Jun 02, 2012

Kalau Nak Cuci Mata Tengok Awek, Ushalah Dengan Berhemah.

Pada satu hari di KFC sewaktu zaman muda aku dulu, aku tengah beratur dengan member aku nak beli makan. Orang ramai waktu tu jadi beratur agak lama dan kaki jadi lenguh. Untuk menghilangkan kebosanan, aku dengan member aku usha awek. 

Pergh..awek itu...mantapp! Perghh awek ini...terbaik!

Usha punya usha dalam beberapa minit, lalu seorang minah TERBAIK PUNYA. Pakai tudung tapi pakai seluar cotton ala-ala macam tracksuit kaler kelabu cerah ikut bentuk tubuh (salah satu aku punya weakness) yang mampu membuatkan mata aku takkan lari daripada focal point.

"PERGH!!PERGHH!PERGHH! BRO! INI AKU PUNYA FAVORITE!" bisik aku tapi dalam nada excited.

"Aku tak minat sangat laa pempuan pakai camtu. Kalau nak seksi, alang2 seksi betul2. Tunjukkan semua benda," komen member aku.

"Tapi aku suka camtu..sebab dia still consider concealed tapi still figure dia jelas kelihatan, dan tracksuit kelabu dia...nom nom nom..." kata aku.

Mata aku terus follow awek tadi tu yang nampak macam muda, aku ingatkan anak dara tapi rupanya mak orang. Dia duduk dekat meja dengan seorang anak dia.

"MILF MILF MILF! Kalau aku kawin, aku wish isteri aku stay macam tu lepas beranak satu.." kata member aku.

"Ya dik, nak makan apa?" tanya akak cashier. Aku sebagai meneruskan tradisi order dinner plate dan member aku order apa benda aku tak ingat. Bayar asing-asing tapi satu bil. Student lagi time tu. Siap order, angkat tray dan terus carik meja duduk tapi takde la berani kitorang pegi duduk dekat pempuan tadi.

"Takkan janda kot milf tu? Kalau kau la, kau nak ke kawin dengan janda?" tanya member aku.

"Kalau janda camtu...aku ok kot...tapi tengok la anak dia berapa orang," jawab aku membayangkan detik indah kami honeymoon bersama disertai oleh seorang anak tiri aku.

Aku pun mula mencubit ayam original recipe KFC dan disuapkan ke dalam mulut. Lazat. Nampak lelaki yang berdiri belakang kitorang tadi dapat order, terus berjalan ke meja minah yang kitorang usha tadi.

Ayam ditangan mula rasa tawar dan tak sedap.

"Mesti dia bangga budak2 muda mengidam nak dapat isteri dia," fikir aku nak sedapkan hati yang penuh kemaluan. Yang aku tak tahan...suami dia senyum kat kitorang.

Pengajaran : Kalau nak usha awek, ushalah dengan berhemah.

16 ulasan:

Akira Al-Fateh berkata...

Suami yang senyum selamba tengok lelaki lain 'ratah' isteri dia memang dayus.

lop berkata...

apakah??

Muhammad Syahmi berkata...

Suaminye suke orang tengok bentuk tubuh bininya...

Berapa ramai orang tengok, banyak tu jugak la dosa dia dapat...

Tanpa Nama berkata...

kahkah gua tak rasa suami perempuan tu senyum sebab suka bini dia diperatikan tetapi gua rasa dia senyum sinis lebih mcm perli lah

Arrr berkata...

KAHKAHKAH! tersembur aku!

Prince of Noob berkata...

"Pada satu hari di KFC sewaktu zaman muda aku dulu"...

jgn kata zaman muda, sekarang pun mesti macam tu lagi kan hehehe... kalau dah namanya orang lelaki

Cik Siti Fairuz berkata...

seluar cotton kaler kelabu...cerah.. perghh jarang ada lelaki yg bole ingat kaler pakaian pompuan. melainkn dia btol2 minat & ehem

Tanpa Nama berkata...

bahaya gak eh lelaki ni...dah nama lelaki..

ajib berkata...

tu reporter ambik gambar org tgh buat senaman

adam berkata...

tahap dewata langit punya rasa nak kaver malu tuh.

Moral of the story, keindahan di pandangan mata simpan sendiri dan bercerita bila perlu, indah dunia tak indah akhirat tak berbaloi gak.

Zinedine Zaiddin berkata...

dia senyum bukan sebab suka bini dia kena ratah, tp terkenang balik zaman2 dia muda belia cam mantot jgak la tu.

noob gila usha awek sampai kantoi dengan laki..hahahhaa

Tanpa Nama berkata...

baca blog uncle mantot ni kan..baru org tau yg llki pandang pompuan x sama mcm pompuan pandang llki.

pompuan tgk llki biase2 je,xda pla terbayang bukan2.

tp llki?

HAHA!



-girly-

azhar berkata...

Bila tot bercerita psl seluar kelabu cerah ikut bentuk tubuh nie, aku nk nasihat org pompuan xyah la pakai. Bukan ape, teringat aku naik bas berdepan keadaan gini. Seating bus 2-1 aku duduk single seat. Masa dlm bas waktu siang ok lg, tp waktu mlm dibiasi dgn lampu jalan seolah2 pompuan yg duduk double seat sebelah aku tu cam x berpakaian (dlm konteks seluar ye). Yelah, dah la ikut bentuk tubuh, warna cerah lak tuh. Terkejut aku. Sangat x sopan n teringat smpi skrg. Klu bleh elaklah. Jgn kate aku pervert dah. Btw Tot suka kot kes gini hehe

husn bosn berkata...

hahahahah!

Kump. Abang2 Keluar UMNO berkata...

Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.


Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded

Mohon Adik2 Semua Lari Dari Puteri Dan Pemuda UMNO. 4 juta anak2 muda perlu lari segera tanpa perlu berdolak dalik. Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..

BUKTI * (MESTI TONTON)



~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



~Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Terengganu Pergerakan TerBODOH Sepanjang ZAMAN~
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1




p/s: copy, paste & edit dari 'Adik Sayang'

Tanpa Nama berkata...

Takat buh link dari blog belah kita2 je baik tak payah.kalau nk dedahkn kezaliman kena adil.kemuka bukti dari belah BN jugak.rakyat sekarang dah bijak.takat tengok one side je tu rakyat yang x cerdik.mana hang tau hutang dah slesai? Toksah duk mnipu la..bukan orang x blaja ekonomi..hutang tu tetap ada..cuma cara kita kawal tahap hutang tu..