Jun 20, 2012

Memahami Perasaan Bapa

Semalam, hari jadi anak aku yang pertama. Cepat gila masa berlalu. Dah setahun!

Tarikh yang sama tahun lepas, aku tengah berpusing-pusing kat lobi hospital dan pegi hisap rokok dekat parking bawah pokok sementara tunggu anak aku lahir kat dunia. Keluar2 mata dia dah terbukak tengok sekeliling.

Daripada seorang yang hanya terbaring dan tak pandai nak hisap susu badan, sekarang ni dia sendiri pegi carik susu badan mak dia.

Orang kata, apa saja yang kau hope dekat anak kau sendiri, benda yang sama la yang diharapkan oleh mak bapak kau. Kalau kita ambik benda tu camtu, aku tak pasti sama ada betul atau tidak sebab apa yang aku harapkan pada anak aku adalah dia jadi seorang drummer, guitarist, pakar IT dan multimedia tapi masih lagi jadi seorang lelaki yang soleh. Aku tak rasa mak aku wish aku belajar main muzik atau dengar lagu2 yang aku dengar sekarang yang penuh dengan ayat2 carutan.

Tapi macam mana pun, aku rasa tanggungjawab semua bapa yang paling penting adalah satu benda. Kalau kau rasa bapak kau adalah orang paling the best dalam dunia, kau kena jadi lagi baik dari dia.

Walaupun aku tak sempat nak hidup lama dengan bapak aku dan aku tak pernah ada bapak lain daripada umur aku 13 tahun hinggalah aku berumur 29 tahun, tapi sekurang2 nya sempat jugak aku ingat bapak aku macam mana. Ada kawan aku seorang, langsung tak sempat tengok bapak dia sebab macam mana nak ada memori pasal bapak sendiri kalau bapak kau meninggal umur kau 2 tahun?

At least, aku boleh ingat bapak aku rupa dia macam mana, macam mana suara dia, macam mana dia tidur dan aku ada jugak la memori pegi pantai dengan bapak aku sebelum dia takde. Cukup beruntung dah sebenarnya. Tapi macam mana pun, kadang2 aku rasa aku miss jugak guidance seorang bapak sebab aku rasa kalau bapak aku ada lagi, ada lah beberapa decision yang aku sure aku takkan buat sebab sepanjang yang aku ingat, aku takut dengan bapak aku.

Kepada yang masih ada bapak tu dan selalu bergaduh dengan dia, khasnya orang lelaki yang masih tak kahwin lagi...benda yang paling silap kau boleh buat adalah membenci bapak kau. Jangan buat kesilapan tu. Sebab bila nanti kau ada anak, semua benda yang bapak kau pernah rasa masa dia pegang kau, akan turun dekat kau.

Waktu tu, barulah kau akan rasa macam mana sebenarnya sayangnya bapak kau dengan kau.

Sebab tak ada anak yang akan paham macam mana sayangnya bapak dia dekat anak dia selagi dia tak jadi bapak tu sendiri. Mak punya kasih sayang, sangat2 obvious. Bapak punya kasih sayang ni....agak misteri sket.

Dan, tanggungjawab semua lelaki, adalah menjadi seseorang yang lagi baik dari bapa dia. Barulah dunia jadi lagi baik, kan?



22 ulasan:

suparjo berkata...

oh man, tacing baca post kau tot

Kaki Merapu berkata...

selamat hari bapa tot...gua nak jadi bapa gak, tapi gua kena kawin dulu..hik hik hik...

Innanie | Ariffin berkata...

being a father is awesome! happy father's day!

Tanpa Nama berkata...

"aku tengah berpusing-pusing kat lobi hospital dan pegi hisap rokok dekat parking bawah pokok sementara tunggu anak aku lahir kat dunia."

Teman bini beranak kat sebelah katil hospital tak?

mr edz berkata...

sama la tarikh lahir anak kau dengan bini aku...

Mantot berkata...

bini aku tak bersalin normal.diorang tak bagi masuk.

Tanpa Nama berkata...

"bini aku tak bersalin normal. diorang tak bagi masuk"

Ala... cian dia. Selamat Hari Ayah!

Tanpa Nama berkata...

kesian kau Tot tak dpt tengok, air mata kesyukuran mesti keluar tgk anak kau nangis firsttime atau tengok mata dia buka lepas tu berkerut dahinya tengok dunia first time.... tapi aku anak kedua bini aku kena ops tapi doktor bagi masuk...hospital swasta ler... kalu hospital kerajaan tak bagi masuk kot... entah la...
-coma-

Prince of Noob berkata...

terima kasih kepada kaum bapa2 yg tak pakai kondom waktu main dulu... selamat hari bapa!

sim_2096 berkata...

btul tu

Sang Merah berkata...

To be a better father..is being a good son first :)
slamat hari bapa mantot!

Azhar berkata...

Betul2 pun elemen konservatif kne ada. Ataupun berlapik la sket. Hehe Peace

ASyraff Ryu berkata...

"Sebab tak ada anak yang akan paham macam mana sayangnya bapak dia dekat anak dia selagi dia tak jadi bapak tu sendiri. Mak punya kasih sayang, sangat2 obvious. Bapak punya kasih sayang ni....agak misteri sket"
KENYATAAN INI TERLALU BETUL,hahaha

mya berkata...

first time sebak bila baca cursing malay. Selalu rasa nak mencarut je.

ck slmh berkata...

29?
sebaya ler kite tot.
haha..
anyway, selamat menjadi bapa mithali

Tanpa Nama berkata...

ko kenapa noob...??
kurang kasih sayang ker...?
meluat aku baca komen2 ko...

Balqis Riza berkata...

tacing seyh...haha happy daddy's day mantot

Tulisan Bogel (admin) berkata...

tika ini aku masih keruh lagi dengan ayah

Tanpa Nama berkata...

marah mcm mana pon, i still can't imagine my life without my dad

hoya berkata...

klu bersalin kat hospital putrajaya..ayah boleh masuk tgk bini beranak klu beranaka normal...klu ada komplikasi skit..kena tgg kat luar

Master Yoda berkata...

La ni kalau balik kg, gua lagi selesa sembang ngan abah...entah la, mungkin nak tebus masa sembang ngan dia masa kecik...masa kecik dulu, huish, memang nak ckp ngan dia pon takut...

Tanpa Nama berkata...

"Kepada yang masih ada bapak tu dan selalu bergaduh dengan dia, khasnya orang lelaki yang masih tak kahwin lagi...benda yang paling silap kau boleh buat adalah membenci bapak kau. Jangan buat kesilapan tu. Sebab bila nanti kau ada anak, semua benda yang bapak kau pernah rasa masa dia pegang kau, akan turun dekat kau.

Waktu tu, barulah kau akan rasa macam mana sebenarnya sayangnya bapak kau dengan kau."


ayat paling bodoh aku pernah dengar.aku benci bapak aku dan aku akan terus benci dia selagi dia tak mintak maaf atas segala kesalahan di buat kat aku dan mak aku (bekas isteri dia sekarang) time aku kecik.aku tak pernah rasa menyesal benci bapak aku sebab dia lah aku jadi cool hollow lifeless hated human macam ni.bab akan ada anak?aku tak pernah terpikir pun nak kawin sebab bagi aku manusia seakan2 virus yang diprogramkan untuk memusnahkan orang lain dengan sifat2 pentingkan diri sendiri, kejam dan tak berhati perut.