Jun 24, 2014

Syukur Alhamdulillah Ramai Orang Kita Yang Menawarkan Diri Untuk Jaga Remaja OKU Tersebut

Harap ramai yang dah bersabar lepas mendapat tahu mengenai nasib seorang budak yang ditinggalkan oleh ibunya agak melarat. Sehari dua ni, aku cuba berfikir pasal benda tu sebab apa yang terjadi sebenarnya, sangat menyayat hati.

Macam biasalah, masyarakat kita, secara pantas, terus menjadikan mak dia sebagai sasaran. Habis dikorek akaun Facebook dia, semua gambar yang diupload dijadikan point2 nak kutuk dan segala benda yang mak dia postkan akan dijadikan bahan kajian.

"Ak eleh...takde duit nak jaga anak konon. Masa nak selfie ada pulak!"

"Tu ada duit nak beli tudung lip-lap, takkanlah tak mampu kot?"

"Ada pulak masa dia post update dekat Facebook! Jahanam punya mak!"


Dari komen2 yang aku baca, kita boleh agak majoriti orang akan merasakan yang mak dia salah! Takpe. Aku nak try defend mak dia hari ni. Sebelum aku mulakan, aku akui memang tak patut dia biarkan anak dia camtu. Tapi.....sebagai masyarakat; kita kena paham yang dia mak budak tu, bukan kita.

Mungkin ada beberapa sebab yang membuatkan dia terpaksa camtu.

1. Kau boleh cakap senang, mintak mak dia buat itu buat ini tapi dia ibu tunggal. Kau takkan paham selagi kau bukan ibu tunggal.

2. Dia dah la ibu tunggal, kemudian dia ada anak yang mempunyai kondisi yang agak complicated.

3. Kau bayangkan macam mana nak buat belanja keluarga dia dengan satu income yang aku rasa agak rendah dan anak dia camgitu. Kau ada laki bini pun semput belanja apatah lagi dia?

4. Sekarang kerja agak payah kan? Ekonomi negara berada pada paras terendah. Jika kau jadi mak dia, kau nak berenti kerja, gamble hidup takde income atau kau teruskan kerja untuk pastikan anak kau ada tanggungan kos rawatan dia. Pilih.

5. Jadi, kenapa budak tu dikurung? Mungkin sebab kalau dia dibiarkan dalam rumah, dia terberak merata2? Kau tak ada laki nak tolong cuci rumah, kau nak kena pergi kerja, kemudian kau takut terlambat pergi kerja, kau nak buat apa? Bukan ada orang nak jaga anak kau pun.

6. Cuba kau jadi mak dia, kau rasa mampu ke kau bayarkan orang untuk jaga anak dia yang macam tu condition dia?

7. Cuba kau jadi orang yang dioffer untuk jaga budak tu, berapa bayaran kau rasa patut? Kau rasa mak dia mampu nak bayar?

8. Lastly, kenapa mak dia "menggedik" dalam Facebook (seperti yang kau kata) tayang gambar makeup berselfie dan sebagainya? Berapa kerat orang yang letak gambar dia dalam keadaan hodoh dan memalukan dalam Facebook? Yang tudung dia jadi isu kenapa? Kau pakai tudung ke tidak dekat akaun Facebook kau?

.................

Pada aku, daripada kau kutuk mak dia tak tentu pasal, tolong buat saringan dekat diri sendiri dulu. Tanya dulu diri beberapa soalan ini.

1. Adakah anda sanggup nak tolong jagakan budak tu macam anak sendiri?

2. Kenapa kau tak mempersoalkan di mana bapak dia?

3. Mana ayah tiri dia?

4. Aku ulang lagi sekali, sebelum kau kutuk mak dia, tanya diri sendiri, kau nak ke tak jagakan budak tu? Kalau kau tak nak, pada aku, baik kau duduk diam2.

Alih2 aku tengok konklusinya sama ada nak hantar JKM atau bekas penjaga dia tu nak ambik jaga balik. Mana dia tawaran orang ramai nak jaga budak tu sedangkan aku tengok dalam internet, ramai betul masyarakat kita yang prihatin pasal nasib budak tu.

Jujur aku tanya kau, RM200 cukup ke nak jaga anak dia? Orang gaji 2 ribu pun kadang2 kena buat kerja lain nak sapot income. Kenapa kos hidup kat negara ni mengarut sangat aa? Kenapa nilai bantuan masyarakat ke atas orang susah seolah2 tak sesuai dengan nilai yang perlu kita bayar aa?

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam bnyak post kau mantot..aku rasa post ni paling mengarut untuk aku. 1st aku rasa walau semiskin atau sesibuk mana pun kita xkan la sehari dlm seminggu xboleh dtg bersihkan tempat budak tu. second baju anak dia berbulan xtukar..xkan xboleh amik 5 min nk tukar baju anak dia..tutup aurat anak dia tu..if bg budak tu makan nasi lemak rm1 pun dah ckup sehari..ni tgk pun dah tau dia xmakan berbulan2 based on ape doktor cakaplah..mmg la ayah dia perlu di salahkan tp as a mother nak sediakan baju n makn tu xsmpai rm 10 pun. emak dia ada intention lain.kalau tak xde la najis kat mulut budak tu masa dijumpai aritu..if xbg makan pun xpe air free je kot..xboleh bg air jugak ke..such a bullshit la!!! lain kali fikir dulu b4 talk mr mantot.

Tanpa Nama berkata...

mcm mana miskin pon xde sampai sanggup biarkan anak OKU xmakan xminum xmandi.. sedangkan kita boleh nampak mak dan anak no 2 hidup segar bugar.. tolong laaaa..

Tanpa Nama berkata...

Nak komen jugak.. Agak2 la.. AT LEAST MANDI AND BERSIHKAN LAH. Cannot brain this!

Tanpa Nama berkata...

1. Cuba bersangka baik walaupun hati tak berapa baik.

2. Budak tu pakai baju koyak rabak. Kot tak mampu beli baju, baju mak banyak, baju adik ada. Pakaikanlah. Ni macam dah tiga tahun budak tu pakai gitu.

3. Najis/bilik tu even kalau dibersihkan seminggu sekali pun takkan jadi gitu. Takkan mak kerja hari-hari takde off dah. Dah la budak tu sakit, bertambah tambah sakitnya dengan keadaan bilik yang sebegitu.

4. Ya, kita memang takde kat tempat dia, tak tahu apa yang di tanggung dan dia rasa, tapi sebagai umat Islam dan kalau dia amalkan cara hidup islam yang betul, sentiasa menghadapNya, tabah hadapi ujian Dia, dia takkan biarkan anak dia duduk bergelumang dengan taik tu.

Tanpa Nama berkata...

For once i don't agree with your opinion.

Laici berkata...

aku sokong anonymous dalam ni....agak2 la point nak defend mak dia pun....mak dia sibuk sangat sampai 24-7 bekerja ker? hujung minggu takleh nak bersihkan bilik & anak dia?aku tau point ko kt sini nak cakap taraf hidup tinggi,sebab tu mak dia kena bersusah sampai takleh nak jaga/nak upah orang jaga anak dia.tapi tu tak bermakna dia tak jaga langsung, sampai bilik penuh najis semua..tapi aku sokong part penjaga & bapak tiri dia tak bertanggungjawab

Tanpa Nama berkata...

Kau ni mamtot, tetiba terlebih optimistik. Kalau org ramai tahu ttg kondisi budak tu, dah lama dah org akan bantu. Mmg slh mengeji mengutuk mak budak ti, sbb itu dosa doa dgn Allah tapi aku masih rasa drpd dok selfie muka sendiri kat fb, baik letak gambar anak kita yg oku tu, suoaya mntau ada rezeki Allah bukakan unt anak kita. Miskin, tidak berduit, ibu tunggal bukan alasan untuk kita kurung anak kita tanpa bg mknn, mlh bersama najis dengan bau yg dah reput. Sebodoh2 binatang tak dikurniakan akal pun pandai bersihkan badan anak

Tanpa Nama berkata...

Sibuk salahlan mak dia, peranan jiran macamane?

De La Rocha berkata...

Aku paham ape yg ko cube sampaikan Mantot. Tp sbg ayah, bile anak2 aku seseme ingus mengalir dr idung pn aku dh start risau, ini sbg mak takkan minah ni xde perasaan kasihan ngan keadaan anak die kot? OKU lg tu. Kalu x mampu nk bg lebih2 at least bende yg asas mcm kebersihan bdk tu dijaga pn dh kire ok la jugak.

Tanpa Nama berkata...

ok la lagi aku nak add:

if betul2 dah daif sgt pun ibu dia ada fb, daripada dia celfie bagai, baik dia post gmbar anak dia minta bantuan kat rakan2 fb. 2nd if dia malu meminta at least tnya dkat kawan2 mcm mana nk minta bantuan kerajaan. 3rd mmg xboleh brain ape dia buat ni..mmg x berperikemanusiaan langsung :(

Tanpa Nama berkata...

moga si ibu ini menyesal dan bertaubat..

Tanpa Nama berkata...

aku cikgu pendidikan khas.
mak dia samada buta it atau malas nak hantar anak dia pegi sekolah pendidikan khas.program pendidikan khas ni kat semua daerah kat satu malaysia ada.dapat elaun rm1800 setahun lak lagi
so apa masalah mak dia sebenarnya? ko nak defend pun pastikan diri berilmu dulu bang.

Tanpa Nama berkata...

klu mak dia suruh aku tolong jagakan.. aku pun malas nk jaga... tp andai ada depan mata aku.. rasanya x sampai hati la nk biaq kering sensorg dlm dlm store kotoq tu.. takat nk tlong tukar baju.. atau hantaq nasi lemak tiap2 pg..boleh ja nk buat.. aku rasa jiran sebelah rumah dia x pun boleh derma selai 2 t-shirt hr sukan sekolah ank dia had dh x celuih pakai.. aku agak laa..

p/s aku ni enginea.. tp aku rasa tudung merelit merelap tu mcm mahai ja... agak ja la

Tanpa Nama berkata...

Same with me..

ini post kau yg agak disappointing tot.

Aku sendiri faham kemiskinan dan kesusahan yang dilalui si emak untuk menanggung keluarga dgn anak pula OKU.

Tetapi condition budak tu terlalu teruk kalau nak dibandingkan dgn kesusahan yang dilalui mak budak tu.

ok fine kena kurung sbb berak merata dan sebagainya masa keluar bekerja, tapi takkan kurung sampai baju2 mereput, najis2 tak dibersihkan dan sampai budak tu kurus kering tinggal tulang tak diberi mkn.

even anak2 org susah kita tgk dlm tv pun tak mcmtu condition dia tot. mcmana susah pun mereka, anak2 takde condition sampai mcmtu sekali. ini dah mcm budak2 afrika yang kebuluran.

aku rasa kau kena tgk balik video tu. budak tu, dah tinggal tulang, mcm dah setahun tak mandi, rambut dah panjang dan kusut masai, baju reput.

jadi maksudnya apa?

maksudnya budak tu dah terlalu lama dikurung. samada bilik tu pernah dibuka atau tidak wallahualam. bekas polistrin dah berkecai mungkin dimakan sbb lapar, tak pernah dimandikan, tak pernah diberi makan (mungkin tak), tak pernah disalinkan baju.

Masyaallah..

si ibu ni sbnrnya cuba membunuh anak dia sedemikian.

mmg sedih.

Mantot berkata...

http://www.astroawani.com/news/show/jiran-selalu-dengar-tangisan-pada-waktu-malam-tidak-tahu-itu-oku-dikurung-38287

skar berkata...

Tak payah perasan unik dgn defend ibu ini. Tak unik langsung.

Kesalahan paling utama si ibu ialah dia tidak mendedahkan kesempitan / kesusahan dia dan mencari bantuan.

Bantuan banyak di luar sana. Jiran ada (jiran tak tau apasal tak bagitau?), surau kawasan rumah ada, badan kerajaan ada, pusat zakat, NGOs, gereja, tokong semua boleh bantu. Kalau dia petik FB pun mencurah derma masuk ni. Ramai ni rakyat Msia prihatin dalam FB tu. Tapi dia merahsiakan, mengurung & buat mcm normal je.

Payahlah nak kena berjemput datang ke rumah untuk dibantu.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah bodo la ini mantot. mau bash org lain diri sendiri cam bangang. saja nak buat propaganda murahan utk jadi viral & naikkan rating blog. kau tu sendiri, nak ke jagakan budak tu? kalau kau pun xmo, xpayah kondem org lain yg kondem mak dia. bangang punya mantot... puiihhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Diam la Tot. Diam.

Tanpa Nama berkata...

kalau dibagi makan bubur 2 kali sehari pun-(kira miskin la)...dan dimandikan 2hari sekali - (kira malas giler la)...aku percaya budak tu x akan berkeadaan begitu..aku rasa mak dia memang nak dia mati la...menyusahkan dia je..lagipun dia dah ada family lain...dua gologan...ada anak cacat -abaikan biarkan mati...ada anak cacat-akan mati mak bapak berjuang sampai pelukan terakhir..

Tanpa Nama berkata...

Kuasa Allah swt.

sepanjang dia terkurung tu, Allah lah yang melindungi dia. Allahuakbar.

Skrg, Allah bukankan aib ibunya. 1 Malaysia dah tahu perbuatan si ibu. Mana nak letak muka.

Skrg, sampailah masanya si ibu pula dikurung.


Bannister Road berkata...

campak je mak die tu dalam penjara..hati mak dia sekotor bilik yang dia sediakan untuk anak dia..

Tanpa Nama berkata...

melayu mmg suka hukum org lain :)

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha..ha...mantot...mantot...sian kat kau..! Tak sampai cita2 kau dgn apa ko hrpkan org komenkan?

yadyadun berkata...

Gaji bersih mak budak tu RM1549.38
http://www.hmetro.com.my/articles/GajibersihLolaRM1_549_38//Article?BeritaUtama

Tanpa Nama berkata...

Untung umur anak oku dia panjang , kalo pendek artikel ini tidak akan keluar .

Tanpa Nama berkata...

Sorry to say..this is BS. There's no excuse. Homeless ppl pun x mcm ni beb. Naluri seorg ibu xkan sanggup biar anak susah walaupun dia sndiri susah mcmn sekalipun--sanggup mati utk anak. I know bcoz i'm a mother. Kbai.

eray ayang berkata...

support en mantot sebab bersangka baik

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/isteri-dingin-seks-7-cara-seks-kembali.html

Tanpa Nama berkata...

correction....gaji mak dia 4 angka.kbai

Tanpa Nama berkata...

terbaik bro,
dalam 1000 orang, 1 org je yang boleh bersangka baik.
kita jangan nak menghukum sangat, tp cari solusi

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2 xkan mak dia xpenah peluk cium dia walau 1minit...xteringin ke tido ngan adk ni....emmmmmm

Tanpa Nama berkata...

Montot....aku rs klu ko tgk ank dia mesti ko xde perasaan aku keje krajaan nak beli tudng pun hutang...tp bgsla ko backup mak dia...1ari mak dia xteringin ke peluk cium ank dia....skrg bnyk sek pendidikan khas dah...rajin @ x je mam dia nak hantar...cbuk mane pun kita tu amanah allah pd kite....xkan smp nnt rangka je oiiiii.....panas ati plak aku...ada akal pakai jgn smpn xmampu jg anta kat kebajikan...xkan tu pun org nak ajaq....

Tanpa Nama berkata...

Ntah la tot...aku prnh dok kat jb ngan pendaptan 1300 sbln....alhamdulillah..ckp utk tgg 4 beranak..aku survive ngan duit tu..so aku rs ckp ngan pendapatan 1500 utk jaga 2org anak....pokok pangkalnya hati tot...masa utk anak mak dier takde...tapi nak update status facebook ader plak

Anis berkata...

Apa yang ko tulis lagila tak make sense...shut your mouth plsss...Betul2 tak leh diterima akal, post ni lagi menambahkan marah aku!!!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih untuk sarcasm..aku bersangka baik untuk mantot..

odeng

Tanpa Nama berkata...

utk pertama kalinya aku x setuju dgn kau mantot....budak tu manusia, bukannya haiwan... shit u...walaupun x kena kat aku, tp sebagai seorang ayah, x sanggup tgk anak mcm tu..biar kita berkorban utk anak....cuba situasi mcm ni kenapada kau...hmm

Tanpa Nama berkata...

Yela. Ini antara post en.mantot yg aku x setuju. miskin tak bermakna boleh abaikan anak. betullah cakap diorg2 kat atas ni, takkan xde ms langsung nak bersihkan bilik tu, at least kasi sapu bersih & mop, tukar cadar/sarung bantal/selimut, sekali seminggu, paling teruk pun sekali 2-3 minggu.

Pastu mandikan, kemaskan, bersihkan dia, kalau tak boleh tiap hari pun, maybe seminggu sekali, kecuali tang berak kencing dia. itu anak dia beb, bukan anak org lain, bukan juga anak kucing yang dia nak suruh berdikari sendiri.

Nenek aku dulu, gila meroyan masa dia dah tua. Nak mandikan dia tiap hari tu, mcm nak mandikan monster sbb dia takut air. Tp kalau tak mandi, dah bau tong sampah sbb dia suka merayap atas tanah. Kitorg mandikan dia selang hari. Tu pun busuk dah. Bayangkan klu tak mandi berbulan2. Zalim gila biarkan je macam tu. Pastu ada lak yg nak defend org zalim ceni. Aku x faham la.

Yg jadik sampai kering kelaparan tu lagilah x faham. Bz sgt kot smpai lupa nk bg mkn anak sndiri? Tu anak sendiri. Bukan anak org lain. Bkn anak kucing pun. Sanggup kan???

Adakah kau expect ada org nak tolong jagakan anak kau kalau kau tak bagitau apa masalah kau dan apa usaha yg kau dah buat utk selesaikan masalah kau??? Org JKM ke zakat ke mana2 lah takkanlah kau expect diorg ni tour setiap rumah utk tgk siapa yg perlukan bantuan?

Ada FB account kan? Salah ke sesekali update mintak tolong? Tak dosa kot?

-aku, mak yg emo.

Prince of Noob berkata...

anak istimewa itu anugerah bukan suatu bebanan. aku nak komen pun panjang sangat nak tulis, so baca jelah kat sini.

Tanpa Nama berkata...

Sepuluh kali aku baca catatan kau kali ni, cuba bersangka baik, cuba cari celah mana ada klausa 'read between the lines'.. tapi jujur aku cakap la kan, memang TAK ADA. Tak ada langsung... Cannot brain this issue!

Mandikan anak tu tak sampai 10 minit sehari. Bagi makan roti cream Gardenia tu baru 70 sen seketul (kot kalau habis takde duit pun, bagi la sehari sekali). Kata gaji 4 angka??

Sorry la, catatan kali ni tak boleh diterima logik akal. Jenuh dah nak bersangka baik...

Tanpa Nama berkata...

tot.. tulong, aku takleh terima post ko yg ni sedangkan hampir sume post ko yg sblom2 ni aku sependpt ngan ko..

sgt2 tak logik mak budak tu tak mampu nak buat pape kat anak die.. sgt2 tak logik tak mampu buat pape..

aku metalhead, tot.. rambut panjang muke ganas tapi air mate aku menitik tgk video mase memule diorg terjumpe budak tu..

Tanpa Nama berkata...

Aku tak setuju dengan ko mantot. Aku rasa post ni mengarut dan ko cuma sekadar nak jadi rare dengan bagi pendapat non mainstream. Sama macam orang yang sokong Umno pasal sokong PKR dah jadi mainstream. Sekadar nak jadi lain dari orang dan konon ada identiti sendiri. bersangka baik? pergi mampus dengan bersangka baik. Imashima Lola can rot in hell.

Aini Syakimah Shuyuti berkata...

Tak bersetuju dengan post ni. Seolah-olah semua perkara yang salah boleh di"justify".
Tak boleh bayangkan bagaimana ibu yang susah sangat sampai biarkan anak bergelumang dengan tahik dan air kencing sehingga kat rambut pun ada sisa taik kering. Baju anak dibiarkan reput. Anak yang sempurna tu tak macam tu. Allahu akbar... Tak dapat bayangkan bagaimana anak tu hidup selama 2-3 tahun dalam kurungan tu.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
Kuasa Allah swt.

sepanjang dia terkurung tu, Allah lah yang melindungi dia. Allahuakbar.

Skrg, Allah bukankan aib ibunya. 1 Malaysia dah tahu perbuatan si ibu. Mana nak letak muka.

Skrg, sampailah masanya si ibu pula dikurung.

WELL SAID.

Tanpa Nama berkata...

Terang2 anak dia terabai dengan teruk sekali. Aku rasala..makan pun berapa kali je seminggu, malam tido dlm keadaan sejuk, tidur sorang2, entah brapa kali demam ke ape ke takde sape jenguk, mandi pun tak, tengok dunia luar pun tak, apa dia piker agaknya masa duduk sorang2 dalam bilik gelap tu, dengan panasnya, melekit tak mandi, busuk, isshhh... menderita nya budak tu...sedih sungguh. Mengalir air mata tengok video tu. terkejut toksah nak cakapla kan. sebab tak sangka ada manusia sanggup buat macam tu pada keluarga sniri. Kau Mantot, tak logic sungguh nak bela mak dia. Senang betul orang Malaysia ni dimanipulasi. Just because mak dia kata tak mampu nak bela, takde masa la apa la, ko percaya tu semua???! Kalau dekat US ni, dah lama mak dia masuk lokap, siap ramai akan berpiket kat luar jel pegang sepanduk kutuk mak dia. Come onla mantot ke apetah nama kau,,.piker la logic sikit. The first and the last time I will visit your blog. Very disappointing sebab ada jugak manusia yang think it is not ok to condemn such behavior. Tapi of cozla..condem tu mesti berpada2..tapi membela perbuatan tidak sama sekali!!!!

Tanpa Nama berkata...

Layak dapat anugerah Article paling mengarut di abad ini. Just can't stomach it. Silap2 ada orang buat special blog semata2 untuk kutuk kau pulak Mantot oiii...

Tanpa Nama berkata...

semua salah kerajaan mantot.. aku paham tu.

Tanpa Nama berkata...

Ok jer. Org malaysia jer yg emo lebih2.jg anak masing2 sudah. Anak sendiri pn blm tentu jadi org. Byk yg jd setan je skrg ni.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnye semua org patut rasa bersalah dlm kes ni. mak budak tu, jiran2, pihak berkuasa, saya, awak, semua. betul juga kenapa mak budak tu tak try nak mintak bantuan. tapi kan..alangkah bestnye kalau pihak yg berkenaan pantau masyarakat yg susah & dhaif utk menghulurkan bantuan. tp ini mungkin hnya mimpi saya seorang.