Jun 04, 2012

Terus-Terang : Jangan Kahwin Lambat dan 2 Lagi Kesilapan Yang Tak Perlu Dilakukan

Dari malam semalam sampai ke saat aku menulis ni, aku tengah buat kerja yang deadlinenya tengahari ni..pukul 2 petang. Tapi buat kerja sikit..buat sekejap... aku mesti bukak tengok gambar anak aku. Lepas tu senyum sorang-sorang.
Cuti sekolah sekarang, jadi aku akan hidup sorang2 untuk sementara.

Walaupun selama ni aku suka hidup sorang-sorang, masa bercinta aku dipenuhi rasa burden gila cakap telefon lama-lama, aku rasa keluar jumpa gelfren tu bangang dan buang masa...semua tu terjadi sebab masa tu aku tak ready lagi nak share hidup dengan sapa-sapa.

Tapi sekarang ni, di pagi yang damai ni, dengan dikelilingi kabus yang agak tebal sehingga aku tak nampak apa-apa dekat luar, aku terpaksa akui...ada sebabnya kenapa agama suruh kau kahwin dan jangan bercinta dulu sebelum kahwin.

Ada beberapa benda yang aku regret, salah satunya adalah kahwin lambat. Kalau aku tau macam mana coolnya sebenarnya dapat tengok anak membesar dari dia takde reaction dan tak boleh buat apa2 kepada seorang yang nak suap makanan dia sendiri dan kalau tak bagi, dia merajuk buat-buat...ada ketikanya aku fikir balik, macam mana satu masa dulu aku boleh bertahan tak nak kahwin sebab aku rasa lagi macho stay single.

Semua orang dapat belajar dari kesilapan.

Belajarlah daripada kesilapan aku, jangan kahwin lambat kalau kau lelaki. Orang yang merasakan tindakan kahwin lambat adalah satu tindakan yang tepat adalah orang yang tak sure apa tujuan hidup dia sebenarnya.

Ada duit, simpan. Tak payah usaha kejar teknologi. Itu satu kesilapan aku jugak. Satu masa dulu aku cuba jugak kejar teknologi tapi teknologi tak pernah berenti nak tunggu aku.

Kahwin...Bila kau tanya orang, ramai yang akan kata perkahwinan lebih banyak bawak masalah. Negatifnya lagi banyak dari positifnya. Isteri buat perangai..isteri tarik muka..standard la...ayat2 Melayu purba nak memburukkan sesuatu yang dia rasa perlu untuk dihuduhkan. Tapi ...bukan ke Melayu itu Islam?

Lagi satu kesilapan yang aku harap korang jangan ulang adalah jangan pilih Barisan Nasional. Sebab Barisan Nasional suka sebuah negara yang rakyatnya bekerja sepanjang masa tanpa memberikan tumpuan kepada keluarga. Lihat sistem pekerjaan kita...kau cuba tengok orang yang berkelulusan rendah, berapa jam dia kena kerja seminggu semata-mata untuk mampu support keluarga dia?

Dia tak ada duit, dia kena carik duit..kemudiannya dia hilang pulak masa untuk didik anak dia.

Negara kita dasarnya penuh dengan pembangunan material semata-mata sebab itu ramai Melayu yang berjaya, kejayaannya diukur oleh nilai kekayaan diorang semata-mata. Asal kaya..berjaya. Betul kan?

Jadi, imbas kembali, ada 3 kesilapan jangan diulang ;

1. Cuba jangan kahwin lambat
2. Jangan cuba kejar teknologi
3. Jangan pangkah Barisan Nasional

Okeh. Aku nak sambung buat kerja.
Sawadikap.

25 ulasan:

kisah hati berkata...

banyak institusi kekeluargaan di Malaysia semakin rapuh demi mengejar kekayaan dan kemajuan negara kononnya..( tak kaya pun kene kerja keras jugak, yelah nak bg anak mkan nasik kan, mcm mantot cakap)

mr edz berkata...

naib baik aku tak pernah undi barisan nasional

Prince of Noob berkata...

wah best ni lepas ni kalau PR menang, bolehlah aku tak perlu kerja berjam2 seminggu untuk support keluarga aku. barang akan jadi murah, tol akan mansuh, ptptn tak kena bayar, cukai pendapatan akan turun, yuran tadika turun, bayar pengasuh murah, bayar maid murah, nak kawin pun mak bapak tak letak hantaran tinggi dah kat anak2 perempuan diorang, harga minyak turun, cukai kereta import akan mansuh, harga kereta jadi murah, aku pun akan merasa beli honda civic dan takkan pakai lagi proton, dan yang penting sekali aku akan ada masa yang banyak untuk anak2 aku... terbaiklah!

Saya makan Nasi Lemak berkata...

2 kesilapan pertama..Cool Beans..last kesilapan....er...pangkah PR boleh menterbalikkan semua tue ya?

zaminc berkata...

setuju dgn ketiga2 di point tu...
tapi bila aku berenti kejar teknologi, aku rasa mcm org pra-sejarah plak...

Faber Castell berkata...

kalo bf aku baca ni memang best la
*pendam rasa..sob sob

Tanpa Nama berkata...

Like Noob's comment.

John berkata...

Tak guna ubah kerajaan kalau kita tak mampu ubah diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

pasal kahwin tu rilek la bro.

http://karlbossblogging.blogspot.com/2012/06/satu-kisah-dua-cerita.html

ada citer kt situ yg aku setuju sgt.

better x kawin dari ko kawin org yg menyebabkan ko suffer.

Mummy Dot berkata...

ak terkahwin awal gile.ok. sume ada pro and con. sawadikap.

Tanpa Nama berkata...

Loike

Tanpa Nama berkata...

ape yang best nye komen noob tu...???

AkuBukanLelaki berkata...

aku bakal kawen lambat.
aku perempuan.
baru nak mengundi.


eh,kesian kan?

Tanpa Nama berkata...

Adakah anda pasti sekiranya (PR)perintah, kehidupan kite tak berasaskan duniawi semata2?dapat tumpukan pada keluarga dan jadual kerja tak pack seperti sekarang???Anda pasti???

Alfreedino Ahmad berkata...

Bro, 3 kesilapan jangan diulang ;

1. Cuba jangan kahwin lambat
2. Jangan cuba kejar teknologi
3. Jangan pangkah Barisan Nasional

Ini terbaik bro...

Tanpa Nama berkata...

aku bukan orang kerajaan tapi.. aku rasa point ketiga kau tu agak bodoh. hurm, sorry, bukan 'agak' bodoh, tapi mmg bodoh dan bebal.

stormtropper berkata...

point ketiga tu paling tepat
u mad bro?? :D

Kaki Merapu berkata...

aku nak kawen awal....tapi...tapi...tapi....

Unknown berkata...

insyallah aku kawen tahun ni...huhu.....teringin nak jadi suri rumah but susah plak rasa kalau x bantu ekonomi bakal suami...ehemmmm =(

mamitanjung berkata...

haih.. aku baca dengan senyuman dekat dua point di atas.

point ketiga tu buat artikel ni nampak bangang gila. dan kalau kau kata jangan pangkah PR pun aku tetap kata artikel ni bangang. nak jugak campur aduk realiti hidup dengan politik tu pasepa?

Tanpa Nama berkata...

Korang tak nampak ke apa kaitan BN dengan institusi sebuah keluarga?

"Sebab Barisan Nasional suka sebuah negara yang rakyatnya bekerja sepanjang masa tanpa memberikan tumpuan kepada keluarga."

Politik dgn hidup ada kaitan.

Tanpa Nama berkata...

Alamak, ni kene sindrom suka salahkan kerajaan bila dr sendri x betul. Tukarlah gaya hidup tu, dok kampung noreh getah atau jd nelayan. Lg banyak leh simpan duit, x dak tol, bil2 murah, mkn murah, blh tgk anak2 membesar dgn baik. Getah mahal, koko mahal, kelapa sawit mahal, kopi mahal, ape x cool, ssh, ddk kmpg? Nak seribu daya, x nk seribu dalih, di mana ada kemahuan di situ ada jln.

Azza Azman berkata...

2 dengan 3 tu boleh je buat.. tapi ni satu tu... first aku perempuan, kedua mak pabak aku dan bf aku cam tak leh terima ank sulung mereka ni kawen awal. nak suh kerja lah apa lah...

Tanpa Nama berkata...

Mantot..tolong block si noob ni. bajingan!

Non BN Suppoter berkata...

"ape yang best nye komen noob tu...???"

Coz he disagrees with sarcasm rather then keluarkan ayat yg tersangat whiner seperti ' BN suka sebuah negara yang rakyatnya bekerja sepanjang masa tanpa memberikan tumpuan kepada keluarga.'