang tak nampak , dia akan kata "Hak eleh..sama aje, ori ke pirate ke, beli pirate pun murah bai!" tapi percayalah, tak sama sebenarnya. 

Selalunya orang kata ; original software mahal. Memang la mahal tapi lama kelamaan sekarang ni software sebenarnya makin murah. Microsoft Office, Rm120. Aku pakai 3Ds Max...sekarang ni..harga dia free. Tapi still Windows harga dia makan ratusan jugak la. Lagilah bengang kalau kau beli WIndows Vista ori kan? OS yang ori pun macam haram performance dia.

Jadi, beberapa hari lepas Microsoft Windows 8 dah dilancarkan. Harga dia sebenarnya ratus2, TAPI....kalau kau beli sebelum 31 Disember 2012, kau dapat diskaun yang agak hebat jugak la. Tapi kat sini, aku just nak tunjuk macam mana kau nak dapat diskaun yang MAHA HEBAT menggunakan online key yang Microsoft akan email kau.

Syarat2 dia; 
1. Kau kena ada credit card nak beli
2. Kau kena ada line internet bagus untuk download file 2GB.

Firts step ; bukak link ni... (Link) dan tekan continue.


Kemudian isikanlah detail2 ni. AKu tak pasti sama ada menipu akan menjejaskan anything or not tapi aku isi betul2. Sebab aku nak beli 3 copy. Satu untuk aku, satu untuk wife aku dan satu lagi untuk anak aku sebab aku plan nak bagi dia laptop khas untuk tengok Upin Ipin dan tak kacau aku tengok bola.



Part penting dalam borang ni adalah ini;


Pastikan kau isi tarikh pembelian tu adalah dari Jun 2012 atau hari kau isi borang tu. Nama kedai apa semua tak kisah sangat. Kau nak taruk Kedai Komputer Nenek Belah Abah Hang Sdn.Bhd pun boleh.

Kemudian tekan send.

Kalau nasib kau baik ; kau dapat email. Dalam email, ada promo code macam ni.




Begitulah caranya untuk dapat Windows 8 murah dengan diskaun. 

Oktober 29, 2012

Please Yusof Haslam! Buatlah "Homeland" Versi Malaysia!

Sempena pembongkaran beberapa orang rakyat Malaysia yang menjadi anggota Al-Qaeda, aku nak ajak korang layan TV series "Homeland" sebab cerita tu juga mempunyai teori yang sama.


Apa sebab cerita ni best?

1. Claire Danes


2. Awek ni. Satu masa dulu aku layan satu TV Series tajuk dia "Firefly." Awek ni berlakon series tu.Tapi dia tak bukak baju dalam Firefly. Dia bukak baju (banyak kali) dalam "Homeland."


3. Siri ni seolah-olah drama yang tak ada berehat.

4. Claire Danes menangis


Layan jugak cerita ni sebab aku suka cara dia balancekan kedua-dua pihak, USA dan Al-Qaeda.
US jahat, Al-Qaeda pun ada buruknya. US baik, Al-Qaeda pun banyak baiknya. Tapi macam mana pun nak tak nak, mesti US akan jadi hero la...tapi sebagai seorang Islam, kau akan ada rasa nak sokong watak Sergeant Brody yang dah jadi seorang Muslim tapi susah nak admit dekat masyarakat dia...dia convert Islam dan dia nak balas dendam untuk kepentingan orang Islam.

Dan...buat pertama kalinya, aku boleh rasa, macam mana sebenarnya perasaan pengebom berani mati sebelum dia letupkan diri dia. Bapak ah...

Kalau ada sesiapa yang layan kita boleh buat topik perbincangan sambil aku review tiap2 episod. Sapa-sapa yang berminat nak tengok, sila tengok dari season 1.

Abu Nadzir FTW!

Oktober 25, 2012

Ketam Cuba Mengajar Anaknya Berjalan Catwalk

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini.

Jelas Dr Mahathir (gambar), kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara. "Walaupun mereka cacat, jika mereka menang atas sokongan kita, dan kesatuan kita, kita akan jadi lebih efektif kerana mereka bergantung kepada kita," katanya. Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik.

"Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi. "Saya tidak yakin resolusi daripada kongres hari ini akan diambil kira kerana mereka (Umno) tidak cukup kuat," katanya, dan menambah "kita perlu beri mereka kuasa, jadi kita akan dihormati."

Dr Mahathir turut berkata apabila Melayu semakin lemah, bangsa lain juga akan turut memandang rendah terhadap hak mereka. Beliau bagaimanapun menegaskan dirinya bukanlah bersifat perkauman.

"Saya hanya mahu mengagihkan kekayaan negara dengan adil. Kita 60 peratus daripada populasi, kita hanya minta 30 peratus, ambil lah yang bakinya."

Mengakhiri ucapannya, Dr Mahathir kemudiannya menyeru Melayu untuk melihat diri sendiri dan mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. Menurutnya, beliau turut berbangga kerana ramai antara masyarakat Melayu berjaya menjadi jutawan dan hartawan, malah ada yang menempa nama di persada antarabangsa tanpa bantuan kerajaan.

"Kita perlu tanya diri kita sendiri, adakah kita gagal kerana gangguan orang lain? Kerajaan tidak membantu kita? Atau kita tidak beri peluang kepada diri sendiri," katanya lagi.

..............

Ketika ditanya mengenai pencalonan untuk FFM kali ini, Yusof Haslam yang merangkap Timbalan Pengerusi Penerbit Malaysia (PFM) menjelaskan, penyertaan dibuka kepada setiap filem yang telah mula ditayangkan antara 27 Oktober 2011 sehingga 31 Oktober tahun ini dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 November depan.

FFM25 yang bertemakan ‘Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas’ dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama PFM akan diadakan pada 26 hingga 30 Disember depan dengan malam kemuncaknya bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

"Semua filem layak yang layak bertanding kemudiannya akan disaring untuk ke 'top five’ atau ’top 10’ (yang akan umumkan nanti),” katanya.

Yusof turut mengulas mengenai industri perfileman yang semakin berkembang dan kelihatannya semua orang seperti ghairah mahu membikin filem.

"Seperti yang kita tahu, lambakan filem yang dihadapi industri kita sekarang menyebabkan penonton menjadi lebih selektif dalam memilih filem yang ingin ditonton di panggung wayang dan maaf cakaplah, kebanyakan filem yang dihasilkan sekarang adalah rendah kualitinya.

"Sebenarnya, cukup susah untuk membuat filem kerana filem memerlukan penelitian yang lebih serta seseorang itu juga harus mempunyai ilmu bagaimana untuk menghasilkan filem yang baik serta berkualiti,” katanya.

Yusof turut berpesan, seseorang penerbit itu juga perlu membuat filem berdasarkan kepada selera penonton atau memilih topik yang dekat dengan hati penonton kerana kuasa beli adalah datang daripada penonton itu sendiri.

Oktober 24, 2012

Smartphone Baru Launch! Dua Ribu! Murah! Berbaloi Dengan Spesifikasi Dia!

Semalam baru launching Ipad baru menggantikan Ipad "lama" yang baru aje keluar bulan 3 dulu. Dalam sehari dua ni, aku akan cuba menjauhkan diri daripada "ifag-ifags" yang ramai sebab selalunya, percubaan diorang ni untuk jadi promoter Apple products adalah pekerjaan part time diorang. Walaupun tak berbayar...diorang akan buat.

Tapi itu bukan hal yang aku nak utarakan hari ni. Walaupun aku suka kutuk "ifaggers " atau "ifaggots" ini..aku kagum dengan diorang.

SDiorang kaya. Aku kagum gila babi macam mana diorang mampu beli benda-benda tu yang setiap masa akan direfresh dan setiap kali keluar yang baru, diorang akan upgrade. Tak kiralah iphone ke, ipad ke,Mac Book Pro ke, Air Pod ke, Lightning cable ke...diorang tetap akan beli.

Sebelum ada sesiapa marah..dalam kamus hidup aku, "ifaggot" bermaksud

ifaggot ~ a person who bought any new Apple product to replace a product he/she is currently using eventhough there is nothing wrong with it. He/she can be considered an ifaggot only if he/she fullfills these 4 criteria

a. felt it is compulsory to upgrade even if there's nothing wrong with his/her equipment

b. an hour after upgrading, self volunteer to promote any Apple products he/she owns for self fulfillment

c. look down on people who still don't upgrade to the latest Apple hardware or those who do not buy Apple products. Get angry when they are told "I don't actually like Apple products."

d. felt the need to only "lepak-ing" with fellow Apple owners for the need to look uniform, presentable and sleek when they are together.


...................

Jika anda mempunyai keempat-empat ciri di atas ; anda adalah "ifaggot." Jika anda hanya mempunyai 3 atau kurang sifat di atas, anda hanyalah "ipoyo." Lebih teruk lagi, anda mempunyai mana2 ciri di atas...tapi anda langsung tak ada barang2 Apple. Anda adalah "ilosertimes10."

Okeh, kembali kepada topik serius...

Macam mana korang mampu beli barang camtu 6 bulan sekali? Gila apa? Aku ada baca status, "wow...ipad3..seribu aje..murah..!" Gila ke apa? Kita bukan orang negara maju. Ekonomi kita tah mana2. Matawang kita still tengah proses recovery. Kerajaan kita buat2 macam banyak duit.

Tapi kita boleh kata "ipad3 = Rm1000 = MURAH" ?

Kalau duduk US, harga dia dalam USD299/399. Kalau duduk UK, harga dia GBP229 (rasanya)..gaji diorang USD3000,GBP3000...gaji kita pun RM3000.

Macam mana kau boleh kata benda tu murah?

Benda ni juga sangat obvious dalam bab2 phone sendiri. Dekat negara maju, banyak phone yang dibeli ikut carrier (kita panggil telco) dibagi free aje. Even subscription pun dalam berapa dollar. Adik aku duduk UK, internet 5MB dengan TV Satelit GBP 20 pound pun orang kata mahal. Tapi kita mampu bayar untuk Unifi RM149 tambah Astro RM75 (contohnya) dan kita kata benda tu affordable.

Kita kaya atau kita gila?

Aku tak rasa majoriti kita kaya. Aku rasa kita dilatih untuk consume benda2 ni tak kiralah berapa banyak cost dia. Benchmark kita untuk accept sesuatu barang tu diconsider mahal sangat2 lah tinggi. Kita consider kereta Rm70 ribu itu affordable...tapi kat negara maju, kereta 70 ribu adalah kereta orang2 yang tak tau nak buat apa dengan duit.

Kesimpulannya;
Aku takde smartphone dan aku jeles. Aku teringin nak jadi ifaggot. Mesti cool rasanya.

Oktober 23, 2012

Orang Cina Yang Sokong Pakatan Juga Menyokong Negara Islam


"Lina Joy boleh tukar agama dia.."


"Hoi!Jangan cabar orang Melayu!"


"Nak hudud? Langkah mayat saya dulu..."


"Hoi! Ini Malaysia! Negara Islam!"


"Malaysia tak boleh jadi negara Islam. Kita adalah sebuah negara sekular.."


"Hoi! Bangun Melayu semua! Sedarlah. Bangun dan selamatkan bangsa kita!"


"Saya ada sex video. Saya tak mau negara Islam. Kenapa orang perempuan Melayu kalau nak bersalam kena pakai sarung tangan? "


"Dia tak mau ada germ infection tu.."


" Kalau sokong Pakatan....PAS akan laksanakan
negara Islam, orang Cina kena sunat! Tinggal panjang ni aje!"


"Betul la tu. I pun tak nak hudud2 ni. I terima ini undang2 Tuhan, 
tapi hudud tak berpaksi kepada realiti."


Selagi BN memerintah,
selagi itulah janji Najib dalam video di atas akan dipegang.
Sesuailah dengan slogan popular pentadbiran Najib.

"Najib berjanji hudud tidak akan dilaksanakan bawah BN.
Janji ditepati."

Oktober 22, 2012

10 Perkara Mengenai Final Piala Malaysia 2012

1. Entah kenapa...semua negeri yang penyokong dia hardcore bolasepak tempatan adalah negeri di mana PAS memerintah atau berpengaruh besar. Kedah,Kelantan,Terengganu

2. Kesian aku tengok keeper ATM...dengan bola bouncing merata2 atas padang yang tak rata. Memang senang nak salahkan keeper macam commentator buat...cuba kita suruh commentator jadi keeper.

3. Keadaan padang tu membuatkan bola sepak kita nampak sangat2 amatur.

4. Zaq One? Hai-O? Ejai? Ni player bolasepak professional atau player bolasepak yang tengah main peringat zon pakai nama kat jersi camtu? Apa kejadahnya? Apa kerja FAM sebenarnya kalau benda2 camtu pun takde guideline?

5. Masya Allah jersi Kelantan. Sampai satu masa nanti, nak letak logo persatuan pun tak cukup sebab jersi dah penuh dengan sponsor.

6. Lakonan terbaik malam itu, Norshahrul Idlan Talaha kena siku...meraung2. 4 orang datang usung stretcher bawak dia keluar. Sampai kat track, bangun sengih puas hati. Mungkin balasan untuk orang yang menyiku.

7. Walaupun aku tak berapa setuju tapi aku kagum dengan kawan wife aku yang bawak anak dia umur 7 bulan gi stadium satu family, sebab tak ada pengasuh. Agak gila tapi kagum.

8. Khairul Fahmi.....walaupun aku menyampah dengan exposure yang dia dan orang keliling dia dapat (ramai benar selebriti segera wujud lepas ada skandal dengan Khairul Fahmi) tapi malam final tu..dia memang perform. Blog-blog gosip pasti gembira.

9.  Menonton di rumah dengan mendengar commentator Dez Corkhill dan Abbas Saad membuatkan anda rasa teruja....mendengar commentator berbahasa Melayu membuatkan anda rasa nak tekan butang mute.

10. Dalam era tahun 2000...final tahun 2012 adalah final terbaik setakat ni daripada segi kualiti permainan dan kerancakan game.Gol Indera Putra world class.


Oktober 19, 2012

Hari Istimewa Haris dan Haryati Bertukar Jadi Tragedi

Hari ini adalah hari istimewa buat Haris dan Haryati.

Tanggal 12 Disember 2012 adalah hari yang sangat istimewa kerana pada hari ini, mereka bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Pagi itu sudah selesai majlis akad nikah. Syukurlah, dengan sekali lafaz sahaja, Haryati sah bergelar isteri kepada Haris dan Haris pula naik pangkat jadi suami.

Haris melepaskan nafas yang dari tadi ditahannya kerana rasa gementar teramat sangat dirasakan. Haryati tersenyum gembira sambil air matanya menitis...ibunya di sebelah dari tadi tidak henti menangis. Sudah hampir berapa liter air mata tidak disukat jumlahnya. Haris tersenyum gembira lalu memanjatkan tangan berdoa tanda bersyukur kerana akhirnya berjaya juga selepas berkawan beberapa tahun.

Hari itu adalah hari yang sangat emosional untuk kedua-dua belah mempelai dan keluarga.

"Kita kena berangkat balik ke rumah ni, sekejap lagi aturcara dah jalan," pesan ayah Haris kepada Haris. Haris mengangguk lalu dia bangun menuju ke arah Haryati. Haris melutut di depan Haryati.

Haryati senyum.

Pengapit lelaki pada hari tu rasa nak muntah melihat gelagat romantis rakan baiknya.

...........

Meriah suasana hari itu. Suasana agak riuh dengan suara orang ramai berborak dan muzik gamelan yang dimainkan secara live oleh kumpulan yang disewa hari itu. Agak bernasib baik juga dewan yang disewa itu dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin yang menyamankan sedikit suasana.

Haris malu2 apabila disuruh oleh kawan2 mereka supaya menyuap makanan kepada Haryati. "Ris! Sporting la sket. Bukan selalu orang suruh kau suap makan!Wakakak!" selamba salah seorang rakan mereka bergurau.

"Ehem..ehem...assalamualaikum semua!" laung seorang kanak2 di mikrofon. "Ada apa ni?" Semua tetamu memandang ke arah pentas berhias yang terletaknya pelamin. Sebuah layar projektor sudah siap dipasang.

"Bila masa u upah I punya anak buah jadi pengacara ni?" tanya Haryati. "I saja buat surprise sket untuk U..." jawab Haris manja.

"Assalamualaikum semua. Saya Apis, anak buah Pak Lang Haris dan ni Nabila, anak buah Mak Su Haryati," kata Apis. "Kami kena paksa dengan Uncle Haris  jadi pengacara. Tapi sebab dia belikan saya PSP, saya kata boleh jadi.."

Seluruh dewan gelak ketawa melihat keletah kedua-dua kanak2 itu.

"Sebenarnya, kami ada sini sebab nak tunjuk kepada anda tetamu semua video bagaimana Uncle Haris dengan Aunty Haryati berkenalan..saya tak dapat PSP pun, Aunty Haryati kedekut!" kata Nabila sambil ketawa menutup mulut.

Satu dewan ketawa riang. "Boleh mula video sekarang?" tanya Apis. Dewan ditutup lampunya. Keadaan jadi gelap. Sunyi. Video mula terpapar di skrin.

Muzik lembut mula beralun meresapi telinga semua tetamu. Video mula memaparkan gambar zaman kanak2 Haris dan Haryati. Kemudian zaman ketika mereka bertemu dan bercinta sejak dari sama-sama belajar di United Kingdom sehinggalah zaman pekerjaan mereka yang kebetulan pula bekerja dalam syarikat korporat yang sama.

Apabila video habis, semua tetamu bertepuk tangan. Ada yang mengalirkan air mata. Haryati meletakkan tangannya ke atas tangan Haris lalu digenggamnya kuat2. Haris senyum.

"Mama, mama.." tanya Nabila sambil mikrofon masih dekat di mulut. Kakak Haryati yang dari tadi berdiri berdekatan anaknya mengangkat jari ke mulut menyuruh anaknya berhenti bercakap.

"Mama..mama...kenapa Uncle Haris dengan Aunty Haryati pegang2 tangan masa diorang kat obersea? Mama kata Uncle Haris dengan Aunty haryati baru kawin pagi tadi? Bila diorang pegi tangkap gambar pakai baju kahwin tu?" tanya Nabila ikhlas, didengari oleh seluruh dewan.

Haris cepat2 mengambil seketul ayam lalu digigitnya. Haryati rasa seperti nak tercekik daging rendang di tekaknya. Kedua-dua ibu bapa pengantin mula keluar meninggalkan dewan, pura-pura kononnya ada VIP baru sampai dan perlu disambut.

Oktober 18, 2012

Peragut Pun Ada Perasaan

MELAKA – “Kau silap orang lah kalau nak ragut,” kata seorang remaja perempuan yang berang selepas  berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut begnya di Telok Emas, di sini, malam kelmarin.

Peragut yang salah sasaran bukan sahaja tidak dapat menikmati RM2 hasil aktiviti jenayahnya, malah lebih malang dia turut ‘diganyang’ mangsa berusia 19 tahun.Mangsa nekad mengejar lelaki terbabit selepas mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer dengan menunggang motosikalnya.

Sinar Harian difahamkan, penduduk kampung berhampiran turut membantu mangsa menghalang suspek berumur 21 tahun itu melarikan diri sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, mangsa ketika ditemui berkata, dia yang mengesyaki sesuatu terus menghafal nombor pendaftaran motosikal  suspek sebaik sahaja suspek menutup lampu hadapan motosikalnya ketika di persimpangan lampu isyarat Kandang/Alai.

“Saya meneruskan perjalanan dan tidak sedar bila dia menghampiri kerana laluan di situ gelap. Tiba-tiba dia ragut beg saya hingga menyebabkan telefon bimbit saya dalam jaket yang pakai turut terjatuh.
“Tanpa berfikir panjang, apatah lagi keselamatan diri, saya terus kejar lelaki terbabit yang melarikan beg saya memasuki simpang ke Taman Seri Emas,” katanya.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, suspek jatuh terpelanting dari motosikal selepas cuba menendang motosikalnya.

“Dia cuba tendang motosikal saya tetapi saya dapat elak, malah saya sempat baling air minuman yang saya bawa balik dari tempat kerja. Selepas itu dia jatuh di sebelah longkang.

“Mula-mula saya ingat dia sudah mati sebab dia langsung tak bergerak tetapi seorang pakcik memeriksanya berkata dia masih hidup. Saya tidak dapat kawal diri lalu memukulnya.

“Ketika itu juga saya berkata ‘Kau silap orang lah kalau nak ragut. Kau buat macam ni seolah-olah kau hina perempuan. Kalau perempuan lain mungkin boleh jerit macam tu sahaja tapi dengan aku, aku kejar sampai lubang cacing,” katanya.

Menurutnya, dia yang masih trauma bagaimanapun menguatkan semangat untuk ke tempat kerja keesokan hari apabila disuruh ibunya dan menasihatkan supaya wanita lain berhati-hati serta tidak cuai sepertinya.

.............

Tergelak aku membaca yang gadis ini kata dia masih trauma...aku rasa yang trauma adalah peragut tu. Kau bayangkanlah...lepas ni dia konfem kena gelak dengan member2 peragut dia. "Kah kah kah lu kena belasah dengan pempuan bro!" "Wakakaka...kau kena baling dengan air bro!" atau yang lebih klasik, "gua dah pesan dah..lu tak sesuai meragut secara open ni. Lu gi la meragut secara sembunyi2. Jadi la driver teksi tak nak pakai meter ke,!"

Peragut juga ada hati dan perasaan apa? Kah kah kah.

Aku wish ramai lagi orang macam minah ni, barulah Malaysia ni selamat. Sebab kalau kau dengar nasihat orang, selalunya diorang kata "kalau kena ragut, biarkan" atau "kalau kena rompak, jangan melawan".


“Barangsiapa yang gugur karena mempertahankan hartanya,maka ia mati syahid; 
barangsiapa yang gugur karena mempertahankan agamanya, ia mati syahid; 
dan barangsiapa yang gugur karena membela keluarganya, maka ia mati syahid.” 

(HR Buhari, Muslim dan Tirmidzi.

Kalau kita semua tak berani melawan, bukankah itu sebenarnya memberi peluang kepada penjahat?Pasal hadis di atas ni, ada aku baca hukum dia WAJIB, ada jugak aku baca hukum dia HARUS. Terpulanglah kepada mana satu kau nak ambik. Yang penting...selagi kejahatan tak dilawan, selagi tu lah kebaikan takkan ganti kejahatan.

Cuma masalahnya, sekarang ni, ramai yang takut mati. Kita semua tau bila2 masa kita boleh mati, tapi kalau diberi pilihan mati mempertahankan harta atau mati sebab sakit tua....ramai yang pilih sakit tu kot rasanya.

Oktober 17, 2012

Food Review : KFC Double Down

Aku baru try KFC Zinger Double Down semalam. Itupun tergerak sebab aku tengok gambar upload member aku berserta caption "ini adalah kali kesepuluh aku makan Double Down!"

Selalunya, kalau kau gi tengok wayang lepas member kau promote kaw-kaw sesuatu cerita, benda tu akan jadi anti-climaxed. Macam cerita Inception...semua orang kata sedap. Tapi kalau kau dengar betul2 apa yang diorang kata best...semua orang akan kata pasal ending dia aje. Apa jadi kat tengah2? Apa benda sebenarnya cerita dia? Semua orang sibuk pasal ending dia aje yang sangat ambiguous.

Dan aku order la Double Down ni satu semalam sebab dah singgah KFC. First impression; tengok kotak, nampak macam kecik aje. Takpelah..tunggu sampai rumah dulu baru bukak.

Sampai rumah, hati tak dapat nak sabar lagi aku pun ambik la Double Down dan keluarkan dari kotak. Ada wrapper...bila angkat...rasa berat. Padu! Expectation aku memang la tak macam dalam gambar promo dia...tapi Double Down yang aku dapat...ak eleh...kecik aje sebenarnya slice daging kat tengah2 tu dan mayonis dia sikit aje letaknya.

Takpela. Aku try gigit. Ngap.

Pernah tengok satu cerita yang semua orang kata best tapi kau tak nampak apa ke-best-an dia? Itulah yang aku rasa bila aku gigit Double Down tu. Mungkin itulah sebenarnya yang tersirat di sebalik nama dia tu...Double Down....dua kali ganda rasa down.

Nak tau macam mana rasa dia? Macam kau makan ayam KFC Hot n Spicy takde tulang. Itu aje. Tapi promo dia seolah-olah mengatakan makanan itu adalah sebijik burger! Ini bukan burger. Ini ayam goreng tepung pedas.

Takde apa yang specialnya mengenai KFC Double Down ni. Bila kau makan burger, apa yang paling best sekali adalah bila kau gigit burger tu, kau dapat rasa semua bahan dia bergaul dalam mulut kau. Roti...cheese...mayonis....daging....sayur....tapi dengan Double Down ni...bila kau gigit...rasa dia cuma ada sejenis aje. Rasa ayam Hot n Spicy.

Tak ada bezanya kau order Snack Plate Hot n Spicy dengan Double Down ni. Sama aje. Kau ambik dua ketul ayam tadi....kau curah coleslaw atas satu ketul ayam..kemudian kau ambik ayam lagi seketul. Kemudian kepitkan kedua-dua ayam tadi...lalu gigit. Itulah Double Down.

Dan apa yang paling menyedihkan adalah memakan Double Down ni adalah satu pertarungan. Kau nak buang sayang..kau nak simpan nanti dia sejuk tak sedap..jadi kau kena habiskan time tu jugak. Proses menghabiskan Double Down ni adalah satu bentuk penyeksaan sebab tidak ada langsung variety yang ada dalam setiap gigitan kau. Agak sedih bila kau kena push diri kau untuk makan.

Dalam banyak2 burger KFC...ada satu aje burger KFC yang aku paling suka. Tapi sampai sekarang tak muncul2 balik. Burger tu nama dia "Thai Pan burger"...ada kat KFC pun masa aku sekolah dulu. Tah berapa bijik aku makan tapi lepas tu dah tak ada. Sedih gak aku. Tapi tak sesedih selepas aku double down lepas makan Double Down.

Positif :

Saiz besar. Daging banyak. Kenyang. Berat. Padu. Baling anjing, anjing pengsan.

Negatif :

Daging rasa macam Hot n Spicy (aku tak suka tepung dia). Memerlukan kesabaran untuk menghabiskannya. Rasa yang sangat2 plain membuatkan aku loya lepas makan sebab aku kena paksa diri habiskan jugak. Aku rasa..kalau kau tak suka Zinger...kau tak suka Double Down. Aku lagi prefer Colonel Burger.

Rating - 3/10

Oktober 16, 2012

Najib, Hero Umat Islam

KUDAT 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.

Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.

Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati digunakan secara meluas oleh parti itu.

"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan pada kemampuan kita.

"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pimpinan parti-parti komponen dan lebih 50,0000 rakyat yang memenuhi Kompleks Sukan Kudat.

Menurut Najib, Sabah amat unik dan mencerminkan gagasan 1Malaysia kerana walaupun mempunyai berpuluh jenis etnik, mereka masih mampu hidup dengan aman dan harmoni.

"Atas semangat 1Malaysia itulah, kita berjanji akan mengangkat Sabah menjadi lebih maju lagi. Jika sokong BN, Sabah akan terus membangun, ini janji kita dan ia akan ditepati," katanya.

................. 

Sebelum apa-apa...

WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH! KELAKAR! WAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHAH!

Sehari lepas bentang bajet, ramai2 tak datang Parlimen. Laporan Audit Negara keluar, dia ada di Filipina. Katanya, nak jadi orang tengah mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Last sekali aku ukur, jarak ke Parlimen dengan jarak ke Filipina dari Putrajaya, Parlimen lagi dekat. Bukannya kena tempuh jam pun...kan polis halau orang ke tepi bila PM nak lalu. Ambulans pun tak dapat layanan camtu.

Dah baca Laporan Audit? Dah tau ke mana hilangnya duit kutipan cukai? Still masih percaya yang ayat kerajaan "Kerajaan tak cukup duit sebab kos tinggi dan kutipan cukai tak cukup" ?

Kalau belum, boleh baca sini. 

Kemudian tanya diri sendiri, kenapa cukai kereta masih lagi tinggi? Kenapa masih ada lagi family naik motor anak beranak 4 orang, sorang anak dalam bakul, sorang lagi tersepit antara mak dengan bapak? Adakah sebab diorang tak mampu nak beli kereta sebab cukai tinggi? Atau diorang terasa pengangkutan awam lagi menyusahkan daripada bawak motor ramai2 membahayakan diri macam tu, sebab pengankutan awam membuang masa menunggu aje?

Tak cukup ke duit kutipan cukai ni? Atau sebenarnya tak cukup sebab banyak berjoli? Buat duit atas angin? Melayu suka kan makan duit atas angin?

Oktober 15, 2012

Idola Kecil dan Halloween di Alamanda

Dua hari lepas aku jalan2 kat Alamanda (aku mmg tak pegi shopping tempat lain kalau kau perasan) aku ternampak beberapa orang budak kecik memakai baju separa seksi siap ada see through dekat atas dada.

"Oh wow! Adakah ada pameran untuk paedophile? Aku mesti tengok!" fikir aku dalam hati. Aku pun meninjau la sekeliling mana tau ada Konvensyen Paedophile Se-Malaysia 2012 tu diadakan. Wife aku pun sebab dia nampak aku duk tinjau budak2 berpakaian seksi tu pun bagitau la, hari tu ada audition untuk pertandingan Idola Kecil.

Apa itu Idola Kecil?

Idola Kecil adalah pertandingan untuk mencungkil bakat memilih kanak2 berkebolehan menyanyi dengan merdu dan enak untuk menjadi idola kepada kanak-kanak lain, supaya....kanak2 lain pun mahu jadi penyanyi,artis dan selebriti segera.

Betul la apa kesimpulan aku kan? Kalau dah pertandingan tu nama dia IDOLA KECIL jadi pemenangnya akan digarap menjadi IDOLA kepada KANAK-KANAK KECIL, kan?

Cepat2 aku jauhkan anak aku daripada peserta2 pertandingan tu dan aku keluarkan gambar Chad Kroeger yang tersimpan dalam wallet aku. "Ali...ini idola Ali. Chad Kroeger..cuba sebut Chad Kroeger...." kata aku.

"Cakk Koger...idola...." jawab anak aku. "Pandai..." jawab aku tersengih lebar.

Beberapa langkah kemudiannya, aku terserempak dengan satu display poster yang diletakkan di tengah2 concourse Alamanda. "Alamanda akan menganjurkan sambutan Halloween? WTF?" fikir aku.

Kenapa aku mempersoalkan benda tu? Alamanda adalah satu2 nya shopping kompleks yang terletak di kawasan majoritinya Melayu dan mana2 kau pusing kat Alamanda...kau akan nampak orang Melayu. Orang Cina..India..agak kurang. Awek hot bertudung....ramai. Salah satu sebab kenapa aku ok wife aku kerap ajak aku gi Alamanda adalah kerana ramainya golongan bertudung dan hot kat situ.

"Kenapa pulak Alamanda nak menganjurkan sambutan Halloween ni?" terpinga2 aku. "Bukan ke Halloween ni sambutan orang Pagan?

Aku tengok balik sekeliling. "Aku kat Malaysia ke dekat negara lain ni? Budak kecik menyanyi nak dijadikan idola....halloween pun mungkin bakal disambut oleh masyarakat Putrajaya yang majoritinya (hopefully) Islam di sebuah shopping kompleks?"

Pening kepala aku memikirkan kenapa orang Melayu camtu. Aku pun segera berlari ke Toys R Us untuk menghilangkan kerisauan dalam diri melihat Melayu makin kurang Melayu..makin kurang malu.

Oktober 11, 2012

Monyet Ada Lesen Memandu Masih Lagi Seekor Monyet Pakcik!

Tiap2 hari bila aku balik dari kerja, aku akan melalui sepasang kamera AES (agaknya lah). Dari jauh lagi dah boleh nampak flash menyala dan apa yang menyeronokkan aku adalah, tiap2 kali nak lalu situ, dalam 200 meter, orang akan slow ikut had laju. Semua orang sopan. Even lori pun sopan. 

Tapi bila dah lepas aje 200 meter melepasi kamera tu....semua jadi hantu balik.

Jadi, aku still tak faham kenapa ada lagi orang yang mempersoalkan ada 2500 saman yang sudah sepatutnya dikeluarkan sebab sistem ni masih dalam ujian. Kalau sistem ni berkesan untuk tangkap orang buat salah...tolonglah sokong...tak kiralah kau pembangkang sekalipun. Takkanlah sebab kau pembangkang kau nak persoalkan kesemua?

Adakah kau nak nafikan yang pemandu-pemandu Malaysia ni majoritinya bawak macam tak wujud langsung undang2? Betul kan? Selama ni dah berpuluh2 tahun....speed limit hanyalah satu bahan mainan dalam undang2 trafik..kalau keberkesanan AES ni pun kau nak bangkang sebab kau pembangkang...gila lurus bendul kepala hotak sesetengah pihak pembangkang ni.

Orang buat salah la layak dihukum. Ambik la duit diorang ni. Sampai bila nak beringat? Lama-kelamaan kalau seseorang tu dah kerap sangat kena saman dengan sistem ni dia paham2 la sendiri.

Kata nak mencapai negara maju 2020?

Tapi masalahnya mentaliti sesetengah pihak pembangkang masih lagi mentah. Driver di Malaysia bawak macam tak wujud undang2. Kalau ada diwujudkan satu sistem yang ENFORCE dan EXECUTE driver2 haram jadah ni...sokong la.

Sampai bila budaya slow bila ada speed trap (atau kamera AES) dan laju balik bila line clear nak kekal dalam masayarakat Malaysia? Nak jadi negara maju tapi masyarakat yang ada tak faham apa itu speed limit buat apa? Samalah macam orang gua tapi diberikan ofis kat KLCC contohnya. Sama la tu. Tapi apa yang nak dipelikkan sangat kot? Even kat Alamanda Putrajaya sendiri, kau nak keluar lift pun kadang2 susah sebab ramai berebut nak masuk dulu. Itu masyarakat "elit" tu.

Dan kitaa akan terjemahkan perangai yang sama atas jalan raya.

Mungkin apa yang JPJ boleh buat, khasnya, adalah dengan mula memberikan penerangan mengenai "apa itu sebenarnya speed limit" dalam televisyen sebab aku sure masih ramai yang tak faham. Kalau speed limit adalah 90km/j..kalau kau nak memotong, berapa speed kau untuk memotong? Cuba jawab...hehehe.

Banyak benda mengenai undang2 trafik tak dicover dalam sekolah memandu punya syllabus. Buat2 paham sendiri aje kebanyakannya jadi ramai driver atas jalan di Malaysia ni interpret undang2 ikut pemahaman sendiri.

Buat syllabus cincai dalam latihan sekolah memandu macam mana nak lahirkan driver yang patuh undang2? Sistem AES ni katanya nak mendidik, kan?

Kau cuba tengok...bila kau dah dapat lesen L, kau dah boleh sebenarnya bawak kereta atas jalan, asalkan ada driver yang berlesen penuh dalam kereta. Senangkan dapat L? Kau first time bawak kereta pun kau boleh dapat L...dan kau dah boleh drive atas jalan asal tampal sticker L. Kau tak rasa itu satu undang2 yang ridiculous? Kalau yang bawak kereta tu melilau merata2...apa gunanya ada driver berlesen tu?

Nak tambah bilangan mangsa?

Kenapa tak mendidik masa orang ramai baru nak mula ambik lesen? Setakat bagi buku suruh study, kemudian ambik test, ceramah 2-3 jam...kau expect itu akan melahirkan driver yang berhemah? Gunakan sistem AES ni untuk menghukum..kemudian revise balik syllabus sekolah memandu. Lahirkan generasi baru pemandu yang paham apa itu undang2.



Oktober 09, 2012

Hutang Duit Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibayar Dengan Undi

8hb Ogos 2012

Ahmad diam sahaja memandang skrin laptop. Mukanya masam mencuka tapi sedaya upaya dia sembunyikan wajahnya dari pandangan Azam. Entah kali ke berapa entah Azam minta pinjam nota kuliahnya walhal, ke kuliah malas.

Hanya tahu bermain politik kampus. Sibuk ke sana ke mari berbicara mengenai "mahu memacu mahasiswa ke arah yang dinamik dan inovasi" tapi diri sendiri kuliah tunggang-langgang.

"Boleh la bro...last time kali ni. Aku janji.." rayu Azam. "Lagipun, kau pun paham la time nak pilihanraya ni...aku kena maintain aku punya pengaruh.."

"Cuba2 la kau belajar pentingkan maintain CGPA daripada maintain pengaruh.." Ahmad menjawab. Terlintas di kepala otaknya satu benda yang agak sadis untuk diaplikasikan. Tersengih Ahmad. Segala masalah hilang, muka kembali ceria.

"....aku harap, kau takkan lupa jasa aku ni...hutang duit boleh dibayar. Hutang budi..ke liang lahad ni bro.." Ahmad tertawa dalam hati tatkala menyebut ayat2 tu.

"Takde masalah bro..." Azam girang mencapai nota yang dihulurkan Ahmad.


17 Ogos 2012

"Mad...pinjam nota kau untuk kuliah hari ni...aku tertidur la.." Azam mengeluh sambil bangun dari katil.

"Aku dah kejut kau...subuh pun miss...kau gi mana semalam?" tanya Ahmad.

"Aku ada talk dengan Timbalan Menteri...kau tak tau ke semalam Timbalan Menteri datang?" tanya Azam, agak jengkel dengan kawannya yang tidak berapa ambil berat mengenai politik kampus yang menjadi asas kepada politik negara.

"...tak minat aku nak jumpa menteri2 ni...poyo..." jawab Ahmad. Azam tarik muka, pantang dia dengar tokoh2 nya diperlecehkan.

"Kau nak pinjam nota kan Zam?" tanya Ahmad. Azam mengangguk.

" Aku harap kau takkan lupa jasa aku ni...Hutang budi..ke liang lahad ni bro.."

Azam mengangguk. Tapi dalam dirinya pelik...ayat tu macam pernah didengari sebelum ni.


28 Ogos 2012 

"I dah mula rasa menyampah pulak dengan room mate I. He sounded like he wants to help but everytime he do, he remind me...yo bro, kau jangan lupa jasa aku..hutang duit boleh dibayar...wtf.." Azam mengeluh kepada kawan2 nya.

" Kau takkan tak tau Zam...dia kan pro-mahasiswa...bullshit la dia tu.." salah seorang menyampaikan pandangan.

"Yes. Aku tahu. Tapi annoying bai perangai dia...kalau dia tak nak tolong aku..tak payah la tolong. Apa ingat aku nak sangat ke pinjam nota dia tu?" tengking Azam. "Tiap2 kali...tiap2 kali nak kena ingatkan aku. Pagi tadi pun sama.."

"Cool down bro...Kau dah ready ke nak bagi ucapan kau tu Zam? Teks kau mana? " tanya Maslina.

"...Aku mana main ada teks2 ni Mas. Straight from the heart..." jawab Azam bangga. "Come on la Mas...Johan debate kebangsaan abang kita ni.." sokong seorang pelajar lain.

"Ok Zam..turn kau....lepas tu..pastikan ..kau jemput VIP kita bagi ucapan.." pesan kawannya.

Azam melangkah bangga ke pentas. Dibetulkan kedudukan mikrofon. Ucapannya pada malam itu adalah untuk menjelaskan kepada semua penuntut di situ supaya terus memilih gerakan aspirasi yang telah membawa banyak faedah kepada penuntut di situ. Ramai yang bersorak dan bertepuk tangan ketika beberapa idea yang bernas dilontarkan oleh Azam.

Tahun itu, buat pertama kalinya Azam berani mencalonkan dirinya sebagai wakil pelajar. Jika sebelum ini dia hanya melakukan kerja di belakang tabir tapi memandangka beliau hanya akan berada di situ hanya untuk tempoh dua tahun lagi, apa salahnya cuba menncalonkan diri melakukan perubahan.

"...jadi, kenapa anda semua perlu memilih pro-aspirasi? " tanya Azam. Dia berhenti sejenak memandang ratusan pelajar yang menumpukan perhatian kepada dia.

" Ini kerana...sudah sekian lama universiti kita dikuasai gerakan pro aspirasi yang telah membawa banyak pembaikan dalam hal-ha berkaitan hal ehwal penuntut. Siapa yang selesaikan masalah bekalan air di Kolej ke enam? Bukan pro-mahasiswa. Pihak mana yang menyelesaikan masalah shuttle kampus tidak tentu masa perjalanannya. Bukan pro-mahasiswa.." Azam meneguk air liur.

" Tapi kami, pihak aspirasi Universiti. Kami sudah membuktikan kami efektif. Kami berkesan. Kami bukan sekadar jual cakap kosong. "

"Jadi..." Azam memandang ke depan..merenung tajam."....aku harap, kau takkan lupa jasa aku ni...hutang duit boleh dibayar. Hutang budi..ke liang lahad ni bro.."

Azam kelu sebentar. Pendengar-pendengar mula bersuara. Mula kedengaran suara-suara kecil berbisik. Azam dah sedar dia terlepas kata. Posternya baru aje diambil petang tadi selepas siap dicetak. Rancangan asal mahu digantung bermula esok pagi.



Oktober 07, 2012

Ada Pernah Salesgirl Gemuk Try Jual Ubat Slimming Yang "Super Effective" Dekat Kau?

KUALA LUMPUR - Sebanyak 75 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia didapati tidak atau kurang melakukan senaman, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata sebahagian rakyat negara ini tidak sedar mereka terdedah kepada penyakit pembunuh 'dalam diam' seperti diabetes dan hipertensi disebabkan amalan gaya hidup kurang sihat.

"Di Malaysia, kira-kira 2.6 juta penduduk dewasa menghidap penyakit diabetes, 5.8 juta menghidap hipertensi dan 6.2 juta mempunyai kolestrol tinggi.

"Apa yang lebih merungsingkan ialah ramai dalam kalangan rakyat tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit pembunuh dalam diam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang di sini hari ini.

Jelasnya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan prevalen penyakit diabetes meningkat 15.2 peratus pada 2011 berbanding 11.6 peratus pada 2006 manakala hipertensi dalam kalangan dewasaberumur lebih 30 tahun juga meningkat daripada 32.2 peratus pada 2006 kepada 32.7 peratus pada 2011.

Rosnah berkata peningkatan itu jelas membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bukan sahaja di peringkat kementerian bahkan peringkat akar umbi termasuk hospital, Klinik Kesihatan dan anggota masyarakat sendiri.

"Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pemakanan sihat, pemeriksaan saringan kesihatan juga amat penting, dan kita amat menggalakkan rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan penyakit-penyakit berkenaan dikurangkan," katanya. - Bernama

..............


Taktik kompeni-kompeni yang jual ubat slimming paling tak berkesan ; hire gadis gemuk untuk jual ubat slimming yang dikatakan berkesan dalam masa 2 minggu boleh turun 5 inci. Atau jual facial cleanser yang mampu mencerahkah jerawat di muka...tapi minah yang jual muka penuh jerawat.

Oh ya, gambar di atas sekadar gambar hiasan.

Oktober 05, 2012

Awkward Agama : Virus Kalau Dia Boleh Kenapa Aku Tak Boleh Dalam Masyarakat Melayu

Minggu lepas, bila aku masuk kereta nak drive pegi kerja, aku pasang aje radio, siaran dia tak clear. Aku assume sebab keliling aku banyak area tinggi jadi aku jalan aje la dulu. Tapi dah sampai ke jalan besar, still ada distrotion dekat signal. Aku tukar pasang mp3. Sampai kat ofis, aku tengok antenna radio kereta aku dah tak ada rupanya. Kena curik. Takpela...nak buat camne. 

Masalahnya, bila antenna aku kena curi, aku selalu terfikir jalan mudah nak solve problem tu. Kat ofis aku penuh gila kereta...apa salahnya aku curik antenna orang lain? Bukannya susah pun cabut...tak sampai 10 saat kalau aku nak ambik. Bila timbul perasaan tu...aku teringat balik satu masa dulu waktu aku sekolah menengah. Beginilah cerita dia;

Aku sekolah asrama. Jadi selalunya kitorang memang kena pegi semayang jemaah ramai2 melainkan kau dah form four atau form five. Time aku junior, aku memang pegi la.Bila dah tua sket...makin lama makin malas. Budaya sekolah aku memang macam tu agaknya. (Budaya UMNO?) Jadi bila kau pegi semayang jemaah,selalunya time maghrib la paling penuh sekali. Bila dah ramai tu, selipar kat luar berlambak-lambak la tersusun. Ada la beberapa kali aku hilang selipar.  Tapi aku takut nak curik selipar orang lain...sebab ada member aku kena terajang sebab tercurik selipar senior.

Jadi,untuk mengelakkan selipar aku kena curik, aku tulis nama aku besar2 kat tapak selipar tu ..."MANTOT" dan aku beli selipar yang paling buruk yang ada kat kedai. Bagaimanapun, akan hilang jugak selipar aku kadang2.

Kau bayangkan...dalam sekolah, yang ada jual hanyalah selipar jepun..itupun dekat koperasi sekolah yang bukak hanya time rehat. Jadi, kalau kau kehilangan selipar....kau telah kehilangan satu2 nya selipar yang kau ada. Mana ada selipar lain lagi dah. Nak keluar beli selipar? Kena tunggu weekend. Itupun bukan tiap2 weekend boleh keluar. Kadang2 sebulan sekali. Nak pesan kat mak abah? Orang dekat buleh la...yang jauh2?

 Selalunya solusi untuk solve selipar hilang kat sekolah aku hanya ada 2; pakai kasut pegi mana-mana..atau jalan yang lebih mudah, curik selipar orang lain dan itulah yang selalunya terjadi kat sekolah aku...bila seorang hilang selipar dan dia curi selipar orang lain....benda tu akan jadi wabak. Sorang hilang selipar, dia curi selipar orang lain. Orang yang baru kena ambik selipar dia...curik selipar orang lain.

Berbalik kepada kisah asal; antenna kereta aku kena curik. Aku ada peluang nak curik antenna orang lain. Selalunya...alasan untuk menyedapkan diri sendiri bila kita ambik hak orang lain ni antaranya

a. Orang lain boleh buat takkan aku tak boleh buat?
b. Hidup ni selalunya tak fair dekat aku jadi kenapa aku tak boleh buat jahat sama?
c. Pandai2 dia la lepas ni, asal aku senang.

Kalau aku curik antenna orang lain; mesti orang tu akan mengalami dilemma yang sama. Nak mudah? Curik satu sebagai ganti atau gi kedai..keluar duit...dan ganti antenna. Kau yang kena curik, kau pulak yang kena keluar duit ganti...dan selalunya kau tak ada pun buat salah apa-apa (jangan cakap pasal hukum karma please...sila rujuk Ustaz2 pasal hukum karma ni ya?)

Aku rasa dalam masyarakat kita wujud satu wabak yang sangat bahaya...mungkin kau pun pernah ternampak wabak ni...wabak ini dinamakan "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh?...." dan selalunya disusuli dengan alasan untuk membolehkan sesuatu yang tak boleh.

Seorang anggota polis bangga ambik rasuah, inform kawan dia, mesti member dia terfikir "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Gaji polis bukannya besar mana pun tapi risiko kerja punyalah tinggi!" Seorang menteri tau ada menteri lain ada sapu duit peruntukan. "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Bukannya luak pun aku ambik, lagipun balance banyak lagi! Hujung tahun kena return balik...rugi bai!" Seorang pelajar lain tau ada student upah orang lain buat assignment. "Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Dia pun bukannya pandai sebenarnya..tak fair lah kalau aku fail dan dia pass!"

Masuk bab politik sket...wabak ini  pun dah menular teruk dan sangat obvious menjadi seolah-olah protokol rasmi bagaimana sesebuah tender kerajaan diproses. Pernah dengar istilah untung atas angin? Itulah impian banyak usahawan2 Melayu sekarang ini. "Kalau orang lain buat kenapa aku takleh nak buat bro?"

Walau bagaimanapun, menjana integriti dalam sesebuah kerajaan yang budayanya tak berapa punya nilai integriti memerlukan masa yang agak panjang...dan proses ni takkan bermula sehinggalah anda semua berani melakukan perubahan.

Jangan jadi macam aku satu masa dulu. Selipar aku kena curik, aku curik selipar orang lain dan aku sure orang tu akan curik selipar lain. Itulah yang berlaku dekat sekolah aku, sebuah sekolah yang dipenuhi dengan pelajar2 yang dikatakan elit, bakal pelapis pemimpin negara...bab pelajaran memang mantap...tapi bab moral dan integriti..harap maaf la.....malu aku nak ceritakan.

Aku cerita pasal selipar ni cukup la. Sepasang selipar kena curik, lepas tu ramai pulak jadi mangsa dan pemangsa.

Mungkin sebab kita dah dibesarkan dengan pepatah, "hidup ini tak adil..." jadi bertitik tolak dari situ...kita buat apa saja yang kita mampu untuk "adilkan" hidup kita. Kan?

Kalau hidup ni tak adil, kenapa orang Melayu dilahirkan Islam?

ps - berapa antenna Myvi? Ada sapa2 nak bagi aku antenna free? Atau kau rasa curik aje kereta lain punya...beli baru is not even worth the hassle?


Oktober 04, 2012

Semua Benda Naik...Tapi Ada Satu Aje Yang Boleh Turun

Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK. Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear. Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya. 

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya. Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.

................

Baru semalam aku borak dengan member aku pasal "harga makanan yang affordable." Kadang2 aku pelik tengok ramai benar orang yang sanggup lunch ramai2 dan untuk seorang makan, diorang mampu spend Rm15 ke Rm18...hanya untuk sekali makan. Gila. Beberapa hari lepas..aku beli milo ais...Rm2.20. GILA!

Kepada yang tak tau....rate elektrik di premis perniagaan berbeza dengan rate elektrik kat rumah. Jadi, dengan kenaikan harga gula baru2 ni dan kenaikan tarif elektrik (yang aku rasa macam baru aje naik beberapa bulan lepas)....makin lama akan makin ramai lah orang yang betul2 perlu BR1M. Bila kita betul2 perlu BR1M, kita akan sayang Barisan Nasional dan akan terhutang budi dengan diorang.

Fikirkan benda ni untuk seketika....siapa sebenarnya yang subsidi siapa? Kerajaan subsidi rakyat atau rakyat yang subsidi kerajaan atau kedua-duanya sebenarnya saling subsidi mensubsidi?

Kesimpulannya ;


Harga gula naik? Kerajaan tak nak orang ramai dapat diabetes dan galak pengurangan gula dalam makanan dan minuman. Harga elektrik naik? Nak galak masyarakat menjimatkan tenaga. Harga minyak naik? Galakkan orang guna pengangkutan awam.

Jangan terkejut pulak kalau bila anda pegi renew insurans kenderaan dan baru anda tau, kadar insurans dah pun dinaikkan.....gi la renew insurans. Banyak jugak la kenaikan dia. Mungkin sebab nak galakkan kita naik basikal....sambil menteri jalan melebihi had laju dengan satu konvoi siap ada escort berapa biji motor dan kereta untuk follow seorang dua. Itulah cara menjimatkan penggunaan tenaga.

Dalam banyak2 hal yang naik...ada satu aje benda yang boleh turun.
Barisan Nasional.

Oktober 03, 2012

"Mana Fair Bro Saman Pakai Kamera Tak Bagitau Awal-Awal!"

Kalau kau ikut penulis2 blog pro pembangkang dan portal berita pembangkang kebelakangan ni, ada satu isu yang agak kerap dimainkan iaitu mengenai betapa "berjayanya" sistem speed trap baru di Malaysia yang dikatakan mampu menyaman hampir 2 ribu lebih saman dalam masa 2 hari.

Kata penulis2 itu, itu satu cara macam mana kerajaan nak buat duit lebih untuk kumpul dana pilihanraya. Ada jugak yang mempersoalkan kenapa kerajaan gila benar nak menyaman pemandu2. Satu2 nya benda yang aku sangsi sikit mengenai sistem AES ni hanyalah mengenai perjanjian konsesi dia. Itu aje. Sebab aku tak berapa suka dengar perkataan "konsesi."

Kalau semua benda nak dikonsesi itu maknanya kerajaan hanya nak urus atau dalam erti kata lain, jadi bos yang hanya mengarah orang sebab dia yang keluarkan bajet dan orang lain buat kerja. Dalam bab sistem AES ni,aku tak berapa pasti sama ada perjanjian konsesi ni meliputi sama ada;

a. pemegang konsesi dapat saham daripada saman yang dikutip atau
b. pemegang konsesi hanya diberikan mandat untuk selenggara sistem tu dan dapat peruntukan hanya untuk selenggara

Pada aku, agak tak munasabah bunyinya kalau aku kena saman AES dekat highway PLUS, ada percentage saman aku tu masuk ke kantung PLUS.

Bagaimanapun,berbalik kepada topik asal....seratus percent aku sebenarnya suka sistem AES dijalankan. Sebab aku tak suka driving dekat Malaysia. Aku tak suka driving pegi kerja. Sebab terlalu banyak m*f*ker atas jalan. Ye, m*f*ker  jantan atau m*f*ker  betina. Ada beberapa golongan m*f*ker  atas jalan kita ni;

1. Golongan bila jam dia ikut lane emergency
2. Golongan suka potong queue
3. Golongan suka potong queue tapi marah kau bila kau tak bagi dia potong
4. Golongan yang tak paham apa itu had laju

Aku suka orang macam ni kena saman. Kalau sistem AES ni mampu mengurangkan jumlah m*f*ker  atas jalan raya, aku sokong benar. Tapi masalahnya, ada sesetengah pihak beranggapan ;

1. Tidak fair lah kalau pemandu tak diberitahu awal2 ada kamera
2. Tidak fair lah kalau pemandu tak tahu di mana sistem tu dipasang

Itulah masalahnya..mental m*f*ker  ni semua tak betul. Kalau kau diberitahu kat mana kamera tu dipasang...masalahnya takkan selesai. Kita semua sedia maklum, ramai pemandu Malaysia hanya akan ikut had laju bila ada polis tengah pegang speed trap camera atau ada polis berenti kencing tepi jalan. Dalm 500 meter lepas dia melepasi polis tu...normally...dia akan pecut kereta balik.

Aku setuju benar kalau sistem AES ni dipasang kat semua tempat, khasnya mana2 simpang yang dikenali sebagai heaven untuk pemotong2 queue. Tak reti nak beratur? Anda seorang m*f*ker   Tak sabar nak balik rumah sebab nak motherf*king? Orang lain boleh beratur...kenapa anda tak boleh beratur?

Sistem AES...aku sokong benar. Biarlah benda tu rahsia sulit dan tak ada orang tau kat mana kamera dia. Kutip berapa bilion pun yang termampu oleh pihak kerajaan, aku sangat alu-alukan. Kerana...peluang kutip duit daripada orang yang buat kesalahan adalah jauh lebih baik daripada kutip duit melalui sistem cukai dan ramai sebenarnya pemandu2 di Malaysia ni yang layak dihukum.

Begitupun, aku harap, tak ada orang yang kebal daripada sistem ni. Kalau rakyat kena saman, diharapkan menteri juga kena saman. Kalau anak buah orang biasa kena saman, anak buah menteri pun mesti kena saman. Janganlah jadikan sistem trafik menghukum orang biasa tapi menteri2 dan sedara2 menteri tak kena.

Benda paling obvious sekali adalah, selalunya, yang parking merata2, yang potong queue, yang bawak macam haram....atau dalam term aku, m*f*ker  driver...adalah mereka2 yang pandu kereta mewah. Tak semua..tapi aku tak pernah nampak Nissan 350Z bawak ikut had laju. Aku tak pernah nampak Ferrari bawak ikut had laju.

Aku pelik kenapa...sebab dekat negara maju...kau bawak kereta apa pun, majoriti still ikut had laju. Lagi 7 tahun kita nak "mencapai status negara maju" mampukah kita ubah mentaliti kita yang tak pernah takut dengan undang2 trafik.

Masa aku mat motor satu masa dulu; ada satu istilah dalam duni mat motor (bukan mat rempit)....bawak motor mana ada speed limit. Bagaimana, kita sebagai masyarakat...nak ubah pasal pemikiran macam tu, kalau sistem AES ni pun kita persoalkan bila dia jadi terlalu efektif?

Adakah itu satu benda yang salah apabila satu sistem diwujudkan untuk menghukum pesalah trafik?    Penyelesaian dia senang aje..bawak la ikut had laju. Yang kau nak persoalkan sistem tu kenapa?


Oktober 02, 2012

Ketua Pembangkang Suka Makan Telur Rebus Yang Bertaburan Di Parlimen






.......................

Aku tak pernah sangka...smartphone 3G adalah satu bentuk keperluan
untuk sebuah negara membangun.

Dalam satu hal lain, aku paling tak suka tengok menteri2 tersengih bangga hulur bantuan dekat orang ramai yang beratur salam dengan diorang...semata-mata sebab pendapatan ramai gila orang bawah Rm3000. Kalau itu adalah satu benda yang dibanggakan menteri2 BN, sah-sah lah kita kena tukar kerajaan kita.

Kerajaan kita sekarang seolah-olah bangga dan suka orang ramai susah dan terpaksa bergantung harap dengan diorang.