Jun 12, 2012

3 Golongan Annoying Dalam Facebook

Banyak faedah sebenarnya Facebook  ni kalau digunakan dengan betul...Tapi ada 3 benda yang orang kita selalu guna yang membuatkan aku jadi annoyed dengan Facebook.

Ada beberapa golongan yang aku kalau boleh nak aje unfriend.

1. Bercinta macam belangkas tapi tak kahwin lagi

KAU BELUM KAHWIN LAGI!

Tolong jangan letak gambar kau dengan boifren kau berlaga pipi. Tolong jangan nak post bait-bait cinta sebagai hadiah yang sepatutnya ditujukan kepada boifren kau tapi kau biar semua orang baca. Tolong-tolong-tolong-tolong JANGAN post gambar kau berpeluk pinggang dengan boifren kau atau gelfren kau kemudian kau sendiri "like" post kau.

Satu masa nanti mesti kau menyesal letak gambar2 camtu..sebab apa?
Sebab kau kahwin dengan orang lain. Hahahaha!

2. Cerita masalah rumah tangga

Ni selalunya pempuan. Marah dengan suami. Sebab suami malas, suami balik rumah nak rilek, suami gatal, suami nak vagina fresh.

Bila seorang dah post, nanti akan datang la defense force dia, sekumpulan wanita yang bitter dengan suami masing-masing dengan nasihat tipikal "Sabar Jah, bawak bertenang,doakanla Tuhan lembutkan hati suami kau."

Apa kebendanya Tuhan nak tolong kau? Tuhan takde bagi kau cerita masalah rumah tangga kau dekat public sampai aku boleh baca.

3. Berdoa

Dan lastly...berdoa...

Aku tau niat kau baik nak ingatkan orang lain. Jadi kau taipkan la doa kau, "Ya Allah Ya Tuhan ku, bukakanlah pintu hati ibu bapa ku supaya menerima Abang Zakaria sebagai menantu mereka dan suami ku. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah...Amin Yarabbalalamin.."

Cuba kira balik berapa lama nak menaip tu. Cuba kira balik berapa lama nak tadah tangan dan berdoa secara direct. Sejak bila Facebook jadi pengantara doa kita dengan Tuhan?

46 ulasan:

NenetPenne (NP) berkata...

sokongggggggggggg

tak menahan posting ayat2 cinta dan juga kesedihan melampau di muka buku...

Tanpa Nama berkata...

Haha...memang betul...(selalu gak post camtu)..hihi..

siti berkata...

plg xtahan, dok citer mslh laki bini. sbnrnye dh bukak aib org lain...xpatut2

Cik Siti Fairuz berkata...

AHAHAHA.. FACEBOOK tempat pancing je tu. gadis-gadis ayu yang selalu berdoa baik2 kat blog/facebook memang berjaya tarik perhatian lelaki yg dah lama single ni. Almaklum la, dah lama menunggu yg terbaik & perfect nk jdkan bini.
gadis yang ganas hidung kembang plak, letak status/doa ape pun org tak layan..lilit tudung mcm mane on org tak 'like'... kan mantot? kan

Mantot berkata...

nampak mcm komen kau berdasarkan pengalaman sendiri aje ni

su suraya berkata...

aku rasa kapel yang dok lovey dovey ni chat box dia rosak agaknya..

annoying and entah.. nak muntah aku. dia lagi bangga kalau orang dok like post dia yang ewww ewwww tu.. isshhh

Cik Siti Fairuz berkata...

pengalaman sendiri yg mana satu:
1. gadis ayu yang kuat berdoa?
2. gadis tak ayu yg takde harapan?
kahkahkah

FAT berkata...

sangat-sangat setuju.. gadis ayu tak letak doa-doa pun ramai je yang suka.. maklum dari mata turun ke hati(cantik dimata ,hati senang)

adam berkata...

Satu tusukan panah padu hinggap di dada yang terasa.

Hahahahahaha
Hahahaha
Hahaha
Haha
Ha
H...
.......

Aiza berkata...

Sgt setuju dgn bab 'Berdoa' tu...

Tanpa Nama berkata...

jgn unfriend..kekdang mereka menghiburkan hati hahahhaha

Tanpa Nama berkata...

anon atas, aku ada gak niat nak unfriend sorang ni.. tapi memandangkn aku yg add dia dulu, aku masih tahan aje. future possible unfriend je dia sebab kt realiti pn kitorg bukan bercakap pun. drp pada dosa duk mengutuk dia dlm hati, baik aku padam terus dia dr ingatan & penglihatan ...haha

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sokong sgt2, memalukan apabila menceritakan semua benda alah tu dlm FB, nmpk sgt akhir zaman ni umat Muhammad dah hilang rasa malu, jelas menampakkan betapa tipisnya iman

Mooniqueen berkata...

Suke betul entry ni..lagi satu yang suke dok check in sana, check in sini...nak habaq Mai semua orang lettewww dia pi mana...riaq sangat...tak suke...

Prince of Noob berkata...

ada ramai yg aku dah unfriend, kebanyakannya totok2 politik yang tiap2 hari nak update & share kat status facebook pasal najib, rosmah, anwar, nik aziz, karpal singh, shabery, khairy dll plus dengan caci maki hamun

Wanita Mutalib berkata...

yang ini mak sokong.
sangat sangat sokong.

tambah yang suka buat gambar pre-wedding dah tu peluk-peluk bagai.

eh bangga post kat fb.

eh. emo lak mak.

enon berkata...

mane noob?

Mummy Dot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Jgn la unfriend noob...kasihani la ia

Mummy Dot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
korokmu berkata...

betul juga cakap enon.

Mane noob?

Hangpa dah unfriend die ke?

*tangan di bahu mata ke atas*

jay berkata...

ada jugak yg share gamba, u, kita beli yg ni la, u, kita buat camni la dapur kita.. u, nak handbag ni... euww! annoying. i is jeles sbb apa nak beli semua nak announce kat fb.

i tak kuasa nyah berkata...

nak cari belambak orang pesen camni untuk hiburkan hati?

Pegi ke blog hanis zalikha ataupun maria elena.

Add diorang dan mohon bertabah hati.

Kah kah kah

Jangan diorang attack aku sudah

Anak Pak Muin berkata...

setujuuuu...kahkah

Tanpa Nama berkata...

Aku tak unfriend, tapi hide je....hahaha

nadz ruslan berkata...

"tipah cepatlaa!!" bising arjun yg sedang menunggu di depan rumah atas kapcainya.

"kejapla, org nak check in, nak tulis doa kat facebook ni suruh dorang aminkan, semoga kitew kekal schuwit gtu, even lepas tawen nantiew" lalu tipah melompat naik atas kapcai, memeluk pinggang arjun erat..

Jay berkata...

FB & internet ialah tempat wanita2 Malaysia melepaskan gian masing2 dgn macam2 cara yg annoying.

Jaynab berkata...

yang jual barang pun annoying gak.. abis semua wall org kau tepek susu dlm tin, lampin, kueh semperit, tudung pusar warna warni. heee

Tanpa Nama berkata...

heh. terasa bab berdoa tu :P selalu gak buat rasanya. tapi tak pernah lah pulak mintak diperpanjangkan jodoh. muehehe.

bole jalan dengan fb berkata...

aku sgt sokong entri ni. malah aku paling benci golongan pompuan yg suka upload gambar dlm fb diorg. agaknya diorgn tak pernah baca blog ko ni mantot sebab tu tak de kesedaran...aku dengan bangganya bagi tau sume org kat sini yang aku tak ada akaun fb...bangga..bangga

mato mato berkata...

jgn bangga sgt dude, mana tau satu hari nnt ko jadi taik fb Keh3

facebooker berkata...

ada lagi laa...

4. geng MLM!!! syoh! syoh! syoh!

Tanpa Nama berkata...

btol.. MLM!

shilaker..syial

-peugeot-

Alfreedino Ahmad berkata...

jgn lupa kat awek2 yg perasan cun yg ske amik gmbr tangkap sendiri pki HP tu. dok atas katil smpi berpuluh gmbr yg lebih kurang sama cuma berbeza sudut. dlm toilet depan cermin pun amik gak. x pun dok dlm keta. yg tak tahan tu, ada plak yg ngade2 buat2 mulut itik nyer...sexy lah konon. menyampai I tau. ekekekeke

paraxixth berkata...

golongan mlm. juat obat. baju kpop. tudung unta juga yang tag tag gambar.
juga tergolong dalam golongan anoying nie.

Tanpa Nama berkata...

bukan takat hal2x rumahtangga..geng2x yg buat MLM pun sama...klu dah berjaya tu takyahlah nak tunjukkan sangat dah beli kereta mewah...dah ada rumah besar...walaupun niat tu "xnak menunjuk" tetapi sebagai menarik minat rakan2x yg tak kaya2x...tp boleh juga menarik minat para penyamun yg sdg carik mangsa...org yg btul2 berjaya dalam perniagaan pun takde satu yg menunjuk kat FB...

Irfa berkata...

terbaek

Tanpa Nama berkata...

Tu belum citer dalam kain lagi.. Puii..

A'finie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

terasa bab berdoa...berdoakan salah satu cara berdakwah?! apehal annoying plak bile bab berdoa nih?!

Tanpa Nama berkata...

Tang berdoa tu aku sokong. kalau berdoa mintak dimurahkan rezki, mintak diampunkan dosa umat Islam masa kini, aku leh terima lagi. Tapi balik2 doa mintak dicepatkan jodoh, mintak " aku dan kau" bahagia selamanya. Lagi hipokrit kalau DP dia gambar berpeluk dgn bukan muhrim. Tak kena langsung.

-abahko-

Tanpa Nama berkata...

ustaz ckp x salah letak doa kt fb.. at least bila org bc dh jd mcm doa utk org tu jgk.. sy suka fb sham kamikaze.. dia suka post ajak solat awal waktu, pastu post yg mcm "mari istighfar sahabatku"..bila baca otomatik mulut akan lafaz istighfar..

Tanpa Nama berkata...

apa kata kau inactivate kan account kau? senang cerita. dosa kecik pun hilang.

zerra :) berkata...

salam bro. mohon printscreen & share ni facebook. thank you :) oh ye, nice entry.

Tanpa Nama berkata...

4.Laki bini betsembang kat facebook

Tanpa Nama berkata...

kahkah... saya suka giler post ni.. berdoa kemain depan fb..huhu