Jun 15, 2012

Awkward Agama : Hidup Senang Dengan Senang

Katakanlah,

Kau dapat peluang buat duit senang. Cthnya, kau kena buat satu kerja yang kau tau imbuhan dia puluh-puluh ribu. Tapi, kau kena gadaikan prinsip kau atau kehormatan kau.

Mungkin, kau terpaksa menjilat bontot seorang menteri sebab kau nak dapat projek dari dia atau kau terpaksa jual maruah kau jadi pempuan simpanan seorang VIP. Atau lebih teruk lagi, kau join MLM yang menipu orang dengan gelang ajaib.

Kau kira-kira, kerja 2 tahun pun belum tentu kau dapat banyak macam tu.

Aku baca Harian Metro semalam, penuh dengan iklan ajak Melayu kaya cepat. Ajak Melayu hidup mewah. Dan dikhabarkan oleh Harian Metro, 5 juta orang membaca Harian Metro setiap hari. Maknanya kalau betul, hampir 1/3 orang Melayu di Malaysia membaca Harian Metro...paper super sampah yang jauh lebih sampah dari sampah.

Kau buat tak kalau Tuhan kata jangan buat tapi satu2 nya cara untuk kau hidup senang adalah dengan berubah haluan? Tuhan bagi kau rezeki, tapi kau rasa tak cukup dengan rezeki dia bagi.

Ramai orang kita setiap hari mengalami dilema macam tu. Ramai yang terpaksa bawak client pegi pusat spa sebab nak entertain client. Tau salah, tapi kalau tak buat tak dapat projek. Yang jaga tender, duit dah ada depan mata, gaji setakat 2-3 ribu...depan mata ada 15 ribu, tunai. Nak ambik atau tidak?  Anak kat rumah makin ramai. Kereta pun dah sangkut tak bayar sebulan.

Dan daripada situ kau akan nampak kawan2 kau yang mana terlibat, berubah. Daripada seorang yang rajin semayang, bila dah termasuk dalam sistem "kena entertain client" ni dia akan jadi seorang yang sukakan entertainment. Sistem ni perosak masyarakat yang sangat berkesan.

Sayangnya, itu adalah cara bekerja dan menyelesaikan perbincangan di negara kita. Dan bila kau nak buat benda yang betul, benda yang ikut syariat agama, kau akan ditinggalkan.

Itulah dia Malaysia ku yang tercinta.Mahu hidup senang, Tuhan mesti buang.

Jadi, berbalik kepada persoalan di atas, berapa orang yang tak nak ambik kesempatan nak senang cepat kalau diberi peluang?


14 ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Mungkin nampak senang sekarang, tapi akan datang merana.

Berapa ramai yang makin rosak sebab buang Tuhan semata-mata kejar duit?

Tanpa Nama berkata...

aku rs aku ade potensi jd org yg buang tuhan demi wang.

org melayu kebanyakan pikir penyelesaian jangka pndk. nk kaya care short cut.

well, just like they say, show me the money!

adam berkata...

aku yang berdosa

Radin berkata...

"Berbalik kepada persoalan di atas, berapa orang yang tak nak ambik kesempatan nak senang cepat kalau diberi peluang?"

Kenapa? Kau sendiri pernah diberi peluang ke? Takpe, tak payah frust hindari dosa.

Btw, mengapa kau masih baca Harian Metro yg super sampah jauh lebih sampah dari sampah?

ana berkata...

sebelum ambik duit tu tolong la fikir yg duit tu nak bagi anak bini makan..kalau anak bini makan dari sumber yg haram..sanggup ke tengok bini tiba2 jadi mulut celupar..tingkah laku kasar..anak2 kurang ajar..asyik nak melawan je cakap bapak..

bila budak2 sekarang makin rosak akhlak asyik nak salahkan pihak itu pihak ini..nak salahkan pihak sekolah salahkan pihak berkuasa..tapi tak fikir ke dari mana sumber makanan budak tu..

fikir kesan terhadap zuriat kita darah daging kita..takkan la nak tengok keturunan kita rosak sebab kita..duit tu kejap je habis..seronoknya seketika tapi sengsaranya sepanjang hayat..

Tanpa Nama berkata...

Salam. Dalam IKIM ada cakap. Kalau umat Islam belajar ilmu Islam dan pertahankan nilai nilai Islam (maknanya tahu hukum halal haram (no in between atau grey area)dan tidak melanggar hukum syariat), kita akan jadi umat yang jauh maju ke depan.

popo

mahularidaridunia berkata...

Hidup ini memang dah berdosa dah pun.

Beli kereta interest. Riba tuuu...

Beli rumah interest. Riba tuuu...

Segala benda interest. Riba tuu...

Sistem duit menindas manusia.

Menjadikan hidup takut tanpa duit.

Dunia oh dunia

Semakin menuju kecelakaan

Tanpa Nama berkata...

exactly. Asyik2 interest..mnyusahkan btol

Prince of Noob berkata...

Yang penting kita ni buat kerja dgn jujur dan amanah, tak makan duit rasuah, tak buat kerja kotor semata2 nak dapatkan projek. Biarlah tak dapat banyak duit tak hidup senang di dunia, asal tak hidup susah di akhirat. Mana2 yg dah pernah buat2 benda tu kita doakan jelah agar mereka sedar akan kesilapan mereka.

Busbar berkata...

Tu la pasal. System kat malaysia ni mmg mcm tu. Spa, urut, karok, perempuan.

zaminc berkata...

"Dan bila kau nak buat benda yang betul, benda yang ikut syariat agama, kau akan ditinggalkan."

Islam akan kembali asing, dan beruntung la org2 yg terasing.....

bukan senang nak jd terasing dan beruntung ni....

Laici berkata...

sistem kat malaysia


Karaoke, 5 Star, Perempuan

baru la dapat tender

hanafijaafar berkata...

aku bukan pakar tetapi ini yang aku pernah belajar dan nak berkongsi.

kepada yang kat kita beli kereta dan rumah tu dah kena interest, sila rujuk balik konsep kewangan islam.

contohnya bila pinjam duit dari bank untuk beli kereta, kereta tu kita pakai tapi secara rasmi adalah milik bank. cara ni bukan riba sebab ada konsepnya adalah bank beli kereta dan jual balik kepada kita dengan harga yang sedikit mahal.

adalah menjadi riba bila kereta yang dibeli terus jadi milik kita, dan kita hanya meminjam duit dari bank dengan interest.

ini penjelasan pendek je, sila cari yang panjang dari yang pakar.

ilmu kewangan islam patut dipelajari lebih ramai sebab bukan semua "islamic banking" kat malaysia tu betul2 islamic, dan bukan semua perbankan konvensional tu haram.

Tanpa Nama berkata...

Bila baca post ni teringat kisah kaum Yahudi yang melanggar perjanjian hari Sabtu. Patutnya hari itu hari ibadah mereka, jadi tidak dibenarkan menangkap ikan, tapi nak dijadikan ujian, pada hari Sabtu tuhlah hari ikan melompat-lompat dengan banyaknya mintak ditangkap sedangkan hari lain tak macam tu. Jadi macamana? Pilihan di tangan kita