Jun 14, 2011

18SX - Fundamental Kahwin Pun Penuh Dosa,Macam Mana Nak Tarik Isteri Masuk Syurga?

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah?Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.

1. Bab balas membalas hantaran

Lelaki bagi 3,perempuan kena bagi 5.Lelaki bagi 7,perempuan kena bagi 9...perempuan mesti bagi lebih.Apa benda tu?Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni?Kalau nak bagi hadiah,bagi,kalau mampu bagi banyak,bagi..tak mampu jangan paksa.Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni.Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok,sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut.Kalau mampu 4,bagi empat.Kalau mampu bagi 28,bagi 28.

2. Duit hantaran

Makin tinggi pendidikan anak gadis,makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar.Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar,tak nak malu dengan orang kampung.Siap banding-banding lagi..tak nak kalah dengan jiran.Yang bapaknya selalu tak kisah..tapi mak dialah yang selalu menang argument tu.Benda ni hadiah aje....kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.

3. Sebelum kahwin dah membazir

Di sini lah selalunya yang paling obvious.Selalunya yang terbeban,mak bapak atau bakal suami.Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand,nak kena ada itu ini,nak kena jadi macam puteri raja.Kalau mak bapak dia jenis orang susah,selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup,beban dah jatuh dekat bakal suami.Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang.Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari,dua hari...lepas kahwin,rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding

Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu,lihatlah isteriku,lihatlah dia,cantikkan dia?Dia milik aku kini,kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang...gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua.

5. Merenjis dan bertepung tawar

Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat.Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.

6. Berinai di lengan

Nak pakai inai..pakai..tapi hanya boleh dihujung jari.Itu aje boleh ikut agama.Yang kau pegi buat corak-corak kerawang,corak daun,corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal?Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali.Keperluan agama dia,biar dia buat..kita jangan amalkan.

7. Karaoke

Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke.Yang lagi best,DJ panggil pengantin suruh nyanyi...tambah lagi kesalahan kat situ.Aku ada tulis respon komen..."Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."

8. Cukur kening

Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening,ni lah masanya dia kena decide...nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa.Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect,jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan.Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak..tu dah jadi satu lagi benda salah.

9. Baju ketat dan berkain jarang

Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat..tapi tengok betul2 eh,ketat..nampak cutting badan.Tengok lama2 sket lagi...aiseh..nampak lengan...padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan.Kahwin punya pasal...takdehal...sehari aje....bukan selalu...esok tutup la balik lengan.Trend punya pasal...kalau kau pegi kedai,tanya ada tak baju2 yang longgar,tak ikut shape..jawapan dia mudah,"Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar.....aku dah kena.....Baju longgar = Tak cantik...Melayu punya otak...

10. Perhiasan lelaki

Kalau tengok baju songket,mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai.Apa relevannya keris,rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?
Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?

11. Budaya photographer

Aku dah tulis pasal budaya pre-wedding dulu.Kali ni,aku hanya nak sebut sikit aje...aku jarang jumpa photographer perempuan,kecuali seorang dua yang famous.Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up.Tengah tak pakai tudung.Bila aku tanya member aku,"macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission.Aku yang tengok album tu dah kongsi salah,photographer tu dah kongsi..yang tanggung beratnya,suami tadi la.Dia bagi...itupun kalau dah nikah.Kalau tak nikah lagi?Abah kau lah tanggung.

12.  Budaya proposal

Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren.Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan,aku baling dengan gelas kalau kau Melayu.Kita mana ada proposal2 ni...kau nak kahwin..gi tanya bapak dia.Bapak dia kata ok,baru kau tanya dia,"Will U marry me?"

13. Upacara membatalkan air semayang

Apakah relevannya?Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok,aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni..tengok tengok la.." ....itupun kalau first time pegang la.....kalau dah biasa pegang2...."ooh..tengok la..tengok la...aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang...kagum la....snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."

..............

Masyarakat kita sekarang,adat dengan adab tu dah bercampur gaul,sampai tak tau apa beza dia,mana satu kena ikut,mana satu kena tinggal.Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin.Daripada simple,jadi complicated,daripada sangat affordable...jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas,sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin,kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama?Sebelum kita terlambat...apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.

Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat

Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu

Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!"

Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih

"Whatever the bride wants,she gets it.."

....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.


147 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st dowh.....

ComOt berkata...

tak salah berkongsi pendapat
1. tentang nombor ganjil tu.. Allah pun suka guna nombor ganjil. betulkan saya kalau saya salah. but i'm pretty sure about that. Allah suka benda yang ganjil.
2. ustaz kata tak slah perempuan nak buat inai bercorak2 seperti indian. sbb ia budaya bukan ritual agama seperti tepung tawar tu. yang haramnya lelaki pakai inai walaupun 3 jari. sekian

LS berkata...

Keh3!

Tanpa Nama berkata...

apasal kau tak masukan sekali sewa mak andam nyah tu yg gedik2

Cik Tata berkata...

terlalu terbaik. harapan semoga lebih ramai yg celik hati lepas ni.

ejaMaria berkata...

sekali seumur hidup... hahahahaaa...

eh... skrg isu jadi isteri taat la... bukan takat masuk syurga je ;p

Tanpa Nama berkata...

yg berinai di tangan tu orang arab pon buat. i think its a culture -mia-

mr edz berkata...

apabila yang mudah di susahkan, maka lebih senang berzina dari berkahwin

Cik Puan Nazatul Sanif berkata...

speechless.hmmmm

Encik Sood berkata...

Aku tengah menghadapi situasi nilah. Aku taknak ada baju nikah dan baju kenduri asing-asing. Sebab aku rasa tak logik, baju nikah nak pakai dalam 2-3 jam pastu tukar baju lain nak pakai dalam 2-3 jam jugak. Pastu tak sentuh dah.
Catastrophe beb!
Pastu siap ada yg xnak tolong dah, sebab diorang cakap,"semuanya Sood dah buat". Sebelum aku 'kena' pakai baju jarang, baik aku bertindak dulu.
Sekarang ni aku dgr2 ada l;ak yg suggest nak taruh live show. Uncle...saya nak nikah. bukan nak pegi gig. Zaman tu dah berakhir buat saya. Bagilah can saya buat baik, sebab selama ni saya dah jahat...

Farah berkata...

@Comot

Allah suka benda yang ganjil?

UZTAZ kata perempuan tak salah inai bercorak2 seperti indian?

O_____________________O Huh??

Tak salah berkongsi pendapat ya? Kalau nak kongsi pun, jangan kasik pendapat yg lawak sangat2 boleh? X(

Penggali Kubuq berkata...

Alhamdulillah.. masa aku kawin tahun 2003 lalu takde semua unsur2 ni.. Baju engantin pun sekadar baju melayu pinjam free dr kawan. Songkok putih dengan samping pun pinjam kawan. Lagi satu takde sanding2 dan tepung tawar.. Cuma duduk bersila atas pelamin yg simple untuk ambil gambar. Tukang solek pun adik beradik isteri yg buat, simple then takde cukur kening pun.
Hari nikah itulah kali kedua aku dapat tengok muka isteri aku penuh. Hari pertama ketika merisik. Sepanjang bertunang isteri berpurdah. Alhamdulillah.. banyak dosa yg aku dapat elakkan.. Sekarang ni Wallaua'alam.. lu pikir la sendiri... Assalamualaikum..

Fyzal berkata...

selagi mentaliti orang melayu tak berubah, selagi itulah kita akan tgk benda ni terjadi. orang melayu kan suka hal-hal budaya sampai budaya yang divert dr agama pun dia kata ok.

p/s: kalau ikutkan aku.. buat majlis nikah je kecil-kecilan. setel. buat apa nk membazir. duit yang ada tu patutnya boleh digunakan utk stabilize hidup lepas dah bernikah.

tp on part perempuan pun, kadang2 problem.. nk jugak majlis grand-grand walaupun tahun benda tu membazir. hmmm.

DidyaJustsaythat berkata...

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

hari tu saya cari pasal hukum buat inai kerawang. surprise, surprise, boleh rupanya.

lucky me, when I tell my mom, she said NO WAY LU NAK PAKAI KERAWANG-KERAWANG TU INDIA PUNYA CARA TU!

kehke. and yes, I agree on this excessive wedding expenses. sadly, the society forces us to. I wish to have and easy cheap one if my guy is moderate in his assets but...well, ada yg akan tak suka. mostly family.

also, girls, Youtube up "$10 wedding dress DIY video" that, was awesome.

Mantot berkata...

@Comot,

1. Allah suka benda ganjil,tapi kalau kita dah tetapkan "kena ikut sebab nak nombor ganjil",benda tu dah salah....benda tu dah jadi compulsory...

apa kaitannya hadiah kahwin dgn Allah suka nombor ganjil?

2. "Jika perempuan memakai inai dengan hiasan seperti adat perempuan2 kafir pada belakang tangan dengan corak yg bukan kebiasaan wanita Islam memakainya maka hukumnya dilarang kerana hadith yg maksudnya sesiapa yg mengikut adat suatu kaum maka ia tergolong dalam kaum tersebut."

Mantot berkata...

tapi aku tak berapa pasti apa maksud Allah suka benda ganjil ni..aku takut pemahaman aku yang silap...

afrohead berkata...

bersanding juga amalan Hindu..

kakak siti berkata...

Sekarang lagi teruk, majlis tunang macam majlis kawin. siap ada pelamin lagi. Apa hal la bangsa kita ni..Itu belum tentu jadi kawin ke tidak.

ComOt berkata...

@farah apa yang lawak?
@mantot tak salah kalau kita suka apa yang Allah sukakan ? :p
err.. saya mengaji kat ustaz dan dengar ceramah agama jugak. pakai inai bg perempuan tak haram ikutla corak mana yg nak buat selagi bukan corak ngarut2. dia culture bukan agama. tapi lelaki yg haram. baca la betul2

Tanpa Nama berkata...

No ganjil tu? here's some copypasta for you.

hadist HR . Buchary-Muslim, yaitu “Dan Allah memiliki Sembilan puluh sembilan nama seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal dan mentafakurinya) akan masuk surga. Dia itu Witir (ganjil) dan menyukai yang ganjil .”

ComOt berkata...

lagi.. tak semestinya indian tu kafir. ingat melayu je islam LOL

JANN JANN JANNAH berkata...

satu lg budaya karut ialah lelaki kena bayar tol sebelum masuk rumah pengantin perempuan..hahaha..dah beribu riban duit pengantin lelaki habis untuk kenduri, hantaran, sempat lagi mengepau untuk tol...ish3

ComOt berkata...

thanx anon June 14, 2011 9:58:00 AM GMT+08:00. thats what i mean :)

Mantot berkata...

aku maksudkan...bila benda tu dah jd syarat...dah diwajibkan.kalau tak dpt ganjil,kena carik satu tambah...tak dpt ganjil,tak betul.

itu salah.

Munna berkata...

tgh hadapi situasi ni juga...pihak sy selalu sediakan hntrn ikut bilangan termampu..org2 kmpg pun ikut bg juga smpai terlebih2...cuma dipihak lelaki pulak nk kira no ganjil la...pmpn bg lebih la hape la...cukur kening mmg sy tak kan buat...pre wedding foto pun xperlu...mbazir..n baju jarang2 tu kalau pkai mmg thp minta sepak la ngan ayah...haha yg lain xde mslh nk buat...asalkan mampu dan tak menyusahkan diri sndiri dan org lain.

ComOt berkata...

@mantot orang dulu2 kan suka buat teruk hahaha.. kalau dpt mak ayah/bakal mertua tak straight mcm tu nasib baiklah. ni sbb nak jaga hati org tua kan termasuk nenek.. nak buat mcm mana...

Mantot berkata...

Ada Hindu Islam..
Tapi budaya tak ikut Islam

Ada Melayu Islam
Tapi budaya tak ikut Islam

Berapi2 betul korang mempertahankan pasal inai tu eh...benda yang paling murah pulak dipertahankan.Inai...sebekas baru 5 ringgit.

AmirAsyraf berkata...

@mantot.
Ini hot stuff. terbaik.

Mantot berkata...

dan aku pastekan dekat sini..aku copy dari satu website...

" Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik."

WTF...

dayat berkata...

terbaik post ini.mntk izin share ngan quotes. thanks

Tanpa Nama berkata...

Whats the big deal?
Bukannya orang yg pakai inai tu nak tinggalkan agama?? Aku sikit pun tak pikir pasal hindu ke, judaism ke, christian ke time aku bersanding. Bersanding je la. Selagi aku takde niat nak sembah patung hindu tu, buat ape hati aku nak risau?? Jangan la takut sangat dengan dengan bende2 asing..susah betul orang melayu ni..
Dont be so backward and timid in accepting chnages?! World is moving bro, sebagai orang Islam dan aku rase ko tu Melayu, move forward la. Patutla mentaliti orang melayu (bukan Islam ye) tak penah ke depan, asyik orang lain je memotong.

Mantot berkata...

tapi...aku rasa aku dah paham,apsal pakai inai tu salah....alasan dia mudah aje,pakai inai tu boleh.tapi tgk niat....

a. kalau pakai sebab nak bagi suami pandang cantik..boleh

b. kalau pakai untuk nampak cantik waktu majlis..tak boleh

tapi....

kalau niat pakai inai tu untuk nampak cantik pada suami...tapi dipertontonkan dekat orang ramai dan tetamu yang bukan mahram,benda tu dah jadi tak boleh.

sebab apa?sebab...perhiasan seorang wanita itu hanyalah untuk suami dia.tak kiralah benda tu tak tunjuk aurat sekalipun...tapi bila ada lelaki lain tengok tangan pengantin dan ada rasa "woo,cantiknya,seksi la tangan dia" benda tu dah jadi salah

ComOt berkata...

@mantot kalau saya pakai inai sbb nak tunjuk "saya dah kahwin wei. bestnya. dah jangan gatai2 ngorat aku!! hahaha"
p/s semua amalan kita dinilai pada niat. Wallahualam

Mantot berkata...

suruh orang move forward,akaun Google pun takde

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak readers letak google id, jangan kasi option anonymous. Cerdik la sikit.

syasya berkata...

Pengantin perempuan yg lukis inai bunga kerawang tu memanglah tak ikut ritual Hindu, tapi janganlah pulak bangga sgt nak ikut budaya India, kan lebih bagus dielakkan inai kerawang ni sebab melukis apa2 tulisan/gambar atas badan kan dah menyerupai tattoo, tak gitu?

Mantot berkata...

oklah,aku layan lah kau Anon...at least letak la nama.senang nak panggil..ok?

mcm mana upacara bersanding itu menunjukkan kau move forward with the the time?apa yang menunjukkan bersanding atas pelamin itu move forward with time,kalau benda tu sebenarnya satu benda tradisi orang dulu2?

apa changes nya?
kat mana yang menunjukkan bersanding itu satu evolusi bangsa?

Tanpa Nama berkata...

dimana dalilnya hadith atau surah didalam alquran yang boleh di tafsirkan sebagai hantaran belanja itu mesti/harus mengikut aturan berbilang bilang ganjil.ada didalam sunnan para nabi dan rasul yang mengatakan sebegitu?.jumlah hantaran belanja adakah didalam amalan/ajaran para nabi atau rasul?.kalaulah berinai itu hanya budaya orang hindu[india],arab dan lain lain kaum bangsa,mengapa kita harus meniru mereka?sebagai umat islam tidakkah kita diajar oleh rasullullah saw mengamalkan kehidupan serta budaya islam dalam mentauhidkan allah swt.?kenapa orang melayu yang ditafsirkan penganut islam lebih peka mengambil kehidupan budaya orang yang sudah sahih jauh dari menaubatkan budaya islam serta islam itu sendiri?.paling yang tak munasabah mengaitkan atau menyandarkan angka ganjil didalam bilangan hantaran atau mas kahwin kepada angka ganjil yang allah swt.sukakan tu.lagi pelik bilamana angka hantaran belanja ada pula yang menyandarkan kepada jumlah tahun atau hari alquran diturunkan kebumi.begitu juga halnya dengan mas kahwin ada yang meletakkan rm1111.11[mithalan]sebagai angka ganjil,pernahkah nabi saw berbuat demikian.seperkara lagi ada yang beranggapan akad nikah itu akan lebih keberkatan sekiranya dilangsungkan akad itu dimasjid,apatah lagi diadakan pada hari jumaat.sebagai umat islam kita sudah agak jauh dari atau sengaja menjauhkan amalan islam yang wajib dan dituntut oleh allah swt demi menjulang budaya adat melayu yang diwarisi.wallahuallam.

cipan berkata...

pndpat sya psal upacar batal air smyang 2..
klau kitat ngk blik..mcm okey je..sbb kn isteri cium tngn suami tnda hrmat...

ComOt berkata...

pendapat saya lah kan.. tak semestinya apa nabi saw tak buat hukumnya tak boleh? asalkan tak lari dari ajaran islam yg tulen sudahla.. buat apa nak complicated sgt. kenduri kahwin tempat orang bergembira. meraikan. bukan kenduri arwah. sedangkan hiburan pun ada dlm Islam. tlglah jgn jadikan umat lain lihat Islam agama yg menekan , serius dan tak happening... :(

Tanpa Nama berkata...

alahai mr.blogger, you should have a better comebackla. Going forward is not an act, I was actually referring to your mental state or to anyone who actually took your post seriously.
Memangla naik pelamin tak menunjukkan ko tu maju, lainla kalau ko bersanding kat bulan ke aku tak tau la kan. I mean, honestly, everysingle thing is our life today is correlated with another culture, religion, customs, languages and so on. You cant be too rigid like what you wrote, because bersanding is not wrong, pakai inai is not wrong, kasi hantaran is not wrong.
Unless ko tetiba bace ayat2 dari bible time ko nak kawin tu, memang patut kene baling la. Tapi kalau setakat menyambut hari perkahwinan dengan melakukan perkara2 yang menghappykan kau dan family kau, ape masalahnye. Bukannye yang datang tu nak bertukar agama.Tak paham betul aku. diorang just happy tengok orang kawin. Like I said, dont be too rigid, memang takkan maju dan banyak merugikan diri sendiri.

Penguin

Mantot berkata...

Penguin,

kau nak negotiate benda2 camtu kau jangan debate dengan aku..kau debatela dgn Dia yang kat atas sana.Kau banyak point dan comeback yang kukuh..

Aku hanya postkan apa yang aku baca dan apa yang aku dengar.Bunyi mmg macam rigid.Sama macam semayang.

Ada orang ambik asal semayang sekali sehari jadi la.Asal buat.Ada orang kata,doakanlah aku dapat hidayah supaya aku semayang.Ada jugak yang kata..buat apa semayang?

Tapi hukum tu rigid.
Nak tak nak kena paksa diri semayang.Mana ada leeway dalam benda ni

CyCra~ berkata...

Mantot..inai kerawang tu mahal la.. survey2 sb igt nak buat..promo pon bridal nk RM150..huh trus x jdi..seigt sy la waktu blaja PSI 10 thn lepas waktu discuss deduction hukum inai itu Haram kalu menyerupai tatu..mmm x tau la waktu tu x ty byk,nak bg pas SPM ja..
Bab upacara batal air smbhyg pon rs x relevan..1.Both pengantin kn ada air smyg,so kalu dah yg solek tu dah mak andam celup,camne ngan air smbyg..2.selain kn control ayu n macho,kedua2 mempelai kn tahan diri dr perkara2 membatalkan air smbyg.susah tu..hehe n jgn lupe kalu dah ada air smbyg,masuk masjid tu buat la solat sunat hehe..tp mmg xde org buat pon..kang rosak make up..sy pon x tau mcm mana nk tackle this thing in my upcoming wedd..n psl cukur kening..bakal2 pengantin sila la bertegas ngan MUA msg2..sy dah kn,awl2 lg dh ckp jgn usik kening sy,dia x hbs2 ckp x cntk la,sket je la..smpi sy kata biar la x cantik pon..Alhamdulillah dia dgr jugak ckp sy..ada kwn yg MUA dia buat ikut ske walaupon dah pesan..xkan nk suh lekat balik kening tu huhu..mmg susah nak kawin skang ni..walaupon ikut2 senang je..

makcik kantin berkata...

sejak keje kantin ni, tangan makcik jd kasar dan nampak maskulin dari tangan bakal suami makcik. tangan dia lg halus mulus.. makcik malu.

SOALAN:
Bolekah makcik pakai inai masa bersanding, supaya nmpak lebih ayu dr pengantin lelaki?

Tanpa Nama berkata...

Aiseh,ko cakap pasal semayang pulak. Aku ingat kite tengah cakap pasal adat kawin orang melayu sekarang nih. Tak tau ko dah tukar topik pulak. Semayang tu wajib beb, tak buat haram. Tapi bende2 ko post tu takde kene mengena dengan haram/halal. Jangan la nak letak dalam satu kategori,salah tu..;)..
Ciao
Penguin

Igniz berkata...

Ni cuma pendapat aku, ye kengkawan yang mengomen? Kalau boleh tak payahlah nak attack2 orang. Pandai bagi pendapat, pandai jugalah dengar/terima pendapat. And aku nak share bahagian2 yang aku rasa extreme je pun.

1)Aku rasa ramai salah paham dengan niat si penulis kat sini. Yang dia cuba sampaikan ialah TABIAT Melayu yang menganggap hantaran WAJIB/MESTI berjumlah ganjil. kalau genap, bawa nasib malang. dia bukan cakap pasal nombor ganjil tu salah. Ya, Allah memang suka benda ganjil. Tapi Dia pun tak pernah cakap benda yang genap/tak ganjil tu salah, kan? Then kenapa kita tetiba nak setkan rules, "Genap? Malangggg!"?

2)Pada awalnya niat berduit hantaran ni sebenarnya digunakan untuk tujuan mengadakan majlis & sebagai salah satu test untuk tengok sama ada pihak lelaki serius & sanggup berusaha atau tak. Tapi bila trend sekarang ni yang mak-mak sibuk 'memperagakan' jumlah hantaran anak gadisnya, tu dah takbur namanya. niat pun dah lari. Duit hantaran patutnya tidak membebankan. Perkahwinan adalah perkara mulia, patutnya dibantu bakal2 pengantin, bukan dibebankan. Melainkan sang lelaki tu dah memang kaya nak mampus.

3)Islam menggalakkan kesederhanaan. Kalau duit yang dihabiskan berjuta-juta kat majlis digunakan untuk sedekah & amal jariah, rasanya lagi afdal. Lagi bahagia pasangan sebab dapat doa2 dari ramai orang, terutama fakir miskin. Tak salah untuk meraikan secara besar-besaran, once in a life time, kan? tapi biar berpada-pada.

4 & 5) Yang ni dari kecik sampai besar ustaz/ustazah aku cakap budaya Hindu (bukan budaya India). Ada beza tau antara budaya bangsa & budaya agama. Aku pun tak berani nak komen sangat, tapi sepanjang aku hidup, majoriti ustaz/ustazah yang aku kenal takkan tengok pengantin waktu bersanding. diorang datang ziarah, doa, makan pastu cabut. Bersanding ni haram kata diorang, apatah lagi menepung tawar. Dah macam menyembah pulak.

6)Yang ni aku pernah dengar lagi extreme. Aku pun tak tau betul ke tak. Aku cuma berkongsi. Ustazah aku cakap, dalam Al-Quran tak pernah cakap spesifik membuat 'tatu' @ 'corak kekal' kat badan haram. dia cakap, 'Al-Quran menyebut bahawa membuat CORAK pada badan adalah haram' (tak sebut sementara @ kekal), which means sebarang corak pada badan adalah haram. Biar pun dibuat guna dakwat pen. So dia kata, berinai tak salah, tapi bila dijadikan corak2, HARAM. aku pun tak tau.

7) Proposal. Ye, aku lagi prefer jumpa and tanya mak bapak dia. Kang kita duk sibuk propose tak ingat dunia, tetiba mak bapak tak restu. habis.

Sekadar pendapat. Article yang bagus.

Mantot berkata...

Penguin,
solat = wajib.kena buat
bersanding = haram.jangan buat

tak ada alasan atau sebab yang membolehkan bersanding-sanding ni....

Tanpa Nama berkata...

hahhahahaa ko ni nape mantot? nak meroyan pasal kawin, ni mesti ko ada rasa slack masa ko kawin dulu kan mantot? ko ada rasa something missing ke masa ko kawin? ke nyesal? ke ko jeles? ke ke ke keeee?

hahahahhaa

ciao
panda.

Tanpa Nama berkata...

actually semuanya bergantung kpd diri sendiri. tak salah to go against all odds if kita pasti ape yg kite buat tu betul. masa aku kahwin dulu pun ade jugak benda2 yang di listkan tu aku buat. tp try utk kurangkan sebanyak mungkin. yang penting smpai sekarang aku takde rase menyesal wpun kenduri aku tak sama mcm orang lain.
1. hantaran- aku tanye husband aku, brp banyak yg dia mampu. and alhamdulillah parents aku mmg tak masuk campur hal2 hantaran. semuanya terpulang utk kitorg yg tentukan.
2. bersanding- mmg x de acara bersanding.wpun pakcik makcik aku pelik2 apsal aku ade pelamin tapi x nk bersanding/merenjis semua.aku guna pelamin hanya sbg tmpat utk amik gmbar dgn kawan2 dan keluarga.
3. mekap- mmg aku cari perempuan sahaja.kalau orang recommend yg ni bagus, tp skali aku tgk maknyah, sorry, no way!. Banyak je makeup artist perempuan yg mekap cantik2, and aku warn sesiap aku mmg xnak cukur kening.
4. inai- pakai kat hujung jari aje. takde kerawang2.
5. photographer & vidgpher- aku suh dorang tunggu luar bilik smntara aku tgh mekap. bila dh pakai tudung baru panggil dorang masuk utk shoot.tiga2 event aku buat mcm tu.takde prob pun.dlm album takde gmbar tgh mekap yg free hair.
6.Perhiasan lelaki - laki aku pakai sut/tux utk dua2 reception. so mmg xde aksesori rantai keris suma tu.
7.Budaya proposal - datang rumah, ckp elok2 dgn parents aku yg dia nk bwk family dtg rumah utk merisik.etc etc i think that's so sweet. n gentleman.

ok. bukan nk tunjuk baik ke ape. tp itu yg aku nk share. nk bgtau kite boleh je menentang adat2 lagi2 kalau rase mcm mengarut2 ni.jgn pikir sgt perception orang.yg penting dptkan kerjasama partner and both families to support ur decision :) (WANNY)

Nurul berkata...

siapa yg cakap
"mana dalil/hadith.."

tolonglah tayangkan sini before lu orang mintak eh. lu mintak mantot, tp lu sendiri tak bagi. at least lu orang ada point.

haiyaa..

good point bang mantot.

mamdoh berkata...

.: bro mantot, hrp ini dpt menolong. [ http://bicara-sepi-buat-teman.blogspot.com/2010/08/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-yang.html ]. mamdoh tolong forwardkan utk debat ilmu hari ini. dia jenis pandai putar2 belit ayat, sdgkan point kita dia tak masuk lagi. blum campo fast forward yg xreti pakai google akaun, takat anon tu menyamar blhla. biarlah, kubur lain2, yg penting kena ckp ilmu tu hari ini.

sesetengah kita walau agama tak brp power, kita concern kita sensitive apa yg kita amal buat lihat etc sehari2. kita nak ikut Rasulullah, kita nak ikut ajaran Islam yg sbnr, jd kalau ada ilmu ada cara utk xbuat yg mlanggar agama, kita kena blaja.

ada bbrp pegangan psl agama nih, kita tak jd extremist sgt sbb kita hdup bkongsi dgn umat manusia bmacam ragam yg lain juga, jd kena bersederhana lah part mana yg patut. ada brg blh dpakai dr bro mantot, ada yg susah sikit nak pakai sbb tak terer mcm dia. pandai2la tapis pandai2la pilih. kira ok la sbb bro mantot nih slalu blog post dia bukan psl agama (ye ke?), tp bila bab agama blh tahan jugak dia.

apa2pun, kita amal apa yg kita percaya. jgn sampai kita salah percaya sudaaa... :.

AkuTakSukePublisiti berkata...

penguin tu die nk halalkn bersanding...hahahahaha..

ye dak penguin...kamon..nurul mintak ko bentangkn dulu dalil/hadith yg menyokong penyataan ko...

ahahhahahahahhahahaha..

igniz pny poin...bagus!!..aku suke!

AkuTakSukePublisiti berkata...

penguin tu die nk halalkn bersanding...hahahahaha..

ye dak penguin...kamon..nurul mintak ko bentangkn dulu dalil/hadith yg menyokong penyataan ko...

ahahhahahahahhahahaha..

igniz pny poin...bagus!!..aku suke!

Encik Sood berkata...

Penguin, bersanding hukumnya haram. No leeway about that.
Berinai tak haram, tapi kalau dah macam nak meraikan Deepavali, makanya jadi haram.
Hantaran tak haram, tapi bila dah masuk bab letak harga, menyusahkan, bila barang atas dulang tu kena barang kaw2, boleh menghampiri haram sebab mungkin menghalang orang nak nikah (simpan duit punya pasal). Konsep nikah kita nak selamatkan orang dari buat dosa. Bukan halang dia nikah.
Bersanding bukan menda asing. Itu adat yang datuk moyang kita zaman tak masuk Islam lagi buat.
Kalau betul nak moving forward, xyah buat adat2 ni, kita buat SISWI aje. pastu buat kenduri untuk maklumkan yang kita dah bernikah.
Aku cakap best je, tapi dalam kes aku ni aku cuba sekadar aku mampu. sebab menda ni melibatkan sedara mara. boleh bergaduh sebab hal sekecik door gift. entahlah.

mamdoh berkata...

.: "Dont be so backward and timid in accepting chnages?! World is moving bro, sebagai orang Islam dan aku rase ko tu Melayu, move forward la. Patutla mentaliti orang melayu (bukan Islam ye) tak penah ke depan, asyik orang lain je memotong."

Penguin masa kawen dia Islam ke dia Melayu???? :.

-thethinker- berkata...

anak boss Naza , angkasawan Malaysia a.k.a Pelancong angkasa , lagi dahsyat .. sapa sapa ada cite anak najib kat Kazakhstan tu tak ?

erniemusliana berkata...

hahaha aku suka baca komen lagi. HAHAHA!

komen igniz aku paling suka.

Encik Sood berkata...

RALAT.. aku salah taip. jangan slam aku!
SISWA bukan SISWI
maklumlah aku ni pompuan. bias. hehe. jangan marah.

k0m4nd3r berkata...

Mantot, Aku nak copy boleh? walau ko dah state takyah mintak ijin, tapi sebagai pembaca blog ni, aku rasa tak salah kot kalau aku mintak ijin gak. aku tau ko bg. :) kthanxbai. :)

AkuTakSukePublisiti berkata...

Encik sood..

part pasal hal kecik doorgift pn leh gado..mang xdnafikan..hahahahahaha..

nk glam sgt..last2,famly2 gak sush payah terkial2 nk siapkn doorgift last minit..

Encik Sood berkata...

ATSP: memang. Aku ni tgh berjuang tak nak tema berbagai, mahupun fresh flowers bagai...
Pelamin aku dah berjaya scrap. Baju kawin aku kalah. Hahahah

Mantot berkata...

takdehal..takdehal..sila copy

buruh berkata...

compile kan soalan korang ni.
gi tanya Ustaz Azhar Idrus.
selamba. tengok apa kata Uztaz.

AkuTakSukePublisiti berkata...

itu yg aku risau...

nk fight tuk ada wedding yg sederhana..ermmm...

tlalu ikut tradisi sgt...asal kawen,org kpg da taw..cukupla..

ade gak duit lebih utk mase depan...g honeymoon ke..bli rumah ke..

ermmmmm..

Encik Sood berkata...

Macam aruah mak aku penah cakap,"Masa kawin ramai orang nak tolong tapi lepas kawin haram sorang pun nak tolong."

Laici berkata...

penguin,


ko bgi komen dari logik fikiran kau jer, cuba kau komen dari sudut agama...bab hantaran tu, tak salah, tapi tak perlu berlebih2han..membazir..amalan syaitan tu

Tanpa Nama berkata...

mantot,ak copy post kau ni.sorry dah copy baru minta permission.
ni penguin,niat xhalalkan cara.baik pasal inai,baik psl sanding.
kau nak buat perkara yg hepi kan kau dan family kau,perlu ke nak buat sumting yg langgar syariat?
tayang kat semua kecantikan bini?

-jumbo

Tanpa Nama berkata...

majlis tu majlis pasangan laki n pmpuan tu

so biaq p dia la nk buat cane pn

mmg sedare mare n org len akan sebuk2

tp asal pasangan tu same2 tekad n sehaluan nk cane majlis tu, so bereh jelakan

aku pernah nmpak tym abg sedara aku nk kawen, org dok sebuk2, dia ckp ni majlis dia, kalo hangpa sume nk sebuk, g kawen lg buat majlis sndiri

hahahaha, style gile, mmg ade la org yg mcm kutuk2 ape la kecik sgt majlis

ade org kutuk gk xbg campur tangan mcm dia da bsr brpengalaman sgt nk atur majlis sndiri

so what?? majlis diorng, biar la kan

tp skrng ni yg masalah

PASANGAN TU SNDIRI YANG X SEFAHAMAN

and bese nye aku tgk, yg POMPUAN TU YG NK MACAM2 n besenye org suke masuk cmpur tangan ikut POMPUAN tu la, haiya

bab halal haram ni yg mane nyata HARAM jgn buat, yg HARUS bole dibuat tp kene jage jgn bg smpy jd HARAM

aku paling xsuke ORANG BERHUTANG untuk buat majlis kawen, skali seumur hidup alasannye

nikmat kawen ialah hidup bersama selamanya

tp demi NIKMAT SEHARIAN tu, pegi SACRIFICE NIKMAT MASE AKAN DATANG, bengong tol

biaq p org ckp ape psl majlis korng

nnti ko susah berhutang, BUKAN DIORNG Y NK TOLONG BAYAR HUTANG KO

sat g DIORNG GAK YG CAKAP MASE NK KAWEN XINGT DUNIA SAMPAI BERHUTANG

mulut org bai, kite xbole kawal, even kite buat grand cane pn, komfem ade bunyi sane sini

so majlis kite, biar kite yg tntukan

-BERUANG-

fiz berkata...

entry kau kali ni memang mantap gila la tot! aku pun rasa mentaliti orang melayu ni weng sikit bila sampai bab kahwin

pada aku tu mentaliti orang kampung.

Islam ajar mudah je nak kahwin ni. tapi orang melayu kita yang menyusahkan. nak ada itu la, ini la. duit hantaran sikit pun nak mengata. padahal perempuan tu takdela worth it sangat pun sampai nak bagi duit hantaran banyak sangat. banyak dah yang lemau. hahaha

btw orang melayu ni tak cantik pun make up tebal2. macam pontianak sundal malam je aku tengok.

terbaik ah tot! selama ni memang aku tak berapa nak berkenan dengan wedding melayu yang menyusahkan mak bapak dan bakal suami, tapi tak tau macam mana nak luahkan.

Encik Sood berkata...

ade org kutuk gk xbg campur tangan mcm dia da bsr brpengalaman sgt nk atur majlis sndiri

ni jadi kat aku. siap nak cuci tangan, merajuk bagai. sebab aku handle semua sendiri. kononya.

Kalau korang asyik ingat belah pompuan yang nak meriah, nak mintak macam2...seingat aku masa perbincangan belah aku cuma request satu benda je,"NO VIP TABLE".
Mungkin aku ni spesis bride pelik kot...aku benci baju nikah harga beratus, aku rimas bermekap, aku xselesa belanja duit untuk menda yg aku takkan guna.

serenity9260 berkata...

ya allah,aku kawen kt lua je lah cmni!!


Ni best bro!!!
Gempak Aje:XiaoKang Menjadi Iron Man!!!

Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

dah boleh bukak zoo dah - trollface

wanman berkata...

aku ada sikit persamaan dengan kau la encik sood. sepanjang hidup aku hampir 1/4 abad ni, baru sekali aku bermake up. itupun masa bertunang. mula2 aku tak nak pun make up. aku ingat pakai bedak baby kat muka pun dah nampak berseri2. tapi orang lain yang bising suruh make up. haha noob

yang kedua iA masa wedding aku nanti. itupun makcik aku yang tolong make up. i will strictly say no cukur kening! macam perempuan jahat je aku rasa kalau aku cukur kening. hahaha.

and that's it! i will not apply make up no more, unless my future hubby asks me to do it.

honestly aku pun tak suka pakai baju pengantin yang typical tu. i prefer baju kurung melayu biasa. okla maybe up sikit ada labuci2 bling2 tu kan, tapi aku akan pastikan baju tu longgar. and yep, memang longgar pun, tak nampak bonggol2 yang didepan mahupun dibelakang. i'm happy with that :)

Mantot berkata...

Encik Sood tu dia tgh excited tu..

Tanpa Nama berkata...

memang pengantin kena tegar time buat keputusan2 time majlis ni..
cabaran paling besar dr sedara2 dan family yg nk majlis grand2..
ingat..
1. jgn lupa diri
2. sedar hukum
3. tau kemampuan

pesanan daripada
org yg nak kawen :)

anis berkata...

encik sood,
betul zaman sekarang kawin mesti nak VIP table..padahal, kalau toreh lengan tu, darah merah gak...

time aku kawin dulu pun aku buat sesipmle yang boleh, walaupun, sedara mara bising sbb diorang tau kitorang blh grand hbs2..

baju kawin : ala2 jubah tu...no cutting sampaikan designer/tailor bising, dia kata "jgn buat longgar2 lah, nnt org ingat ko mengandung"...dlm hati aku, oi bkn sbb aurat ke?!

meja makan : no meja pengantin (kami duduk sekali dgn tetamu), no meja VIP (dato/tan sri/kerabat diraja/pihak lelaki duduk sekali dgn tetamu lain)

make-up : org pompuan n guna 2 kali, maksud aku, time nikah n time majlis (sbb nikah n majlis hari yg sama, beza 2-3 jam je)

inai : sepupu2 yg inaikan...no kerawang2/corak2...

doorgift : kami sediakan telur rebus aje..tapi tukang sumbangnye ramai...cake, choc, sweet, buah, seramik

pelamin : utk bergmbar dgn family je..

photographer : no pre/post wedding gambar..

hantaran : takde letakkan no ganjil or no genap...sbb last minit ramai yg nak sumbang...so, main bagi je berapa2 kat pihak laki..

duit hantaran : takde sape tahu...setakat org2 yg dekat tok kadi/sedara mara yg tau...

lagu : no karok, no lagu kawin...setakat bunyi bising tetamu berborak/menjerit mencari anak etc...

kad kawin : semurah yg mungkin, setakat letak map, nama je...takde gambar2 or puisi sbb lps tu org campak dlm tong sampah...

kek kawin : mak aku buatkan, lagi sedap kek choc nya dr kek cantik2 tu...potong time tu gak, biar tetamu blh rasa...

p.s : ada family penyanyi lelaki duk dekat dgn rumah aku, lagi simple family dia buat majlis kawin utk adik-beradik penyanyi ni...bagi kad suh dtg, makan2...mmg majlis setakat nak bgtau "wahai semua, ni anak aku kawin dgn polan ni,so, lepas ni klu jumpa diorang kat luar, jgn ingat diorang buat maksiat plak"

Encik Sood berkata...

Hampeh lu Mantot. Hahah.
Segala tips2 akan aku ikuti dengan gigih. Janji tamau gaduh2, tamau kecik ati...padahal walimah ni menda bagus. kita patut gembira apa?

nada hanis berkata...

hahaha satu lagi entry menjana minda. aku pernah post entry lebih kurang jugak dengan ni. tapi aku tulis tu lebih kepada kesan lepas kawen. kalau rajin singgah la baca. bf aku kata kat aku, nak kawen esok makan bihun ja. haha

http://nadahanis.blogspot.com/2011/05/alahai-omak-kahwinkan-aku.html

Polis Karma berkata...

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000. Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.


aku sokong 200% statement ni. ingatkn aku sorg je yg sdr bende ni.


tp ni la realiti di M'sia..

Mantot berkata...

@ Polis Karma
sori..lari topik kejap.nah.baca ni.

http://cursingmalay.blogspot.com/2009/03/bacalihat-dan-kira-sendirikemudian.html

ada lagi aku tulis pasal cukai2 Malaysia ni.
kalu nak komen psl benda ni,komen la dekat posting lama tu,kalau buleh,jgn lari topik asal posting ni.

Isteri Encek Bard berkata...

SAYA SOKONG PENDAPAT ANDA DARI SEGI AGAMA.. TAPI SEGALA-GALANG TERPULANG PADA NIAT MASING-MAING, JIKA NAK BERLEBIH-LEBIH PADA MAJLIS MEREKA MAKA BERDOSA LAH MEREKA.. APA YANG DILAKUKAN SEBENARNYER ADA LAH BUDAYA YANG TELAH DIPRAKTIKAN SEJAK ZAMAN ATUK DAN NENEK KITA LAGI DAN MENAJDI IKUTAN SEHINGGA KE HARI INI

mushroom berkata...

saya sgt setuju apa yg awak usul kan kat entri tu.. orang melayu ni suka nak menunjuk2.. last2 hidup x bahagia.. apa motif menunjuk2? membazir.. lebih baik kalau duit tu buat tanggung keluarga

kesumaharyani berkata...

cannot agree more. pergh moral of the story, pi nikah cepat cepat.

Tanpa Nama berkata...

tq mantot. post paling best aku penah baca kat cni. aku nak sgt kawin tapi sbb masalh2 yg cam ko cakap tu lah, aku terpaksa tggu dulu..

manusia bertelor

another anon berkata...

sian anon..tula masalah orang melayu kan..apa2 hal semuanya sebab duit..nak kawen time belajar pun kena kondem..katanya nanti duit tak cukup nak sara hidup..tapi karang kalau tibe2 termengandung kene kondem jugak..orang nak kawen untuk halalkan hubungan pun susah..padahal cuma perlukan mas kawen (quran je pun dah cukup) + wali + tok kadi + saksi je..mudah je..adat ni memang kadang2 menyusahkan orang..

illynadz berkata...

semua tu adat. selagi x bercanggah dgn hukum islam x salah. pandai2 fikir.. x pyh nk salahkan sangat adat nenek moyang kte yg mmg kte tau dulu kesedaran agama kurang.. kite yg tau ni.. yg mana boleh ikut,, ikutlah,, yg mana haram,, jauhi lah..

mashi berkata...

ya aku setuju dengan entry ni...
entry aku pun ada pasal cukur kening...
lawa sangat la tu cukur kening...
dah macam orang cina tak jadi ja aku tengok...
buruk sangat...

pandai pulak encik mantot cakap dengan binatang...
penguin ada,panda pun ada...

Master Yoda berkata...

sekali berdas-das hang "tembak"...terbaik tot...

Si teNang berkata...

tak larat nak baca komen hangpa suma bergaduh..

bersanding TAK HARAM kalau yg tengok tu cuma mahram saja..bersanding jadi HARAM kalau yg tengok tu tetamu2 lain..pastu masa bersanding tu x boleh la buat renjis2 tu. memang cam hindu dah pon kalau tengok dengan pelaminnya bagai. perempuan tabarruj (berhias diri) ni pon kalau bukan hanya untuk suami dah jadi haram. masa bersanding tu, bersolek bagai dok tayang diri/bini..memang haram laa..

hantaran. perlu ke? ni hadiah je. kalau nak bagi, bagi. kalau tak mampu, tak payah bagi. no issue~

inai. kalo corak2 tu rasanya tak boleh sebab dah macam tatu.

ju berkata...

aku memg setuju sgt ngan penulis.
org yg nak buat/dah buat memg akn cari jln gk nk menangkan diri dia,padahal dah trg2 slh.
matlamat xsemestinya m'halalkan cara.
aku phm apa yg penulis cuba nk sampaikan.

syuhada berkata...

penguin ni tah hape2 lah. cakapa ikut sedap mulut tak fikir agaknye.

orang dah bagitau mane yg baik mane yg salah. n klu kau rase still nk tegakkan bnda yang salah dosa kau tanggung sendirilah.

yang penting bro ni dah sampaikan tugas menyampaikan.

take it or leave it.

Tanpa Nama berkata...

SZ said

aku setuju dengan semua ko kata ni wahai encik blogger..

especially bab-bab hantaran tu.. aku pikir kan.. most orang melayu dah salah anggap between hantaran dan mahar (mas kawin).. between harus dan wajib.. hantaran tu harus.. bagi ok tak bagi pon takpe.. mas kawin tu wajib.. suami mesti kena bagi pada isteri.. bukan mak bapak isteri tu....

tapi sekarang ni orang terlalu mementingkan hantaran ni.. and tak keterlaluan aku katakan antara punca banyaknya kes zina sekarang adalah kerana lelaki nak khawin tapi tak mampu sebab hantaran dah macam menjual ANAK.. sedangkan benda yang elok sepatutnya jangan disusahkan.. kalo tak disusahkan pasangan pengantin yang nak berkhawin dengan bebanan hantaran yang tinggi aku rasa kes zina akan berkurangan.. sebab orang yang dah layak nikah boleh nikah dan melaksanakan tanggungjawab suami isteri secara halal.. and ada juga yang sanggup pinjam bank.. ceti dan ahlong.. semata nak khawin.. esok lusa.. dah bercerai berai sebab tanggungan hutang yang membebankan.. atau mungkin bercerai kerana penanggung hutang mati dibunuh ahlong...

pada aku besederhanala.. jangan kerana nak khawin sampai kita terjerumus menjadi riak semata mata nak mempertontonkan kemegahan majlis perkhawinan dan banyaknya jumlah hantaran..

p/s :aku setuju dan tak maki ko wahai encik blogger.. so aku guna anonymous account la yer.. :D

Tanpa Nama berkata...

lagi satu, kad jemputan. xleh blah kadang2 skeping smpai 7 rnggit qlw yg grand2 bgambar siap doa2 puisi syahdu. nk anta kt bratus org.mau ribu2 je kt situ.

bunga telur pn pelik jgk. aq xphm ape motifnye. sape sgt la yg ske mkn telur rebus skang. kdg2 hari ahad, leh dpt smpai 10 telur. telur tu bleh la wt kari ke, tmbah kt nasik lemak ke, tp bunga tu? sekuntum nk dkat 3-4 rnggit, nk wt hias rumah, xcantek lgsung bunga mati. dgn blakang lidi tu tajam, risau budak2 maen, bahaya.

susa btol nk kawen. mnde snang dsusa2 kn. rsenye mjlis2 kawen ni xbg matter sgt kt pngantin yg btol2 kawen sbb nk idop bsame. asal idop same2, bhagia same2, dah cukup.

kdg2 diri ni ade smpai tahap 'wajib kawen', tp stil xmampu. bkan xmmpu, tp xdpt restu. muda sgt, duit xbyk, ko nk mkn pasir, bla3.. tmngandungkan anak org, xpsl..

aq pnah bace komen psl artikel cmni. dy ckp: sorg laki ckp dgn bpak dy dy nk kawen n bpak dy ckp 'mne lembu ko nk tumbangkan?'
bapak, aq nk kawen dgn org, bkan dgn lembu!

Mohd Annuar bin Mohd Judah berkata...

Asalamu'alaikum. Tahniah atas tulisan saudaraku Mantot. Pertahankan pandangan anda itu. Saya menyokong sepenuhnya. Apa yang saya faham, relitinya ramai org Melayu kita tidak faham Islam. Kalau tak berapa faham tentang Islam, mereka berusaha menuntut ilmu berkaitan Islam, itu adalah satu anjakan pradigma yang sangat baik. Malangnya, dah tau tak berapa faham tentang Islam, buat-buat faham je. Malahan yang lebih teruknya mengambil cara hidup orang-orang kafir dan diolah sebegitu rupa dan berbangga pula dengan cara hidup tersebut. Ingatlah wahai saudara-saudaraku yang dikasihi sekalian. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 208 dan 209, yang bermaksud : " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan jangan kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang ( dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran , maka ketahuilah , bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Ibn Katsir mentafsir ayat-ayat di atas, Allah Ta'ala memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman kepada-Nya dan membenarkan Rasul-Nya, agar berpegang kepada seluruh tali Islam dan syari'atnya, mengerjakan perintah-Nya, serta menjauhi semua larangan-Nya sekuat tenaga.
Maka itu jika tak tahu bagaimana nak mengadakan majlis perkahwinan menurut syari'at Islam, jumpalah orang-orang yang berilmu yang jelas penghayatan Islamnya. Mintalah pandangan orang-orang berkenaan, agar majlis perkahwinan itu diberkati Allah SWT. JANGAN diikuti kehendak orang-orang jahil agama.
Wallahu'alam.
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

TROLOL MAN berkata...

Jadi gay pun benda GANJIL. tapi ramai tak suka...

TROLOLOLOL

Master Yoda berkata...

Aku setuju ngan ko 2050% tot..Mujur org umah gua pon sependapat ngan gua...

Meriah tu bleh tapi LEBIH ELOK ELAKKAN MEMBAZIR!!!

Psl tu kene rancang2 elok...

Tanpa Nama berkata...

yang kata Allah suka benda ganjil neh, sebab apa yg kita dituntut, buat amalan dan kirakan 3 kali, 7kali, 11 kali. contoh mcm selawat. neh tgk, ada yg tak puas hati. yg kata Rasulullah tak pernah buat tu. bukan kata tak boleh tak buat. sebab zaman dulu, bukan mcm zaman skrg. hbs tu, kenapa korang melantak masa buka puasa. bukankah para sahabat dulu makan hanya kurma dan air, lazimnya la. bersanding, berinai, tepung tawar tu. hanya lah adat. adat yg jd turun menurun. kalau tak buat, org mengata. kan kita neh lebih takut dr org mengata drpd takut akan azab Allah. kata je , no komen, i follow. sapa mampu, buat. kalau tak mampu , jangan buat. jd nuetral la.apa yg penting , kenal diri dulu. dah la org len buat salah, kita plak duk jaja. kita ni jd ape plak? hurm.. kalau bercakap hal dunia, tak ada nak selesai nya kalau tak masuk kan isu rukun, halal haram dalam Islam. kita Islam ni pun, nasib je. beranak terus Islam. Hati Islam ke? kan kita dah tak sama mcm org dulu. bila mati, ada 2 je duk tunggu. syurga atau neraka. tp nak sampai syurga susah. nak sampai neraka, kejap jer. betul tak? aku pun, salah. salah sgt2. tp apa daya. manusia hidup, melangkap sekaki pun, dah salah. penuh dosa. mata, hati. akal. semua dosa. kenal diri, maka kita akan kenal Allah swt.

nami chan berkata...

bro, omputih takde banyak pon duit.. derang pon byk morgage tau..aku keje nih gaji every month average after tax 1800k GBP.. rumah sewa every month = 500 tak termasuk bill, tax rumah 1000k per year, bill gas and electric sgt mahal. ini utk org single tau, kalu yg ade family? cukup2 makan jee bro, kete lagi, insurance kete mahal nak mampos..

kon berkata...

tanye pandangan...

ak nk kawin mcm org kristian wat leh x?...

jemputan datang...
duduk...
pastu pengantin datang...
akad nikah dengan semua para jemputan tgk...
abis akad nikah...
baru semua org pergi jamuan makan sambil berhibur...

agak2 leh x buat kawin mcm tu...hahaha...

saje bertanye sbb kawin org melayu ni cerewat la bagi ak...

morovlizki berkata...

Peghh...terbaekkk.gua suka beb.sbb gua pun ade tkena jgk dgn ayt d ats.salute la pmikiran lu bro...

[AMR]ReenaRawee berkata...

mak saya ajar:
"jangan nak suka2 panggil lelaki 'abang' selain memang abang kau (walaupun sepupu).

p/s: komen kau, mantot.

cikgu saya ajar:
"kahwin bagi Islam ni mudah. bila suka, datang meminang. jika diizinkan ibu bapa, ikatlah dengan tali pertunangan supaya tiada lelaki lain rampas dan mendapat dosa, tunang juga sebagai memberi masa untuk persiapan PERNIKAHAN. tiada istilah bersanding dalam Islam. kerana bersanding ni hanya mendatangkan dosa kepada keluarga yang membuat majlis dan tetamu yang datag. kenapa?

keluarga pengantin: sebab lebih suka buat majlis untuk bermegah, bukan untuk mengumumkan dan meraikan penyambungan umat Muhammad s.a.w.

Tetamu: mesti ada je lah yang tak kena, sama ada lauknya, pelaminya, pakaiannya, etc. dah tu karang balik rumah mulalah menagata.

betul tak pengguin? eh panda? mana satu tah nama kau. hehehe~

*peace*

Islam itu mudah, tetapi bukan untuk dipermudahkan.
:)

ComOt berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ComOt berkata...

berkenan pulak cara perkahwinan kristian bila mention oleh anon di atas. so simple. paling best lepas majlis tu diarang baling bunga ngn berlari kegembiraan terus g honeymoon. adat melayu ni suck! semingu kahwin baru bleh bersama. sbbnya? org tua kata tak elok,nampak gelojohla itu ini. wei! dah khwn kay! tunggu aper lagi. suka nak torture org. ini semua based on experience kwn2 saya..hurm.. :(
link ni baca la. lps baca,anda akan sedar betapa annoyingnya perkahwinan yg terlalu beradap nih

http://obefiend.blogspot.com/2010/07/majlis-kawin-orang-melayu.html

PELiK berkata...

mak gua cakap, kalau nak carik yg tak amik port pasal adat ni, carik org Al-Arqam.kekeke

setahu aku, motif majlis bersanding ini sebenarnya untuk memperkenalkan pasangan yg baru berkahwin ni dekat orang ramai supaya tak menimbulkan fitnah tapi adat melayu telah membuatkan majlis ni 1 perkara yg wajib

[AMR]ReenaRawee berkata...

lagi satu mantot,
la ni orang bertunang pun dah macam persepsi sheikh muzaffar.
membazir nak mam..
walaupun mampu.
=.="

Ries Lee berkata...

aku sokong kau mantot!
memang tepat apa yang ketengahkan, aku sebagai orang muda yang belum berkahwin selalu terfikir perkahwinan ni asalnya sesuatu yang mudah kalau ikutkan syarak, yang menyukarkannya adalah adat2 bodoh orang Melayu kita ni.

bukan niat nak lupa sifat bangsa sendiri, tapi fikir la dari segi bebanan yg perlu dihadapi orang yang nak kawen ni.

sebelum kahwin pun susah sebab kena kumpul duit kahwin, lepas kahwin pun susah jugak sebab hutang keliling pinggang.

well, orang Melayu/Malaysia kaya kan. adat yang tak reti ukur baju pada badan bangsa sendiri.

Mantot berkata...

comot...
kau kena hati2..aku nampak kau dah konfius.

yang menyusahkan benda ni bukan Islam,tapi Melayu.Bila kau dah wish wedding kita jadi mcm wedding Kristian,itu bahaya tu sebab kau tergerak nak ikut amalan agama diorang..bukan bangsa..AGAMA diorang.

kalau ikut Islam,JAUH lagi senang dr Kristian.Sangat2 simple kalau kau baca betul2 dan kau paham kehendak Islam pasal bab kahwin2 ni..yg menyusahkan tu..adat Melayu..bukan Islam...

Dan,apa yang si Obe tulis tu,ada betulnya pasal adat..tapi ada salah besar kat situ pasal "akad nikah" tu.Jangan persoal hukum Islam.Dia persoalkan kenapa belah pempuan tak terlibat masa akad,duduk tepi takde sebut apa-apa.Jangan percaya benda tu.

Sebelum akad,kadi akan tanya dulu "betul ke nak kahwin dgn dia ni.." kalau pempuan angguk baru proceed..dan perempuan jugak diprotect oleh lafaz taklik,satu bentuk protection yang laki takde dalam perkahwinan.

Takde apa buruknya lagi pasal perkahwinan dalam Islam ni..pada aku,jangan persoalkan.Obe tu..kalau kau baca apa dia tulis,ada benda boleh ikut..ada benda yang kau takleh ikut.Pandai2 la kau pilih.

Tanpa Nama berkata...

suke lah aku baca komen2 penguin nih..

terhibur rasanyer hati..

penguin, meh sini, bior aku cium dahi ko..

mudah2an cerah sikit kepala hutak ko tuh..

- Beruang Kutub-

sim_2096 berkata...

giler... la en. mantot..
antara post org yg dpt hits & komen plig tinggi..
bersetuju sesangat dgn suma pandangn en. mantot...
cuma amalan2 perkahwinan tu yg karut marut ...
sbnrnya org yg nak kahwin..
terutamanya org muda yg educated..
x brape nk bt benda2 cmtu tp terpaksa bt..
atas arahan org tua terutamanya mak..bapak brape kesah pun..
x ikut ckp nnti kata derhaka..
tu la masalahnya...
x tau la sape brani lawan ngan mak bapak utk x bt benda tu...
ada sape yg ada brani?...
aku pun x brape brani..nk lawan..camne...

Tanpa Nama berkata...

perkahwinan ni, akan jadi simple kalau berdasarkan niat je

niat tu yg penting

ape tujuan asal buat walimatul urus atau majlis perkahwinan??

nak habaq kat org je yg korang da kawen, so xde la nnti org pelik kalo tgk korng jalan pegang tangan kat luar nnti kan

untuk habaq kat semua org yg korng dah kawen, buat je majlis, asal ade majlis, simple majlis pn, org da bole tahu yg korang dah berkahwin

ni yg jd masalah, niat dah lari

bile niat jadi nak tunjuk ANAK AKU TINGGI HARGANYA, wang hantaran puloh2 ribu

niat nk tunjuk ANAK AKU KAWEN DGN ORANG KAYA, TGK LA MAJLIS GRAND GILEEEE WEI

niat NAK NAMPAK MODERN, sbb tu AMEK BUDAYA HINDU, KRISTIAN n mcm2 lg budaya, takut kalau buat ringkas je nnti ORANG CAKAP KOLOT lak

haaa, niat2 cmni la kan, elok2 walimatul urus tu jd majlis diberkati, jadi MAJLIS YANG HARAM lak

tau x majlis perkahwinan tu majlis yg besar dalam Islam, sbb tu kalo dpt jemputan WAJIB HADIR

so jangan la kite cemarkan majlis ni dgn perkara2 xpatut

ingat NIAT asal majlis, tu yg penting, asal trcapai niat nk gtau yg korang dah kawin, cukup

Islam dah bg guideline elok2, xnk ikut

nk buat grand besar mane buat la, JANJI MAMPU, TIDAK BERHUTANG dan TIDAK MEMBAZIR, tu jeee...

-BERUANG-

Si teNang berkata...

kristian kawen pon xde simple mane..nampak jek macam simple..tapi dia pegi fitting baju tah baper kali. pastu baju utk bridesmaid dia lagi..kek dia lagi..band yg dia amik utk hiburan lagi..macam2 laa..

comot.
tolong faham. Islam memang tak pernah susahkan kita. Islam ni agama yang diredhai Allah. Allah dah ajar kita semua yg kita PERLU melalui firman2-Nya dalam al-Quran.

kita ada al-Quran sebagai sumber rujukan dan sirah Rasulullah sebagai contoh tauladan. ikut yg tu sudah lah. memang takde yang menyusahkan pon. jangan disesatkan dengan benda2 lain yg tak patut. perlu difahamkan, yg buat susah tu adat MELAYU.

BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN, HADIS & SUNNAH RASULULLAH.InsyaAllah mudah semuanya.

Akue Syazwan berkata...

wah mantot..menarik post ni, aku penah tulis pasal ni tp kurang explanation la lagi2 pasal bab hantaran tu..ade aku baca mengenai Allah suka benda2 ganjil ni tapi bukan semua bende nak kene ganjil, lagi2 bende yg x termasuk dalam ibadah (berkaitan kiraan hantaran) sebab x disyariatkan pun.. tapi ikut orang kalo mampu bagi byk, amik la ko byk2..1 dan 3 pun ganjil, ok ape.. cun punya post! aku share bg akak aku usha sbb die da nk kawen ni..

katakbiru berkata...

hmmm...

banyak soalan yg aku nak ajukan, tapi takpe lah. yg atas tu pun ada yg emosi, ada yg konfius...

anyway, u got a point.

selalu gak aku kata cani kat kawan2 aku,
"melayu dan islam lain, jgn fokus pd melayu kalau nak bercerita psl islam..."

tapi tu lah, malaysia kan. emosi nak kena lebih.

macammacam.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan bab Photographer..
trend sekarang nih..
macam-macam posing..
posing maut pun ada...
pastu upload dalam blog..

..............
Video Couple Bergaduh Pasal LEGGINGS !

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Tumpang share ya.

-honeylalala

budakkelate berkata...

Aku penah cakap ngan wife aku time nak kwin dulu. Kalau ada bersanding, aku pusing blah dari situ. Biar apa orang nak kata, yang penting iman. Kalau anak atau menantu xnak bersanding dipaksakan jugak, mmg kurang rapat jadinya hubungan slps itu.

Yang saya tahu, bersanding boleh dengan syarat mesti tutup aurat dan untuk saudara-mara shj. Sekarang punya situasi ditayang kepada umum, tak tutup aurat etc.

Mintak dijauhkan (time anak kita sendiri nanti nak kawin..).

oni berkata...

ah korang pasal kawin berhabis-habisan takpe, mantot cakap semua tak betul, taknak terima. gomen budget buat fb fanpage 1.8 juta korang pandai bising kata membazir padahal habit diri sendiri dah tanam memang takpe membazir. cakap tak serupa bikin la. lemah!

Tanpa Nama berkata...

hukum bersanding by ustaz azhar idrus.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=2114492230418

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt. kalau nk jaga adat sekalipun, kalau dh bercanggahan dengan agama & menyerupai amalan agama lain, hukumnya tetap haram dilaksanakan.

tuntutan agama lebih penting dari tuntutan adat & budaya, sebab perkahwinan memerlukan keredhaan dari Allah S.W.T., jadi janganlah mulakan perkahwinanan dengan kemurkaan Allah.

SyncRo MEOR berkata...

for Anon , June 14, 2011 10:33:00 AM GMT+08:00

Taktau kalau kau akan baca ke tak sebab too many comments in here and i stopped at yours.

Zaman nabi saw dulu ada sorang dude ni ex kafir. christian. lepas dia convert dia jalan-jalan one day with a cross he keeps around AS AN ACCCESSORY. nabi tanya dia kenapa pakai, dia jawab - ACCESSORY and no other purpose. like you, dia tak rasa dia tu menyembah something else than Allah with just carrying an object resembling what is commonly known today as the letter t. But guess what, our nabi retorted and he took 'em off.


Aku fikir macam kau jugak sebenarnya. Tapi nabi tak suka. mesti ada sebab kan. April fool wasn't invented yet during his time.

Oh and that story was from a hadith yang aku dah lupa nak quote siapa but i swears on my life and belief in The Only One exists. But since aku tak quote, aku cerita in vague. Auqomaqol !

Tanpa Nama berkata...

qoute //p.s : ada family penyanyi lelaki duk dekat dgn rumah aku, lagi simple family dia buat majlis kawin utk adik-beradik penyanyi ni...bagi kad suh dtg, makan2...mmg majlis setakat nak bgtau "wahai semua, ni anak aku kawin dgn polan ni,so, lepas ni klu jumpa diorang kat luar, jgn ingat diorang buat maksiat plak"
qoute///
mcm anon atas ckp
hikmah wat makan2 masa kahwin dlm islam aku rasa just nak menghebahkan kat masyarakat sipolan dah berkahwin.itu je..sebab nak elak timbul fitnah dari mulut orang..itu pun kenduri yg setakat termampu....aku penah baca..zaman nabi/sahabat dulu mahar 1o dirham je..10 dirham lg kecik dari 1dinar.skrg ni 1 dinar pun rm 600+-.

mahar 1 dinar(pun dah besar kalau compare ngan zaman nabi) + kenduri makan2 + baju lawa sepasang...rm3-4k tak habis kot...

tp la ni org dah buat benda ibadat ni bisnes..buat kad.fotografi,khemah,katering..etc.tambah pulak kita ni orang melayu lagro..org buat kita tak buat jd kita lak yang salah...padahal ikut hukum yg kebanyakan tu salah...haih

btw mantot,kipedap...mostly entry yg ko tulih byk dah bermain kat fikiran aku n semua reader..bukan isu kawin je..byk lah.....tapi x pandai nak elaboratekan...

nanti aku compile artikel ko ni kalu sampai seru,kasi kat parent n bakal mertua aku...kautim kasi murah2...kehkehkeh

hangkebun

Z berkata...

Cakap lebat, kritik sana kritik sini, senang.


Berani ke korang nak go against your parents' wishes?

nisa khairunniza berkata...

tradition =P

Syafinaz Ali berkata...

Mantot,

Kau tertinggal lagi satu.Ada juga jenis pengantin yang sayang nak tanggal mekap sanggup tak solat.

Biasanya solat zohor,asar,maghrib (tak kira bg yg period time kawin.Taknak tanggal mekap sampai esok pagi pun takpe).Ini kes yg boleh solat.

Tak kira lg trend skang lepas akad nikah or sanding bagai nak ambil gambar outdoor pulak yg kdg2 terus smpi maghrib tak pun sengaja tunggu maghrib sbb time tu pic nmpk cantik la apa la bla bla bla.Hahaha!Maklum la mak andam charge mahal,so mana sanggup nak suruh dia mekap banyak kali.

Ada juga mak andam yg advice kena mekap kurang2 2 jam sblm majlis utk naik seri.Abis kalo majlis start pukul 8 mlm or 2 ptg mcm mana?Nak ambil air smayang siap2?Eh,takut nanti susah pulak nak lilit tudung second time.Huhuhu!

Mantot berkata...

@Z,

aku tak mintak going against the parent..
aku harap kita jangan buat macam tu nanti time anak2 kita kawin...

anakbapak berkata...

ak setuju.majlis kawin tu sehari je.

nak hidup lepas kawin tu, insyaallah lama.ni kang, kawin grand2 kat hotel, lepas kawin peti sejuk takde, tidur atas toto, makan nasik ikan kering.

Syahida berkata...

aku just nk cerita, aku terpikir nnt kalau aku nak kawen, aku nak nikah simple je pastu jamuan kecil2an buat sedara mara friends terdekat. pastu kawan aku kata apa, tu nmpk cam miskin je weh. daah. aku tau aku kedekut tp kot ye pon, takyah lah kata cam aku nmpk miskin sedih aku. nak membazir buat apa? nak belagak ngn orang aku buat grand nak mampus lah kn? pastu mak kata malulah kt orng buat kecil2, family kita 1malaysia nak jemput. daah. macam tu, baik aku pegi satu malaysia, lawat rumah dorg, bgtau, dis is my husband, we got married last week. tatahulah korang nk pk apa, tp bagi aku simple is better, time nikah aku korang nak datang, silakan. terima kasih. :)

Mantot berkata...

jemput tak bagi alamat camna nak dtg,hahaha!

ps. ..jgn post alamat kat sini..bahaya.sini byk pervert yang suka carik "cerita malam pertama" kat internet.takut2 kau jadi mangsa nanti

Syahida berkata...

bongok ah mantot. sape nk post kat sini doh, aku ajk lah sape yg kenal2 je.. lek der, kalau kau kenal aku, aku jemput event kat fb (oh betapa kedekutnya aku! :P)
anyways, post kau mmg menarik tp parents susah kot nk ubah. nt merajuk susahlah kami anak2.

Tanpa Nama berkata...

just nk share something..bkn nak salahkan mane2 pihak tapi kadang2 its not anak yg mntak meriah, for my case mintak simple je, kenduri pn xya besar2, and dulang hantaran xya byk2, bersanding xya pn xpe, and langkah bendul xya kasi barang pn xpe sbb d mmg jodoh saya sbgai adik sampai dulu..tp sbb parents and sedara mara yg nk stresskn jgk all these adats, sy xleh wat ape sbb majlis byk diorg yg uruskn..duit pn duit diorg..huhu

rase2nye generasi kita ni da sedar how membazir it is tp ssh nk betulkan because ade generasi yg masih kuat berpegang adat. bg mereka adatlah segala2nya..kalau hilang adat, hilanglah bangsa.mungkin generasi anak2 cucu2 kita nnt boleh betulkan keadaan ni sbb kite snanye da sedar psl bnd ni, so bile kite uruskn majlis2 anak2 kite nnt kite sedar mane yg perlu di sisi tuntutan agama.

sekadar pendapat/pandangan dan tidak menyalahkan mana2 pihak.

Tanpa Nama berkata...

Alah mantot kita bahaskan perkara ini org kita masih lakukan benda yang sama. aku pun tak de idea nak buat perubahan. skrg terpulang kepada individu anak tok imam skrg pun kawin grand2 bro,

Azman berkata...

Aku lagi suka majlis kenduri orang ramai, aku rasa lagi meriah. Bagi orang makan ramai, berkumpul saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga.Tu lagi bet aku suka. Masa aku kawin dulu alhamdulillah dapat yang aku nak, tapi still ada benda yang mengarut tu. Kalau anak aku nak kawin nanti aku nak buat sesimple yang mungkin tapi ramai orang yang datang. Sebab bab makan ni buat lebih pun kurang membazirnya. Lauk kenduri yang lebih kami bagi saudara mara yang datang dari jauh atau dekat. Jiran2 pun dapat. Family aku pun makan sampai 3 hari berturut2. Sampai bini kau tak lalu nak makan lauk kenduri dah. Dia orang senang kami ni orang susah. Lauk kenduri tu lauk mewah yang kami kalau hari2 makan pun boleh. Jemputan kawin dalam 1000 orang. Ramai jugak tu sebab mak ayah aku ramai kenalan.

Alhamdulillah aku dapat slow talk dengan mak aku aku tak nak bersanding, pelamin pun tak nak. Mak aku cakap buat pelamin untuk ambik gambar pun aku cakap tak nak. Cakap lembut2 la. Tak dak la masuk kategori menderhaka. Fotografer pun aku tak ambik. Buat rugi duit ja. Kalau orang tanya kenapa tak buat pelamin. Mak aku jawab simple ja. Pengantin tak nak dia pemalu. Aku gelak ja dalam hati. Doorgift semua pun aku tak nak bagi, buat telur ja cakap aku. Tapi ramai pulak yang hulur bagi sapu tangan.

Khemah tak yah sewa sebab taman perumahan dah memang ada. Adalah 7 khemah. Makan pun orang taman yang buat, first time depa nak buat gotong royong. Kira kenduri aku jadi barang eksperimen. Alhamdulillah tak dak slack. Tupun untuk makan bagi aku tak habis duit banyak dalam rm6500. Pasal makan aku tak berkira.

Walaupun aku tak dapat buat kenduri yang betul2 islam tapi aku cuba buat sebaik mungkin waktu tu.

Pasal barang hantaran tu memang bagi aku membazir sangat. Barang hantaran untuk aku memang simple. Aku cari barang yang aku akan pakai sampai bila2. AKu mintak jam tangan, baju seluar, set wallet dengan tali pinggang. pastu kebanyakkan barang makanan.

Tapi sebelah perempuan lain pulak cerita. kenduri ada pelamin, ada fotografer. Sampai sekarang aku cukup benci nak ambik gambar. Memang muka aku mencuka. Banyak gila kena posing. Memang isteri aku kena kutuk dengan aku pasal tu.
Aku lagi suka kalau kenduri aku pergi dari meja ke meja. Kenal2 dengan orang2 kat kampung isteri aku. Tapi sebab ambik gambar punya pasal aku tak dapat. Tapi aku layan jer la. Sebab tu duit dia. Rasa bodoh pun ada masa tu.

Masa kahwin memang aku buat loan. Aku baru kerja waktu tu. Aku cuma sempat kumpul duit untuk setahun ja. Adalah dalam rm 1500 aku simpan sebulan. Sampai sekarang isteri aku property of bank islam. Insyaallah tahun depan nak habis.

Tanpa Nama berkata...

adat melayu ni mengarut je xyah pakai pon..menyusahkan org2 muda jer...hahahah...ptuih

Aslina berkata...

damnn sampai 133 komen. malas plak aku nak baca komen mesti orang argue ko balik punye.

cume...

eh... kalo tak buat bende2 yg ko senaraikan ni pun takpe kan?

serabut jugak baca bende yang ko senaraikan banyak2 nih.

bab hantaran tu... nanti aku nak request bakal laki aku bagi satu dah ah. at least kalo aku kene follow kehendak orang sekeliling sebab aku yatim piatu maka ramai sangat sibuk nak jaga aku dan decide what i should do... takde la beban sangat sebab dia bagi satu, confirm ah aku balas 3 je.

duh.... semput jugak aku baca posting ko pasal kawen.

makin aku baca... makin pening... makin aku tak paham dengan mentaliti masyarakat skang.

padahal tak silap aku zaman skolah dulu time spm ustaz aku ajar... ada 5 rukun nikah je. setel 5 rukun tu setel ah semua. boleh teruskan penghidupan seperti biasa dengan gembira.

kan?

ke aku memang jenis malas nak pikir bende2 complicated macam ni?

bleh ko suggest negara mana patut aku pindah supaye tak terikat dengan mende yang ko list ni? bleh aku start packing2 sekarang.

serius.

Tanpa Nama berkata...

Hanya minta senaskhah Al-Quran dan sebentuk cincin sbg hantaran kpd bakal yang memimpinku nanti :-) , harap2 tak kena jeling dgn sdara mara yg mndengar pmintaan ini ....huhhhu

fantaghiro

Tanpa Nama berkata...

ew,racist nya. kalau bukan islam,makne nya orang kafir la so that mean dunia ni orang kafir yang pegang? sebab queen elizabeth christian. hahahahha. funny la. bagi i,i pun islam,orang kafir ialah orang tak ada agama. bukan hindu or christian atau sapa2. wake up la malay. kita ngutuk orang tapi anak bangsa sendiri yang teruk. buang anak,islam ni lah paling banyak. -nurulzila

Zidana7382 Jitra berkata...

Lg satu...klau pkai mekap pondan..mcm mna nk kira? siapa dlulu batai ayaq sembahyang..dgn si pondan tu dlu ker atau dgn laki dia? time duk mekap dgn pondan depa pakai glove ka mcm Keeper Msia Apek? :) :)..time tu mmg dh batai ayaq sembahyang kan?...hubby just mkn cekelat angin..

Tanpa Nama berkata...

salam,berbalik pada komen yg pertama,tu sebab 99 nama Allah.
lagi satu yg biasa didengar adalah kesalahan bg kita umat Islam jika meniru ritual AGAMA sesuatu kaum,tp jika ianya sekadar ritual BANGSA atau CULTURE adalah tidah menjadi kesalahan..

maaflah tegur,tp kenapa entry ini ditulis dgn negatif sekali?kalau nak tegur org atau beri peringatan ada je cara nya.ni dah macam amin & mr Chong depan Masjid PutraJaya jeee..(sesapa yg baca entri tu)

saiful syuwari berkata...

apa yg anda tulis ada betul dan ada salahnya. cth yoga blh diamalkan tp tanpa sebarang mantera. perkara-perkara yang ditulis di atas pun ada yg blh dilakukan mengikut caranya yg betul berlandaskan ajaran islam. so ini semua pendapat semata-mata. sy harap orang takkan menjadikannya sebagai satu hukum untuk rujukan agama. kerana kt takut ada yang terpesong. adalah lebih baik kt bertanya pd orang yang layak. bukannya merujuk pada orang yang hanya pandai bercakap tanpa ada ilmu yang cukup.

ame berkata...

banyak betul ape ko cakap, tapi ade gak salah pendapat ko.....macam ko ni betul semua jerk nak baling2 air, bende tu budaya jer yg dorang tiru, bkn agama, dorang punye budaya tulis blog, ko tiru boleh plak? pikir dulu sebelum kata2

Tanpa Nama berkata...

-Nurulzila-
Maaf, cuma nak betulkan. Kafir bermaksud orang yg TIDAK beragama Islam ataupun yg tidak mahu mengucapkan Syahadah. Bermaksud kalo dia beragama lain, dia tetap dianggap kafir dlm Islam. Sama jugak ngan agama2 lain. Kita dianggap sebagai Infidel oleh orang2 beragama Kristian. Dan yes, Islam bukan agama bangsa sepertimana agama bangsa orang2 Yahudi. So, xkira bangsa apa pun, jika dia beragama Islam, maka dia sebahagian daripada saudara kita.

Apa yg penulis cuba nyatakan di sini adalah amalan2 yang tidak berkaitan dengan amalan sebenar semasa proses walimatulurus. Adapun entry dan gaya bahasanya amat kasar tp bagi saya cukup direct-forward. Saya hairan, kenapa comment2 yang saya baca di bawah ni slalu menekankan isu2 yg boleh dikatakan agak bidaah? Kenapa nak jugak buat dan cuba bagi alasan itu ini? Mmg la semua nak buat meriah tp sebenarnya meriah untuk sapa? Aku masa kenduri kawin dulu, aku sebagai sorg pengantin laki rasa aku la org paling tak hepi skali sebab aku rasa bini aku pikir meriah untuk diri dia sendri sampai lupa kat aku yg xhingin semua tu. Even mak bapak aku xsuka n mak bapak dia pun x suka. Dia syok sendiri. Sedih sampai skrg....Malu pun ada...

Bagi aku, kalo nak buat kenduri, jgn la berlebih2 dan sampai langgar hukum dan sunnah. Kawin sepatutnya memudahkan sebab kalo menyusahkan, org xkan kawin dan zina semakin berleluasa. Jangan pasal benda2 'meriah' mcmni membantutkan kegembiraan dan menyeleweng dari tujuan asal sesuatu perkahwinan.

Even kalo korg ada duit skalipun, apa tujuan korg nak buat benda2 camni? Untuk sapa? Allah SWT? Untuk keredhaanNYA? atau untuk tayang kat org? Nak bagi meriah majlis tu bukan ke tujuannya utk tayang kat org? Awat? Semua org xtau ka tu kenduri kawin kalo xbuat semua tu? Abih apa tujuan buat kad kawin mahal2? Yg aku nampak, tujuannya nak tayang kat org supaya timbul satu perasaan iaitu RIAK, TAKBUR, UJUB dan lain2 yg berkaitan. Kalo xde niat camtu, ada x sebab lain napa korg nak buat benda tu? Ingat, RIAK itu satu dosa besau jugak tau.

Dan satu lagi...pasal culture dan agama...isu yg sangat slalu dimainkan oleh pihak Orientalist... Bagi aku la kan, dia xjadi isu kalo itu cuma kita2 jak yg tau. Ia akan jadi isu bila ORANG LAIN tengok benda tu. Contohnya, kalo org2 dalam kampung tengok, dorg dah paham yg amalan tu hanya adat dan tiada apa2 kaitan ngan kesyirikkan namun kata la kalo ada orang luar, pelancong ka yg singgah tengok. Dia mesti kata yg adat org Islam ni sama ngan adat certain2 kaum yg dia pernah lawat so dia akan make conclusion yg orang Islam juga menyembah Dewa Murujib(contoh yg teda kaitan ngan mana2 ketuhanan Hindu). Almaklumlah, beliau kan pelancong dari Amsterdamn yg al-kapirun. Mana la beliau tau menau pasal Islam ni. So kesimpulannya di sini. Orang akan menilai kita berdasarkan amalan yg kita buat. Sebab tu masa zaman Nabi dulu, xpayah dok paksa org nak masuk Islam. Depa masuk sendiri kerana terpegun dengan amalan2 umat Islam time tu.

Jangan pandang ringat pasal amalan2 yg kita buat kerana semua itu dinilai oleh orang2 disekeliling kita dan dari sana mereka akan menilai kepercayaan kita. Islam bukan setakat kepercayaan tapi jugak amalan umat2 yg mengikutnya. Wallahua'lam bissawwab. -hafiz-

ketawariang berkata...

141 comments? best entry ni...
komen2 pun mcm2 dpt...

saya slh sorang dari atas ni...
dah nak kahwin...

masa tunang dulu tukang mekap pompuan...kawen pn sama...
kalau x ape motif batal air semayang kalau yg tukang mekap dah batalkan air semayang kan?

baju plak,memang besar2...no cukur kening...no sanding,no tepung tawar...
sekadar platform nak amik gambar....

tudung? menutup dada....
sbb skrg ni org kawen mst tudung masuk dlm baju sbb sayang nak tutup hiasan kat dada... erkkk...

karaoke? xde kot...

mmg nak wt wedding budget gila.... sbb nak watpe bazir duit berpuluh ribu utk majlis 3 hari,hutang tanggung smpi ke mati?

better simpan duit utk masa depan...

Tanpa Nama berkata...

bro,ko xterasa meluat ke dgn adat melayu y membazir gile nih...ak sbg mlayu pn rse jengkel gak kdg2...hnya kerana kawin xikut adat,kdg2 xde org nk attend majlis...sepupu aku kawen xbersanding pun,tp jiran2 pandang macam kawin xberakad,mcm wajib lak bersanding 2....fuck malay custom...

MuhD NoR AzyM berkata...

Perghh. Banyak gila komen. Entry yg best + komen2 yg bernas. :)

Aku target lagi 2 tahun kawen. Tp takde calon lagi. Harap2 calon aku + makbapak dia bleh terima pernikahan Islam yg mudah ni. :)

AzriDeris berkata...

salam....

maaf klu aku campur walaupun belum kahwin apatah merancang utk kahwin...

mula2 aku baca entry nie menarik jugak byk benda yang orang melayu islam terlepas pandang....dan wajib diperbetukkan jika ia membawa kebaikan.

satu je yang aku sedih, bab gaduh gunakan agama untuk mempertahankan hujah masing2 yg belum tentu betul....sanggup korang gadaikan agama "matlamat tidak menghalakan cara"...korang semua bukan ulama pn nak bagi pendapat sendiri...so, jgn sesekali gunakan agama jika x pasti...kita semua nie pasti akan mati dan pasti akan ditanya kelak....

***yang wajib kalu x buat berdosa, yg sunat kalu buat dapat pahala...

jadi yg mana wajib yang mana sunat???...korang rujuk ler ustaz2 yang bertauliah....semoga rumah tangga kita cukup syarat dan diberkati Allah...inshaAllah

ikin berkata...

Entry yang bagus.
tapi doesnt apply to all girls, xsemua gadis mahukan wedding yg grand. saya baru di risik 4 bulan lepas, and sekarang family dah mula bincang pasal majlis tunang lagi 5 bulan.
masalah sekarang....bila masuk isu wang belanja, saya dan tunang saya dah mula pening kepala.kalo tanya saya sebagai seorang gadis, saya mmg xnk duit belanja banyak sangat.bukan nk perasan bagus, tapi saya tahu tunang saya baru start keja, adik beradik ramai and background family xde lah se kaya orang lain.masalah sekarang, bila saya mnyuarakan keinginan saya utk dapat wang belanja RM7000 max, mak saya bising2. saya laa ni blaja medic oversea, tunang saya engineer grad from Amerika. but still, living cost is such a huge issue here.
xpasal2 ada masalah ngan mak and kakak saya sebab saya nk duit belanja sikit (bak kata dierang lah..bagi saya rm7000 tu terlalu bnyak). alasan? kakak saya lecturer grad local, tapi wang hantaran dia rm12000 :(
budaya membanding bukan sahaja applied to jiran2, tapi adik beradik pn boleh jadi gaduh sbb isu nih.

doa banyak2 moga2 mak and family lembutt ati kasi wang hantaran tu turun sikit figure nya. ameen.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn apa yang ditulis kat atas ni, tapi point last sekali pasal batalkan air sembahyang tu kan xboleh nak salahkan pengantin sepenuhnya. Sbb di tempat saya, lepas nikah akan ada ikrar setia pengantin yang teksnya disediakan oleh imam kariah saya sendiri. dan dalam teks tu sendiri ada tulis 'selepas puhak laki serahkan mas kahwin, sila cium isteri di dahi'

tapi time saya kahwin haritu, suami sy xikut pon arahan sebab xnak batalkan air wudhu sebab da setuju utk solat sunat jemaah dalam bilik dan salam semua dalam bilik, sebab nak menjaga adab, xnak la cium2 depan org ramai.

kdg2 suasana persekitaran yang menyebabkan semua ni terjadi. kena faham bukan mudah nak mengubah sesuatu, lebih2 lagi bila budaya tu dah sebati dalam masyarakat.

anak2 muda plak yang ade kesedaran tak boleh terus nak fire org2 veteran yang ade pendirian diorg sendiri. sebab tu la kebijaksanaan tu penting.

wallahuaalam..