Jun 10, 2011

Awkward Agama : Gelang,Rantai dan Siapa Allah?

Masjid Putrajaya pada petang itu kelihatan agak penuh,dipenuhi dengan pelancong yang datang melawat.Kelihatan seorang lelaki Cina sedang berdiri di depan masjid itu sambil mundar-mandir berpusing-pusing.Ahmad baru selesai menunaikan solat Asar keluar berjalan ke arah keretanya.Dia ditegur lelaki Cina itu.

"Abang,saya mau tanya sket buleh ka?" tanya apek itu."Ya,nak tanya apa?"Ahmad menjawab."Lu olang Melayu kan...apa pasat semua perempuan Melayu kena pakai itu tudung ka?Wa tengok pakai itu banyak panas,tadak selesa woo!" Ahmad kaget sebentar."Apasal kau tanya camtu?"

"Tadak apa,wa cuma mau tanya...mau tau saja," jawab apek itu."Dalam Islam pempuan kena tutup badan,jadi itu pasal kena pakai..."

"Ohoo...saya tanya lagi aa..itu Muhammad...apa pasai lu olang manyak respek sama dia?" tanya lagi apek itu."Dia Nabi orang Islam,Rasul..dia pembawa agama Islam," jawab Ahmad."Oh,ya ya ya,saya ada dengar itu Lasul,Lasul...itu Jejak Lasul,iklan selalu keluar tv....selalu orang Melayu ada sebut." Apek itu mengangguk2 kepala.

Amin melangkah mendekati mereka berdua,"Apsal Mad?"

"Dia ni nak tanya-tanya," jawab Ahmad. Apek itu memandang Amin lalu menghulurkan tangan bersalam."Kawan u ka?Saya mau tanya sikit lagi kalau u boleh tolong sama saya,boleh?" tanya apek itu lagi.Amin dan Ahmad mengangguk kepala.

"Itu kan,saya ada selalu dengar orang Melayu panggil orang Cina kapir,kapir..itu apa meaning dia?Apa pasal bila Melayu sebut itu kapir,bunyi macam orang Melayu tadak suka sama orang Cina woo..." Amin dan Ahmad terkedu,tak tau nak jawab apa."Err,kafir tu gelaran yang digunakan untuk orang bukan Islam.."

"Saya tau itu kapir,tapi apa pasal bila Melayu sebut itu word aa,bunyi dia ada bunyi racist?Saya mau tanya apa pasal..." tanya apek tu sungguh-sungguh.Amin mendekatkan dirinya dengan Ahmad,"Mad,dia ni dah macam nak carik gaduh aje ni..." Ahmad memandang Amin,menyruh dia cool down."Chill bro,chill.."

"Itu nama saja,ada orang kadang2 dia extreme atau melebih-lebih...sebab tu u dengar macam racist.Itu orang u tak payah peduli la.." jawab Ahmad tenang. Apek itu angguk2 tanda setuju. "Saya mau tanya lagi,apa pasal orang Melayu mau makan halal punya benda?Pasal apa itu halal orang Cina pun kena ikut jugak?" tanya apek itu.

"Hoi,dah kaum kau kontrol ekonomi kena la ikut,kau tak nak ikut tak payah la buat bisnes kat sini!" herdik Amin hilang sabar.

"Betul,betul...tapi saya ada pelik juga apa pasal orang Melayu mau halal punya food tapi tak banyak maa orang Melayu yang bukak bisnes food product..." apek itu menggelabah sedikit.Amin naik berang."Kau nak kata orang Melayu malas la ni!Kurang hajar punya Cina!"

"Sabar Min..sabar," Ahmad cuba menenangkan Amin.
Apek itu berundur ke belakang sedikit kerana gentar agaknya.

"Sori abang,sori...last..wa janji ini last soalan......Siapa Allah?Apa pasal lu sembah dia?.............macam orang Cina ada semayang sama Buddha,olang putih semayang sama itu Jesus tapi lu punya Tuhan tak ada nampak...siapa itu Allah?"

Amin tak dapat mengawal diri..dilayangkan penumbuknya tepat ke muka apek itu.Tergolek apek itu di atas tanah memegang pipi."KURANG HAJAR!Kau dengan kawan-kawan kau,kaum kau,balik China lagi bagus!" jerit Amin.Pekikan yang kuat itu menarik perhatian orang ramai.Pegawai Masjid di situ terus menerpa mereka.

"Encik Chong,kenapa ni Encik?Encik ok?" tanya pegawai itu kepada Encik Chong yang masih lagi duduk di atas tanah memegang pipi sambil mengesat bibir yang luka."Aiyoo,u pigi banyak lama woo...cari seluar ka buat seluar?" tanya Encik Chong kepada Pegawai Masjid itu.

"Saya lama sebab mau cari seluar saiz u banyak susah.Visitor ramai..U mau masuk masjid mesti tutup lutut..u pakai seluar pendek mana boleh masuk..dah lah,jom masuk masjid.Pakai kain ni...nanti saya tengok kalau ada first aid kit" kata nya sambil menghulur sehelai kain pelikat berlipat rapi.

"Tak payah la..tadi wa manyak excited mau tanya pasal itu Melayu punya agama tapi sekarang wa tak mau la.." kata Encik Chong menghulurkan kembali kain yang diberikan.

"Tapi Mr,Chong..." sayu suara Pegawai Masjid itu."Tak payah! No need for this nonsense..." kata Encik Chong berlalu pergi ke arah kereta Mercedesnya.

Pegawai Masjid itu merenung Ahmad dan Amin tajam..."Apa yang jadi ni?" Ahmad dan Amin diam...Sejenak kemudian,baru Amin buka mulut..."Dia mempersoalkan Islam! "

"Memang la dia mempersoalkan Islam,dah dia tak tau hapa2 pasal Islam.Hang ni buat malu Melayu aje la..yang hang pii tumbuk dia pasaipa?" kata Pegawai Masjid sambil berjalan.Beberapa langkah kemudian,dia berpaling kepada Amin."Bukak rantai kat leher tu.Tak elok lelaki pakai rantai ni,gelang tu pun sama....kalah orang pompuan!" katanya tegas.

Merah muka Amin.Bertambahlah lagi merahnya bila kata-kata itu didengari oleh sekumpulan gadis yang sedang leka mengambil gambar masing-masing menggunakan DSLR dengan gaya mulut muncung macam ikan tembakul, sambil ada seorang dua yang menjeling tersenyum memandang Amin.

Ahmad berlagak pura2 tidak kenal Amin.Laju dia berjalan menuju ke keretanya.
Gelang perak yang dipakainya senyap2 dimasukkan dalam poket. "Nasib baik dia tak perasan.." fikir Ahmad dalam hati.....

32 ulasan:

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

pekida..

Merah berkata...

thanks mantot. i lap u :(

prima_chrome berkata...

terima kasih saudara mantot .. post yg amat bermakna untuk direnungkan bersama ..

mamat berkata...

pak brahim katak, dengan ini saya melancarkan perang salib...kehkehkeh

Cikli berkata...

itu gelang kasi buang angin dalam badan ma..

Munn Jaafar berkata...

like this entry...thanks mantot.

Akulah Pak Lan berkata...

Aku hanya tersenyum bila baca post ni..

Berapa ramai Melayu mengaku dia Islam, tapi tak solat.
Berapa ramai Melayu mengaku dia Islam, tapi tak puasa.
Berapa ramai Melayu mengaku dia Islam, tapi minum arak.
Berapa ramai Melayu mengaku dia Islam, tapi main judi
Berapa ramai Melayu mengaku dia Islam, tapi main perempuan
Berapa ramai Melayu mengaku dia Islam, tapi tak pernah sentuh Al-Quran.

Islam kah kita? Masing-masing jwb sendiri..

Kadang-kadang aku rasa, sedara baru yang memeluk Islam tuh lebih mengetahui tentang Islam berbanding Melayu kita. Yang rata-rata Islamnya kita dari keturunan...

Aku pun rasa kefahaman aku tentang islam pun tak banyak mana. tu pasal aku asyik lalai.

STEP CONSULTANT @ BLOG berkata...

tu la masalahnya cepat sangat naik angin.. orang tu tak tahu apa2. if kita bagi jawapan yang baik mana tahu dia tertarik nak masuk islam? rugi la orang yang sia-siakan peluang untuk memperkenalkan islam pada kafir

** masalah bila pengetahuan tak seberapa tetapi angin terlebih

Mohd Nor Quiyyum berkata...

org kita yg terlalu tertutup smpai org bkn Islam takut utk amik tw tentang Islam.

Marhaen Kacak berkata...

kita bertuan kerana islam dari galur keturunan..

tapi sejauh mana kah kita mendalami ruh islam itu?

Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

Marhaen Kacak berkata...

kita bertuan kerana islam dari galur keturunan..

tapi sejauh mana kah kita mendalami ruh islam itu?

Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

haryzkhairuddin berkata...

sokong entri ni. kadang2 org Melayu sendiri xtau apa tu Islam. tapi nak mengamuk tak tentu pasal bila org mempersoalkan ttg Islam.

Cik Kiah berkata...

my teacher said..,
tak suka laki pakai rantai.
kdg2 nampak cam pondan, kdg nampak cam gengster.

hamba ALLAH berkata...

thanks mantot,for such a wonderful article di hari jumaat yang mulia nih!!

mr edz berkata...

itu gelang magnet AC ajaib.. rantai pulak rantai magnetik dari cosway.. semua itu untuk membuang angin satu badan

Marissa berkata...

ASSALAMUALAIKUM,

=)
hai semua. apa kabo?
ni hanya pendapat peribadi secret lah.

1- TAK PERLU TUDING JARI PADA MANA- MANA PIHAK TERTENTU. CUBA CERMIN DIRI DAHULU. tetttt....

2- KEBANYAKAN ORANG NEGARA KITA NI, LEBIH KUAT KE ARAH PERKAUMAN BERBANDING KE ARAH KEAGAMAAN. DAN MELETAKKAN ISU AGAMA DI BELAKANG. AGAMA ISLAM DI MATA DUNIA. ADALAH MILIK SEMUA.

KENAPA KALAU KITA BUKAK YOUTUBE, TENGOK CARA ORANG BUKAN MALAYSIA BERBICARA PASAL AGAMA ISLAM, ISLAM ITU KELIHATAN INDAH. DAN SEBARANG PERSOALAN MENGENAI ISLAM BOLEH DIBINCANGKAN SECARA TERBUKA.

3- Mungkin salah satu sebab terjadinya isu ni di Malaysia. ialah BILA MELAYU, MESTI ANUTI AGAMA ISLAM. ya. itu saya setuju. tetapi yang menjadi halnya kaum kita ni seolah memasang pemikiran yang kuat bahawa AGAMA ISLAM ITU MILIK KAUM MELAYU SAHAJA. Itu yang membawa kita kepada situasi yang mantot ceritkan di atas.

4- =) Kita semua sama. sayang pada agama kita. kita marah kalau orang tanya pelik- pelik dan soalannya pulak mampu menimbulkan salah faham. Kita mengaku islam. tapi kenapa kita kurang bersabar seperti dalam ajaran agama islam itu sendiri? Masih ingatkah kalian tentang kisah yang paling popular seantro dunia bercerita dalam sejarah islam? paling simple dan mudah.

RASUL KITA,
NABI KITA,
NABI MUHAMMAD S.A.W. PERNAH DIBALING NAJIS KETIKA BERDAKWAH.

FIKIR- FIKIR KANLAH.

5- KAUM KITA KENA BELAJAR UNTUK MEMAHAMI DAN MEMBUKA SEDIKIT RUANG KEPADA ORANG LAIN.

BAHAWASANYA AGAMA ISLAM ITU BUKAN UNTUK KAUM KITA. KITA PATUT MALU, BILA KITA BERIYA NAK MENYELAMATKAN AGAMA KITA NI, TAPI APA YANG ADA PADA KITA TAK MENGGAMBARKAN LANGSUNG AGAMA YANG KITA ANUTI. BAIK PENAMPILAN JUGA PERBUATAN JUGA .P.E.M.I.K.I.R.A.N.

PERSOALANNYA,

DI MANA KITA DI DUNIA INI?
malaysia? afrika? istanbul?china? mongolia?

ATAU KALIAN PERLU FOKUS PADA PERSOALAN YANG INI?

Di mana kita di celah- celah jutaan dan barangkali di celah- celah berbilion penganut agama Islam di seluruh dunia yang fana ini? Di mana kita? sedang penganut agama islam yang lain sibuk mementingkan diri bagi mengembangkan agama yang dianuti. Kita di mana? kita semua di mana? DI MANA?

Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh diri sendiri. jawablah di dalam hati. kerana yang pasti ALLAH ITU MAHA MENDENGAR. Buktikan pada PEMILIK AGAMA ISLAM YANG KITA SEMUA AGONGKAN ITU ATAU LEBIH TEPAT KEPADA TUHAN UMAT ISLAM. ya. Tuhan saya juga. ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA. Ya, buktikan pada DIA.
Bukan pada mata saya, bukan pada mata kaum kita, bukan pada mata kaum lain, bukan pada mata agama lain. TAPI SUDAH TERBUKTIKAH KITA INI PENGANUT AGAMA ISLAM YANG SETIA? YANG MEMAHAMI SELOK BELOK LORONG, LURAH, DENAI TENTANG AGAMA YANG KITA AGONG- AGONG KAN? . Buktikan pada DIA. yang lain akan menyusul bila kita memberi keutamaan kita pada DIA.

sekian.

ASSALAMUALAIKUM

buruh berkata...

ngko ni tot, jangan cepat hangin sangat.
kesian cina tu. dia dah insaf intai ko dalam jamban, nak bertaubat, ko gi tumbuk muka dia pulak.
chill bro chill.

Master Yoda berkata...

Kah kah kah...Pedas!!! Saper ye yg terasa ni agaknya..Gua dah lalui pe yg terjadi kt dlm artikel tu since kwn2 kerja gua,most of them are Chinese...

Kene explain dgn tenang dan relax...

rekbing berkata...

ni la akibat islam secara warisan. bukan secara pilihan.

islam hanya sebab mak bapak islam. bukan islam seperti seorang muallaf yang masuk islam. diorang cukup kenal islam :)

Tanpa Nama berkata...

from ZH -

aku ada baca artikel bentuk pdf pasal 'jawapan untuk non-muslim', dalam tu pengarang ada selitkan beberapa soklan yang selalu orang bukan islam tanya. dia himpunkan dengan hujah yang kukuh. memang best la baca, kita patut mendalami agama islam lbih lagi, kena topup ilmu, kalau jadi la macam ahmad ni, dia sebenarnya kurang pengetahuan pasal agama sendiri, tu yang bila orang bukan islam tanya soalan sensitif, soalan power2 terus nak ngamok semacam, padahal diri sendiri dah malu tak reti nak jawab, dituduhnya pulak orang tu nak main2kan agama. huu ramai orang melayu islam ni bodoh sombong pasal agama sendiri ..

aswadz berkata...

mmg ada segelintir org melayu yg mcm ni. especially anak2 muda skang. cpt panas bila diajukan soalan psl Islam.

mohammad berkata...

aku setuju dgn Sirr al-Asrar, si amin tu memang mcm akhlak ahli pekida. bukan semua, tapi kebanyakan memang mcm tu. maaf! berakhlak iblis.

hyemynameisrasyid berkata...

ni la padahnya kalau orang islam sndiri cetek ilmu tntang islam.,
kerana golongan ni, islam dipandang rendah oleh agama lain.,

ZyZ berkata...

amin ni ak rs org kuat parti.. ehem.. phm2 je la..

hidup melayu!! hidup um.. ehem!!

seangkatan dgn ibrahim katak neh.. :p

pipi berkata...

aku suka post ni.
simple tapi makan dalam dan bermakna.
thumbs up!

masyuk bro berkata...

realiti yang pahit untuk diterima.

Eric@Boy berkata...

lol..

Firdaus Johor.. berkata...

Typical malay..

standard ar tuh..

org2 mcm ni senang jer nak ajar..

suruh diorang sebut rukun islam n rukun iman..

kompom tunggang terbalik..

ada kes tuh, siap bulih jump2 lagi, rukun iman pg rukun islam, rukun islam pg rukun iman..

sampai kiamat pown x kan hilang lah org2 mcm nih, sbb tuh hang tuah kata x kn melayu hilang di dunia.. huhu..

nice one mantot..!! keep it up..

Zonkers berkata...

Kita org2 Islam kena prepare utk jawab soalan2 camni. aku penah kena tanya oleh sorang kwn non-muslim aku..kenapa org pompuan (yg Islam) kalo hari jumaat tanak salam ngn lelaki, padahal hari2 lain boleh plak bersalaman.

aku terdiam jap.

Ara berkata...

aku slalu mmg anti ngn post2 ko yg berbaur sexist, tp yg ni...ini..ini bagus, mantot! bravo!

Unknown berkata...

terbaik!!!

Mamü Vies berkata...

Aku benci racists. Melayu ke, Cina ke, India ke... kalau nak cari gaduh semata2 sebab warna kulit lain, tolong pegi negara lain.

kalau bercakap pasal agama, soal kaum tak relevant. Tapi macam cerita ni tunjuk la, dalam IC je kata agama Islam, tapi realitinya banyak je orang sini beragamakan "Melayu".

Bila nak berdialog cepat pulak nak tunjuk samseng, konon2 nak menegakkan Islam.

Tolong la tau bezakan yang Melayu tu bukan Islam dan Islam tu bukan Melayu.

Racists be damned. Paling teruk bila gunakan agama untuk maintain ideology diorang.