Jun 27, 2014

Perlukah Semua Keluarga Yang Mempunyai Anak OKU Membela Seekor Panda Untuk Mendapatkan Perhatian?

Me and my Angel…sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. Inilah hakikat sebenar..

Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.

Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.

Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian…syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…

Saya selaku Pengerusi pertubuhan, hanya mewakili suara teman-teman seperjuangan di Pertubuhan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia dimana rata-rata anak istimewa kami tidak mendapat hak yang sewajarnya. Moga dapat membuka mata masyarakat dan juga memperbaiki sistem yang sedia ada. Bukan hanya untk insan terpilih sahaja..tetapi untuk semua yang bergelar anak OKU.

*saya izinkan semua untuk share seberapa ramai yang mungkin; moga dapat membuka mata masyarakat di luar sana..

Oleh : Puan Khairun Darwani Khairuddin
Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

................

Jika selepas membaca artikel ni dan kau fikir "eh, macam mana kerani boleh jadi pengerusi NGO?" aku ingin khabarkan kepada kau, Ramadhan dah dekat. Solat Tarawikh pertama, tolong jangan miss.

Bulan puasa nanti, jangan lupa untuk pegi melawat panda.
You are helping the country, a lot.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SELAMAT BERPUASA...1st??

Tanpa Nama berkata...

so betul ke statement wardina tu?

Tanpa Nama berkata...

tuduhan kerani boleh jadi pengerusi langsung tak relevan. itu non-profit org, bukan parti politik/company besar.

Prince of Noob berkata...

aku rasa kerajaan seharusnya keluarkan panduan dan cara2 untuk keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU memohon bantuan. keluarkan di akhbar2, iklankan di TV, jangan pasal GST je buat promosi lebih2 siap ada lagu bagai, tapi benda2 macam ni buat suam2 kuku je.

Tanpa Nama berkata...

Mmg susah nak jaga anak oku, tp tetap x mghalalkan perbuatan mrs lola tewww.

Tanpa Nama berkata...

mantot, apa pendapat anda tentang isu kerajaan bagi insentif untuk ramaikan anak?

Tanpa Nama berkata...

aku tunggu BP1M (Bantuan Panda 1Msia).. kot2 ada diskaun atau tiket free, baru aku pegi tengok panda. boleh ke?

Tanpa Nama berkata...

Yang susahnya bagi duit pada orang susah, tetapi bagi duit pada orang senang, memanggg.... senang.

Tanpa Nama berkata...

Bole tumpang tanya x?betul ke pencuci pinggan mangkuk joi...boleh mencuci pinnggan mangkuk dari malaysia sampai ke singapura?

Tanpa Nama berkata...

kerajaan?

apa benda tu?

Malaysia tak pernah merdeka

jadi, ada ker penjajah yang baik?

masalah besarnya Malaysia ada ramai makhluk yang suka dijajah

penjajah akan cakap nak amik amik...tak nak sudah...u tak suka sila keluar dari Malaysia!!