Jun 27, 2012

Bila Monyet Diberikan Henfon Berkamera

Bila berlaku sesuatu kematian atau kemalangan, masyarakat kita akan jadi sangat2 concern. Jadi pakat ramai2 berpusu-pusu nak tengok. Orang Cina selalunya tak join tengok sangat sebab pantang diorang forbid tengok benda2 macam tu sebab kepercayaan diorang, roh masih lagi berlegar-legar sekeliling tu.

Tapi orang Melayu kita...bukan setakat beramai2 pegi tengok.Beramai2 berebut nak berdiri paling depan sekali.

Kemudian apa diorang buat? Ambik gambar.
Kenapa kau kena ambik gambar mayat?

Adakah kau bekerja sebagai polis? Atau kau petugas jabatan forensik? Atau kau fotografer hospital? Atau kau seorang reporter?

Atau kau hanya sekadar seorang rakyat biasa yang konon2 nya cuba merakamkan detik penting yang kau rasa penting untuk didedahkan kepada orang ramai, sebab kau kononnya "blogger" atau "social media whore" jadi kau kena share semua benda yang kau nampak?

Sampaikan gambar mayat orang eksiden atau bunuh diri pun kau ambik untuk tatapan peribadi? Untuk apa kau ambik gambar mayat dengan darah bertakung dan kepala bersepai? Nak share adik beradik mak bapak suruh tengok?

Sebab benda tu menarik pada kau? Atau sebab kebetulan kau mampu beli kamera atau kau ada henfon canggih yang ada kamera jadi dalam diri kau terdetik...semua benda menarik kau kena tangkap, tak kiralah benda tu patut atau tidak kau tangkap. Dan bila kau tangkap tu sebenarnya sebab kau rasa kau ada maklumat penting yang perlu disharekan dekat wall Facebook kau?

Inilah masalahnya bila teknologi dah jadi terlalu available. Gambar mayat atas jalan pun nak dijadikan koleksi peribadi. Semua sebab dalam kepala dah terfikir, semua moment menarik mesti disharekan.

Sharekan lah. Printkan lah. Frame kan. Gantung dalam rumah.

9 ulasan:

Nursaila Norman berkata...

'ambil gambar mayat,kemalangan,janin etc dgn niat nak bg kesedaran/info kpd org ramai'

please la. tak payah nak mengaib kan mayat/orang. apa yg best sgt ntah tunjuk kat fb/blog etc. nak tarik perhatian la kot.

Tanpa Nama berkata...

nak jadi glamour kat fuckbook sebab post gambar ngeri.

The Return berkata...

Post ni hanya membuat aku teringat kes perhimpunan Bersih 3.0. Lebih taksub ambik gambar org/pendemo/polis/pompuan dibelasah drp membantu.

ijan ijok berkata...

melayu sekarang makin sakit. suka tengok benda ngeri dan menakutkan.

byk lagi benda baik yg boleh ditengok, tapi yg luar biasa ngeri yg nak ditengok jugak.

yg bertambah luarbiasa, sebab suka merakamkan perkara tersebut.

kalau ada kemalangan melibatkan kematian biar polis dan jabatan forensik ambil gambar dah laa. kalau dah kemaruk sangat nak tengok, tengok je laa, kalau dah gian nak rakam jugak, simpan sendiri dah laa.. tak payah laa nak kongsi kat youtube.

Syakir Zainol berkata...

Walaupun aku join Bersih, tapi aku tak salahkan org yg tak tlg org dibelasah polis... polis ramai2, ko sorang... apa expectation kita, nak belasah polis balik? nak damaikan polis tu? the only way ialah amik gambar sebagai bukti...

Irfa berkata...

kalau yg eksiden kepala bersepai tu sedara atau adik badik dia..konfem dia marah bila org ramai ambik gambar kan?mungkin nk share yg dia tahu ttg sesuatu yg penting..sgt tak sesuai

Prince of Noob berkata...

dengan adanya henpon berkamera maka wujudlah klip video awek bertudung melayu 3gp, tapi takde orang berani upload kat facebook la. zaman dulu pun mungkin byk jugak kes mcm tu tapi sbb henpon kamera tak wujud lagi maka takde la sapa2 nak amik gambar aksi beromen dalam kereta.

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu ade rasionalnye kt arab saudi xleh pkai kamera henpon. Camwhore, social media whore

-voltron-

dave grohl berkata...

orang pakistan yang bunuh diri tu, kat rumah ko ke tot?