Mei 01, 2010

Sebuah Kisah Cinta Agung Bahagian 01

Masa aku mula-mula masuk universiti dulu,aku melepak dengan orang yang salah.Salah pada maksud aku adalah SALAH.Kawan-kawan aku waktu tu adalah golongan-golongan poyo mangkuk anjing yang kerjanya nak bercinta dengan target nak menanggalkan seluar atau skirt perempuan tu.

Apa yang lagi poyo pasal "kawan-kawan" aku ni adalah sebab kononnya diorang ni gentleman,aku terpaksa join diorang bertumbuk sebab berebut seorang perempuan.Ada sorang mamat lain pegi kacau awek yang dia suka dan secara tak langsung aku pun terheret sama pegi bergaduh.Sebab perempuan.Bukan isteri,bukan gelfren pun.Dia marah mamat tu try tekel pempuan yang dia minat.Semenjak peristiwa itu,aku cuba menjauhkan diri dari member aku sorang ni sebab aku rasa otak dia agak agresif dan aku pula agak pasif.

Ada satu malam,pengalaman aku yang paling awkward adalah bila pegi lepak dari pukul 11 malam sampai 4 pagi dekat parking lot apartment budak pempuan.Aku memang buang masa malam tu,siap tertidur dalam kereta.Sejak malam tu,aku sumpah,aku nak jauhkan diri dari diorang.

Mungkin Tuhan nak tolong aku,Dia tunjukkan aku jalan yang betul.Makin lama aku makin jauh dengan member aku ni dan lama kelamaan aku terus tak tegur dia langsung.Aku makin rapat dengan member sekelas aku dan aku rasa perangai kitorang agak sama.Takut nak cakap dengan perempuan tapi gatal senyap-senyap.Maksunya,kitorang normal dan kitorang penakut sebenarnya dengan perempuan.

Apatah lagi try tekel perempuan.Jadi,apa yang aku akan ceritakan kat sini adalah apa yang berlaku selepas kisah cinta monyet yang pernah aku tulis satu masa dulu pada tahun 2008.

Sampai satu tahap aku terus tak berani nak tegur perempuan pun.Aku lagi suka berkawan dengan member2 aku aje.Senang.Nak bercakap pasal apa-apa pun senang,cakap aje.Takyah nak malu-malu.Tapi bila selalu ke kelas masa belajar dulu,lama kelamaan secara automatiknya akan adalah golongan pempuan seorang dua yang akan lekat dan termasuk dalam circle kawan-kawan aku.

Pada satu hari,lepas kelas,member aku seorang ni yang agak berani sikit pun ajak satu geng budak pempuan gi makan,sebab budak pempuan tu macam rajin pulak bertanya dekat kitorang.Lama kelamaan geng budak pempuan 3 orang ni akan ada aje tiap-tiap kali kitorang gi makan.Dalam 3 orang tu,aku suka dekat sorang.Nama dia Lin.Tapi aku syok kat dia dari jauh aje la.Segan bang nak tekel member sendiri.Dan kami akan terus makan bersama dan aku..aku masih berlakon seolah-olah aku takde rasa apa-apa kat dia sebab member aku kata dia syok kat Lin ni.

Lagipun aku tak yakin dengan kehenseman diri sendiri.Aku terus senyap sementara gelak-gelak tengok cara-cara member aku ni nak try tekel Lin ni.Hati aku ada sedikit remuk.(Bersambung)

Bacaan Lama
Sebuah Kisah Cinta Monyet 

17 ulasan:

Rara berkata...

ala..ade sambungan rupenye.ternanti2 cerita seterusnya. ^_^

Jard The Great berkata...

lin? die ke jadi isteri kamu nnt?

brat2104 berkata...

haha. kisah lama bro.. pape pon, hidop ko skrg dah best.. keje mantop.. isteri pon dah ada.. apa yg tuhan bagi, tu yg terbaik kan? semua dulu tu, untuk menyediakan diri ko menghadapi hari muka je..

dulu hati ko remuk, sekarang dah x lagi kan?

p/s: at least ko ada cerita. aku langsung xde cerita. lagi x best!

LANN berkata...

aku baca semua cerita ko bang mantot.
btw, ko budak UKM eh? ftsm?

ziraa berkata...

bersambung pulakk.aduh

ziraa berkata...

bersambung pulakk.aduh

shahirahkhairudin berkata...

aku tak sabar menanti episod seterusnya..

Lina Rahim berkata...

seronok rasanya baca kisah cinta zaman dulu. syahdu.

Tanpa Nama berkata...

segan la kalau ingat balik...thehehe

Tanpa Nama berkata...

nice... x sabar nk bace sambungn cter nie..



-ain-

Myth berkata...

seb baik bini ko xsuh delet entry yg lama kan?

kalau aku...haha~~ xde harapan

Aqram berkata...

mantot tulis cerita cinta? buat gua sakit perut nak terberak. cirit-birit.

tulis cerita lain lah mantot.

Tanpa Nama berkata...

dari gaya penulisan...x heran la byk trafik masok blog ko ni haha

Tanpa Nama berkata...

suke bc luahan hati lelaki cmne leh jth cinta kt pompuan..

gary berkata...

ni citer apa? lagenda budak setan ka tot? hahahaahah

Mantot berkata...

aku bukan budak UKM.

isteri aku jeles kot tapi semua benda ni aku dah cerita kat dia dulu jadi takde la dia kena heart
attack ke.

aku ada tujuan nak tulis benda ni.tunggu la seminggu lagi,bila ending dia.

LANN berkata...

Oh baru aku baca reply ko. Oh ok. ingatkan bdk multimedia ke apa. Salah faham pula!