Julai 05, 2013

Kesan Baik dan Faedah Jangka Panjang Jika Jenayah Berleluasa Kepada Ekonomi Tempatan

Aku agak menyesal join group FB pasal crimewatch sebab hari-hari akan ada kes-kes jenayah baru yang berlaku, membuatkan hidup pun jadi risau aje.Nak aje aku unsubscribe tapi benefit dia lebih daripada tak pedulik langsung.

Macam kes yang tersebar; kononnya tayar terbakar tengah jalan,kes kereta langgar dari belakang untuk rompak,kena samun masa baru keluar kereta dan bermacam2 lagilah kes-kes yang berlaku. Aku join page ni pun sebab aku nak tau apa teknik yang diorang pakai, supaya kita boleh develop awareness untuk counter benda yang mungkin terjadi.

Polis memang akan deny mengatakan kadar jenayah Malaysia ni still ok, tapi bila rumah Khairy Jamaluddin pun kena pecah...kelakar la pulak rasanya. Ada member aku,hari2 susah hati sebab kawasan rumah dia banyak kes curi. Aku setakat ni rasa selamat lagi, duduk dalam gated community dan ada security sendiri.Tapi nanti bila anak dah besar, mesti la nak kena pindah duduk rumah atas tanah. Prospek risau setiap hari tu sedikit sebanyak menghantui aku jugak la.

Tapi dalam banyak kes yang berlaku,benda yang paling aku gusarkan adalah apabila wujudnya orang2 yang mengambil kesempatan atas kes yang berlaku ni.Aku termkan benda ni How Crime Evolve and Influence a Healthy Economic Growth. Kononnya nampak intelek sikit...

Kalau kau perasan,sekarang ni,oleh sebab wujudnya kegiatan jenayah yang banyak ; ada pihak yang menggunakan peluang ini untuk create supply and demand dalam benda2 yang berkaitan security.

Antara alasan yang digunakan adalah;
  1. Kau kena ada autogate untuk rumah supaya kau takyah keluar masuk kereta masa nak bukak pintu pagar, tak ada la orang yang merompak

  2. Kau kena ada security system surveilance dekat rumah kau,cctv,trip sensor,alarm dan sebagainya.

  3. Kau kena pasang kamera untuk kereta supaya dapat monitor environment masa kau tengah driving, mana tau boleh jadi proof case (tak boleh, tapi boleh membantu pengenalan suspek)

  4. Komuniti kena create a gated and guarded security supaya kejadian pecah rumah kurang berlaku dan kes kecurian kereta dapat dibanteras

  5. Ibu bapa perlu menyediakan kemudahan telefon bimbit untuk anak-anak supaya mereka mudah menghbungi ibu bapa jika berlaku kecemasan

  6. Selain daripada insurans nyawa, sekarang ini bermacam2 lagi benda kau boleh insuranskan supaya kau rasa secure

  7. Kereta perlu ada tinted kereta yang mempunyai fungsi security supaya kejadian pecah cermin dan ragut handbag dapat diatasi
......dan bermacam lagi alasan yang ada sebagai selling point sebab diorang dah nampak demand tu dah ada.

Kalau kau fikirkan, macam mana kita dapat tau pasal kes-kes ni sebenarnya? Aku selalu refer dekat page FB tu untuk dapat update tapi here comes the truth...semua kes2 yang kita dapat baca dekat internet ni sekali dengan surveilance footage..........dapat dikongsi bersama, sebab dia ada security system.

Paham tak apa yang aku cuba terangkan?

Ada pihak yang cuba takde advantage crime rate Malaysia yang makin meningkat dengan cuba jual pada kau alat2 security mencegah jenayah menggunakan footage2 kejadian jenayah yang dirakam dengan security device yang dipasang!

So apa point sebenarnya security device itu,kan?

Aku paham alat2 tu wujud untuk bantu lambatkan crime..prevent,memang takleh. Tapi sekarang ni ramai betul orang yang cuba ambik kesempatan promote itu ini sehinggakan mewujudkan persepsi, jika kau tak ada device itu ini, kau perlu rasa takut dan insecure. Security feeling hanya akan datang kalau kau dikawal oleh device2 tersebut.

Pada aku, itu adalah satu bentuk crime jugak la...using fear for marketing purpose. Memang common "fear" digunakan dalam marketing contohnya krim anti penuaan laku sebab ramai wanita takut wajah cepat tua tapi using actual fear untuk jual sesuatu, pada aku takde etika la kelakuan tu.

Dan di Malaysia sekarang ni, "actual fear" memang digunakan untuk bermacam2 agensi untuk mencapai matlamat diorang. Ramai orang ditakutkan, kemudian dia jadi takut membuatkan dia akan spend supaya takut dia hilang. Itulah dia cara bagaimana psikologi orang2 middle class ni dimanipulate supaya kita keep on spending and spending and spending. Marketing 101. The more you have, the more afraid you become dan hasil daripada ketakutan itulah yang melahirkan teori ekonomi aku, How Crime Evolve and Influence a Healthy Economic Growth.

Adakah satu masa nanti, kita akan ada profesion "Peragut Professional" atau "Perompak Separa Masa" yang dibayar gaji bulanan oleh syarikat2 penjual security service dan device, supaya dapat create emosi takut pada masyarakat? Tak mustahil benda tu berlaku sebab kita dah dilatih supaya spend,spend dan spend sambil banyak syarikat,entiti dan agensi berebut2 wanting a piece of the pie.

Ketakutan dicipta dan diaplikasikan ke atas kita supaya kita spend...kemudian kita sendiri create the fear of tak cukup income dalam diri sendiri, sebab kita nak protect our love ones as best as we can. Jadi kita kerja, dan kerja, dan kerja, dan kerja.

Itu adalah satu kitaran cycle yang sangat sempurna untuk bisnesman.
Siapa ada aplikasikan benda tu, aku harap dia ke neraka. 

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada tak link untuk group crimewatch tu? nak join

Tanpa Nama berkata...

1st

Tanpa Nama berkata...

Bila manusia tak takut pada Allah maka dia akan takut pada yang lain :) hanya mereka yang takut kepada Allah tidak akan takut kepada benda lain.

Kena ingat segala yang terjadi dengan izinNya jua.

Tanpa Nama berkata...

teringat cito p.ramli ali bab penyamun

Tanpa Nama berkata...

SOKONG!

Tanpa Nama berkata...

mantot, apa link group crimewatch tu? nak join jugak

Tanpa Nama berkata...

sebab tu la multilevel marketing sentiasa ada pengikut(penurut?).mereka takut miskin tp takut nak bakar lemak2 dan koyakkan otot2 utk bekerja dan titiskan peluh.
msg?takut masak tak sedap tapi malas improve.

Tanpa Nama berkata...

Betul..dulu ada satu masa tu byk kes ragut, pastu kuar handbag yg kalis ragut, insurans cover ragut,insurans materniy takde pulak...mcm..gilerr ah!menangguk di air keruh betul.

Tapi kalau aku ckp ni, org mesti ckp aku kolot.
Back to basic. Jenayah tu berlaku sbb tak ikut hukum Allah(syariat). Bila berlaku ketidakseimbangan dalam sistem(sunnatullah-hukum alam), simptom2 buruk (jenayah) pun jadila.

Mak aku cuma pesan g mana2 baca doa supaya Allah lindung walaupun kita rasa mcm dah selamat. Nak kuar keta bukak gate,nk kunci rumah mlm2,isi minyak,pam tayar,baca doa...
kena turut diikuti usaha mcm nk kuar pagi2 tu jgn rutin masa sama sgt,kena kenal jiran,g mane2 kalo boleh berteman,ape2hal setel siang2...

Lg satu formula power utk prmpn, tutupla aurat dgn sempurna, nampak cam ustazah pun takpe, laki tak berani, ada tmpt duduk kosong sblh pun diorg sanggup diri sbb segan nk dok sblh 'ustazah'. kihkih..biarkan.

Akhir zaman ni kita tak sembah berhala, tp sembah byk tuhan lain,mcm beli benda2 yg rasa boleh lindung kita dan percaya benda tu boleh selamatkan kita. Allahu Akbar takde makna dah. Kita rasa boleh control semua. Nak doa2 ni org anggap mcm..hah doa je...tak dgr Allah kata doa tu senjata org mukmin.

-sekadar pandangan-

Aizad berkata...

Rumah aku 2x masuk dek pencuri. 2nd time tu siap rilek je pecah masuk tghari buta hari kerja. Bila buat repot polis 1st kes harapan berkobar2 harap dpt tangkap pencuri tu. Tp ila tgk cara polis buat siasatan, harapan aku jadi hancur luluh...sepanjang masa tgh dok siasat polis dok ckp ni susah ni nak kesan, sambil teguk air sirap bini aku hidang. Kali kedua ikutkan aku x nak wat report sbb tau ape hasilnye tp pergi la jugak. Dah la pagi buta dgn dukung anak lagi. Hasil sama gak. Terima kasih PDRM. Skarang aku x percaya dh citer2 kt CSI tu. Tapi myb kalo KJ punye rumah masuk pencuri PDRM siasat guna alat-alat canggih.

Tanpa Nama berkata...

can't agree more.

Tanpa Nama berkata...

sama cm rumah aku,kena pecah taun lepas masa kitaorg balik kg raya haji. Suami aku pergi bt report, polis 2 datang umah amek 2 3 barang cakap nk siasat. Dalam ati aku cakap "kata nk scan cap jari,yg ko pegang barang 2 tanpa alas 2 pehal?" cerdik punyer org..