Oktober 05, 2010

Aku,Rokok dan Tar Jalan




Kepada yang tau lagi,harga rokok naik 70 sen mulai semalam.Hehehe.RM10 sekotak...gila ah...Setiap kali harga rokok naik,aku akan teringat kembali memori indah aku dengan rokok.

Aku mula hisap rokok masa tingkatan 2.Waktu tu aku saja je try2.Takde la aku membeli sampailah aku masuk tingkatan 3 bila family aku pindah ke Kedah dan aku hidup keseorangan kat KL (sebab aku sekolah asrama). Bila mula tingkatan 3,aku kena balik Kedah naik bas jadi biasanya bas ke Kedah ada paling awal pukul 9 malam.Itupun kalau tak penuh.Selalu aku kena naik bas pukul 11 malam.Dapat 10 malam pun dah kira lucky gila.Pukul 6 petang dah kena keluar kawasan sekolah.

Tunggu sorang2 kat Puduraya sampai pukul 11 malam,apa benda yang aku boleh buat?Aku duk berdiri tercongok dekat tingkat 2 Sg.Wang nak main game pun takde la aku mampu nak main game sampai kol 11.Beli majalah pun baca dalam 1/2 jam habis.Takde mampu aku membaca komik Pendekar Laut berulang kali untuk menghilangkan boring.Jadi,sebab takde benda nak buat...aku beli rokok Marlboro 7 batang sekotak dan aku hisap.

Aku mula hisap rokok sebab aku boring takde benda nak buat.Hahaha

Selalunya ada la member aku,sorang budak Perlis,sorang budak Terengganu sama2 menunggu.Tapi sebagai budak sekolah,kitorang takde duit jadi rokok adalah satu2 nya benda yang tahan lama untuk dijadikan pengisi kebosanan.Nak tidur?Berani ke kau tidur kat Puduraya?

Satu masa dulu,masa tu rokok masih lagi RM4 lebih,aku dengan member2 aku bertekad..."Sampai RM5 sekotak kita stop!" Zaman sekolah memang la fikir camtu.Bila dah kerja dan dah ada duit,aku tak tau la pulak limit harga rokok yang mampu membuatkan orang berhenti membeli.

Membaca jangkaan pengeluar rokok di mana mungkin berlakunya penurunan 10% pada jualan rokok diorang membuatkan aku terfikir,orang Malaysia ni sebenarnya kaya-kaya.Samalah jugak macam mentaliti sesetengah manusia yang merasakan Proton Saga atau Perodua Myvi itu murah.Padahal itu semua terjadi sebab price control method kerajaan yang mencipta ilsui Proton Saga dan Perodua Myvi nampak murah.

Tak lama lagi bila harga rokok naik jadi RM12 ke,mesti ramai perokok tegar yang akan merasakan RM10 sekotak adalah nilai yang rendah,sebab hidup dan minda dah diadjust untuk accept price camtu.Cycle itu akanlah berterusan sehingga kiamat.


Good luck.
Aku perlukan re-adjustment dalam hidup.

26 ulasan:

Khairi Mohd berkata...

ai jgn sabitkan rege kete plak bro, bukan apple sama epal tu.

kete tu keperluan, rokok tu mentekedarah.

tapi walau aku tak isap tar jalan tu, aku tau bhw mende tu nikmat. dan susah kita nak buang benda nikmat yg dah jadi tabiat.

mcm puak2 umno yg kalut tibai pkr dan dap dalam tibi sbb nikmat yg dah jadi tabiat.

bak kata imam khalifah agung silat gayung bahawa orang melayu tak boleh hilang kuasa, sekali dpt kat parti lemah, habislah negara. punya takut wahahahaha.

cuba berhenti rokok mantot kalu berani kalau tak hang sama najib sama ja. hahaha.

hideYUShi nakata berkata...

selepas nih permintaan rokok daun pasti akan melonjak..
hehe...

Zonkers berkata...

member aku dh stat gulung rokok sendiri. dier ckp lg murah.

Mantot berkata...

aku mmg hisap rokok gulung sendiri.cuma bila kena berjalan agak leceh sbb kena bwk benda2 ingredient dia jadi aku beli la rokok bila kena keluar rumah lebih sehari dua.

Mcjust berkata...

bawak2 la berenti..

Tanpa Nama berkata...

Member aku kata merokok tu ada class tersendiri...lg mahal rege rokok lg tinggi standard si perokok tu. Kesimpulannye: X ramai yg akan berenti merokok hanya krn regenye semakin mahal.
Sbb aku X merokok: masa umor aku 5 thn,bapak aku kasi try sepam,aku batok terbahak2,pahit,sakit tekak,sengal hidung,aku ingat sampai ke hari ini,tekad Xnak try lg dah. Kesimpulannye:Pengalaman pahit mengajar aku erti kehidupan.
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.

Atiqah Shaharudin berkata...

bapak saya salu kalo nak balik kampung 2 3 hari, die akan duk gulung rokok sendiri sampai cukup satu tupperware.

at least takdelah die rase sebal sgt bg duit free kt government. haha

Mirrul berkata...

" Aku mula hisap rokok sebab aku boring takde benda nak buat.Hahaha "

kes sama dgn aku baq ang.

LS berkata...

Tak payah la isap rokok. Gua boleh berhenti. Syukurlah.

No Smoking berkata...

Hehe kuar gak article rokok dari tot... mudah-mudahan tot berenti merokok,xelok pon utk kesihatan,even gulung ke or beli..kan...

Tanpa Nama berkata...

sape ada tipsssss stop rokok.???
laki aku selamba je isap rokok sari sekotak camne melambung pun rokok.
sggup potong yg lain .jgn rokok.
panas ati bini dia

classic me berkata...

sama la laki kita anon...
belanja lain bole nak cut2... tapi rokok maintain kena ada budget...

hampeh...
bini dia ni dah bosan nak merajuk & ambek ati...

kandaq berkata...

Mantot,

aku kenal kawan ko budak perlis dgn budak ganu tu... apa la citer budak perlis tu kan? ko ada dgr khabar dia tak?

Kandaq

mat karung guni berkata...

rokok itu memang membahayakan kesihatan..tapi ape2 pun..lek lu..sap kok lu..hehe..

Ainee Cumi berkata...

Betul sangat ayat yang akhir tu yang kita akan adjust nampak benda tu macam murah padahal mahal.

rompa berkata...

aku pun kenal sape budak perlis and ganu itu..hahahaha..

btw, aku dah "bercuti" isap rokok dah dkt 4 thn..aku guna terms "bercuti" sbb mungkin sok lusa aku isap rokok blk..sape tau?? aku manusia je bang..hahaha..

takde tips nak benti isap rokok..kalo org tu nak benti, dia benti..kalo setakat dorongan awek or bini tp diri sendiri tak ikhlas takyahle..buang karan..tak lame sok isap blk..caye la cakap aku..

No Smoking berkata...

Btol tu,kene diri sendiri gak benti... bagus term cuti tu,mane tau dari cuti trus benti kan... gudluck

redgiantlipstick berkata...

it would be nice if u stop smoking entirely.. aku doakn ko semoga berjaya ntok berhenti =D

austenite berkata...

BETULL!!!bagi aku yag merokok, xde kesan sgt naik 70 sen..bagi rm10 xyah amik belen...

Tanpa Nama berkata...

alamak...Dunhill gua tinggal sebatang dalam kotak ni. Nak potong pendek-pendek.

Tanpa Nama berkata...

rasanya rokok yg gulung sendiri tu lagi bahaya kesannyer betul ke??

-Mis Izza-

Tanpa Nama berkata...

bini aku buat undang2 takleh isap okok dlm umah...sbg orang yg bekerja sebagai dalam bidang kontrak, terms n cndition, commercial, legal advice kepada syarikat minyak...aku still pegang 1 clause...aku bole isap okok kt balkoni...
aku tak isap okok depan anak aku sbb takut dia sakit nanti...org lain isap okok kt kedai mamak berhampiran anak aku, aku jegil dan jeling mcm kedai tu aku yg punya...
tapi bila anak aku takde, selambe aje aku isap walaupn ada anak orang lain kt keliling aku...
aduhh...mmg self centered dan umno sungguh aku...tolong tolong...aku nak brenti isap rokok...
tapi bila ada aktiviti bersama rakyat di kawasan kediaman...aku mkn kuat isap okok bersama kawan2...bila lepak kedai kopi ngan kawan2...isap okok lagi...pastu start salahkan kawan2 yg membuatkan aku tak dpt brenti....bila la aku nak berubah...
P/S: dulu pernah brenti setahun lepas tau member meninggal sbb cancer - sbb kuat isap rokok...

Tanpa Nama berkata...

hendak seribu daye takmau seribu dalih. kuatkan lah smgt tu.

org isap rokok mmg bodo dunie akhirat - nik aziz (aku sgt setuju)

AJ berkata...

mantot,bangunan projek tersadai kt puduraya tu smpai skrg xsiap dowh hahaha! bila lagi kita mau isap rokok kt surau pudu tu wei wahwahwah

Tanpa Nama berkata...

apa hukum hisap rokok ni tot?

kalau victoria station punya steak terang2an takde logo halal. rokok yang memudaratkan diri ni?

cikbedahlaser berkata...

salam..

like someone said..if i'm not mistaken my hubby la yg ckp..

kalau naik smpi 50rm pon..beli jugak... dh tegar kan...

ehh ke ayt tu dr saya...owhh lupe...

hahha