Mei 07, 2010

Aku Juga Ingin Main Ragbi Untuk Impress Perempuan Tetapi Muscleku Kecil-Kecil

Lelaki-lelaki IPT yang bermain ragbi adalah lelaki yang berkeyakinan tinggi.Aku tidak tahu adakah rahsianya datang daripada permainan ragbi yang kasar atau latihan-latihan fizikal yang mereka tempuhi setiap hari.Ada beberapa faktor yang membuatkan aku jeles gila dengan diorang:


1. Ada muscle yang besar-besar.

2. Yakin untuk pakai baju ketat-ketat kerana muscle mereka yang membuatkan baju tu ketat.

3. Bila training mesti ada satu group awek tengok.

4. Lepas training,berpeluh-peluh,mampu terus pegi minum petang.

5. Sambil minum berpeluh-peluh dan dengan hanya memakai sleeveless,mampu peluk-peluk awek lagi.

6. Awek atau gelfren mereka mampu tersenyum manja bila peluh boifren tu melekat kat diorang.

7. Kalau anda nampak satu group lelaki dengan badan berotot sasa,sudah pasti mampu menimbulkan gerun kepada lelaki tidak berotot dan lembik macam aku.

8. Di IPT,antara golongan paling cool adalah player ragbi sebab awek-awek akan tertumpu kat diorang.Aku tak tau kenapa,adakah gadis-gadis gemar melihat bulging-bulging di seluar pendek mereka?Adakah itu seksi pada mata wanita?

9. Walaupun kadang-kadang tak hensem mana pun player ragbi ni tapi awek-awek diorang biasanya hot stuff.

10. Mereka mampu berjalan di tempat awam dengan hanya memakai seluar pendek yang panjangnya tidak lebih 5cm daripada kedudukan skrotum mereka.Aku tidak punya keyakinan untuk berjalan-jalan di tempat awam hanya memakai boxer.
.............

Tak semua lelaki-lelaki pemain ragbi ini begitu tapi kalau dalam 10 orang tengah lepak minum,MESTI ADA dua orang yang sebijik yang macam aku tulis ni.Mereka ni lah yang mencemarkan imej player ragbi.Dalam istilah lebih tepat lagi "social rugby player," pemain ragbi yang main ragbi sebab nak rasa diri dia cool,main untuk impress perempuan.Jika anda termasuk dalam golongan-golongan macam tu,AT LEAST pakai la track suit ke,short panjang ke sebelum pegi minum.Aku nak minum pun geli sebab risau kau duk terkangkang-kangkang.

Perhatikan kawasan sekeliling anda jika anda selalu lepak di kawasan yang ada IPT.Jika anda seorang lelaki,anda akan dapat tips-tips yang berguna untuk membentuk kelelakian anda.Jika anda wanita,mungkin nasib anda tidak baik,anda juga akan nampak kelelakian mereka.

20 ulasan:

ejaMaria berkata...

tegur la... aurat kan?... hehehe... geli eh nak tengok (yg no.10 terutamanya...)

Mantot berkata...

gile nak tegur.takut aku kene belasah

Cik Engr Aishah Zakaria berkata...

tgkkan aje la...heheheh

makan budak berkata...

alaaaa mantot, gi la training, jangan malasss

Tanpa Nama berkata...

ntahnye mantot...kan aurat kalu gitu...tegurla..ahahahaha..tp org yg sosial cam tu tak ke mana gak tua nanti...

kz berkata...

memang betul! aku pun main ragbi jugak, tapi dah tau short rugby memang pendek ke tahap boxer, pakailah tight kat dalam, ye dak?

sesunggunya tanpa tight dan hanya short di padang berupaya meningkatkan peluang infection kepada..
just sayin',=)

Tanpa Nama berkata...

hubby aku dulu player rugby uni kt phg. aku budak uni kt cyber. dia sll perli team rugby uni aku ni. sbb sebijik mcm apa yg ko cite tu lah. pastu tournament sll kalah je. (errr.. bole kah aku katakan ekceli mereka itu agak poyo). aku pulak yg termalu sdri.

silent reader.

Tanpa Nama berkata...

statemen yang mantap untuk hari jumaat ini...

apenzz tensai

cik Siti berkata...

tgk basketball lagi best.. players dia semua hot. yang tak hot pon boleh jadi hot. yeah yeah.. XD

TeenCampForLife berkata...

tp tak sume player rugby sepoyo mamat yg ko nampak semlm tot.. aku bekas player rugby, masa aku main rugby dulu tade la aku nak lepak kat cafe pakai sluar rugby lps training.. bikin malu kaum seh... yg paling poyo die pakai sleeveless tu tak tahan.. yg ko nampak tu bukannye muscle tp badan besar.. yg besar tu lemak je beb..

yatie chomeyl berkata...

aku tak suka lelaki berketul2 pkai baju ketat, geli nak tengok ...hahaha

Aslina berkata...

uhh... rasa macam u aku takde plak kelab ragbi.

untuk kelas ko-ku ada la. tapi semua setakat join 1 sem nak bagi lepas subjek ko-ku je.

lecturer yang handle plak langsung tak macam apa yang ko describe.

sebenarnya aku pun geli tengok lelaki badan ketul2. aku rasa macam nak pegi terkam lepas tu toreh satu-satu otot dia.

dan aku terus imagine dia gay. selalu aku tengok gay memang stok sasa-sasa.

Tanpa Nama berkata...

takat main ragbi dkt malaysia ni takde pegi ke mana pun pg nye.. sumenye hanya syok sendiri semata-mata..

Tanpa Nama berkata...

hehe..ak pn player rgbi gak..skng n slamenye...btol la pe ko ckp...haha..nice entry..yeah!!


~barbarians~

Tanpa Nama berkata...

itu la identity rugby player.

berkata...

Mantot, sebagai pensyarah, anda mampu mengubahnya. LOL.

p/s: aku perasan kat header, yang ungu tu perutnya ke depan. tahniah!

brat2104 berkata...

semua budak lelaki batch aku masa sekola adalah ruggers..

tp mereka semua xmcm yg ko ckp. alhamdulillah..

tp bab ada awek tunggu dorang training tu.. aku x perasan lak

Kap berkata...

yang pendek sangat seluar sebab comel sangat..

yang seluar panjang tu, faham faham sudah ;)

Syafrizal berkata...

Setuju dengan apa yang diutarakan..
sebab pernah main ragby dan pernah tgk pemain2 sebegitu

irwanmiswan berkata...

perghh ade ke pemain rugby yang macam tu?perghhh kalau aku tengah minum, tetibe nampak bebudak rugby yang macam ni, memenag tersembur semua air yang aku minum hahahaa