Jun 29, 2012

Awkward Agama : Tepuk Tangan Menonton Maksiat

Bila kau tengok cerita-cerita lawak macam Senario (ada lagi ke?) ataupun rancangan2 macam channel Mustika, mesti majoriti pelakon dia lelaki. Jadi, kita akan dapat lihat pelakon lelaki ni beramai2 cuba membuatkan orang ketawa. Ada yang kelakar, tapi kebanyakannya style lawak slapstik yang aku tak berapa boleh layan. 


Selalunya, show-show macam ni, akan di record depan live audience jadi apa yang terjadi berlaku secara spontan. Nak bagi menarik sket, rancangan2 ni akan jemput seorang pelakon undangan nak bagi menarik dan panas sket...selalunya perempuan hot la. 


Selalunya awek hot ni tak masuk dari mula cerita...tapi lambat sket. Bila tiba-tiba awek tu muncul..WOOO! WOOO! Penonton akan bersorak kegembiraan. Sebab selalunya muka2 lelaki aje tiba-tiba ada awek hot...suka la diorang.

Pelakon lelaki pun tiba-tiba naik riang. Skrip pun akan suruh pelakon lelaki komedi ramai2 tadi menggatal dengan perempuan yang baru muncul tu. Scene tipikal yang selalu digunakan merangkumi duduk sebelah-sebelah, main cuit2 bahu, duduk mula2 jauh makin lama makin rapat dan kemudian betul2 rapat, buat muka cute dan sebagainya.

Bila pelakon komedi tapi buat perangai gedik diorang...penonton akan bersorak lebih kuat. WOOO! FEEWITT! Ada yang bertepuk tangan, ada yang bersiul, ada yang menjerit. Sebab diorang suka. ADA AWEK CUN DALAM RANCANGAN KOMEDI!

Suka betul orang kita dengan benda-benda macam tu. Seolah-olah kita lupa apa yang diorang buat tu...walaupun sekadar lakonan....masih lagi satu bentuk maksiat. Maksiat di khalayak ramai dan dilakukan secara professionally. Tapi...kalau benda tu jadi dekat depan mata dilakukan orang2 biasa...bukan artis...takde pulak yang bertepuk tangan. Marah dan jelik ada lah kot...kenapa double standard? Mungkin mentaliti kita dah dibentuk untuk terima...artis boleh buat dan cakap apa saja dan artis adalah idola masyarakat.


Dan itu belum lagi masuk bab pelakon komedi lelaki kena berpakaian macam perempuan. Lagi kuat la jerit orang-orang kita kegembiraan suka hati! Tapi itu semua dibenarkan lah oleh masyarakat kita..for the sake of entertainment.




20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahha karoot komedia!

ComOt berkata...

bagi saya pelakon2 lawak spastik di malaysia ni layak dipanggil badut. sanggup kelihatan bodoh demi sorakan???

Haizam berkata...

tp aku lagi gemar tgk ahli politik buat lawak..hari2 ada dalam suratkhabar

Prince of Noob berkata...

Ni barang baik hey ni barang baik!

Karoot Komedia X Kini Jadi Sebutan Oleh Orang Ramai Tua Mudo Di Mano Sajo.

Lakon Dalam Lawak, Lawak Secara Spontan. Pelawak Terpilih Terbaik Dalam Negaro.

Karoot Komedia X Kini Jadi Sebutan Oleh Orang Ramai Tua Mudo Di Mano Sajo.

Bukan Yang Bukan Bukan, Bukan Cerito Pasal Orang. Karoot Komedia X Sebahagian Hidup Kito.

Karoot Komedia X Kini Jadi Sebutan Oleh Orang Ramai Tua Mudo Di Mano Sajo.

Karoot Komedia X, Karoot Komedia X, Karoot Komedia X, Karoot Komedia X.

Takde apa nak pelik... benda tu dah jadik macam sebahagian daripada hidup masyarakat. Sama je lah kenapa orang tetap pergi tengok wayang tonton filem walaupun dah tau cerita tu mengarut dan pelakon semua seksi2? Kenapa tengok perlawanan bola sepak kat stadium dan bersorak cam orang gila padahal kat atas padang tu ada 22 orang pemain tak tutup aurat?

Ogy Nordin berkata...

Nak like Prince of Noob laa..
Gigih pulak bangun 3 pagi semata tengok bola. Baik lakukan ibadah gitu. Achanne tuu!!!

Mooniqueen berkata...

Tapi tulah, sebab ada demand org nak tengok diorang buat jugak... Kira tak lawak pun, lawak bodoh pun org akan tengok jugak kot..

Irfa berkata...

baru nak komen..ni mcm karot komedia je

SM berkata...

macam bongok je tengok pelakon komedi lelaki pakai baju perempuan. lu takde maruah ke? gua tau la lu nak berlawak yang kononnya bermesej, tapi tolong jangan membongokkan diri...

Tengahari berkata...

"Mungkin mentaliti kita dah dibentuk untuk terima...artis boleh buat dan cakap apa saja dan artis adalah idola masyarakat."

Satu lagi yg sedang hangat berlaku. Mentaliti kita dibentuk untuk terima... blogger 'sarkastik' & tak kisah apa kesan penulisanya sama ada merosakkan, membawa dosa atau sebaliknya. Yg penting, terhiburrr baca blog. Banyak blogger pun nak jadi idola mcm artis gak.

Kak Mah berkata...

tgk TV al hijrah je

enon berkata...

owh mantot lah blogger idola ku...hikhikhik...

Rai berkata...

karoot komedia tu nama rancangan ke? serius aku tak penah denga tak penah tengok..

Tanpa Nama berkata...

mantot yg konon2 manusia paling suci dan baik pun tgk cerita karoot komedia walaupun dia kutuk2... rai ko ni duduk dalam hutan ke?

Mantot berkata...

aku pun tak tau apa benda sbnrnya karoot media yg diorang cakap tu.

Tanpa Nama berkata...

ecee mantot buat2 innocent plak

Tanpa Nama berkata...

semua benda nk komplen..

enon berkata...

nape asal yg duk kutuk mantot semua anon...malu ke?

PTPTN berkata...

Malu itu perisai orang beriman. :)

Tanpa Nama berkata...

eh enon,, kau pun golongan anon pe

Tanpa Nama berkata...

pikir dan baca betul2 dengan ape yang mantot nak sampaikan...point dia...perkara realiti yang kita remehkan, tapi sebenarnya berat disisi agama...Wallahua'alam...