Oktober 02, 2010

Cerpan : Suami,Isteri dan Ibu Mertua Bhgn 02

Nina pulang ke rumah agak lewat malam itu.Sudah terlalu lama rasanya dirinya tidak keluar bersama dengan rakan wanita lain.Dirinya sudah sebati dengan rutin hariannya,bangun pagi,mandi.Kemudiannya buat roti untuk suaminya lalu terus ke tempat kerja.

Pulang kerja selepas menghadapi pelbagai gangguan seksual di ofis langsung tidak dapat mematahkan semangat wanita berkelulusan IPTA tempatan ini.Ya,Nina agak seksi cara pemakaiannya tapi walau sebagaimana seksi pun dia,dia masih kekal menutup aurat.Nina hanya meneruskan semangat wanita lain yang seangkatan dengannya,be yourself.Dont be a hypocrite.Nak seksi,jadi seksi.Boleh apa seksi tapi tutup aurat!

Nina tidak peduli pandangan orang lain.Azman sendiri tidak pernah menegur pemakaiannya.Makin disukai adalah!Azman gemar benar melihat bentuk potongan badan isterinya yang masih lagi melentik,lebih lentik daripada ekor rambut yang disimpan kebanyakan mat rempit.

Dari ofis rutinnya dia akan terus ke rumah.Pulang kemudiannya berehat sebentar sebelum mula menyediakan makan malam hari tu.Selesai makan malam dengan suaminya,dia hanya akan duduk menonton TV atau terbaring di atas katil jika Azman meminta dia di atas katil.Lesu nafsu Nina.Sentuhan Azman sudah tidak seghairah dulu.Tapak tangan Azman dirasakan kebas.Nafas Azman?Dulu hangat,sekarang macam palat.

Beberapa malam yang lepas,masih jelas difikiran Nina mengenai kata2 nya kepada Azman."Abang,I dont think we can go on like these forever..." Azman senyap merenung ikan masin gelama yang terhidang didepannya."Abang!" kata Nina menggunakan gaya seksi menggoncangkan dadanya.Habis tersepit maskot penyu Terengganu di t-shirtnya.Azman hanya diam."Sedap lauk hari ni!"kata Azman.Besar hati Nina mendengarnya.

Dalam hati Nina mungkin sudah hilang intimnya.Seri gerbang perkahwinan nya satu masa dulu hilang.Tapi sejak beberapa hari selepas itu,Nina kembali berseri.Seolah-olah mendapat nafas baru.Tiupan nyawa yang kedua.Perkenalannya dengan wanita bertudung labuh itu merupakan titik tolak berubahnya kehidupan Nina.Setiap tutur kata yang diucapkannya seolah melodi.Punya nota,punya lirik,penuh dengan puitisnya.Renungannya yang redup diserlahkan lagi dengan matanya yang buntang.Wanita bertudung labuh itu bukan sebarang wanita.

Nina jadi terpesona.Kejang setiap kali berbicara bersama Kak Azura.Wanita itu digelarkan kakak kerana usiannya sedikit tua berbanding Nina.Jelas,terang,cukup izhar halqinya pada Nina bagaimana detik perkenalan mereka berdua.Tapi kisah perkenalan mereka tidak akan dirungkaikan sekarang.Terlalu awal rasanya untuk itu.

Dirinya sedar perhatian yang diberi oleh Kak Azura adalah sesuatu yang baru pada Nina.Sesuatu yang berlainan,sesuatu yang ganjil berbanding rutin harian dirinya bersama suaminya Azman.Dengan Kak Azura,Nina merasakan dirinya jadi lain.Mungkin sebab itulah Nina mula merasakan perubahan pada dirinya untuk berubah hala.

Kak Azura,janda anak satu.
Bila dia bertutur,hati pendengar jadi tak tentu.
Nina ....Nina....
Lepaskah dia dari genggamanmu?

(Gambar Heliza sekadar hiasan.Aku suka tengok.Mata dia besar.)

12 ulasan:

afiqsiddhartha berkata...

aku semangat baca post ni sebab heliza semata. Serious.

panji alam berkata...

Hahahaaa..ikan gelama masin??!!

Khairi Mohd berkata...

cerpan? apakah? Err... okey, betul aku tak baca lagi. hehe

Khairi Mohd berkata...

oh ok ada sambungan hehe aku ingat kat blog aku aje ada cerpan hehehe.

hari tu gay, ini les plak kot?

Laici berkata...

tot o tot,ke mana kau nak pergi dgn cerita nih tot..haha

brat2104 berkata...

heliza tu pakai contact lens sebenarnya.. tu yg mata besar tu...

oh, aku confuse dengan baris akhir tu..

dark berkata...

aik??xkn sambung lg????

Myth berkata...

Sial!
Aku dah nampak ending....haha

aku rasa ni sebab kau baca mastika ni kan?

Ayu berkata...

humm... i like...

Ara berkata...

tersepit penyu kt t-shirt...hahahaha! bongok la...hahahha! XP

Fatin Farhana berkata...

haahaha
entri lesbian pulak!

dedawang berkata...

hemm...

saya suka cerita ni,,,,