Jun 04, 2014

Jika Dia Masuk Islam, Bersorak Gembiralah Kita Tapi Bila Dia Nak Murtad, Jom Kita Kejar Dia Dengan Parang!

Satu masa dulu aku pernah tulis pasal cadangan aku supaya kanak-kanak yang dah baligh, diberikan pilihan agama apa yang dia nak. Ramai jugak yang kutuk aku waktu tu sebab ramai yang rasanya nak jadi jaguh dalam mempertahankan agama Islam. But here is the thing.....kau berdoa tu, kau paham ke tak apa kau doakan? Kau solat tu, kau baca apa yang kau baca, kau paham ke, tidak apa kau bacakan?

Atau kau sekadar baca? Atau sekadar "Hafal dan baca." Islam sangat kah "hafal dan baca" tu, kawan-kawan? Aku tengok ceramah hari Isnin, ustaz tu pun jelas dan terang kata, ramai orang Melayu, Islamnya hanya sekadar "ikut semata2." Islam ikut-ikutan.

Jadi weekend hari tu ada kes pengantin "Muslim" nak kahwin dengan lelaki India dan membuatkan pihak berkuasa terus "menyerbu" perkahwinan tersebut kerana nak menyelamatkan "saudari se-Islam" kita daripada melakukan sesuatu yang jelas menyalahi undang2 agama Allah.

Jom kita berfikir secara rasional sikit; aku tanya kau lah....kenapa kau Islam? Kita ramai Islam keturunan, tapi jika ditanyakan lagi satu soalan, "umur berapa kau first time sebut dua kali syahadah dengan faham apa maksud ayat tersebut," berapa orang boleh jawab?

Aku bukan penguatkuasa agama. Aku jugak bukan orang yang dalam sangat ilmu agama. Aku tak boleh nak kata aku setuju atau tidak penghalangan minah Hindu/Muslim oleh pihak Jabatan Agama betul mengikut Islam ke tidak. Aku tak tau betul atau tidak apa yang diorang buat tapi ada satu isu serius yang perlu penambah baikan pihak berkuasa agama ni,

Apa yang aku boleh nampak adalah apa yang terjadi dekat dia, adalah masalah yang banyak kali terjadi dekat orang Islam. Kita nak orang lain kembali kepada Islam, tapi kita tak nak bertanggungjawab kepada mereka bila kita dah decide tak nak jaga mereka lagi.

Macam kes tersebut, bapak dia yang asalnya Hindu, masuk Islam, daftar anak dia sebagai Islam tanpa mak dia tahu, kemudian bapak dia lari.

Atau beberapa contoh lain seperti lelaki Melayu kahwin amoi, amoi masuk Islam, kemudian bercerai....lepas tu amoi nak convert balik sebab merasakan dia tak mampu nak teruskan hidup sebagai Muslim.

Apa yang orang Melayu Islam akan buat adalah marah! Marah sebab dia nak convert! Marah sebab dia nak murtad! Marah sebab dia permainkan Islam!

Tapi tak sedar ke kita, tanggungjawab yang kita tanggung bila mana kita "meng-Islamkan" seseorang itu Dalam kes wanita Hindu/Islam itu, dia dah dibesarkan sebagai seorang Hindu! Bapak dia lari tinggalkan dia! Jadi sekarang ni persoalannya, mana dia pihak Jabatan Agama sebelum tu?

Kenapa baru sekarang nak muncul nak jadi wira Islam?

Benda2 camtu la kot yang membuatkan orang menyampah dengan orang Melayu ni. Mulut memang bising nak jaga Islam. Situ dia rush, sini dia rush. Tapi bila bab orang2 bangsawan, dia pejam mata.

"Eh, orang bangsawan itu ada storan wain dalam mahligainya?" Tidak mengapa. Itu semua tiada DNA khinzir.

Bagus ada semangat nak jaga Islam ni pada aku. Tapi bila dia dah dibesarkan sebagai seorang Hindu dan dia tak setuju pun dia di Islamkan, persoalannya, sepatutnya balik kepada Jabatan Agama sendiri.

"Apa yang patut dibuat? Bapak dia Islamkan dia tanpa pengetahuan mak dia. Lepas tu bapak dia lari.

Persoalannya mudah; Layakkah dia digelar wanita Islam? Jika ya dia didaftarkan sebagai Islam ikut undang2 negara....is that is? Dah Islam habis ke dia?

Kita baca artikel di bawah ni;

.....................

KUALA LUMPUR 3 Jun - Salah seorang Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat menyokong tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu satu majlis perkahwinan wanita Islam di sebuah Kuil Hindu di sekitar Petaling Jaya Ahad lalu. Riduan Mohd Nor menegaskan, menjadi tanggungjawab pihak JAIS dalam menyelamatkan akidah umat Islam di negeri itu.

"Umat Islam diharamkan berkahwin dengan penganut agama lain dan Islam juga mengharamkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

"Tindakan gadis tersebut berkahwin di kuil dengan mengikut segala amalan dan ajaran Hindu dikhuatir akan menjejaskan akidahnya serta melanggar syariat Islam.

..................

Ada 3 point yang aku sangsi dalam hujah dia;

1. Tanggungjawab menyelamatkan akidah umat Islam?
2. Umat Islam diharamkan berkahwin dengan penganut agama lain?
3. Islam juga mengharamkan penganutnya keluar dari agama tersebut?

Aku tanya 3 soalan mudah ;

1. Macam mana nak selamatkan akidah dia jika dia tak pernah langsung bentuk akidah dia sebab orang yang diharapkan bentuk akidah dia lari.

2. Umat...ummah....membawa maksud "masyarakat, bangsa, a social system." Jadi dalam satu ummah yang berjaya, semua orang Islam saling bantu-membantu antara satu sama lain. Siapa sedar masalah dia sebelum ada orang report polis pasal perkahwinan dia? Encik Riduan ni kawan lama Zarina ni ke?

Inikah umat, inikah ummah?
Dia nak kahwin baru nak bantah?

3. Aku mintak tolong kerajaan decide satu benda sebelum benda2 camni makin buruk jadinya; apa dia syarat sah seseorang itu Muslim?

a. Register dengan kerajaan
b. Mengucap dua kalimah dan menghayatinya

Pada aku yang hina ni, kita buat b kemudian kita buat a. Tapi kadang2, aku tengok, yang lebih penting, adalah langkah a. Register dulu! Pengahayatannya kemudian!  Dan masalah ni akan makin teruk kat negara kita sebab kita multi racial, multi religion dan makin ramai orang yang berapi2 ajak orang masuk Islam. Ajak memang bunyi dia macam best....tapi.....kalau kau kahwin dengan amoi dan amoi tu kau ceraikan kemudiannya.....aku rasa kau perlu bertanggungjawab kalau lepas cerai dia nak convert balik.

Sebab itu jelas menunjukkan yang kau tak dapat nak tunjukkan dekat dia betapa cantiknya value Islam dekat isteri kau sendiri.

Takkanlah kita hanya sambut saudara baru dengan kegembiraan tatkala dia nak peluk Islam tapi kita nak bunuh nak pancung dia bila dia nak tinggalkan Islam? Itu aje ke perana kita orang Islam ni? Meng-Islamkan orang dan membunuh orang murtad?

Masa dia terkapai2 dan masih lagi Islam (atau diregister Islam) di mana orang Islam tu sendiri?

Orang Melayu sendiri ; tah tah ada budak yang mandi wajib dulu sebab dah mimpi basah tapi mengucap pun tak pernah....

Mungkin ini adalah masa yang cukup sesuai untuk Jabatan Agama buat kajian, kenapa ramai orang Melayu Islam ajak orang bukan Islam masuk Islam, tapi kemudiannya diorang abandon orang tu, mengakibatkan orang yang dah kembali kepada Islam menyampah dengan Islam kerna disebabkan orang Islam...........dan dia nak murtad balik ke agama lama dia.

Asyik2 respon kita nak bunuh, nak pancung orang murtad, haram, haram, haram....takkan itu aje solution agama yang menganjurkan keamanan kepada sejagat manusia?

Lagipun, kalau dia dah hidup dari kecik sebagai seorang Hindu, apa dia peduli pasal halal haram ikut Islam walaupun dia dah diregister sebagai Islam? Orang yang tak pernah percaya dengan Allah dari kecik, kau nak klasifikasikan dia sebagai apa?

Islam terpaksa? Terpaksa Islam? Bereksperimentasi dengan Islam?

Kita berebut nak Islamkan orang...tapi berapa kerat yang berebut nak tanya khabar saudara baru Islam tu? Keh keh keh. Siapa wakil dari Jabatan Agama yang kenal pengantin tu sebelum ni?


73 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu betul tu betul tu! aku pun musykil ape tugas orang-orang kat jabatan agama ni? tangkap orang khalwat jeke? main serbu-serbu ana-mana yang boleh diserbu je ke? dulu kes serbu orang islam yang ambik makanan kat gereja. ni serbu perempuan nak kawen pulak. pernah kita tengok mubaligh kristian kat malaysia ni main serbu-serbu? pernah kita tengok mubaligh kristian kat malaysia ni main terjah-terjah! aku tau sebab aku ada member yang mubaligh kristian ni dan kuat agama. sampai aku pun malu bila aku tengok mereka punya approach nak banding ngan ornag islam sendiri. nabi pun dah cakap, buat cara hikmah. hikmah tu dalam maksudnya dan aku pasti ain terjah-terjah macam tu bukan hikmah. kalau aku pun aku benci melayu islam serupa ni. cait!

Tanpa Nama berkata...

Bagi le JAIS tu buat keja sikit.... Kalu tak.. Takde keje pulak depa ni...

Rakyat yang rindukan tanah air berkata...

ada orang dibelakang yang mengapikan benda ni..pagi-pagi isnin hari tu sorang brader kat tmpt keje aku ni citer pasal dia follow rush kat majlis kawin india tu sebab ade org text dia "jomla turun, kita tolong sedara islam kita"..dan tanpa tau citer sebenar dia pun pegi join rush tu..

mangkak..

Tanpa Nama berkata...

Ala kt internet terang2 je anak Sultan Selangor n anak Nazri Aziz minum wine n liquor. Jais, Jakim n Harussani pejam mate je..

Tanpa Nama berkata...

On her defence, aku cuma nak highlight kan apa yg terjadi ketika dia ke JPN utk proses tykar IC dan sebagainya. I know her. Ketika dia menerangkan kepada pegawai JPN tersebut, segala masalah dia. Pegawai tersebut hanya membalas, " pergi cari dan bawa dulu bapak kau tu, baru teruskan prosedur lain ". So. Salah siapa? Salah ayah dia Islamkan anak dia senyap2. Salah Jabatan Agama Islam tak memantau semua saudara2 baru. Salah pegawai JPN yg tak beri kerjasama atau merujuk pada pihak atasan.

Akidah apanya kalau sejak kecil dia dididik dgn ajaran agama Hindu. Tidak pernah langsung mengetahui Islam. Bukankah bagi pejuang2 bangsa Melayu Islam, org kafir tak ada iman dan tak ada Akidah?

Unknown berkata...

Salam

Jawapan ada kt 2 tempat dlm Al Quran. Satu ayat 2-3 Surah As-Saf. Satu lagi kt Surah Al Ma'un.

Itu la penyakit kita orang Islam nowadays. Sindrom Pendusta Agama (SPA).

Sembang agama tapi kasar ngn org susah & miskin. X
tolong org tp berapi semangat sembang agama.

Tulis sepanduk "takebeer" ngn pijak kepala lembu contohnya. Cuba dusta guna agama.

Langkah prevention sindrome SPA ialah jaga solat sbb lalai solat merupakan tanda2 awal sindrom SPA.

Sekian

Unknown berkata...

Virus SPA ialah takabbur. Rasa seperti org lain tu kurang dari kita, so kita bleh serbu dan "ajar" org lain cukup2.

Puasa pun nk dekat. Moga puasa ni boleh didik kita jd humble dan ringan tangan tolong org. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Agama Islam tidak di sebar ." dihujung mata pedang". Saya rasa ramai tidak faham dgn definisi ini. Maksudnya begitu mendalam. Perlu memahami maksud tersiratnya. Apa guna memaksa seseorang sedangkan fahamanya bercangah dgn agama islam dari kecil dulu. Saya beragama hindu jika tiba2 bapa saya masuk agama islam adakah saya perlu ikut (bapa kahwin indon sebab gatal)? . Terus terang ajaran islam mengandungi unsur2 mulia & tinggi, jadi tak perlukan paksaan . Kefahaman jelas & kerelaan jujur yang diperlukan semasa seseorang memeluk agama islam. Tolong maafkan jika tersalah kata.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan Cursing Malay ada rasionalnya. Baca fikirkan baik2 dan elak daripada jump to conclusion. JAIS kena belajar dan ambil kira pandangan2 the Public Muslims.

Amir berkata...

Fahami proses isytihar masuk Islam dulu baru komen. Satu kepala dengan yang bertauliah mana lagi pandai ?

Amir berkata...

Saya rasa juga ada benarnya...cuma nama cursing malay pun dah tak islamik bagi membicarakab bab Islam.

Tanpa Nama berkata...

?? Namanya 'Cursing Malay' bukan 'Cursing Islam'. Yang dia tak sokong ialah mentaliti orang Melayu yang suka ikut benda popular tanpa berfikir dahulu, bukannya dia tak sokong ajaran Islam. Ni masalah orang Melayu ni... Kalau makan rasuah, rogol anak orang, cari pelacur, berzina, aniaya isteri anak, minum arak... Islam ke ni? Nama saja Melayu, tak bermakna orangnya Islam.

anon-123 berkata...

Sy kristian. Sy sangat hormatkan agama ini suatu ketika dulu. Tapi sekarang, manusia beragama Islam telah membuatkan sedikit sebanyak kebencian sy timbul terhadap agama ini. Tapi setiap hari saya akan berdoa dan menepis supaya syaitan tidak memarakkan api kebencian saya.

APA YANG KRISTIAN LAKUKAN KEPADA MEREKA?

Dan saya tak boleh benci, kerana abang kandung saya sendiri adalah mualaf Islam. Kristian mengajar kami menghormati dan menyayangi SEMUA orang. Mendoakan SEMUA orang. Dan paling penting jangan timbulkan apa-apa yang boleh menyebabkan kebencian kerana Tuhan tidak menginginkan semua itu.

Sy belajar di Kelantan, kawan semua Islam. Sy sorang sahaja yg Kristian, tolonglah jangan timbulkan isu yang akan menyebabkan rakan-rakan sy boleh bencikan sy dan bencikan anak-anak sy kelak kerana sy sangat gembira berkawan dan bersahabat karib dengan mereka yang kini berada di KL, Selangor, N. Sembilan, Johor, Penang dan serata Malaysia.

Sy rindukan keamanan suatu ketika dulu.
Sy rindukan kesatuan semua orang suatu ketika dulu.
Sy rindukan fahaman antara satu sama lain seperti suatu ketika dulu.

Tolonglah orang-orang yang berkenaan jangan kucar-kacirkan dunia ini, sekurang-kurangnya di bumi Malaysia.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

dan ramai lagi! Anak2 sultan, raja2, semua ada instagram buat open relax saja minum dan berparti takde sapa nak kesah. KIta rakyat biasa aje yang kena hukum. Macam Sultan Brunei juga lah siap clause dlm rang undang2 hudud dia, Sultan terkecuali dr hukuman atau tindakan. Sedih ingat mcm ni. Negara kita aman damai dulu sekarang dah jadi ala ala taliban.

Tanpa Nama berkata...

Bila agama itu diwarisi dan bukan dianuti.

Sekian, terima kasih.

Unknown berkata...

Aku setuju dengan hang 1000000000000000 %..... Bodoh lah Jabatan agama kat Malaysia nie tapi kalau sumbat duit masuk bontot diaorang... Sedap diaorang makan...

Tanpa Nama berkata...

I have always hated the notion of being constitutionally Muslim. But because it has been indoctrinated that it's hard for anyone to make a choice of their own. My parents can be pretty open and liberal but they completely shut down and block off the very idea that their children/family could actually not embrace religion. This is because of years and years of this concept of "born Muslim".

People are never born into a religion. I don't believe your father whispering the Syahadah into your ear the moment you were brought into this world counts as YOU embracing Islam. You were 2 minutes old - you embraced fuck all. I am very much on the side of choosing what you embrace when you're old enough to understand what it is. But first, be raised as a good person because that's the fundamental rule of a lot of the religion in the world that people seem to have forget.

"Be good onto thy neighbour"

People forget that. Especially our dear old BLIND Malay Muslims. I have friends who are atheist who are better people than these so-called "hero Islam. Why is everything a threat? It's only a threat because you know that your faith is weak and easily shaken, but you place the blame onto other people.

I feel sorry for the bride who got her wedding gate crashed.

And I feel sorry for my Malay friends who feel like they are trapped and not being able to fully embrace what they really believe openly. People in this country need to remember that a race isn't tied to a religion. Sadly our constitution makes it as such, and refuse to acknowledge that once upon a time, Malays were Hindus.

Tanpa Nama berkata...

Ini jadinya bila pemimpin tidak mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan al-quran dan As Sunnah sepenuhnya.

Unknown berkata...

I setuju semua point-point yg saudaru bagikan. Kecuali di mana sepatutnya diletakkan "Muslim", saudara terpakai "Melayu".

Mesti ingat, bukan semua Melayu adalah Muslim, bukan semua Muslim adalah Melayu. :)

sajasuka berkata...

Melayu itu tidak melayu jika tidak muslim. Muslim x semestinya melayu. Our forefathers love us. Elok kita muafakat. Cari titik persamaan.

Tanpa Nama berkata...

Adakh melayu muslim lbh suka tengok kpd berapa kuantiti drpd tengok betapa qualiti yg ada..

Tanpa Nama berkata...

setuju 100%..adik aku kwn dgn melayu islam..adik aku tpksa convert to islam..lepas kawen tup tup dpt tau adik aku tu bini no 2..bini no 1 dia abaikan..stahu aku bkn org perlu rujuk dlu ka dia dh kawin ka blum? xkan sbb nak sgt adik aku masuk islam smua tu tutup mata..pas tu adik aku dia abaikan tmasuk ank dia jga..tpksa mak aku ambik n urus hal adik aku n ank dia transfer ke our own home state..

arel berkata...

ni masalah pemimpin yg membentuk masyarakat itu je pndapat aku korang pikir la dgn lebih mendalam kalau korang islam dan cintakan islam kau mesti tau mcm mne nk mndaulah kan agama islam

arel berkata...

ni masalah pemimpin yg membentuk masyarakat itu je pndapat aku korang pikir la dgn lebih mendalam kalau korang islam dan cintakan islam kau mesti tau mcm mne nk mndaulah kan agama islam

farahD berkata...

Bg sy kena tgk dr perspektif dua dua pihak...JAIS telah bertindak menyiasat..bukan menyerbu tak tentu hala skali digari mcm org tangkap khalwat..mrk dtg utk menyemak IC dan dakwaan org tentang status dia dgn harapan perkahwinan itu x berlangsung. maka bg sy tindakan itu harus sbb sekiranya dia dh berkahwin isu ini akan mjadi lebih kompleks. tp apakan daya kejadian ini tetap juga berlaku ATAS IZINNYA. so despite JAIS dan org lain buat benda ini tetap juga berlaku dan wanita tersebut sudah pun berkahwin dgn thali yg telah diikat.

Kalau nk uruskan dgn cara lembut, sah2 la mrk kawin dulu br mrk nk jumpa JAIS. There is no point. Well at least we know JAIS tried.

Why we muslims so much concern on wht others think? Dont we know the obligations to Allah SWT and to other muslims are way way much important rather than concerning what's right on other ppl's eye? Lg pun kita sbg muslim bukan meletakkan semua keatas authority yg hanya beberapa kerat nak dibandingkn dgn umat islam yg mmg majoriti di sini. Kita sepatutnya jadi mata2 dan pemerhati supaya sekiranya benda yg mencurigakan berlaku laporan dibuat kpd pihak berkuasa dan mrk boleh bergerak lebih cepat..skrg ini berapa ramai yg benar2 nk bantu dan jadi mata2 kpd JAIS atau JAKIM etc? Atau kita sekadar ckp kosong tp apa pun x buat?

Sy pasti JAIS pun mahu berlemah lembut tp sbb perkahwinan dh nk berlgsg maka mrk terpaksa ke lokasi itu. Who on earth in the first place want to do raid on wedding ceremony unless they deemed it necessary?

On the other hand. We also cant totally blame the woman coz she was brought up the indian way. Her father left for only Allah SWT knows the story why he left and the family was left hanging in between. So given the mother is strong in Hindu, I can see why they dont practise Islam.

When this happens every muslim in this country takes part of it whether we like it or not. Coz this is a society issue...we cant rely 100% on the authorities? then what happens to the friends of hers? her muslim families? every single person plays that small role so this apostasy problem can be reduce coz it is a big problem now...this is only 1 highlighted, only god knows those other ppl who quietly commit apostasy.

Nak mendaulatkan Islam bukan terletak ditangan org lain tp terletak ke atas diri kita sendiri. Kalau kita boleh didik keluarga dgn baik, anak2 kita pasti boleh ikut despite byk tentangan luar kerana asas kpd Islam itu sudah kuat..Kita kena ingat amalan masing2, kubur masing2..apa dalam hal ini apa org lain buat dan tak buat kita yg berhak utk menghukum dan menilai? siapa kita sedangkn kita juga hanya HAMBA yg lemah kpd ALLAH SWT. Mentaliti ini HARUS dibuang. Nak org lain buat kita sendiri kena mula dahulu...

Remember Allah SWT controls every single thing..and when it happens it means Allah SWT allows it to happen..for what cause? For us muslims to always put their guard on with the remembrance of Allah and that we must help other muslims in need. A reminder and a challenge to us all.

May Allah SWT guide us through, InshaALLAH. Ameen.

Tanpa Nama berkata...

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/06/never-ending-dunggu-behaviour.html

Tanpa Nama berkata...

farahD. couldn't be more agree with you...kita menilai org dgn begitu mudah seolah2 kita penciptanya..tapi lupakah mereka bhwa manusia hanya hamba yg hina yng pinjam dunia ni dari penciptanya? menjatuhka hukuman keatas org lain kerana hati kita xsuka.sempurnakah kita? mungkin bukan cerita ini saja, mungkin sudah bnyak yg terjadi di malaysia mahupun serata dunia, tapi jgnla menghukum sesuatu tanpa periksa. mereka hanya jalankan kerje mereka, sbb nnti kalau x buat kene kutuk pulak kan..yela manusia ni kalau xsuka org buat baik sebaik manepun xakan nampak kebaikannya. xkisahlah semua tu tapi ape yg penting semua tu dari hati. aslakna jangn tinggal solat. ibu ayah saya selalu pesan walau busy manapun sya, walau ke hujung dunia sekali pun sy berada, jangan abaikan solat.sebab sekali sy tggalkan solat tanpa ade sebab tertentu, maka ada ruang utk syaitan membunuh hati sy. jika pelihara solat kita, maka peliharalah kehidupan kita. maka perihalahlah agama kita. tanye diri kita, cukup ke waktu solat kite? cukup ke amaln yg kita nk bawak bila mati nanti? kita hidup xlama..bila2 je Allah SWT akan ambil nyawa kita....hihi tiba2 buat pesanan iklas.. semoga Allah SWT tetap merahmati HAMBA2 nya yg xsedar2 ... Amin

p/s:utk renunagn diri sendiri juga.

Tanpa Nama berkata...

Kalau takda kerja sgt jais tu, pergilah tolong bantu orang susah.. Tu penagih dadah berkeliaran, orang-orang yang tak siuman merayau-rayau di celah-celah bandar, takda pun mereka nak pergi check segala dokumen golongan2 ini Islam kah tidak.Mungkin orang-orang ini adalah Islam juga pada asalnya. Bolehlah mreka bantu. Orang yang sepatutnya dibantu,tidak dibantu pula.

NBK berkata...

Jangan menghukum pegawai jais. Mereka menjalankan tugas bila lapuran dibuat. Ternyata sekarang wanita itu sebenarnya telah dibesarkan tanpa sokongan akidah muslim aka beliau sebenarnya hindu...jika kita mahu jais berdiam diri bagsimana pula jika ianya benar benar kes murtad? Kita tidak berada ditempat kejadian dgn mudah menuduh pegawai JAIS yg bertugas. Jangan suka menuding jari kepada kakitangan kerajaan yg menjalankan tugas. Anda ingat mereka suka menyukarkan hifup orang. Adaksh anda rasa mereka mendapat habuan dunia demgan melaksanakan kewajipan tersebut. Jangan tanya dimana pegawai JAIS dimana semasa wanita ini membesar. Dimana kenalan beliau? Di mana guru sekolah beliau? Dimana majikan beliau? Dimana pegawai JPN semasa beliau membuat IC. Setiap muslim yg pernah terlintas dalam hidup beliau sebenarnya turut memegang saham dalam kekecohan yg timbul.

Unknown berkata...

This article os useless...

Tanpa Nama berkata...

dalam byk2 pihak, the one that i really put the blame on is the media. tajuk(headline) menibulkan fitnah tahap gaban. berapa byk dosa membunuh la editor ni dapat.

Tanpa Nama berkata...

Farah d. Bukankah murtad dan dosa seseorang dinilai oleh Allah sendiri? jadi siapala kita untuk menyoal kesahihan atau dosa seseorang? Di negara lain semua orang bebas memilih agama mereka inc Indonesia yang memang lebih majoriti islam. Tak de raid orang islam minum arak disana. Kwn saya islam di sana mengatakan dosanya jika minum akan ditanggung sendiri tidak perlu operasi oleh kerajaan. Perlu diingatkan kerajaan ini pun manusia, mereka ni alim dan langsung tak berdosa ke?

Unknown berkata...

Hujah yg ada isi..reasoning..dan logik..
Silalah turun padang dan sampaikan statement anda kepada mereka yg berkenaan..insyaAllah....mulakan perubahan..

Tanpa Nama berkata...

Its not the religion its the person ...
Is entering islam only need the "two phrase"( i know what it is but i'm not interested to type it down)
yup and don't deny it with others surah and any other verse
because that it is happening for real in malaysia
your bla bla bla above is meaningless because malay don't really read and do (yup it may just a few but there are some)

Unknown berkata...

Btol..Melayu blm tentu akidahnya islam.cursing malay sbb this type of malay yg merosakkan agama islam

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai rakyat PERSEKUTUAN MALAYSIA sangat tidak berpuas hati kerana Malaysia tidak memberikan hak kepada rakyatnya untuk mengamalkan kebebasan beragama, ramai yang masuk islam kerana perkhawinan lalu tertipu oleh sang uaya yang ingin mendapat pahala mengislamkan orang lain lalu menceraikan mereka. Yang diceraikan berasa tertipu lalu ingin kembali kepada agama asal mereka namun semuanya tinggal sia sia kerana JAKIM, SULTAN, dll tidak membenarkan.
Bayangkan jika hindu adalah agama rasmi dan islam bukan. apabila sudah masuk ke hindu yang tidak dapat masuk ke dalam islam semula. walaupun secara fizikal dan rohani mereka mampu tetapi IC yang boleh diberi kepada anjing di jalanan untuk mengundi itu tetap hindu .. bayangkan.. bayangkan...

saya melayu(menurut definisi kerajaan malaya) dan saya tidak suka dengan semua yang berlaku.

Unknown berkata...

Takde agama yang ajar penganutnya membenci antara satu sama lain, semuanya sayang antara satu sama lain. Dosa memang tanggung sendiri, tapi bila kita tau dan tak halang kita juga berdosa, sebab jais rush pun sebab ada orang yang tau benda ni pergi report, bukannya saja2 carik masalah. Yang cakap sebelum ni taknak tolong, silap2 takde orang tau pun pasal bride tuh Islam tapi tak dididik sebagai Islam. Kalau keluarga dia respect dia Islam, keluarga ayah dia pun boleh tolong. Ni salah dua dua pihak jangan nak tunding jari je. Anak dia pergi sekolah takkan tak belajar pasal agama, agama mana je yang benarkan penganutnya tukar agama? Rasanya bukan Islam je, maaf kalau salah. Tak perlu bergaduh sebenarnya, semua ni pendapat, blog ni pun bukan mak perempuan tuh. Kalau time Mula2 dia suruh cakap bapak tuh, banyak lagi tempat perempuan tuh boleh mintak pertolongan, jais baru tau terus rush. Sebab dapat report, Cuba time ada masalah tak jumpa bapak tuh terus mintak tolong,

Unknown berkata...

Takde agama yang ajar penganutnya membenci antara satu sama lain, semuanya sayang antara satu sama lain. Dosa memang tanggung sendiri, tapi bila kita tau dan tak halang kita juga berdosa, sebab jais rush pun sebab ada orang yang tau benda ni pergi report, bukannya saja2 carik masalah. Yang cakap sebelum ni taknak tolong, silap2 takde orang tau pun pasal bride tuh Islam tapi tak dididik sebagai Islam. Kalau keluarga dia respect dia Islam, keluarga ayah dia pun boleh tolong. Ni salah dua dua pihak jangan nak tunding jari je. Anak dia pergi sekolah takkan tak belajar pasal agama, agama mana je yang benarkan penganutnya tukar agama? Rasanya bukan Islam je, maaf kalau salah. Tak perlu bergaduh sebenarnya, semua ni pendapat, blog ni pun bukan mak perempuan tuh. Kalau time Mula2 dia suruh cakap bapak tuh, banyak lagi tempat perempuan tuh boleh mintak pertolongan, jais baru tau terus rush. Sebab dapat report, Cuba time ada masalah tak jumpa bapak tuh terus mintak tolong,

Ramesh berkata...

Thanx guys..i hope there are indians and chinese too who defend n stand out for reality and truth like u guys. U guys are true muslims...n truly close to God..

Tanpa Nama berkata...

Patutnya ada kebebasan beragama. Sebab di Arab pun, peraturan diorang untuk orang yang keluar dari Islam/Murtad bukan langsung bunuh atau pancung. Tapi kalau orang yang Murtad itu mulai provoke orang lain untuk ikut die murtad, yang itu baru kena hukuman bunuh/pancung tu. Dan peraturan ini untuk semua agama, not only Islam, supaya dalam agama mana pun takde org yang suka memprovoke org lain seperti fitnah yang boleh jadi perang antara agama. Kat Malaysia ni ade beberapa Melayu die dah takut sangat kalau ade kebebasan beragama semua org Melayu mesti nak pindah agama, macam tak percaya dengan orang melayu itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

LOL,,..ni ke yg dikatakan 1MALAYSIA?...RIP demokrasi non-muslim convert p muslim and bila murtad Haramkan mereka,bunuh dan segalanya good malay teruskan!!,.btw well said Bro...

Tanpa Nama berkata...

Nice post. I missed d past where religion n race isn't related. Back then it was easy to talk and bersembang with Muslim friends. Nowadays seeing the young Muslim seem to distance and corner themselves among themselves (not all of them of course). In my days any Kenduri, raya, and any sport games everyone mix around and had fun altogether. Those were the good days..

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma hairan jika di i/c tertulis seorg muslim what happened when she was in school. Tak ke sesiapa di sekolah sedar? Adakah dia tak pernah di ajar pendidikan islam ketika di sekolah. Masalah ini sepatutnya boleh dikesan awal. In my school we have the same problem. The father married a chinese lady as the second wife then he left her with her daughter. The daughter went to a chinese primary school and never attend religion school. Now in secondary school we are trying to help her to learn about Islam but it not easy. I really hate man who only know to get married but doesn't care about the responbility

Tanpa Nama berkata...

something wrong with our early education ..

waktu pergi kursus kahwin hari tu kat masjid negara asyik cerita pasal sexs sahaja ..


sampai malu dekat bakal laki aku sebab dia non muslim . ..

sampai laki aku cakap " macam ni ke islam way of teaching ? "

alamak ! dang ...! masih teringat2 ustaz yang menceritakan pasal sexs tu .. ( malu mak aihh )

Unknown berkata...

Kawan setuju sgt dgn pendapat saudara.. org jabatan agama Islam kena baca dan terima ini dgn hati yg terbuka

Unknown berkata...

d hrmkan murtad bg org islam dan msti dhukum jika murtad tu bukan undang undang negara geng. tu hukum Allah, hukum islam yang ada dalam alquran dan sunnah... sbb tu org islam tidak boleh murtad, dan jikalau murtad harus di hukum.tapi bukan terus hukum bunuh.ada lg prosedur2 nya...

Tanpa Nama berkata...

saya amat setuju dengan saudara....kita tidak boleh paksa orang untuk masuk mana-mana agama. ia perlu dilakukan dengan penuh rela hati.

Tanpa Nama berkata...

Saya setujuh dengan pendPT saudara ni....kea ini bukan rumit namun yang merumitkan kita sendiri...apapun lakukan y terbaik.saya bukan muslim namun mempunyai 2 adik beradik mualaf...i salute them they salute us

Tanpa Nama berkata...

kalau dah mengucap tu Islamlah..

"Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man's character, give him power." AL

Tanpa Nama berkata...

Jika benar mereka jalankan tugas, d mna jais ni bila anak2 menteri berseronok dgn arak dan berzina sini sana?

Tanpa Nama berkata...

This is the dilema of humanity, not just to look in Islam perpective, we hav a chance to be modern Islam, instead we still locked ourself in conservatismn like those Taliban

annoymous berkata...

Agama ney mana leh paksa paksa.. keikhlasan tu kna lahir dari hati... bukan sbb keturunan or wateva.. tg penting hati.. kna ikhlas pada agama..

Tanpa Nama berkata...

Itu antara dia dgn tuhan . , abis tu yang ramai Hindu dok makan lembu pa cita ? - jangan marah lak ... dia pun masuk neraka .. kalau Hindu makan lembu tu aku xtau la apa hukum dosa dorang .. ni contoh . Jangan melenting . Sebab korang memang racist

Tanpa Nama berkata...

Islam indonesia memang berlainan mazhab ..

Tanpa Nama berkata...

Itu la kena tahu apa perlembagaan Malaysia kalau u anak Malaysia .. Malaysia ini bersultankan melayu . Agama rasmi negara ni agama Islam ., tapi berbilang kaum .. . Dulu masa sekolah xnak tau benda ni .

Tanpa Nama berkata...

Betul ke hukuman bunuh kepada murtad ?? Cakap sedap otak takda!! itu hanyalah perumpamaan .

Tanpa Nama berkata...

Dude.. buka kamus, pastu carik apa maksud 'bayangkan'.

Tanpa Nama berkata...

Islam kini hanya tinggal nama. Ramai potential non Moslem yg x jd convert memandangkan apa yg sering berlaku di masyarakat kita. Eloklah Jabatan Agama Islam guna cara gereja mendekati org Christian dan bukan Christian. Be compassionate and more humane.

Tanpa Nama berkata...

Bro Malaysia = Malaiyur.... Sultan = ???/ Raja tau mana dtg ayat tu..Rajakrishnan..rajalingam dan raja lain lain..lol..
Memang agama rasmi agama islam..Kita respect tu...Tapi apakah agama yang di cipta oleh manusia mempunyai ciri ciri yg extremist sampaikan menakutkan org.bukankah islam itu satu agama yg suci dan patut dicintai...renungkan lah manusia... Hang tak tau kah,kalau pedagang arab keh or islam tak mai kat malaysia yg agama rasmi adalah hindu..baca balik sejarah dgn betul..jgn baca buku teks yg kat sekolah jeh...baca dan pergi buat research...dok lah melenting islam..islam islam jeh... sebelum hang menjadi umat islam yg baik,jadilah umat manusia yang betul dulu...nie aku bagi tau kat seluruh rakyat malaysia...Kalau sembayang 5 kali, tapi dlm hati penuh perasaan benci,marah,ego,sex dan lain lain ,koh ingat allah akan terima kau keh...Sebelum bercakap tarik nafas dan renungkan dulu....PEace N Harmony...

Tanpa Nama berkata...

Agama Hindu tidak ada haram...cuma makruh.....digalakkan tidak makan Daging lembu kerana jasa lembu zaman dahulu dalam pertanian dan penternakkan...budaya bukan agama..... masuk neraka? boleh...! tapi bukan kerana makan,minum atau judi...tetapi kerana dosa keatas manusia lain...konsep yg simple bukan?

Tanpa Nama berkata...

Apa bangang sangat dengan kau nie MANTOT macam bodo da islam.. islam jer la pastu nak marah2 agama sendiri... bodo punya orang ALLAH da kasi kite jadi islam dal lah..yang ko cakap orang islam beria2 nak suruh orang bukan islam masuk islam...lepastu bila orang bukan islam masuk islam kene ABANDON itu kau la dan orang2 islam yang tak beberapa islam...Sorry sebab aq marah2 aq cume tak puas hati jer apa yang MANTOT tulis..ok

Tanpa Nama berkata...

where is the PM in this matter..

Unknown berkata...

1st paraghraph bace da tau da penulid punye tahap kefahaman mengenai ISLAM.. so, dun waste ur time reading until end.. inilah akibat bile bercakap tanpa ilmu.. isi ade, tp meaningless..sorry..

Xde dlm al-quran setau aku yg tulis kne paham bile baca doa bahasa arab..bile baca surah2 dlm al-quran dan sewaktu denganya.. ianya hanya dituntut supaya lebih memahami ape yg kite buat/tutur.. put it this way..mak ko aja sebelum makan kne basuh tgn mase time kecik2 dlu..agak2 time mula2 kne suruh tu ko tau ke ape sebabnya..ikot je bute2..xikot kne mrh..da de akal skit hasil dari kurniaan Allah baru la tau sebabnya..

Stop blaming others n lihat diri sendri, sejauh mana sumbgan pada agama.. tau menyalak jer bile salah org lain..tp sndri jadi bodoh..

Inilah masalah zaman sekarang...keep on questioning why why why..sumtimes its good.,but nowadays most of it are irrelevant question.. when u start questioning especially bnde berkaitan agama..halal haram..kenapa kne ikot..dan sewaktu dengannya, maknanya kepercayaan kepada Allah..yakni rukun iman yg pertama..kite telah gagal...totally GAGAL!!!! INGAT..SETIAP ANAK YG LAHIR DALAM KELUARGA ISLAM ADALAH TETAP ISLAM..WALAUPUN BAYI TU XPANDAI MENGUCAP..DAN HNY IKOT JE SURUHAN ALLAH MELALUI IBU BAPA ISLAMNYA..TAPI..TAHAP KEIMANANNYA TIDAK DAPAT DIWARISI DARI KEDUA IBU BAPANYA..IANYA 2 BENDA YG BERBEZA..

so, my suggestion..even ko xnak pun..n xsuruh pun aku bace blog ni..start write more about islam klu itu yg ko mau perjuangkan..bukan membuka pekung umat islam yg lain..sbb Allah da larang utk membuka aib seorang muslim yg lain..ade byk cara berhemah yg lain...ingat keyword ni..."BERHEMAH"..

Klu ckp psl salah JAKIM..ptt lagi malu pada diri sendiri utk semua umat islam di malaysia..sbb JAKIM beberpa org..tp bilangan umat islam yg lain suda ckup kuat utk mendidik saudara2 bru ini..

Renung2kan...guna akal sebelum berbicara..peringatan utk diri saya sendiri jgk..

Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Nk menuding jari pd org tp ape yg ko buat?? JAIS dh jlnkan tgs,ko bile lg? Xkn nk jd keyboard warrior je?

Unknown berkata...

Penulis buat anggaran (assumption) bahawa pegawai2 itu rasional. Malangnya semua yang jadi pemimpin/penguatkuasa dalam mana ugama boleh di tafsirkan sebagai tidak rasional kerana mereka itu tidak boleh buat demikian!

Azam berkata...

Bagus penulisan ni. Sebabnya penulisan ni mencerminkan pandangan jauh penulis yang pastinya ada ciri2 ahli neraka. Sudah terang lagi bersuluh. Penulis ini seorang kapir lak atullag dimana kalau di zaman empayar islam. Spesis macam ni biasanya di rejam sampai mati

Tanpa Nama berkata...

islam pun simple amarmaarufnahi mungkar.... buat yg di suruh, jauhi yg mungkar.

Tanpa Nama berkata...

segala tok nenek kapir n athies masuk bila tulisan ko difames kan m,insider tot...lolz

Tanpa Nama berkata...

Rindu itu adalah... anugerah dari Allah..

Tanpa Nama berkata...

Mind ur words.

Tanpa Nama berkata...

1 admin buat apa utk bantu mualaf?
2 admin tunjukkn merekayg kene pancung
3 turun ke perkim utk bantu saudara baru? Ada pernah turun jd sukarela

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul pun... Murtad adalah mati, x fizikal secara mental or rohani

Tanpa Nama berkata...

Tak kan jais tak solat? Boleh juga kena virus SPA ye..