Jun 02, 2011

7 Sebab Kenapa Aku Menulis Blog Ini

Makin lama,makin ramai pulak yang menulis dekat internet ni.Ada yang tulis diari,ada yang tulis pasal aktiviti kehidupan harian...mcm aku,aku tulis benda2 random....selalunya aku menulis dengan emosi. Tapi kenapa aku rajin benar menulis kat sini?Hari ini,aku akan membongkar rahsia kenapa aku menulis kat sini.

1. Aku gila publisiti

Ya,aku dahagakan perasaan diminati orang.

2. Aku nak kumpul ramai follower

Setiap kali bilangan follower aku bertambah seorang,aku akan ketawa berdekah-dekah kerana suka hati yang keterlaluan.

3. Aku nak naikkan PageRank aku

Aku tak tau pun apa benda gunanya PageRank tu,tapi aku nak naikkan jugak PageRank.

4. Aku nak suruh yang aku follow,follow me back.

Ni aktiviti aku paling suka.Blogwalking dan suruh orang follow aku.Satu hari aku blogwalking ke 200 blog lain.Bila ada yang follow aku back..aku akan buat apa yang aku tulis dekat nombor 2.Kadang-kadang aku blogwalking,aku bukan baca sangat pun blog tu...aku singgah,tinggalkan mesej dekat shoutbox dia...suruh follow aku.

5. Aku nak orang klik iklan aku supaya income aku masyuk.

Come on.Share the joy.Klikla iklan aku sebab bila aku blogwalking aku akan klik semua iklan yang aku nampak.Jadi bila aku dah klik iklan kau,adalah sangat tidak fair kau tidak klik iklan aku balik.

6. Aku suka bertukar-tukar link

Ya,shoutbox di sebelah itu adalah untuk anda mempromosikan blog anda.Memang itulah tujuan aku letak shoutbox tu. Gunakanlah sebaik mungkin.

7. Aku nak gadis-gadis tergila-gila kan aku

Setakat ni,in real life aku dah jumpa 3 orang pembaca blog aku yang perempuan.Tiga-tiga hot.Tu baru 3.Aku tak cukup dengan 3.Aku nak ramai lagi.Aku nak rasa diserbu peminat.Aku nak rasa macam mana Jehan Miskin rasa bila peminat perempuan dia terjumpa dia.Jadi sekarang ni aku dalam proses pegi gym dan bagi aku masa sebulan dua,bila header aku kat atas tu bertukar jadi gambar aku dekat gym tengah workout,aku sure.....impian aku akan tercapai untuk jadi setanding dengan Jehan Miskin.

Itulah sebabnya aku menulis kat sini.
Kutuk Najib ke kerajaan ke,tu semua bukan objektif utama aku.

43 ulasan:

Merentas Horizon berkata...

ahaha.. sarkastik!

Fahmi Jaafar berkata...

hahaha, kutuk kerajaan lagi.. best kott.. :)

Umar Faruq berkata...

sangat sarkastik!! hahahahahahahahahah

Unknown berkata...

Hahaha...
Aku pun gila publisiti..sesapa yang comment kat sini meh jengok blog aku..aci?

kah kah kah

gelakungu berkata...

hahaha..u r so cute.
*dgn gaya cute

Six Pack Instructor berkata...

mantot bukan sarkastik. dia betol2 memaksudkan point 1-7 tu. asalnya malu nak ngaku. syabas tot, kau berjaya! kau bukan plastik! :p
"kami mesti pilih"

Nerzhul berkata...

LOL

Tanpa Nama berkata...

fu fu fu. aku suggest ko jadilah salah sorang penulis Sarkasis.

LS berkata...

diorg yg golongan 7sebab di atas adalah paling menyedihkan. kamon, depa ingat industri blog ni mcm industri fesbuk main add add? bangang.

kisah hati berkata...

memang jujur habis la mantot!2 thumbs up!

Eric@Boy berkata...

aik? sejak bila ko tulis perkara biasa2 nih???

Sue Anna Joe berkata...

Aku suka, kau dapat publisiti aku pon turut tempias. Tumpang glamer namanya. Terima kasih Mantot.

Kaki Merapu berkata...

ala, at least hang jujur mantot..bahahahaha...bukan senang nak cari org macam ni kat zaman ni..JUJUR...hahahaha...

Hamimi Kun berkata...

good reason. good boy. haha

Fyqa berkata...

sarcasm ;)

Cik Miza berkata...

sangat jujur!! sikap terpuji nih.

ザ-sylver- S berkata...

hahaha..

Kasmawati Jaafar berkata...

s.a.r.k.a.s.t.i.k.

milo boyd berkata...

giler deceiver. memang tuh true color die plis..bukan sarcastic.

tot..farewell party yuk!

Aslina berkata...

tumpang glemer kau jugak ah kat sini. hahaha

Cik Kiah berkata...

jangan kutuk, puji banyak2.
dan lihat perut mereka membesar dengan bijak. hehehe

PiNk berkata...

gempak! tapi tak cukup sarcastic lagi ni.

Cikli berkata...

sarkastik untuk 1-6.
bila baca no 7 aku macam faham bombastiknya.

fara berkata...

sangat sukee bile mantot bersarkastik begini

alexayussida berkata...

perghhh sarcastic jujur..

hehe..layann

berkata...

mak, bini & adik perempuan tak boleh dikira sebagai peminat la Tot.

Usop Wilcha cakap: nampak sangat menipu.

rabunmerah berkata...

geli ah!

cipan berkata...

hahah..bgus2...

Rafi Nilhan berkata...

WAHH.. NO 7 TU DASATT ABISS.. AKU PAHAM :)

sim_2096 berkata...

hahaha...aku rase tujuan utama ko tu yg paling ujung skali...yg lain tu bt cover line jerk..hahaha

amal berkata...

jehan miskin??? tak lah hot sangat..

Mantot berkata...

pada aku Jehan Miskin hot.
Hot mcm hot plate noodle

NURUL ARLIZA HJ. MAHMOOD berkata...

nak sinyum ke ketawa pon xtau la.
ok.!
siyum suda.

wink2.

mashi berkata...

ayat stail makan dalam..hahaha
sentap sapa yang buat...kehkehkeh

Lagenda berkata...

hahaha.. i folow u, u folow i

Tanpa Nama berkata...

sinis sekali...

Tanpa Nama berkata...

"I follow" kata SY dalam Sinar Pagi, stesen radio No.1 Negara.
Drp:
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

jehan kem salam kat ko. dier ajak tt jom? boleh la ber"suka-ria"

Kap berkata...

untuk nombor tujuh tu macam berani mati nak kena "ben" saja.
hahah.

Tanpa Nama berkata...

pukimak desperate haram jadah. ada jugak orang poyo cam kau ni.

SharifahZakiah berkata...

baru terjumpa blog ni..pretty interesting..heheh..

Fiey berkata...

terus terang habis..tp anyway blog kau best gak..aku siap bukak new tab kot sebab nak bace older post :)

Unknown berkata...

blog ko memang best...tiap2 hari aku bukak, n baca post2 lama