Ahmad, berusia 5 minit.
Ayah : Terima kasih yang kerana tahan sakit melahirkan anak kita.
Ibu : Comelnya anak kita ni. Kalau boleh saya nak namakan dia Ahmad.
Ayah : Kalau macam tu, saya namakan anak kita Ahmad Khairil bin Rosli.
Ahmad, berusia 1 tahun.
Ibu : Abang, kalau boleh jangan la berjoli sangat, duit bulan ni tak cukup ni. Susu Ahmad pun kita tak beli lagi ni.
Ayah : Awak ni? Nanti kalau saya dapat kontrak ni, saya bagi la awak10 ribu. Lagipun, biasa la kena entertain client dekat club ni. Malam esok pun saya lambat tau!
Ibu : (Berbisik) Ahmad..Ahmad..anak manja emak.
Ahmad : Buwaa..buwaa.
Ahmad, berusia 5 tahun.
Ibu : Abang, nanti Ahmad dah tadika ni, saya nak la dia masuk pusat asuhan PASTI tu. Tengok budak2 kat situ membesar elok. Ramai yang pakai kopiah pegi tadika.
Ayah : Awak ni, awak tu bukan elok sangat pun. Nanti apa pulak orang kata, maknya seksi anaknya berkopiah.
Ibu : Saya dah tanya dah, biarlah apa orang kata. Mulut orang kita memang macam tu. Kita ni pun tak berapa pandai sangat bab-bab agama ni. Biarlah ada seorang yang reti bab-bab ni bang.
Ayah : Ok lah. Awak daftarkan lah.
Ahmad, berusia 7 tahun.
Ahmad : Ibu,ibu, hari ni Ahmad belajar pasal solat. Jom la kita solat sama-sama.
Ibu : Err...jom. Ibu ikut apa yang Ahmad buat ya?
Ahmad : Ayah mana bu?
Ibu : Ayah kau tak balik lagi Mad.
Ahmad : Sayangnya, kalau tak boleh ayah imamkan kita semua.
Ibu : Ayah kau tu, dengan mak pun dia tak pernah imamkan Mad.
Ahmad, berusia 9 tahun.
Ahmad : Ibu, kawan-kawan Mad selalu perli Mad.
Ibu : Diorang kata apa Mad? Ish..motor ni. Aku pulak yang dia marah?
Ahmad : Ibu nak terlanggar dia tadi. Takde apa ibu, yang hantar Mad, ibu tiap2 hari. Bila dalam kelas, ramai yang tanya kenapa Mad masuk sekolah agama?
Ibu : Kenapa diorang tanya Mad macam tu?
Ahmad : Sebab ibu sendiri tak tutup rambut. Tak macam Ustazah Mad pun. Ustazah kata semua perempuan Islam kena tutup aurat.
Ibu : Ibu pakai macam ni sebab ibu kerja. Ibu tak boleh nak kerja kalau ibu pakai macam Ustazah Mad tu...
Ahmad : Oooooo...Mad tak tau la nak jawab apa kalau diorang tanya Mad camtu.
Ahmad, berusia 20 tahun.
Ahmad : Assalamualaikum Yah!
Ayah : Waalaikumsalam Mad. Macam mana belajar? Mesir sekarang ni selamat?
Ahmad : Boleh la ayah. Ahmad baru aje habis periksa paper Usulludin...sini tiap2 hari panas terik sampai macam nak terbakar kulit rasanya.
Ayah : Baguslah. Hah..ni ibu kau nak cakap.
Ahmad : Assalamualaikum Ibu!
Ibu : Ahmad!
Ahmad, berusia 26 tahun.
Ahmad : Ayah, Ibu, Ahmad tau Ahmad anak ibu, tapi macam mana pun Ahmad kena tegur jugak ibu dan ayah.
Ayah & Ibu : Apa dia Mad?
Ahmad : Minta maaf. Saya sedih lihat ibu tak bertudung, masih lagi sama macam dulu. Kerja pun sampai lewat malam, macam hari tu, ibu kata tinggal ibu dengan 2 orang aje staff di ofis.
Ibu : ....
Ahmad : Ayah pun sama, masih lagi bawak orang dan VIP masuk kelab, masuk pub. Saya tak berani tanya sama ada ayah minum arak atau tidak..tapi kita kena menjauhkan diri kita dari tempat2 macam tu ayah.
Ayah : Ewah..ewah...engkau semenjak balik dari Al-Azhar, join orang2 PAS dah berani pulak berceramah dekat orang lain. Kau sedar tak dengan siapa kau bercakap ni? Dengan duit yang aku kumpul tu la kau belajar. Sekarang ni kau pulak nak sekolahkan aku?
Ahmad : Bukan macam tu ayah...
Ibu : Dah la Mad. Kau tu patutnya bersyukur, kau anak tunggal. Ayah dengan ibu dapat tumpukan perhatian dekat Ahmad seorang. Apa cara sekalipun, yang penting ayah dengan ibu fikir pasal Mad..nak bagi Mad besar dengan sempurna.
Ahmad : Saya faham itu Bu...tapi saya....
Ayah : Berkawan lagi dengan orang2 tabligh! Ni lah contohnya anak derhaka. Mulut mengaji..tapi derhaka mak bapak sendiri. Nak melawan. Dah pandai..nak menasihat mak bapak dia pulak.

...................

25 ulasan:
bila Islam hanya untuk perkara tertentu bukan untuk cara hidup.
asal pakai tudung labuh je, solat tak tinggal je cakap alim.sape yg bina mentaliti tu ha?
eyh...tapi banyak pulak org melayu cakap pas tu sesat.
sape yg sesat sekarang?
like.
tapi kan, mcm pelik sket kat ahmad usia 9 tahun. kejap ada motor?
oh cerita yang sangat menarik... boleh dah nak hantar kat penerbit drama masuk slot cerekarama hari sabtu kat tv3 atau pun slot lestary.
mummy...mak dia yg cakap tu..die nak terlanggar moto kot.
nak anak tu jadi sempurna agamanya tp biler di tegur, marah pulak
mase aku darjah 2, aku direct jer tegur ayah aku pasal x ajar kitaorang adik beradik solat. *ayah aku solat je
lepas aku tegur, ayah aku diam jap, then terus pggil kitorng adik beradik..ajar solat.
dsbbkan ni, aku sgt2 hormatkan ayah aku. kalo tau dia salah, dia xmalu nk terima teguran wpun dari anak dia yg kecik tp bermulut lancang huhu
mak bapak mendidik anak memang susah, anak nak mendidik mak bapak lagi berganda susah
YEYEYEYEY YEYEYEY YEYEYE OHOHOHO
YEYEYEYEY YEYEYEY YEYEYE OHOHOHOOOO
Aku ada kawan, dia nak tegur bapak dia solat, dia tunjuk buku fardu ain 'panduan sembahyang' lepas tu tanya "Ni macam mana nak baca, ni nak buat macam mana...tunjukkan"
TROLOLOLOOOOOLOLOLO
Si noob tu tak abis-abis nak promosi blog tak laku dia tu.. setiap entry komen mesti ada link ke blog dia.
gila glamer ke hape? Join uncle seeker je la noob
terbaek
kesian Ahmad
kenapa kawan2 dia dekat sekolah agama persoalkan mak ahmad pakai tudung ke tidak? kenapa cerita ni macam tak kena je..baik straigth to the point je
yeah satu lagi cerita khayalan fantasi over exaggerated dari abang mantot kita untuk bacaan fanboi dan fangirls nya... mesti selalu sangat tengok drama melayu tu yg fantasi tinggi sangat. kalau mak bapak orang kaya businessman projek ribu2 dan takde agama punya orang, takdenya dia nak hantar anak dia pergi sekolah agama, pasti pulak tu. paling busuk dia hantar anak dia pergi international montessori. kesian asyik syok sendiri je cerita2 abang mantot ni
Citer hang ni mantot lagi baik dari filem Gerimis Mengundang tu..hahahaha...
beruntungla kalau dpt anak baik mcm tu
anon 4:00 pm adalah contoh orang gelap hati, dengki, busuk hati, tak boleh nak tengok orang lain bahagia, tak dapat terima mesej, hati tertutup, kritik yang tak membina.
boleh nampak warna hati melalui komen yang ditulis.
tq.
Dari cerita Mantot ni, menunjukkan INILAH SIFAT TIPIKAL ORANG-ORANG MELAYU! Bodoh tak kena tempat.
aku paham bila ada yang cakap cerita ni mengarut, macam drama melayu standard tv3 punya...
tapi aku harap yang baca cerita ni dapat point yang jelas dan nyata, nak didik anak tu susah, anak nak didik mak bapak lagi berganda susah..
tak payah nak cakap cerita ni mengarut, tak straight to the point ke apa...
hahaha mungkin gak maksud cite bro mantot membayangkan pd krajaan yg korup ni da didik kite supaya bijak memilih tp bile kite mmg da bijak dan tunjukkan ape pilihan kite dia xleh terima plak..alahai si giler kuasa~
Perenggan terakhir Tot,
sejak bile masuk PAS automatically join tabligh? PAS bkn suke sgt pn tabligh ni. Tabligh tak join politik katenye..
Jgn samakn PAS ngan tabligh. Bg pas politik itu lebih penting. Mengajak amar maaruf?...hmm
voltron
kpd anon GMT 8:00 lapangkanlah masa untuk melihat kereta cap apakah yang menjemput anak-anak di sekolah ABIM/pondok di masa ini?
Di sesetengah sekolah agama berasrama pihak sekolah charter 1 bas khas ke KL sahaja.
korang ni seni sastera fail sangat ke ? perlu ke cerita detail satu satu biar lengkap jadi satu buku / novel ? Asal tak hit jea drama melayu 2-3jam punya cerita tapi melibatkan beratus latar masa / tempat / masyarakat ?
Cerita dibuat, imiginasinya korang. Korang fikir buruk, buruklah jadinya, fikir baik, jadi baik. Main point, pengajaran & nilai - nilai murni buat muhasabah diri sendiri. Buka hati kepada perkara positif, postifkan yang negatif pula. Bukan kerja menghina orang jea.
Siapa yang typical malay sekarang ni ?*Facepalm.
sekurang2nya mak bapak dia mati meninggalkan anak yg soleh..yg mendoakan mak bapak dia dlm kubur..
1/3 daripada perkara yg menolong dia di akhirat dia dah dapat..
kita harap sampai la doa anak itu.
haha! tade org paham ke?
bayangkan
mak bapak = UMNO
ahmad = rakyat
ke mmg tade kene mengene?
Catat Ulasan