Jun 05, 2014

Apa? Budak Melayu Sekolah Buli Pelajar Lain? Wow! This Is So Unexpected!

Sejak beberapa hari ni, banyak pulak keluar video budak sekolah bergaduh. Kebanyakannya, perempuan. Budak lelaki kerumun dekat tepi jadi tukang tengok. Ada kes buli, ada kes gaduh one on one.

Yang memelikkan aku seolah-olah reaksi masyarakat kita nampak benda tu "unexpected."

Hahaha. Kelakar lah kau ni. Apa yang kau expect? Budak2 semua dengar cakap cikgu, gosok ggi sebelum tidur dan berbaris lurus sambil menyanyi lagu Rasa Sayang? Filem kita, wajah kita. Apa yang kita tengok, itulah yang kita jadi. Apatah lagi bila zaman remaja di mana kita tengah carik influence, pengaruh dan budaya.



Tak mengejutkan jika budak2 Melayu nak jadi gangster sebab terpengaruh dengan filem2 gangster. Yang mengejutkan adalah, kita, seolah-olah membiarkan saja benda ni berlaku dah berapa lama.

Untuk yang masih belum tahu, kutipan filem paling laris di Malaysia sudah pun dipegang oleh sebuah filem Mandarin arahan seorang anak Cina Malaysia yang bertajuk "The Journey" ? KL Gangster dah jadi nombor 2. Filem "The Journey" pulak mengisahkan mengenai seorang mat saleh yang disuruh untuk ikut syarat bakal bapak mertua dia sebelum dia dibenarkan kahwin dengan anak dia. Bandingkan sendiri mana lagi "Islam" ?

Kisah seorang mat saleh yang diajak untuk spend masa dengan bakal bapak mertua atau kisah anak masuk jail sebab samseng, anak bunuh bapak tiri dan anak jadi mangsa rogol ketua taiko. Bandingkan!

Daripada apa yang terjadi tu; ada beberapa persoalan timbul dalam kepala aku.

1. Kenapa terlalu besar perbezaan mentaliti penonton Melayu dengan penonton bukan Melayu? Kau cuba buat filem Melayu yang kena berfikir, Insya Allah tak laku. Jadi lambakan filem Melayu yang ada balik2 cerita samseng, hantu, cinta kerana itu adalah demand market orang Melayu.

2. "The Journey" adalah sebuah filem Mandarin...mengutip RM17 juta dengan marketing yang sangat limited dan pelakon tah sapa2 jika dibandingkan dengan KL Gangster yang mengutip RM11 juta yang membariskan the very marketable Aaron Aziz. Target audience The Journey adalah 25% penduduk Malaysia sementara target KL Gangster adalah 50-60% penduduk Malaysia.

3. Kualiti tema filem.....kenapa orang Melayu tak boleh nak buat filem yang menggambarkan moral value yang tinggi? Nak mengharap pembikin filem indie, diorang nampaknya lebih gemar buat filem2 untuk hipster. Nak mengharap pembikin filem mainstream, diorang nampaknya tak dapat pelepasan untuk buat filem yang diorang suka kerana produser bimbang tak balik modal.

4. Jika kau adalah orang2 yang sanggup bermatian-matian suka dengan filem gangster, cinta dan seram, tolong beritahu aku, kenapa?
..............

Masalah disiplin kat sekolah memang agak kritikal sebenarnya, kan? Cuma yang aku pelikkan, kenapa tak ada Menteri yang berani katakan "Wahai produser2 filem dan drama semua , tolonglah jangan buat lagi filem gangster tu sebab kau mempengaruhi budak-budak ni."

Budak2 bergaduh aje, mesti ada yang sebut dia Kak Long la, Abang Long la, Taiko la, Samseng la....

Tak payah bullshit-bullshit lagi.  Itu semua datang dari filem2 dan drama2 yang diorang tengok. Aku salahkan semua pembuat filem yang buat filem tak ada moral value sebab kau merosakkan masyarakat kita ni.

Adakah aku salah? Kau tengok la sendiri dalam video budak2 tu, apa perkataan diorang sebut. Memang nampak benar terpengaruh dengan filem2 tu.

Dan di sinilah persoalan aku yang aku harap kau fikirkan sama; Kau Melayu, kau Islam, kau Hamba Allah. Mulut kita ramai berbuih ajak orang sebar Islam, Islamkan orang, Islam is the truth, Islam adalah religion of peace, Islam the best, hanya orang Islam akan masuk syurga, woohoo....

1. Kenapa kita suka suka tengok benda tahyul, gangster dan maksiat sedangkan value Islam tak pernah ajar kau dekat dengan 3 benda tu?

2. Kenapa filem "The Journey" jauh lebih Islam valuenya berbanding filem2 hasil garapan orang Melayu Islam sendiri?

3. Aku sebenarnya malu bila aku baca sinopsis filem tu sebab orang Melayu sendiri, segan nak buat filem2 camtu. Tapi kalau aku cakap lebih2 kang ada orang kata aku Pro-Cina kang...

Tak payah lah nak buat muka terkejut tengok video budak2 sekolah bergaduh kalau kau sebagai mak bapak pun bawak anak pegi tengok KL Gangster masa filem tu tayang kat pawagam. Kalau kau ajar anak kau sayang dengan kisah gangster, tahyul dan maksiat, macam mana la kau boleh expect dia membesar nak jadi Ustaz? Jom la sama-sama perbetul culture seni Melayu ni sebab aku dah loya tengok filem gangster, tahyul dan cinta ni. Tapi bila bukak paper, tengok sekarang ni kutipan filem "Abang Long Fadil: dah cecah Rm2 juta.

Argh! Come on la Melayu!

...................

Sekalipun berdepan cabaran filem Hollywood dan mendapat klasifikasi 18PL, pemilik Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, tetap berpuas hati dengan pencapaian filem Abang Long Fadil yang berjaya memungut RM 2.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Kutipan berkenaan tidak termasuk pungutan tiket bagi tayangan di Brunei dan Singapura. Walaupun berpuas hati dengan kutipan yang dicatat pada minggu pembukaan, Yusof berkata, angka berkenaan mungkin lebih memberangsangkan jika tidak diklasifikasikan di bawah 18PL.

Walaupun sedikit kecewa dengan klasifikasi yang diberikan Lembaga Penapisan Filem (LPF), namun Yusof akur dengan keputusan badan berkenaan.

“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” katanya kepada HIP ketika dihubungi, semalam.


Imej diatas sesuai untuk ditonton oleh budak sekolah pada waktu cuti sekolah
kerana memaparkan nilai-nilai murni yang selaras dengan kehendak syariat.

24 ulasan:

ijan naruto berkata...

wah!! ko telah suarakan apa yang ada dalam fikiran aku ni!! syabas mantot!! awat tak tekankan babak rogol gak??

Tanpa Nama berkata...

gangster bakal jadi samseng puak umno bn,gua cayalah tak percaya cuba anda tengok semasa pilihanraya nanti .

Tanpa Nama berkata...

Standard la tu. Filem kene bfikir sikit melayu pening. Tros kata filem mgarut xbest. Cth filem bunohan. Msg padat kna pknsikit. Melayu ni nk crita lawak cita gangster. Lain dr tu otak xdpt proses. Filem bunohan menang bnyk anugerah tp xlaku katbwayang. Sbb apa? Melayu xpaham.huhu

Tanpa Nama berkata...

Pengarah akan cakap filem ni menjadi pengajaran kepada penonton.Banyak sebenarnya nila2 yang boleh dicontoji.Bullshit.Pengajaran kepala otak dia!

Tanpa Nama berkata...

Itu belum lg tgk drama2 melayu yg xhabis2 memaparkan kisah org miskin kawen dgn org kaya,kene paksa kawen dgn org kaya,kene rogol org kaya n kawen,kawen paksa bla bla bla..klise betul.mcm xde crite lain dah.pengarah xde idea nak buat filem,xhabis2 ambik crite novel buat drama.

rantai berkata...

cuba tenguk pula mentaliti dan IQ pengarah-pengarah melayu .... low class ... cuba dengar mereka cakap ... tak cerdik langsung ... semua ikut orang dan semua tiru orang ... ceh!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

peljr sekolh:

mantot pervert aku mohon,,ko tak payah la letak gambar zip terbukak nampak #$%^& dgn lurah tuu..coz aku selalu baca blog ko keliling ade kawan2..ti dia ingat aku baca blog lucah..please..blog ko mmng best :)

Tanpa Nama berkata...

Ni hah hitler dah marah-marah sebab pelajar kita gaduh tak habis-habis http://youtu.be/5FraAwM2t8g

Tanpa Nama berkata...

mantot, aku pikir gak nape kutipan the journey tu tinggi. tiba2 aku terpikir...cer die letak hero non-Caucasian...tak kesahla black ke, asian ke...atau nak 1 Msia sgt, taruklah hero India/Iban/kadazan,
ko agak2 filem tu pecah panggung tak?

adakah aku rasis? weh kawin dengan mat salleh adalah satu impian bagi kebanyakan org Asian, x kiralah apa bangsa, pompuan atau lelaki. cer ko wat soal selidik plak.

aku x minat mat salleh, sbb tah-imej aku mat salleh musti suka cucuk bontot-sorriii...

aku mmg x sokong cite gengster melayu haprak tapi plot citer mcm The Journey tu dah basi. so aku x heran kalo citer tu box office di kalangan org Cina.

apa pandangan ko?

typo berkata...

aku nak buat filem pasal panda termakan coklat yang berjenama.
agak2 boleh laku tak?

Tanpa Nama berkata...

selagi BN memerintah....

manueng berkata...

rukun filem melayu:

1) cinta
2) gangster
3) hantu/bomoh/tahyul
4) lawak bodoh
5) tertib

Tanpa Nama berkata...

citer frozen laku apa kat US, apa masyarakat kat sana tak cukup ganas ker?...

apa kita semai, itu lah kita dapat

myfirst berkata...

Ne semua salah yg betul kerajaan x betul

Tanpa Nama berkata...

Filem The Journey adalah filem paling best aku tengok. Aku tak suka sangat cerita-cerita melayu yang memang plot dia cinta-hantu-gengster-rogol.

Balik-balik benda yang sama. plot yang sama. pelakon yang sama. kalo pelakon tak sama pun, diorang tak natural.

Ko bayangkan la. Masa aku tengok cerita The Journey, dalam panggung tu semua cina. hanya 3 orang (termasuk aku) Melayu. Keliling aku sume cina. Tapi aku tak terasa pun aku tengok cerita cina.

Aku pun masih mencari-cari cerita melayu yang memang ada value. Memang melayu ni payah nak fikir. tak suka fikir.

Yang aku ingat, ada satu cerita ni. KAMI. cerita masa zaman Nas-T baru nak naik nama, juliana evans, (dan aku lupa lagi). Bagi aku, cerita itu menarik sebab bagi aku berfikir. Style barat. but fusion dengan Malaysia.

Tu baru best!

Cuba la ketengah kan isu-isu yang rapat dengan kita. Misalnya isu keluarga. Yang kita tahu, semakin hari banyak cerai, pukul bini, pukul anak. Tak boleh ke kalau filem tu buat filem yang dapat selesaikan masalah rumah tangga?

Kalau selesai pun sebab jumpa bomoh. What the fish is that! Kuno betol!

Dah terbukti, pengarah melayu yang kononnya buat filem untuk jadi BOX Office takkan mampu buat filem macam The Journey.

Diorang tak rasa ke yang diorang buat filem tak mendatangkan impak positif? Sama ja level dengan pengarah filem yang tak laku. Nama pengarah syok-syok TOP, tapi plot filem, biasa. klise.

Tanpa Nama berkata...

Haha! Masa aku tengok the journey pun, cuma aku dan suami je melayu. Lain2 semua cina. Tapi memang thorrrbaik la the journey. High class movie tak macam movie samseng yang sampah tu

Tanpa Nama berkata...

No offense tapi wayang Dan lagu indon lebih membawa makna Dan lirik lagu lebih cantik.

Tanpa Nama berkata...

cerita gangster...tapi kepala gangster ada tatto dan lepas tu cakap ada pelat cina...kepala bana dia....hahahahah

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn Any11:16. filem ialah satu bentuk escapism utk org nak rasa fantasi. mcm citer hindustan yg banyak muzik sbb org india mmg suka muzik. so, org asia mmg suka berangan nak kawin omputeh. cuba citer melayu buat camtu gak tapi guna pelakon korea. sure pecah panggung punyer.

Tanpa Nama berkata...

Agreed but bro,you forgot one of our famous and talented director,arwah kak Yasmin Ahmad.You should watch all her karya.Truly amazing and ia lagi dekat dengan rakyat Malaysia(sebab melibatkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia).Jadi I sarankan you tonton semua filem dia.
Peace!

Tanpa Nama berkata...

Adik, pergi baca buku teks diam2 sudah, jgn bising2 kat blog pakcik ni, ni blog khas utk org tua2, jgn menyampuk ckp org tua2..

Inb4, logo tu bermaksud tayang lurah sparuh boobs tu sama la spt tayang sparuh dick kat umum, kedua2nya gangguan seksual.. bdk kecik apa tau..

Tanpa Nama berkata...

Yasmin Ahmad had it right. Sayang dia dah takde.. :(

Tanpa Nama berkata...

the journey dapat 17juta sbb org cina x suka bli cetak rompak. dia suka jual je yg tukang bli nya melayu

Tanpa Nama berkata...

pekida, perkasa , jati kimma , jalur tiga ...apa lagik haaa mat rempit