Jun 25, 2012

Membongkar Rahsia Colonel Sanders

Aku nak tanya satu benda, aku duk fikir benda ni 2-3 hari ni sebab aku kerap pulak gi pekena dinner plate ; 

Kita semua tau takde orang tau apa resipi rahsia ayam KFC. Sehinggakan ada juga rumours, dalam dunia ni, hanya 2 orang aje tau apa resipi KFC ni dan yang lebih menakjubkan, resipi ni konon2 nya disimpan disebuah bank dalam peti besi yang dipenuhi dengan alat keselamatan.Rahsia ni diguard oleh teknologi canggih dan rahsianya hanya terkandung dalam satu cebisan kertas tulisan tangan oleh Colonel Sanders.

Tak percaya? Baca link aku bagi tu. Even dalam iklan dia pun kata , ada 11 rempah rahsia dalam ayam KFC.


Tak kisahlah benda tu satu gimik atau marketing strategy sekalipun...tapi persoalan aku adalah; Kalau resipi ayam goreng original KFC ni adalah satu bentuk rahsia ingredient dia, macam mana JAKIM boleh bagi diorang sijil halal?


Sebab sijil halal hanya akan dikeluarkan bila pengeluar declare apa ingredient dia. JAKIM tau ke rahsia Colonel Sanders? 

44 ulasan:

mr edz berkata...

itulah resepinya : rahsia

A&W Lagi Best berkata...

Tak payah based on dokumen/artikel tu pun. JAKIM boleh buat ujian secara klinikal utk tahu ramuan, bahan & isi kandungan makanan.

Prince of Noob berkata...

itu cuma strategi marketing je. jangan kata jakim, takkan la pekerja2 kfc yg dok tiap2 hari goreng ayam kfc tu pun tak tau bahan apa yg diorang pakai utk goreng ayam kfc? search je kfc kat http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia nanti ada la senarai apa benda ramuan2 yg digunakan yg dapat sijil halal tu. btw sebenarnya ada 1 lagi rahsia tambahan kfc kalau nak lagi sedap, bukan 11 rempah tapi 12. 1 lagi tu kesan tapak kasut pekerja kfc, tu yg paling sedap tu.

Kudut berkata...

aku rasa 11 rempah tu bukan lg rahsia, hell siap ada lagi gambar2 rempah kat restoran KFC yg aku pg.

Cooking is not just about ingredients, its about how u mix them, secubit itu sesudu ini. benda ni kena paham dulu. Dan aku rasa itu yg sebenarnya rahsia.

muhsin.aminudin berkata...

sume tu freemason tuh. hahah

Syakir Zainol berkata...

takkan pekerja kilang yg bancuh tepung tu tatau apa bahan2 dia pakai?

ardy berkata...

Hahaha, mcam Krabby patties yang digilai oleh Mr. Plankton aje! Rahsianya di simpan dlm botol yang dikawal oleh pelbagai alat keselamatan, dan juga Spongebob Squarepants. Tapi yg ni tak pasti halal ataupun tidak :P

Mantot berkata...

tepung dia datang dah siap ..mcm kau beli tepung goreng ayam adabi tu. aku tak pasti sama ada dah terus diperap dekat ayam atau diorang kena perap sendiri.

sapa yang buat tepung tu?
aku tak tau.

Abas berkata...

sebenarnya bahan yang menyedapkan dalam original resepi tu ialah MSG.... tak caya cuba baca wikipedia... cari keyword 'umami' ...

Tanpa Nama berkata...

Kali ni Noob nampak bodoh dalam mengomen blog orang lain. Rempah dah siap, macam mana pekerja nak tahu.. Dia tahu tepung KFC tu, balut kat ayam, goreng..

TumpangLalu berkata...

Rahsia kesedapan KFC adalah pada huruf "K". Cuba kalau korang ubahkan "K" kepada "N", mesti korang rasa menyampah dan meluat yg amat sangat. terus rasa nak menyumpah2..sampai ke najib kena sumpah.:)

zaminc berkata...

Yup, Jakim tak perlu sgt declaration bahan2 tu.. contohnya ada satu brand tepung tu yg ada trace dna babi... walau depa declare bahan2 tu takde pon sebut ada item from babi, tapi boleh dikenalpastikan juga...

Tumpanglalu pny komen memang makan dalam.. haha..

Mooniqueen berkata...

Biasalah tu... Marketing strategy... Tapi apa yg diorg letak ae?memang sedap sungguh..

Tanpa Nama berkata...

lantak la janji KFC jauh lebih sedap dari Kelantan Fried Chicklen... orang kelantan ni nak meniru saja takdak identiti sendiri

Tanpa Nama berkata...

ada dua orang yang tau, salah sorang tu sekarang adalah pengarah jakim.

Tanpa Nama berkata...

hahaha...entry ni lawak

hanafijaafar berkata...

sebab rempah tu dari tumbuhan dan bukan dari binatang?

lagipun, 11 rempah rahsia tu kalau setakat tau apa isi kandungannya bukan jadi pecah rahsia pun, yang penting ratio...

Tanpa Nama berkata...

makan la kfc tu smpai kembung perut.mampos terus. takde la ko sibuk 11 rahsia tu mantot

Tanpa Nama berkata...

Bapak kungfu panda cakap: "The secret ingredients is....nothing!"

azhar berkata...

X rasa la Kelantan Fried Chicken tu meniru dan di gemburkan rakyat Kelantan tau meniru je. Bleh tahu research conclusion dari sumber maner?

It just part of marketing gimmick. Kalau macam tu Pak Mail Fried Chicken pun meniru gak la, kan?

un-har berkata...

Jakim check sumber tu samada ada sel binatang atau tak. Diorng tak perlu tahu apa yg ada dalam rempah tu. Asalkan semuanya dari tumbuhan dan bukan binatang kira halal la. Tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

TERERRNYA JAKIM TENGOK TEPUNG BOLEH TEST HALA KE TAK..? SO KENAPA SEKARANG BARU CAKAP STARBUCK MERAGUKAN KEHALALNYA..DAH BERAPA BANYAK DAH RAKYAT MALAYSIA BEDAL..

Jay berkata...

Asalkan ada perkataan 'XXX Fried Chicken', otomatik akan dilabel peniru KFC. Otak Melayu mundurrr....

Mrs.Critical Thinking berkata...

Please focus on a bigger issue instead, like how to improve Malay's economy, Malay's future generation instead of condemning every single thing in Malaysia. Learn from the West, how they improve themselves instead of blogging stupid things!

Typical Malays!!

selipar jepun, eh selipar kebun berkata...

orang bukak kedai ayam, kau ckp meniru takdak identiti sendiri. habis bapak kau main pakai kondom tu takde plak kau kondem meniru gaya barat..takde identiti sendiri. puiii

Tanpa Nama berkata...

selipar jepun, eh selipar kebun
comment mamat nh mmg bangsat..hahaha kelakar si0tttt

Yus berkata...

@Azura, this blog & 'most' of it's readers had claimed that they never wanted to do/change/contribute anything except 'voicing out' their opinions. Please refer here:
http://cursingmalay.blogspot.com/2012/06/pemimpin-itu-arahkan-aku-ke-arah.html

So, no point urging them. Condemning makes them happy.

Tanpa Nama berkata...

chef wan boleh kaji kot resepi dia

Tanpa Nama berkata...

Pizza Hut yang punya lama ada sijil halal Jakim tiba tiba kata sos tabasco sana tak halal.
Takkan sos famous tu tiba tiba tukar resipi masuk benda haram?
Apa lagi yang Jakim certify halal yang tiba tiba akan jadi haram?

Tanpa Nama berkata...

mee ba tu tehh

Tanpa Nama berkata...

mantot cuber you mkn muzdalifa fried chicken dibangi atau radix fried chicken.... pun sedap...

KFC ni mcm2 isu kejap haram kejap halal... tp saya mkn gak sesekali... yg penting kita yakin halal...

Tanpa Nama berkata...

kfc best lagi2 yg terbaru nh..flaming crunch..perghhhh...yg xde duet dok diam kt rumah jngan nk bising bagai ckp haram la...ape la....

Tanpa Nama berkata...

kesiannnnnnnn..

isu halal kfc pon nk dikaitkan dgn NFC/politik sume!

so pity..
hohohoho..

Tanpa Nama berkata...

Anonymous (last sekali)..hidup kalau tak boleh melawak..macam ko la..sedih je..please have some fun in your life..aiyaa..basic thing pun nak kena ajar ke? :)

Tanpa Nama berkata...

NK MELAWAK G TENGOK MAHARAJA LAWAK LA...INI PON NK DIJADIKAN ISU..PHUIII

Tanpa Nama berkata...

kali ni nampak la tahap bingai ko tot...tak perlu nak tau la...hanta lab cek ada dna babi atau tak..keje senang..tuiiii

ururu berkata...

ayam sebenarnye babi.. haram

Tanpa Nama berkata...

list barang2/ingredient rahsia tu dalam bahasa teknikal dinamakan 'trade secret'

semua produk ada trade secret. tak kira r kfc ke, mcdonald, coca cola, toothpaste etc...

trade secret ni macam hakcipta satu2 pengeluar produk tu. ia tergolong dalam grup yg lebih besar, yg dinamakan 'harta intelek'. contoh benda lain dibawah payung 'harta intelek' ini macam paten2 ubat, paten untuk teknologi pengeluaran ie cara2 buat kondom, cara2 proses nugget ayam dan daging burger dll.

Memang benar trade secret tak boleh dibocorkan sebab ia amanah satu2 syarikat kpada individu yg dipercayai (yg dipertanggungjawabkan memegang trade secret tu). Tapi certain2 maklumat, boleh.

Macam contoh, dalam kes KFC ni, list rempah rahsia dalam trade secret tu memang takleh dibocorkan, tapi maklumat bahawa semua yg didalam trade secret itu adalah REMPAH, boleh disebarkan.

Kalau rempah, maka semuanya berasal dari tumbuhan. Ada ke tumbuhan yang HARAM dimakan? Tumbuhan yg haram dimakan pun setahu aku cuma yg BERACUN dan MEMUDARATKAN sahaja.

Ya, alkohol memang berasal dari tumbuhan. Tapi, jgn terkejut kalau aku katakan bahawa, alkohol TAK HARAM digunakan.

Yang haram diminum bukan ALKOHOL, tapi ARAK yang memabukkan. Katakanlah dalam trade secret KFC tu ada alkohol, adakah ia haram dimakan?

Tak haram, sbb tak pernah pulak aku mabuk sbb makan ayam KFC !

Aku jugak teringat post saudara mengenai Coca cola. Ya, dalam trade secret coca-cola, BERKEMUNGKINAN BESAR ada alkohol. Tetapi jika benar, maka adakah coke haram diminum?

Tidak , sbb tak pernah pulak aku tengok orang mabuk minum coke!

Falsafah di sebalik mencari makanan halal ialah untuk mencari keredhaan Allah, bukan menyusahkan diri.

Jadi kesimpulannya, Islam tak pernah paksa kita hidup takde life. Just enjoy our life, berpada-padalah ikut agama.

Kenapa kita terlalu sensitif dengan makanan halal? Adakah disebabkan kita takut makanan yang tak halal akan membentuk daging kita yang kotor? Sedar tak bahawa yg berkuasa menentukan daging kita kotor atau tak ialah Allah, bukannya apa yang kita makan? Sedar tak bahawa takut kita yang keterlaluan itu sebenarnya satu kesalahan syirik?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Tanpa Nama berkata...

hadoi..sblm ckp pnj2 tu p blaja dulu..mane kau blaja makanan ade campuran alcohol xharam?mane kau blaja minuman ade alcohol xharam slagi xmemabukkan?org yg dh biasa minum,stakat minum segelas xrase mabuk.jd nye minum segelas arak bg die xharam?
mmg la Allah yg tentukan tapi makanan 2 adalah penyebab..mmg Allah tentukan kite akan jadi pandai ke x tp kalau xbc buku,xde usaha lgsg,mcm mana?Allah mmg berkuasa untuk setiap benda dan Allah suruh kite berusaha dan baru bertawakal..bkn hanya bertawakal..
mmg la boleh enjoy tp enjoy yg mcm mana?jgn liberal sgt bro

una berkata...

setahu sy di mardi upm ada makmal yg boleh mengkaji makanan tu halal ke x.. dorg boleh detect sama ada mkanan tu ade dna babi atau x..

Tanpa Nama berkata...

"herbs and spices" halal lah mantot ... lain la dia letak pakalolo ke lainla .. ada kau lalok lepas makan kfc? ada?

Tanpa Nama berkata...

bengong punya post, .. apa tu? Dangkal!

Unknown berkata...

Bodoh bangang tak cukup tu biol dajal ,pahal plak nak tanye hal ni sdgkan ko dah makan,sial bodoh. .

Tanpa Nama berkata...

Bila baca ruang komen ni, nampak sangat ramai rakuat Malaysia ni tak cukup ilmu. Sedih sedih ....