Jun 20, 2014

Bab 02 : Jika Kau Perlu Menipu Dalam Kerja, Itu Tandanya Kau Tak Perlu Kerja Di Situ

Coming Out of The Closet Chapter 2

Berapa jauh kau akan sanggup buat salah, asalkan mata pencarian kau tak tergugat?

Dari bulan 1 hari tu sampailah sekarang, aku diganggu dengan persoalan tu. Kau bukak Facebook, kau akan nampak orang post pasal tabiat orang kita yang mencuri tulang dalam pekerjaan. Tapi aku selalu tertanya2, kenapa tak ramai yang post pasal majikan yang mencuri peluang dalam pekerjaan.

Sama case kan? Cuma individu dia inverted.

Kenapa tak ramai yang mempersoalkan mengenai majikan yang mengambil peluang? Kenapa? Sebab ramai yang bersyukur ke? "Bersyukur la kau ada kerja, sekarang ni dah susah nak dapat kerja woi.."

Takkan kau tak sedar, ada limit dalam bersyukur tu. A binding contract is a binding contract. Persetujuan yang telah pun dipersetujui oleh kedua-dua pihak, jadi kenapa kebanyakan cara kita bekerja, pekerja yang refuse untuk buat sesuatu yang dia tak nak, seperti yang telah dipersetujui...dianggap pekerja yang bermasalah disiplin?

Apa yang kau bersyukurnya kalau kau biarkan majikan kau ambik kesempatan kau?

Sepanjang aku kerja, itulah dia perbezaan besar antara kita dan orang2 negara maju, khasnya orang putih ni. Orang putih, apa saja yang dia rasa tak patut dia buat, sebab benda tu tak ada persetujuan bersama, dia akan refuse. Orang kita, Melayu ke, Cina ke, India ke......

Kita tak berani refuse, walaupun kita tau yang benda tu salah. Kenapa?

Dah sekian lama aku cuba mengelak daripada terlibat dengan scam2 ni, akhirnya bila aku terlibat sama. Aku selalu menulis pasal jangan tipu orang. Hujung tahun lepas aku kutuk orang2 yang jual barang2 elektrik guna taktik gores dan menang sambil buat2 muka terkejut bila orang yang gores tu kononnya dapat "Hadiah bonanza."

Last2, aku pun terlibat sama. Aku takde la join buat gores dan menang tapi aku terlibat dalam satu situasi di mana aku diberikan skrip, diberitahu apa nak buat, apa nak cakap dan macam mana nak cakap oleh pihak management aku....dan semua benda tu bohong2 belaka.

Alasan diorang mudah? Ini semua business decision dan semua yang terlibat perlu ingat, ini satu bentuk teamwork yang memerlukan semua orang bekerjasama menipu. Oh mudahnya kau halalkan benda2 menipu ni walhal kau terlibat dalam salah satu sistem paling penting dalam pembentukan negara.

Bulan lepas, aku dikerah menipu lagi sekali dalam bab filing (create dokumen2 palsu), tapi oleh kerana kerja dia banyak dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, seorang mat saleh dari US dikerah untuk tolong aku buat benda tu. Kau tau dia cakap apa?

"NO, I am not gonna do that! It's unethical!" Dia duduk dan buat tak tau. Buatlah aku fake document tu sorang2. Dia dah tender resignation, bulan depan dia balik US. Dia tak sangka betul kerja kat Asia ni kebanyakannya tak jaga ethic. Aku tak tau lah kenapa kita camtu, mungkin ini trait orang South East Asia kot. Aku sure bukan ofis aku aje yang camtu. Sure banyak lagi tempat lain yang mengamalkan sistem buat benda salah atas dasar nak kerja siap ni.

Jadi akhirnya, punyalah lama aku fikir, aku nekad, aku nak berenti. Jika aku stay pun aku tau, jiwa aku senyap2 kena makan. Kalau aku stay pun, itu hanya sebab aku risau aku tak ada income.

Tapi serius shit aku cakap kat kau, lagi seronok susah hati tak ada income berbanding susah hati terpalit dengan benda2 bullshit, penipu dan scam ni tapi kau dapat gaji besar. Sebab dalam hati kau akan sentiasa tertanya2 sama ada "betul atau tidak segala tindakan kau tu? Adakah dalam Islam dibenarkan menipu dalam urusan kerja hanya untuk memastikan kau jaga teamwork kau?"

Ah, Bullshit gila.

Aku selalu tertanya benda tu, lepas aku kena straight to the face menipu panel yang datang dan buat audit hari tu....jadi akhirnya, aku kena carik sumber income yang lain rasanya. Income yang tak perlu aku menipu orang semata2 untuk buat bos besar aku happy.

Jadi aku ingat nak jadi artis. Tapi bukannya artis yang hidupnya 24 jam carik publisiti. Aku nak kembali kepada benda2 yang aku suka buat satu masa dulu; filem, video, animasi dan minat aku sekarang, bikin muzik.

Kalau aku nak jual album aku, 14 lagu berbahasa penjajah, kau rasa berapa kau nak beli satu album? Aku tengah cuba beranikan diri keluar dari zon selamat aku ni. Dah rasa macam dalam rumah terbakar pun ada zon selamat aku sekarang ni.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok

azimrepaxx berkata...

rm29.90

DennouTantei berkata...

tu harga tak termasuk tax, kalau campur tax harga rm33.00

Tanpa Nama berkata...

RM 29.90-RM 45.00.okay ja :Q

Tanpa Nama berkata...

RM 29.90-RM 45.00.okay ja :Q

1C2J3U4M5M berkata...

tot, kalau kau serius nak buat animation, aku nak join...

Unknown berkata...

All the best Mantot!

Tanpa Nama berkata...

Selamat maju jaya mantot.. Rezeki hanya dari-Nya.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya kamu sedang mengalami krisis.. Buku ini mungkin sesuai untuk kamu..
mohon singgah!
http://mywonderfultimezonlinestore.blogspot.com/2014/06/bach-flowers-for-crisis-care.html

Tanpa Nama berkata...

Bagus tot, hidup mesti kena ada prinsip, dunia bukan segalanya..

Tanpa Nama berkata...

Tot...jangan Tot, jangan tak berhenti

Tanpa Nama berkata...

dari dulu lg aku baca nak buat muzik la nak jd artis la... xjadi2 jugak... org melayu gitu ler hangat2 tahik anjing je... baik ko buat jela kerja ko skrg sambil2 tu curi tulang tulis blog mcm yg ko buat skrg... habis cerita

Fara Abdul berkata...

Aku pun mcm ko tot. Yg sedihnya kompeni yg dok langgar peraturan n kerja x beretika tu kompeni melayu islam. Mmg teruk. Tahla, aku keje dgn kompeni bkn islam pun x teruk camni. Aku pun mmg nk blah x lama lg

Tanpa Nama berkata...

Life begins at the end of your comfort zone.

Tanpa Nama berkata...

mantot.layan video namewee dulu..
http://www.youtube.com/watch?v=s0so6oKAEOs

Tanpa Nama berkata...

biasala tu mantot. aku dulu stat kerja sendiri jadi panik sekejap. aku siap merayu2 dgn bos lama suruh amik aku kerja balik. lani dah ok dah. rasa best lagi sbb dah rasa in control of my life. fikir2 balik, rasa nyesal lak merayu2 camtu. hilang jantan aku! peralihan keluar dari comfort zone la katakan...

titan berkata...

Sila jadi artis. Mungkin aku akan beli album ko nanti. Hoho

aiman berkata...

Mantot ko kuat! Ko boleh tu! Apply lah Malaysia kini. Penulisan kau menarik.